Friday, May 18, 2012

sejuk hati..



Alhamdulillah..
terasa tenang mendengarkannya...

jum jadi penerus generasi al-quran....
Allah, rahmati kami dengan berkat al-quran...
jadikan ia sebagai imam, rahmat dan petunjuk bagi kami...
Allah..
ingatkan kami dengan apa yang kami lupa tentangnya...
Ya Allah,
rahmatilah kami dengan al Quran,
jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang.
jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.



semoga kita jadi hambanya yang istiqamah,
yang rajin membaca al-quran..
jom didik hati dan jiwa untuk menyintai al-qur'an..
kerana al-quran itu pedoman...
dan  rahmat...

mudah-mudahan
ia menjadi teman kita di sana nanti..
sebagai pelindung dan hadir sebagai syafaat...

jom didik hati supaya khusyuk dalam pembacaan..
tidak lalai semasa meneliti ayat-ayatNYA..
supaya ayat-ayatNya dapat mengubat jiwa..
dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul...

serta hari pengakhiran...


jum jadi penerus generasi al-quran....
Allah, rahmati kami dengan berkat al-quran...
jadikan ia sebagai imam, rahmat dan petunjuk bagi kami...
Allah..
ingatkan kami dengan apa yang kami lupa tentangnya...
Ya Allah,
rahmatilah kami dengan al Quran,
jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang.
jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.




wallahualam...


Thursday, May 17, 2012

Ketaqwaan Sayidina Umar Ibnu Aziz


Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan izinNya..sedikit perkongsian berkenaan ketaqwaan saidina umar abd aziz..

mengisi jiwa dengan perkongsian ilmu berkenaan kisah para sahabat...
supaya kisah para sahabat dapat membawa kita kepada kecintaan padaNYA dan Rasul tercinta serta sahabat-sahabatnya...

1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."

Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini."

3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin.

Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: "Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim."
Sambungnya lagi: "Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim..." 
Tiba-tiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, "Aku bagaimana yang engkau lihat?"

Ulama sufi itu dengan tenang bercerita, "Aku lihat tuan..."

Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, "Allahu Akbar" lalu beliau jatuh pengsan.

Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan bertanya, " Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku."

Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya, "Apabila sampai giliran tuan, aku lihat..."

Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan.

Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja, "Tuan selamat."

dipetik dari; portal mukmin

Wednesday, May 16, 2012

Jangan biarkan jiwa kosong..


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Allahumma solli ala saidina Muhammad,waala saidina Muhammad....

indahnya ciptaanMu, Allah...
aku menghirup udaraMu setiap hari...
segarnya alam ciptaanMu,
membuatkan hati terasa sayu..
indahnya kejadianMu..
namun berapa kerap kalikah aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini...
Allahuakbar!
banyaknya anugerah dan pemberian yang telah eNgkau berikan padaku,
sesuaikah aku dengan amalanku pada hari ini membalas segala pemberianMu...
(jauh sekali)..

masa menulisaku peruntukkan untuk muhasabah diriku setara mana imanku, setara mana jiwaku terisi dengan cahaya Allah s.w.t........


alhamdulillah,
selesai aku pulang daripada baiti as-salam yang aku rindui..
Allah, rumahMu kan rumahku jua.....
Engkau senantiasa menantikan hambaMu untuk berkunjung ke rumahMu...
insan yang penuh kerdil mengharap langkahan kakinya bermakna seribu..
agar kau memancarkan ketenangan di lubuk qalbu..
malahan kau sirami hatiku dengan jiwa merindukan RabbNYA...

aku terasa seperti sesak jiwaku..
seperti sarat dengan urusan dunia...
hingga dalam hatiku...
terasa kosong dengan jiwa seorang perindu
di manakah abid asyiq azhad..
kau meletakkan hati dan jiwamu selayaknya seperti nama impianmu itu?

dalam dadamu sarat sudah dengan urusan dunia..
sehingga kau membiarkan ruang-ruang kosong di hati bagi menempatkan cinta Allah di lubuk qalbu...
sampaikan engkau terasa seperti hilang tujuan hidupmu..
hilang keprihatinanNYA..
hilang rasa keajaiban kasih berkasih denganNya..
cintakan urusan dunia melebihi
mendengarkan warkah cinta dari Allah azza wajalla..

