salam jam 4.30 petang. ahad. 21/3
terdetik aku nukilkan dua buah sajak kepada teman seperjuanganku.
In sya allah . untuk diriku dan mereka. kerna allah dan Rasul aku bertinta.
demi menyahut seruan dakwahmu....
Satukanlah
ikatan ...
Nukilan: asyiqazhadyandhaif
terdetik aku nukilkan dua buah sajak kepada teman seperjuanganku.
In sya allah . untuk diriku dan mereka. kerna allah dan Rasul aku bertinta.
demi menyahut seruan dakwahmu....
Sajak “salam buat
Pejuang”
Salam buat
pejuang?
Apa khabar
imanmu pada hari ini?
Solatmu,
zikirmu, selawatmu, dhuhamu, tahajudmu ...
Adakah
terpelihara seiring dengan urusan dakwahmu?
Salam buat
pejuang?
Apa khabar
dirimu?
Kuatkah kamu
menempuh ujian yang acapkali datang padamu..
Saban hari
semakin teruji ...
Saban hari
hasil dakwah semakin tidak menjadi
Mad’u pula
berkeliaran lari....
Adakah kau
masih bersemangat dengan meneruskan dakwah ini?
Wahai pejuang
.....
Ujian ujian
ujian
bisa
membuatkan kita menangis dan berpaling
pesananku
buat pejuang
Kalau kamu
tidak kuat kerna Allah dan Rasulullah
Kamu akan
jatuh .. jatuh...jatuh dan jatuh ....
Maka wahai
pejuang ......
|
Eratkanlah tali
bulatan
Tumpaskan
bisikan syaitan
Kuatlah demi
Allah dan Rasulullah
Kuatlah demi
Allah dan Rasulullah
Kuatlah demi
Allah dan Rasulullah...
Sajak “Dakwah Dakwah Dakwah”
Dakwah Dakwah Dakwah?
Ada apa dengan dakwah?
Kenapa aku memilih
jalan dakwah?
Ku bisukan kalam
Monologku berbisikkan..
Ya. Aku sangat letih.
Letih bermain dengan
dakwah dakwah dakwah...
Tapi .
Aku inginkan
peristitirehatan terbaik
Ya..
Aku inginkan
peristirehatan di syurga....
Dakwah Dakwah Dakwah
Allah dan Rasulullah
pemangkin kekuatan
Berdiriku keranaNya
Jatuhku seketika sahaja
Tamparan muhasabah cintaNya
Melatih aku berjalan
dan terus berjalan
Ku sapukan air mata dan
bertahan
Demi menyahut seruan
dakwah dakwah dakwah
Dakwah Dakwah Dakwah
Panggillah aku
Jangan kau tinggalkan
aku sepi tanpamu
Aku sedia’
Aku rela menemanimu
Demi cintaku kepada
Allah dan Rasululku
Nukilan: asyiqazhadyandhaif
alhamdulillah, terima kasih atas coretan yg dapat mengalirkan airmata ini. Bila dibaca, dihayati dengan hati maka bisa buatkan diriku terkesima dalam memperjuangkan hidup yg penuh dengan ujian yang tiada henti hingga nyawa dijemput pulang menghadap ILAHI.. Teruslah menulis kerna bukan semua org dapat menyentuh hati org yg membacanya.. Moga Allah merahmati dan hidupmu diberkati.
ReplyDeletesyukran jazilan atas doamu sis jaja. salam ukhuwah.
ReplyDelete