Thursday, August 30, 2012

-amru khalid-


salam..

sudah lama nak bagitahu..
'beliau adalah orang hebat juga'..
dan banyak diriku ini tertarbiyah dan ter'motivasi' dengan hasil-hasil penulisannya..

salah satu buku yang banyak mengubah aku dan cara kehidupanku sebagai seorang abid yang sedang memburu cintaNya..

"kuasa di sebalik ibadah"

Penulisnya ialah Amru Khalid...

sudah lama aku membaca buku karangan beliau ini..

namun, kini, aku mencari semula ..
antara perkara yang banyak mengubah diriku antaranya ialah ....

'buku ini'

dan aku teringat, hebatnya penulisannya. kata-kata yang ditujukan itu sangat indah dan sangat memotivasikan aku untuk melakukan ketaatan kepadaNya...

dalam penulisannya..
banyak mendorong pembaca untuk solat bertahajud setiap malam..
ia akan menjadi suatu tabiat dan kewajipan bagi hambaNya yang cintakan Allah dan merindukan Allah dalam kehidupannya..
pengorbanan seorang abid untuk meraih cinta Allah, krangkan tidur,
banyakkan tafakur, dan banyakkan zikrullah...serta banyakkan ibadah ..
apatahlagi karangan penulisannya banyak sangat yang menggalakkan pembaca untuk menjaga solat malam mereka..

hatta . kata-kata nya itu indah, diselitkan dengan janji2 Allah..
diselitkan dengan kesenangan2 yang dijanjikan Allah.
diselitkan dengan keindahan2 yang dijanjikan Allah s.w.t..

aku mencari semula di mana bukuku...

aku melihat kembali, penulis : "Amru Khalid"..

aku bertanyakan ustaz yang aku sangat gemari ...ust. _____

siapakah beliau ustaz..?

ustaz jawab: "dia penulis tersohor di mesir"..

ustaz tanya, kenapa..

aku jawab: kata2 dalam penulisannya seolah-olah macam ahli sufi ..
                  kita takkan cakap apa yang kita tak rasa..
                  TAPI DIA RASA BETAPA MANISNYA IBADAH ITU DI SISINYA..
                  lalu dia dapati kemanisan itu dan kata2 itu sampai pada hati..

ustaz kata dia ikhwan mesir..

wah,,, hebat!!!!!

benarlah..
ikwan ni memang mantap tarbiyah, mantap siyasah!!!!! mantap dakwah!!

tarbiyah pun dia mantap, siyasah pun dia mantap.

sebab tu Allah bagi dia kemenangan.

hebat2x.

AMRU KHALID~
SYukran atas penlisan yang banyak mengubah kehidupan diri ini selaku hambaNya.

mod jauh nak perantauan ni. moga selamat semuanya. perjuangan di kala iman teruji~ subhanallah. tsabatkan lah aku di jalan ini. peliharalah iman hamba MU ini...Ya Allah....

 

Tuesday, August 28, 2012

Jodoh dan taqdir

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Sunday, August 26, 2012

jiwa yang sesak jangan jadikan lebih sesak.


terasa ombak-ombak rindu dalam perut ini bergelumang sahaja bermula siang hari .
tak kisahlah, asalkan masih sihat lagi .
alhamdulillah.
jarang hamba bersyukur kepada Allah .
dapat bukak mata siang hari, lupa kadang2 sebut alhamdulillah, allah masih bangunkan aku ...

terasa nak menulis sekadar nak mengisi jiwa khas memang hamba nak berbicara dengan hati hamba ..

ruangan muhasabah x kena tempat ya.

jam berapa, banyak tugasan dan sebagainya ya.

tak kisahlah.

tapi hambe terasa jugak nak isi jiwa hamba dengan berbicara dengan hati dan iman hamba ..

tiba-tiba rasa tersenyum lebar pulak.
bila sebut tentang nak isi jiwa.
tiba-tiba rasa bahagia pulak sedang hamba kini membingkis kata.

interaksi dengan hati dan iman itu perlu .
bagi aku ..

cukuplah aku merasakan 'kebahagiaan itu bila berbicara tentang isi hati dan jiwaku .."..

kadang-kadang aku fikir..
aku dahaga kan 'peringtan-peringatan' yang meningkatkan iman ku kepada allah s.w.t..

tapi, bila aku ambil masa untuk menulis..
bermakna aku ambil masaku untuk hidupkan hatiku semula untukNya.. 
alhamduillah, terkadang dengan izinNya, aku dapat menghidupkan semula hatiku untuk merinduiNYA...

dan bila aku dapat menghidupkannya , aku merasa bahagia sekali..

aku terasa nak menangis sebab ...

Allah sudi bagi aku rasa bahgia dalam melakar kalam yang tak seberapa indah pada mata insan, tapi pada mata hatiku, aku cukup bahagia bila Allah ..

bawa aku untuk ingat akan DIA,, kasih akan DIA,,, dan rindu akan Dia..

whatever, apa pun orang nak kata tentang aku dan caraku ..

tapi aku tahu Allah tahu apa yang berada dalam isi hatiku ..

cukuplah Allah saja yang aku rindui ..

aku terasa terkadang tekanan dalam kehidpan ini sehinggakan aku tak nak apa-apa lagi dalam kehidupan ini..
aku cuma nak kembali dan kembali di sisi Allah.
tapi Allah kata..
"kamu tak layak lagi berada di sisiku"...

saya tahu itu, Allah..
i know dat . 

aku tak layak lagi untuk pulang ke pangkuanMu..


bila terasa sesak,
jangan sesakkan lagi jiwa dengan benda yang menyesakkan,
tapi carilah sesuatu yang mengurangkan rasa sesak yang menyesakkan jiwa yang sesak,
salah satunya adalah meninggalkan tempat yang  sesak itu,
dan pergilah ke tempat yang lapang,
dan cubalah gantikan kesesakan itu dengan ketenangan,
ingatkan Allah, dan pintalah pada Allah,
untuk mengurangkan rasa sesak itu,
insyaAllah, jiwa yang sesak akan jadi lapang semula. 


itu caraku, mungkin sahabat di luar sana, lebih arif .

salam muhasabah hamba di malam hari . wasalam.