pesanan diri buat asyiq azhad...
jangan biarkan hatimu sarat dengan dunia hingga menyebabkan hatimu kosong dengan cahaya hidayahNya..
isilah masamu dengan urusan dunia..
namun jangan kurangkan amalan yang membawamu bertemu Yang Esa..
pesanan lagi untuk asyiq azhad.
Allah melihat kita setiap masa..
Allah tak memandang sebanyak manakah amalan kita..
tapi Allah pandang sejauh manakah kualiti ikhlas kita..
walau kita cuba menyusupnya, tapi Allah tahu ikhlas para hambaNya..
buat asyiq azhad..
menuntutlah kamu akan ilmu..
sesungguhnya ilmu itu akan membawa manfaat besar untuk islam.
menghidupakan dan menjadikan islam sebagai tamadun.
kerana kita mahu bawa islam jauh ke hadapan..
dan sebuah tamadun itu harus berilmu..
ingin anapetik kata-kata ini;
"ketinggian darjat seseorang itu bergantung kepada ketinggian ilmunya"...
(maaf kan saya kalau silap)..
Ibn Sina, Al-khawarizmi, Al-Ghazali terkenal dengan kemajuan intelektualnya..
menyebabkan masyarakat barat memandang tinggi kepada tamadun islam pada tika itu..

asyiq azhad..
dalam hidup ini..
kita ada bermacam plihan..
kalau kita pilih nikamt dunia..
Allah dah takkan bagi nikmat akhirat...

ukhti asyiq azhad...
penuhi hatimu dengan iman.
bukan kurangkan..
tapi istiqamahkan..
matlamatmu jelas..
akhirat sebagai tujuan kehidupan..
(takkan nak ke sana, amalan ala kadar)...


allahuakbar..

pengisian harini berkaitan dengan ikhlas...
usta banyak menceritakan tentang Abdullah Ibn Abbas...
pada tika zaman pemerintahan saidina Uthman r.a,
banyak berlakunya perpecahan dan tersebar luasnya syiah pada tika itu.
dan abdullah ini merupakan insan yang banyak membela islam, 
merantau ke kuffah, dan banyak lagi untuk menerangkan islam dengan amalan sunnah Rasulullah s.a.w......

ustad tanya; orang yang dikashi manusia ini untungkah?

jawab saya; untunglah..

tapi ustaz kata, dulu nabi s.a.w sebelum berdakwah, baginda sangat dikasihi oleh  orang quraisy tika itu dan digelar sebagai AL-AMIN...namun, pabila Rasulullah s.a.w mulai berdakwah, ramai yang membenci Rasulullah.....

kata ustaz, siapa yang dikasihi sekalian manusia ,
 dia tu merupakan orang yang tak menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar..

lihat kepada nabi s.a.w.  ,
 menjadi sunnatullah kepada baginda dibenci oleh ramai manusia yang cuba baginda dakwahkan, tapi Rasulullah tak kata ' aku malas berjuang'...
tapi Rasulullah sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah , berdoa sentiasa agar islam dibawa masuk ke dalam hati dan jiwa umat-umatnya ...



abdullah Ibn Abbas juga dikatakan diuji oleh Allah dengan buta matanya, dan seorang tabib menyatakan seandainya matanya hendak dibedah, beliau tidak boleh solat di atas lantai, tetapi solat di atas kayu...
(kiranya sujudnya mengena kayu)..
tapi pilihan abdullah ibn abbas sampai ke akhirnya tidak dibedah..
katanya; Rasul tidak mengajar umatnya bersujud di atas kayu, dan aku akan terus begini sampailah ke akhirnya...

dan abdullah ibn abbas pulang ke rahmatullah dalam keadaan buta...
kerana mempertahankan sunnah Rasulullah s.a.w....

kembali kepada cerita saidina uthman  yang dibenci oleh pihak syiah..
pada tika itu, pengikut2 memfitnah saidina uthman bermacam-macam, 
beliau tidak layak dan sebagainya, 
dan akhirnya mereka membuat kepungan dan terbunuhlah saidina uthman...

samalah dengan abdullan ibn Zubir yang terfitnah dan akhirnya terbunuh....