Friday, August 24, 2012

Rasa cinta itu ....


>> Jodoh itu adalah RAHSIA Dia..<<~

>>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥


kadang-kadang kita tak suka sesuatu tetapi itulah  yang terbaik untuk kita .
kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu, namun tak semua yang diinginkan itu terbaik untuk kita .. 

cukuplah dia 'yang akan membela keluargaku, keturunanku , apa yang penting terhadap ibu dan bapaku serta agamaku '..

"bila balik sahaja, ada yang bertanya , dah ada ke.."..x kan x ada.. tipu kalau tak ada..

 aku senyap membisu ...... macam ada ja . bunyi senyap tu .

"tak kan asyiq nak pilih sembarangan orang, mesti cari ustaz ni, betul x"..sorak mak cik..

 aku senyap membisu. tak setuju juga ...

aku pilih dia 'yang biasa' sahaja .. 
cukuplah dia 'biasa' dengan Allah ..
tak hebat tak apa.
tapi dia 'biasa' dengan Allah..

pilihanku apa yang terbaik untuk keluarga dan agama serta keturunanku itulah yang terbaik untukku.

tak perlu mencari yang sempurna kalau diri tak sempurna ..

Allah bagi selalu yang terbaik .. dan yang sesuai dengan 'diri yang serba dhaif ini ' dan itu aku yakin seyakinnya..

biar, Allah simpan dulu dia dari aku , supaya aku tak terjerumus dengan cinta yang menipu..

apa pun , "cintailah yang maha satu kerna cinta Allah itu tak pernah menipu dan palsu"..

cinta manusia sebelum berkahwin membuatkan hati menjadi sesak ...  gundah , bahagia tapi  seksa..

namun cinta kan allah itu membuatkan hati menjadi lapang dan tenang ...
bahagia dalam kasih sayang dan pemeliharaanNya..

kalau nak belajar bercinta, belajar bercinta dulu dengan Allah dan Rasul ..
kemudian cintakan ibu , cintakan ayah .. cintakan keluarga ..
seterusnya baru boleh mencari cinta selanjutnya..

jangan jadikan cinta kita pada manusia itu melebihi cinta kepada Allah dan Rasul ..

nak tahu bagaimana melebihkan itu ..?

seseorang yang menyintai Allah dan Rasul pasti mendahulukan cintaNya kepada Allah dan Rasul , kemudian barulah cintanya kepada manusia itu ...

"NO COUPLE BEFORE AKAD"

jagalah hati sebelum menerima kehadiran seseorang yang bakal menjadi teman sejati selamanya.

kita tak tahu siapakah jodoh kita kerna jodoh KITA itu rahsia Allah ...

tapi Allah sudah menulis namanya di dalam luh mahfuznya untukmu.

jadi, bersabarlah saat menanti saat dan waktu .

Hanya berdoa supaya Allah memelihara hati dari waktu yang belum selayaknya.

jangan gopoh mencari cinta kerna Allah pemilik dan pemberi kurnia rasa cinta itu...

insyaAllah .

doa dan jadilah hamba yang terbaik di sisiNya..

nukilan:

(Al-Faqir asyiqazhad.com)
  
perkongsian turus rabitah persatuan intelektual muallim..

terkandung skop tugasan turusnnya " mengurus baitul muslim" ..sesuatu yang besar tak mampu nak buat   , hanya nasihat dan peringatan sahaja yang mampu dinukilkan.
wallahualam.

sekejap: tambahan copy paste fb :
A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~
 
wasalam.

Wednesday, August 15, 2012

..
moga allah menguatkan tubuhku .. untuk beribadat kepadaMu ..
terasa tersangat .............longlai
27 ramadhan ..

Wednesday, August 8, 2012

Cerpen: Aku rindu Laila .....



Bunyi guruh di langit membuatkan Zayyad terlena di atas kamarnya yang hanya beralaskan  tikar mengkuang yang membekas tubuh. 


  “Astaghfirullahalazim,lena sungguh aku tidur! ....
  “Banyak tidur saje, subhanallah !!!!!!!!!!!!!! .”


Tanpa membuang masa dicapainya sejadah putih, ditunaikan olehnya solat tahajud, diikuti dengan solat taubat, dan tasbih . Lama dia berdiri dalam solatnya menghadap Allah azza wajalla sehingga menyebabkan tumit kakinya pecah dan ibu jari kakinya bengkak.



“Ya Allah, tak sangka dah masuk 20 Ramadhan ..

  Cepatnya masa berlalu, Ya Allah ....

 Malam lailatul Qadar !!!! malam lailatul qadar !!!!....

Ya Allah, mudah-mudahan aku tak terlepas peluang untuk menemui malam lailatul Qadar.”



Dicapainya tasbih putih miliknya , dilafaz dan dihitungnya bait-bait kalam yang menghadirkan hatiNya kepada sang kekasih, dengan penuh kekhusyukan menghayati setiap kandungan bacaan, ditundukkan wajahnya, diserunya ayat-ayat yang merindukan kekasih hati, dan dibiarkan air mata taubatnya mengalir membasahi jubah putihnya yang usang. 


“Aku rindu Ya Allah untuk berkhulwah denganMu...Tahap kerinduanku memuncak, betapa tingginya  rasa rinduku hendak berbicara denganMu ...
Allah, Allah, Allah ....
Andai engkau memberi aku dunia berupa harta, pastinya aku tidak akan bahagia, Ya Allah ...
Andai engkau memberi aku dunia berupa kedudukan, pastinya juga aku tidak akan bahagia, Ya Allah..
Andai itu membuatkan aku jauh denganMu, pastinya aku derita, Ya Allah...
Berilah aku hati yang istiqamah merinduiMu dan menyintaiMu sepanjang masa..
Sungguh, kasihi aku , jangan Engkau membenciku...
Derita diri menanggung kehilangan yang tidak mampu aku ungkapkan..
Kerna aku tiada harta, aku tiada apa,
Yang aku hanya punya , dan hanya satu-satunya aku harapkan ..
Cinta dan kasih sayangMu padaku..



Zayyad merasa pemergian malam-malamnya suatu perkara yang meresahkan dirinya, pabila siang, ternanti-nanti malam untuk bersama dengan kekasih awal dan akhirnya.



“Zayyad, kamu sudah makan”, Tanya seorang sahabatnya.

“Belum, aku  tak lalu makan, rasa rindu”. Jawab Zayyad ringkas.'

“La, sejak bila kamu bercinta. Sapa yang bertuah tu, Zayyad?”.

“Laila......,”jawabnya dengan nada tenang.

“Laila yang mana?”, Tanya sahabatnya semula.

“Laila, aku tak pernah lihat , Cuma aku dapat rasa yang dia itu Laila”, jawab Zayyad semula lantas bangkit meniggalkan sahabtnya itu.



Laila... Lailatul Qadar ....... Laila itu lailatul Qadar . Zayyad hanya berbisik sendirian. “Laila itu lailatul qadar”..



“Zayyad, ana kagum dengan kamu. Kamu pasti akan mendaptkan syurga Allah. Kamu baik, kamu rajin beribadat?”, kata sahabatnya.


“Ana beribadat belum tentu ibadat ana Allah terima.  Syurga itu hanya untuk kekasih-kekasih Allah. Ana ni, entah Allah sukat dacing ana seringan manalah agaknya”.. balas Zayyad.

“Terkesan ana. Zayyad, ana melihat kamu sangat merindui kekasihMu, sehinggakan kamu tidak lena tidur, tidak lalu makan, kongsikan padaku, Zayyad?”, minta sahabatnya itu.


“Laila yang aku maksudkan, bukan seorang wanita bernama Laila. Tetapi suatu bulan di mana lebih baik daripada seribu bulan.  


 Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut :
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 


Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Namanya , laila...lailatul qadar ....”, panjang bicara Zayyad.

Sahabat yang mendengarkan tunduk terkesima. Mengalir air matanya mendengarkan, dan dilihat Zayyad terasa aneh.


“Mengapa kamu menangis. Ana salah kata , ke?”, soal Zayyad.

“Ana menangis kerana kecintaanMu yang sungguh luar biasa, Zayyad. Sehingga tak terdetik  langsung dalam hatiku sedikitpun, perkara yang kamu rindui, hakikatnya bukanlah seorang wanita, tetapi lailatul qadar. Aku merasa sebak kerana aku tidak mampu memiliki tahap penghayatan , kasih sayang sepertimu yang terlalu mendalam terhadap Allah s.w.t”, rintih sahabatnya itu.


“Kamu tahu, sahabat. Aku tahu manusia pernah mengata akan aku. Aku ke masjid, mereka kata aku riyak, aku mengenakan jubah, mereka mengatakan aku riyak, aku memegang biji tasbih sewaktu berjalan, manusia kata aku riyak, aku solat, mereka kata aku riyak. Aku baca quran di tempat awam, mereka kata aku riyak”.

“Tapi aku tak pernah peduli. Aku tak akan menjadikan cacian manusia, perlian insan, membuatkan aku hilang penghijrahan ke arah kebaikan, hilang keberanian ke arah pengabdian, hilang kekuatan ke arah  kecintaan, dan  hilang semangat untuk meraih kecintaan yang sebenar. Rasulullah itu nabiku, baginda s.a.w tidak pernah berhenti mengamalkan ad-deen , dilontarkan bangkai perut unta di atas baginda sewaktu solat, dicaci, tak pernah menyebab Rasulullah berhenti mengamalkan ad-deen. Hatinya tetap tenang dengan zikrullah. Penilaian yang sebenar hanya pada Allah. Aku sudi andai manusia terus mempercakap tentangku tetapi aku akan gundah andai Allah yang  memperkatakan tentangku’, kemas bicara Zayyad membuatkan sahabatnya itu tersenyum lebar mendengarkan tutur kata cintanya yang kian bersemangat.'


Rinduku padaMu tiada tara..
Kasih dan rinduku dalam jagaanMu..
Andai Engkau hilangkan namaMu dalam hatiku..
Maka hilanglah nikmat bahagia dalam kehidupanku..
Engkau tidak beri aku bahagia dengan harta..
Tapi aku syukuri kerna,
Kebahagiaanku
Engkau beri Dengan taburan kasihMu yang bersemai dalam hatiku..
Jangan Engkau hilangkan nikmat cinta itu ..
Aku hanya ingin cinta diriMu dan Rasulmu melebihi apa yang ada..

-TAMAT-

NUKILAN AL-FAQIR; asyiq azhad.com

Monday, August 6, 2012

TENTANG TARBIYAH..

 

Dalam aspek pentarbiyahan ahli, ahli harus sedar bahawa tarbiyah bukan hanya berfokus kepada tarbiyah tertentu semata-mata, namun tarbiyah itu merangkumi aspek tarbiyah imaniah, jasadiyah, aqliyyah, ruhiyah, siyasiah, khuluqiah, tarbiyah fikriyah. 


Ahli harus menjadikan tarbiyah ruhiyah sebagai tunjang tarbiyah yang membina asas kekuatan kita dalam gerak kerja seharian, dan dalam pada masa yang sama mementingkan tarbiyah jasadiyah, siyasiah, khuluqiah, fikriyah, imaniah. Ahli harus faham bahawa tarbiyah itu menyeluruh dan tidak berfokus kepada satu bentuk pentarbiyahan semata-mata. Hal yang demikian termaktublah di dalam 10 muwasafat tarbiyah yang telah digariskan oleh Imam Hasan Al-Bana iaitu ahli harus meimiliki aqidayah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu berdikari, berpengetahuan luas, tubuh yang cergas, melawan hawa nafsu, teratur urusannya, sangat menghargai masa dan bermanfaat kepada orang lain.


            Berhubung dengan pentarbiyahan ahli pula, ahli haruslah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dan juga menjaga hubungan yang baik sesama manusia. Hablum minallah dan hablum minan nas perlu dititikberatkan dalam kalangan ahli bagi membentuk seorang kader dakwah yang sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t dan memangkin kekuatan seiring dengan persediaan dan bekalan untuk menghadapi ujian dan rintangan dengan tenang dan sabar.  Hal yang demikian sebagai persiapan bagi seorang kader dakwah dalam memperoleh kemenangan di sisi Allah di dunia mahupun akhirat. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Muzammil: Ayat 5: إِ
ثَقِيل قَوْلاً عَلَيْكَ سَنُلْقِي إِنَّا
Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). 

                Menyentuh persoalan berkaitan dengan tarbiyah, ahli perlu menjadikan usrah sebagai salah satu wasilah yang paling penting dalam pembentukan tarbiyah. Motif usrah adalah membawa ahli untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, membentuk kefahaman, mengeratkan ikatan ukhuwah dan semangat persaudaraan ahli, malahan menjadi teras kepada pembangunan tarbiyah dalam jiwa seorang kader dakwah. Kebanyakan ahli mengatakan bahawa organisasi tidak mampu untuk membentuk pentarbiyahan mereka, namun komitmen ahli dalam program – program tarbiyah tidak diambil perhatian oleh ahli. Usrah tidak dijadikan suatu kepentingan bagi sesetengah ahli, bahkan menjadikan usrah sebagai aktiviti yang remeh dan dipandang enteng. Oleh itu, usrah hendaklah dijadikan sebagai batu asas organisasi dan dijadikan perkara ‘wajib’ untuk ahli menghadirkan diri.

Hasan Hudaibi ada menyebut bahawa, "Sistem usrah tidak lain merupakan hakikat Islam di kalangan Ikhwan. Jika mereka telah merealisasikan perkara itu pada diri mereka sendiri, maka adalah benar bahwa mereka menantikan datangnya pertolongan yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang beriman."
Dr Ali Abdul Halim Mahmud pernah berkata bahwa :

"Pengurusan yang paling penting dalam jamaah adalah pengurusan usrah, kerana ia merupakan batu bata pertama dalam bangunan. Apabila pengurusan usrah baik, maka baik pulalah keadaan jamaah secara keseluruhan, demikian juga sebaliknya." 

            Seterusnya, ahli hendaklah menjadikan program tarbiyah seperti katibah, qiamullail sebagai darah daging untuk menjalani kehidupan, hatta walau berjauhan dengan organisasi, ahli masih bisa menjadi antara golongan yang istiqamah dan sentiasa melazimi diri dengan pengibadatannya kepada Allah. Hal yang demikian, bagi mengelakkan kader dakwah yang hanya mampu merealisasikan tarbiyah diri hanya sewaktu program berjalan semata. Apabila tamat program, kader dakwah lupa akan apa yang telah dijanjikan ibaratnya bermain dengan situasi dan berada dalam musim-musim tarbiyah.

            Seterusnya, ahli hendaklah sentiasa memelihara ukhuwah antara ahli di samping membina asas kekuatan dalam organisasi. Ukhuwah sebenar-sebenar kerana Allah ialah dengan mengajak sahabat sentiasa mendekatkan diri dengan Allah sw.t. Masalah-masalah yang wujud dalam ukhuwah antara ahli terkadang membantutkan perjalanan sebagai seorang kader dakwah.Oleh itu, teramatlah penting kita menjaga persahabatan kita dengan berbekalkan adab dan akhlak yang baik dalam persaudaraan islam. Seperti mana firman ALLAH Taala yang bermaksud : “Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH, supaya kamu mendapat rahmat “.(QS. 49: 10)

                Berdasarkan dalil Muttafaq ‘alaih, orang mukmin dengan mukmin lainnya laksana satu bangunan, satu dengan yang lainnya saling menguatkan.” Lalu beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam lalu beliau menautkan jari-jemarinya. Ahli hendaklah sentiasa mengambil berat perihal sahabat dan sahabat hendaklah menjelaskan permasalahannya untuk diketahui dan dibantu oleh organisasi. Wabak futur daripada jalan dakwah apabila ahli sentiasa berbalah apabila menyanggahi pendapat antara satu sama lain. Merasakan pendapatnya itu betul dan menyalahi pandangan ahli lain menyebabkan timbul virus-virus kecil dalam hati kalangan ahli. Oleh itu, bertolak ansur, sifat memahami antara satu lain dan berlapang dada merupakan ubat kepawa wabak futur yang mampu merebak kepada situasi yang lebih memburukkan lagi keadaan organisasi.


BY: AL-FAQIRASYIQAZHAD.COM

Friday, August 3, 2012

aura darus-salam ..


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani ...
Allahumma solli ala Muhammad, waala ali sayyidina Muhammad..


Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih memberi aku peluang untuk aku hidup .. terima kasih Allah, kerana masih memberi aku nikmat iman, islam dan ihsan.... dengan izinMu , Ya Allah .......


terasa letih seharian bekerja untuk menyiapkan bahan persekolahan, kehadiran ukhti aisyah membuatkan hati ini bersungguh-sungguh benar hendak menyiapkan tugasan, takut-takut pabila dia hadir, tak dapat nak meluangkan banyak masa untuknya ... Alhamdulillah , 1 demi satu tugasan ana selesai dengan izinNya..

keletihan hari ini, selesai berterawikh di masjid yang dicintai, darus-salam ...;) (masjid as-salam), terasa ingin bersandar di dindingnya yang indah, ingin berehat seketika,  terasa urat belikat ini sudah tegang memerlukan penyandar lembut untuk meregangkan urat yang semakin menegang ...

terlihat di jendela hijau luar,, angin bertiup laju ...... terasa bagaikan ada malaikat di situ ..... pasti, aku tidak dapat melihatnya, tapi aku yakin malaikat itu ada, cuma keberadaannya di bahagian mana, aku tidak pasti ....

suatu saat, selesai hamba solat berdoa, tiba-tiba di hati terdetik, sambil memandangkan angin  yang bertiup , seumpama ingin menderu iman supaya mengingati  akan hari kematian ....   sunngguh, malaikat maut itu setiap hari mengintai aku, andai Allah mengizinkan nyawaku ditarik, saat itu ......................................

persoalanku, adakah aku sudah bersedia untuk mati ........ ? ? ? ?

tiba-tiba, aku menyedari ade setitik manik jernih jatuh daripada mata ini ...

dalam hati aku berkata ...

Ya Allah, aku tahu aku banyak dosa ...
tapi Ya Allah , jangan kau ambil aku dalam keadaan suul khotimah ..
Ya Allah, aku tahu aku bukan manusia yang istimewa ...
tapi Ya Allah, jangan kau matikan aku dengan keadaan matiku yang hina...

Ya Allah ...
kalau kau beri aku peluang ..
aku ingin mati dalam tempat yang indah ... seperti rumahMu ...
Ya Allah ...
aku minta..
matikan aku dalam rumahMu .....

....................................
Ya Allah ..........................
aku tahu imanku tak sempurna ....
aku tahu aku tak sehebat abid-abidMu ..
tapi Ya Allah ...
aku juga ....
aku juga ...
aku juga mahu dikasihi olehMu ....
eEngkau kasih kepadaku lebih dari kau kasihiku sebagi seorang hamba...
agar kau muliakan aku di hari akhirat nanti ...
biar aku dipandang hina di dunia ..
tapi aku tak sanggup ... dan tak sanggup dipandang hina olehMu ....


melihat pula aku ke putaran kipas merah di as-salam ... aku bandingkan dengan angin ciptaanMu, ..... angin yang lahir daripada buatan hambaMu tak kan setanding dengan angin ciptaanMu .... sehebat manakah manusia itu, tidak ada yang setandingMu ......
mengirup udara segar seusai pulang, merasakan nikmat yang teramat mendalam .....
terima kasih kerana masih memberiku peluang untuk menghirup udaraMu yang segar ...
 
badan terasa ingin berehat lama di as-salam .. ingin benar terlelap di sana, nak merasakan aura tarbiyah as-salam, nak terbaring sahaja kalau diikutkan hati ...

namun, pabila mencapai jam di telefon bimbit, kelihatan jam 10.30 mlm....
walau pada mulanya, terasa ingin bersandar dan ingin tidur seketika di sana ..
tapi memandangkan al-quran ku jua turut tertinggal ..............................
hati lantas mengajak pulang .. tak teringat langsung nak berehat ...............

sendirianku menunggang CCJ ini ..... hanya mengharapkan perlindungan Ilahi .....
melihatkan pasangan bahagia dengan pakaian kemas terawikh membuatkan senyumanku terukir ... "sweetnya" ..... pak cik mak cik ni ....

tapi kerana pak cik itu menunggang agak slow, lantas aku memotong mereka ... hihi
(macamlah laju sangat bawak) .... sekurang2nya ada lagilah yang bawak lagi slow dari saya ya .....

subhanallah, bergurau pulak ...

so, seperti itulah :

tahap target Ramadhan kali ini, alhamdulillah ... cuma sedekah, terkadang termiz 1 hari , dua hari ... terawikh alhamdulillah , tak mampu tahun lepas buat 20 rakaat, tahun ini bila dah letak target, walaupun penat, kerana cinta, aku korbankan jua .....

Al-quran .... masih bertatih dalam juzu' 13 ...agak ketinggalan juga ...
tapi rasa beruntung juga sebab kalau diikutkan tarikh sebenar aku bermula , agak kelewatan banyak ...

dhuha, alhamdulillah ..... kalau di sekolah, slolat dalam bilik gerakan sahaja... sampai sekolah, dhuha dulu 4 r, sambung baca quran dulu sebelum masuk kelas...

witir paling cikai 1 rakaat shj yang aku mampu ...
habis terawikh , memang nak cepat wat 1 rakaat sahaja ..
tak pun buat selepas qiam ...

qiamullail ..
alhamdulillah ... sekalilah dengan sahur ... walaupun bangun selalu lewat, jam 5 baru sedar .. tapi sempat lagi untuk tunaikan 4-7 rakaat ...
terima kasih, Ya Allah...
kerna bangunkan kami..

 cuma satu ....
tafakur ........

bulan Ramadhan adalah bulan yang perlu banyak dibasahi dengan air mata ..
bukan gelak tawa....
Ramadhan bulan yang perlu banyak dihiasi dengan doa setulusnya...
bukan pakai main doa ja ....

sebelum tiba di rumah, singgah di kedai sebentar , mencari roti dan ubat untuk ukhti ...
mungkin sebab dah selalu ke kedai itu, sampai kenallah muslimin ni dengan ana...
ana ambil ubat ... sambil bayar ..
ucapannya terima kasih dan "sakit ya"...
aku cuma angguk sama2x....

tak dengar ayat muslimin tu di akhirnya....

tapi tiba-tiba aku terdetik balik ...
eh dia ada cakap sesuatu di akhir ...
maybe dia cakap "nampak macam sakit ya"...

tapi sebab aku tak pandang wajah dia, aku ambil dan tak balas balik kata-katanya...

cuma terdetik ja...
"kadang-kadang Allah hantar , manusia d sekitar yg kasih kepadaku"...
  terima kasih Allah ...

walau aku berjauhan dengan famliy, aku dapat merasa kasih sayang daripada ramai orang di sekliling ini, 

aku yakin, kalau kita prihatin dgn DIA, Allah akan hantar manusia utk prihatin dgn kita ...

whatever ...
aku mungkin banyak akan dikritik dan sebagainya..
dikutuk dan sbagainya ..

tapi aku bahagia kerana aku bukan nak manusia tertawan dengan aku ...

cukuplah aku punya DIA sebagai sandaran dan pelindungku..

apa asyiq kisah ?  

asyiq cuma tahu, Allah tu sbg pelindung asyiq ..

kat mana-mana, pasti Allah akan jaga Asyiq ....



Muhasabah al-faqir di malam ini..
salam tahajud dan salam sahur buat diri..
wasalam..

Rindukan ibu dan ayah ...
membanting tulang mengemas rumah ..
pasti mereka penat usai usia mereka hampir mencecah 50-an..
doaku buat mereka, supaya mereka diberi ksihatn yg baik, dan moga allah melindungi mereka...
kakak sayang aya dan ibu ...

wallahualam...
 





 


 

Wednesday, August 1, 2012

CERPEN 1:

Engkau cukup sempurna padaNYA


“Ya Allah, panas membahang pagi ini menyebabkan kurang kudratku untuk mengelap keseluruhan kasut-kasut ini. Andai aku tidak dapat menyiapkan kerja-kerja ini, pastinya tuan-tuan kasut ini akan naik berang terhadapku”, bisik si anak kecil kurang upaya di tengah kota mencari rezeki.


Matahari merah menghangatkan tubuh si anak kecil ini, hatta panas yang membahang sedikitpun tidak mematahkan semangat si anak kecil ini untuk mencari rezeki di tengah kota Kuala Lumpur. 


Setiap hujung minggu, pasti kelihatan anak kecil ini ,mengesot-ngesot tubuhnya ke kaki lima Plaza WangsaJaya, dengan berpakaian lusuh, keadaannua tetap tenang dengan berlitupkan kopiah putih di kepalanya. Mencari sumber rezeki yang halal tanpa mempedulikan cacian daripada mana-mana insan yang tiada perikemanusiaan.

 
 “Aku harus kuat untuk berjuang di medan ini, aku ada nenek, dan aku tak nak nenek terbeban dengan keadaanku”, bisik Zakuan seraya menggenggam jari-jemarinya memberikan kekuatan untuk dirinya terus bersemangat dalam kehidupan. Semangat yang tidak luntur si anak kecil ini membuatkan neneknya merasa kagum dan terkadang timbul perasaan simpati yang teramat mendalam terhadap cucunya itu.


“Wei budak cacat! Aku nak duit! Bagi aku duit! . Aku nak duit ,” jerkah Saddam sambil merenung tajam kea rah Zakuan.
 
 “Aku mana ada duit. Duit ini aku nak bagi pada nenek aku. Aku nak belikan nenek aku makanan untuk tengahari ini”, balas Zakuan dengan nada penuh simpati.


“Argh! Aku peduli apa dengan nenek kau, mari keluarkan duit kau bagi pada aku. Kalau tak, aku tumbuk kau. Kau ni sudahlah cacat, nanti aku bagi cacat mata, cacat otak baru tahu.

“Tak perlulah engkau menjerkah aku seperti itu. Aku tahu keadaanku. Kalau kau nak wang, pergilah bekerja. Jangan suka membuli tak habis-habis”, balas Zakuan menjeling tajam ke arah Saddam. Api kemarahannya semakin marak membakar pabila diperlakuan seperti itu. Namun, marahnya terpadam pabila sebutan istighfar terlafaz daripada tuturan bibirnya.


Perbualan itu mencetuskan perbalahan yang sungguh menyayatkan hati pabila kelihatan kesan daripada pukulan dan tumbukan menyebabkan berdarah bibirnya, lebam pipinya akibat kesan tumbukan mengganas daripada Mohd Saddam.


“Zakuan, daripada mana, cu?”, tanya si nenek yang khusyuk menanti kepulangan cucunya tersayang.

“Daripada kota, nenek. Ada sedikit makanan yang Zakuan belikan untuk nenek. Makanlah, nek.”

“Kenapa lebam-lebam ni sayang. Zakuan bergaduh dengan siapa? Siapa berani buli Zakuan ?”, tanya nenek penuh prihatin dan simpati. Mengalir air matanya melihat kesan luka daripada tubuh cucunya itu.

 
“Zakuan terjatuh tadi, nek. Tak perasan ada lubang kecil dekat Lorong Ampang tadi”, jawab Zakuan acuh tak acuh. Sengaja disembunyikan perihal dia dibuli oleh kanak-kanak lain, bimbang nenek akan menghalangnya keluar ke ibu kota bagi mencari rezeki nanti.


“Sayang janganlah keluar lagi. Manusia di luar itu macam-macam ragam, cu”, cukup nenek pun ada wang simpanan. Tak usahlah bekerja lagi, ya cu?” rayu nenek. Di benak pemikirannya, sudah tahu bahawa Zakuan pasti berhelah untuk menyatakan keadaannya yang dibuli. Hatta, naluri seorang nenek pastinya benar, tanggapan itu pasti, cuma sengaja disembunyikan daripada pengetahuannya.

"Nek, Zakuan rindu dekat ibu, ayah.....kenapa mereka tak jenguk zakuan?".

Neneknya dengan penuh sayu menjawab, " Sayang, ibu dan ayah sibuk agaknya, nanti bila mereka sudah lapang, mereka datanglah jenguk-jenguk Zakuan".

" Mereka tak sayang Zakuan , ke nenek?", tanya Zakuan lagi.
Nenek menjawab, " Tidak sayang, mereka sayang Zakuan, mereka mesti selalu berdoa untuk Zakuan biarpun dari jauh", pujuk neneknya, Ruminah.

"Zakuan tahu zakuan tak sempurna, nek. Untung Zakuan ada nenek, kalau Zakuan tak ada nenek, siapa nak jaga Zakuan?", rintih Zakuan.

Neneknya terdiam hiba di anjung rumah. Kelihatan gugur manik-manik jernih dari kelopak matanya. Namun, cepat-cepat diusapinya supaya tidak terlihat dek cucunya yang begitu disayanginya itu. Dirinya juga sudah uzur, apatahlagi dengan batuk kering yang tidak henti-henti menyeksa tubuhnya. Namun, dengan kehadiran Zakuan, menjadi penyeri kepadanya dalam kehidupan seharian.

Suasana terang mengeratkan lagi persaudaraan adik Zakuan dengan Ustaz Munif, pemangkin semangat dan kekuatan dirinya untuk meneruskan kehidupan di bumi Pencipta ini.
"Ustaz, macam mana nak masuk syurga? " , tanya Zakuan memecah kesunyian malam.

" Senang saja, Zakuan buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang", jawab Ustaz Munif sambil tersenyum.

" Zakuan tak nak apa-apa, Cuma Zakuan minta Allah ganjarkan syurga untuk ibu dan ayah Zakuan. Ibu yang lahirkan Zakuan, Zakuan tahu ibu tak gembira dengan hadirnya Zakuan ke dunia, jadi Zakuan mahu ibu gembira bila dapat syurga daripada Tuhan ", bersungguh-sungguh Zakuan menjawabnya. Jauh di sudut hati terasa pilu yang teramat mendalam. Lantas dipeluknya nenek erat-erat, digenggam erat jari-jemari neneknya yang terlakar halus dek Pencipta Yang Maha Sempurna.

Tanggal 16 Julai 2012....

Si anak kecil ini menyambut hari lahirnya dengan nasi berlaukkan garam. Bibirnya tetap tersenyum walau di hati terpendam perasaan hiba kerana mengenangkan ibu bapanya yang meminggirkannya jauh daripada sisi.
"Terima kasih, nek sebab sambut hari jadi Zakuan. Harini dapat makan nasi, syukur pada Allah, kan nek?.

"Nek, Zakuan mintak ampun daripada nenek, selama ini, Zakuan selalu menyusahkan nenek, nak berjalan ke sana ke sini semuanya dengan bantuan nenek", rayu Zakuan.

"Nenek jangan tinggalkan Zakuan, ye, Zakuan perlukan nenek. ", meleleh-leleh air mata Zakuan , begitulah sayu si anak kecil ini sambil memeluk nenek kesayangannya itu.


Namun, kuasa Allah melebihi perancangan manusia. Tuhan lebih menyayangi neneknya, Inna lillahi wainna ilaihi rojiun ...

Lantas , Zakuan kehilangan nenek yang menjadi peneman dan kekasih hatinya yang setia. Neneknya yang uzur itu ditemui meninggal dalam sujudnya menyembah Tuhan Yang Abadi.


Suasana di sepertiga malam membangkitkan adik Zakuan daripada lenanya, menyembah sujud akannya menghadap Allah s.w.t, bercucuranlah air matanya mengaku kelemahan dan kekurangan sebagai seorang hamba. Mengadu dan merintihlan dia pada Allah akan rasa kerinduannya terhadap insan-insan yang bermakna dalam hidupnya.


" Ya Tuhan, aku kini kehilangan nenek yang begitu aku kasihi,
Aku kehilangan punca kasih kini, Ya Allah....
dengan siapa aku ingin berbicara,
dengan siapa aku ingin adukan nasibku,
dengan siapa aku ingin bermanja,
siapa pula yang hendak mengelap air mataku,
menyambut kepulanganku setiap hari - hariku,
mencium dahiku setiap selesai solat bersama,
menyuap makanan ke mulutku dengan sentuhan seperti seorang ibu,
melindungi aku bila aku dikeji orang sekelilingku,
aku kehilangan seorang yang aku kasihi,
seorang yang aku rindui,
berkatilah dan cucurilah ruhnya Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Amin Ya Robbal Alamin..


Sayu dan pilunya hati seorang Zakuan yang telah kehilangan nenek tercinta. Walaubagaimanapun, Zakuan telah dipelihara oleh Ustaz Munif dengan baik.

" Ustaz, ada lagikah orang yang menyayangi Zakuan dekat atas dunia ini?", tanya Zakuan seikhlas hati.

"Ada, Zakuan. Ibu dan ayah Zakuan. Mereka pasti doakan Zakuan supaya jadi anak yang baik", jawab Ustaz Munif dengan tenang.

" Zakuan tahu, ustaz. Kalau nenek ada, mesti nenek orang pertama yang akan beritahu Zakuan bahawa nenek orang yang pertama sayang Zakuan. Ustaz nak tahu, waktu nenek masih ada, nenek selalu bagi Zakuan hadiah, dan hadiah itu sangat berharga buat Zakuan."

"Hadiah apa, Zakuan?".

"Nenek hadiahkan Zakuan kopiah putih , sejadah, dan tasbih. Nenek kata, kalau nenek dah tak ada, ingatlah nenek dengan hadiah ini dan nenek selalu kata , "ini saja yang mampu nenek bagi, cu..".

"Zakuan tak kisah, Zakuan tahu nenek nak ajar Zakuan selalu dekat dengan Allah, bila susah cari Allah, bila senang pun cari Allah...", sambil tersenyum Zakuan berbicara.


Sebelum melelapkan mata, Zakuan menyanyi lembut seperti berbisik menghadap jendelanya, sambil memegang biji tasbih pemberian neneknya.

Allah engkau dekat, Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau Biarkan hamba Mu menangis
Karna kemurahan Mu , Kerna kasih sayang Mu...

Menitik setitik demi setitik air mata membasahi lapik kamarnya.

"Ya Allah, aku redha dengan ketentuanmu..
aku bersyukur dengan kurniaanMu,
bila mana Engkau mengujiku,
Aku secara tidak sedar,
menjadi orang yang paling rapat dalam mengasihiMu,
aku redha dengan taqdirMu untukku,
Andai ini yang membuatkan aku hampir denganMu,
aku redha dengan setulus hatiku..
aku serahkan hatiku, diriku , jiwaku hanya untukMu,
aku yang lemah tidak mengharap apa-apa lagi,
hanya Engkau sebagai pelindungku.
Engkau Mengasihiku,
sedang aku cacat anggota,
namun aku bersyukur kerna tidak cacat hati untuk mengenaliMu.
Jadikanlah aku orang yang sempurna pada penglihatanMu,
walau aku tidak sesempurna insan di sekelilingku,
jadikan aku orang yang sabar dan teguh,
agar aku tidak berhenti berharap padaMu.

Amin, Ya Robbal Alamin.”.

2 tahun kemudian,

“Tahniah, Zakuan, anda dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang pada tahun ini. Dengan ini, anda dijemput untuk sesi temu bual bersama Yb Zaki di sidang Radio HOT FM.



'Assalamualaikum, andai ibu dan ayah Zakuan mendengar, alangkah berbesar hati Zakuan , dan bersyukur pada Allah. Zakuan tahu ibu dan ayah rindukan Zakuan. Zakuan pun tetap merindui ibu dan ayah. Nenek selalu berpesan, kalau rindu, Zakuan kena bacakan Al-qur'an untuk sampaikan pada ibu dan ayah, dan solat 5 waktu jangan tinggal. Nenek kata lagi, kalau Zakuan rindukan ibu dan ayah, Zakuan selalu kena berdoa untuk ibu dan ayah selalu".

" Zakuan cuba. Tapi semakin hari Zakuan semakin rindu pada ibu dan ayah. Zakuan sering menangis bila Zakuan melihat kawan-kawan Zakuan dipeluk oleh ayah dan ibu mereka. Tapi Zakuan tak kisah, sebab Zakuan tahu ibu dan ayah akan balik jumpa Zakuan. Ibu dan ayah pergi jauh untuk dapatkan rezeki untuk Zakuan, kan? Zakuan harap ibu dan ayah akan kembali pulang. Nenek selalu cakap, Ibu dan ayah akan pulang.

Kembalilah ayah. Zakuan rindu, ibu, ayah".

Setelah tamat sidang radio, Zakuan menyatakan hasratnya,

" Kalau boleh, Zakuan nak jumpa nenek, Zakuan nak bagi keputusan ini pada nenek. Sampaikan salam Zakuan pada ibu dan ayah kalau Ustaz jumpa. Katakan pada mereka, Zakuan tak berhenti berharap untuk berjumpa mereka. Zakuan rindu sangat pada mereka. Ini hadiah Zakuan, kopiah Zakuan, tasbih dan sejadah ini , berikan pada ibu dan ayah. Inilah sumber kekuatan kehidupan Zakuan selama berjuang di atas muka dunia tanpa anggota tubuh badan yang sempurna.

Usai selesai sahaja solat subuh, Zakuan kelihatan tidak bangkit-bangkit dari sujudnya. Ustaz Munif yang menyedarinya menggerakkan tubuh Zakuan yang sudah kaku tidak bermaya.

Inna Lillahi wa inna Lillahi Rojiun, ‘bisik ustaz munif dengan sayu ditinggalkan insan yang penuh tawadhok dan luar biasa itu.

Kepulangan ibu dan ayah Zakuan yang diharap-harapkan hanyalah mengundang penyesalan apabila mengetahui anak mereka sudah tiada lagi di dunia. Hanya sekeping surat sempat dikirimnya.

" Salam sayang, ibu, ayah...
Ini Kopiah Zakuan, ini saja kopiah yang Zakuan ada, tapi Zakuan sangat
sayang dengan kopiah ini, kopiah ini melindungi zakuan, dari panas, hujan.
Ini sejadah Zakuan, kalau Zakuan tak tahu nak luahkan dan MEnangis pada
siapa-siapa, dengan sejadah inilah Zakuan penuhkan dengan air mata
memohon pada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Ini tasbih Zakuan. Kalau Zakuan diejek oleh rakan, Zakuan akan sentiasa kuat dengan mengingatiNYA. Cukup bagi Zakuan yang tidak punyai harta dan apa-apa, namun inilah yang amat berharga sepanjang hidup Zakuan di dunia. Ku alunkan zikir untukmu, ibu , ayah. Ku alunkan bacaan al-qur'an kalamullah hadiah istimewa dariku,
hanya itu yang aku mampu..
salam sayang, dari anakmu..
Zakuan.

Tersentak ibunya membaca warkah itu.
"Engkau teramat istimewa dan sempurna padaNya, sayang, moga Engkau ditempat di syurgaNYA", doa ibunya kepada anak yang begitu berbakti kepadaNya.

-Tamat-
editing terbaru~
nukilan:asyiqazhad

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..