bila mana tibanya zaman pemerintahan saidina Ali, maka berlakulah masalah kerana fitnah itu terbawa-bawa daripada zaman pemerintahan uthman...


ok..

berbalik kepada cerita ikhlas..

 jangan mengharapkan pahala bila buat amalan..betulke?
kata ustaz...
itu mengikut hukum teori tasawuf....

nabi sendiri mengajak manusia..
dengan memperingatkan manusia akan pahala..
sebagai contoh;
Rasulullah mengajak umatnya solat berjemaah di mana tuntuntannya 27 rakaat berbanding solat sendirian 1 rakaat,
nabi sendiri menyeru umatnya sebegitu..
supaya umat tertarik untuk melaksanan tuntuan dan syariat islam..


ustaz kata,
kita jangan sempitkan pemikiran dengan belajar tasawuf tanpa belajar nas dari al-quran  hadis2, dan sunnahnya..
kaji ilmu tasawuf mendekatkan diri berhubung dengan Tuhan..
mengikut tasawuf, buat amalan jangan mengharap pahala..
tapi sandarkan dengan sunnah, hadis-hadis yang tersedia..

ustaz kata..
jangan buat pemikiran sekular yang memisahkan dunia dengan akhirat...

kerana kalau kita buat sesuatu tanpa nampak akhirat..
kita tak kan ada kesungguhan dan matlamat..
bermakna kita pisahkan amalan kita untuk akhirat...

jadi nabi s.a.w selalu membawa kita selalu mengingat pahala..
mengingat nikmat syurga..
supaya umatnya ada kesUngguhan..
ada jaminan..
ada cita-cita nak mati mulia dan sebagainya...

dan Allah yang memberi jaminan..
dAN Allah telah menulis janji-janjiNya di dalam Al-quran..
supaya hambaNya meneliti dan memikirkan tentang perumpamaan2NYA..

kita hanya mengikutinya..
moga kita berusaha keras untuk melaksanakannya?

dan AKHIR SEKALI,
apa yang saya tertarik dengan hadis qudsi yang mengatakan;
'rahmat Allah mendahului kemurkaanNya"...

hebatnya Allah..
hebatnya Sifat Pengasih Allah..
subhanallah...
subhanallah...


Kalau kita ada niat nak buat kebaikan, tapi kita tak buatpun dapat 1 pahala..
kalau kita ada niat buat baik, dan kita buat, maka Allah bagi 10 pahala, dengan 10 pahala bertambah jadi 100 bertambah jadi 700 , 700 00 pahala dan banyaknya ganjaran yang Allah bagi bersesuaianlah dengan tahap ikhlas di hati kita..


kan , orang yang ikhlas sahaja, yang akan istiqamah dengan amalan-amalannya?


terima kasih...
atas peluang melakar kalam ini...
moga bermanfaat buat diri dan untuk islam...
setiap nadi kita moga tidak kosong dari nadi seorang pendakwah dan khalifah..
 semuanya untuk islam...

ingatlah kita bukan nak tagih perhatian manusia, tapi kita nak bawa saudara kita tagih untuk cintakan islam dan beramal dengannya...


segala kelamahan mohon maaf..

wallahualam...


asyiqazhad.tomato.com

Sunday, May 13, 2012

persahabatan IPGKKB..

Bismilllahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi MAha Mengasihani...
dan aku panjatkan selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar nabi muhammad s.a.w yang sangat mengasihi umatnya semasa di dunia hatta di alam sana juga sebagai pelindung dan pemberi syafaat kepada para umat yg disayangi.....

Allahumma solli ala saidina Muhammad, waala ali saidina Muhammad...

Alhamdulillah, sekarang sedang berada di mihrab peperiksaan, dan aku masih lagi pulun mencari ilmu di samping mencari kefahaman dan ketenangan di hati untuk menerima pembelajaran, moga Allah menguatkan daya ingatanku dan membantuku dengan taufiq dan hidayahNya...

dalam hati (banyak lagi x baca).....

muzik ini macam kenal je....perubahan mengikut kesesuaian...;)  ana pilih sebab syahdu..dan merdu..sesuai untuk mengenang alam persahabatan...


persahabatan di IPGM Kampus Kota Bharu bermula dengan pertamanya mengenali saahabat sekelas ana, dan ana sangat menghargai sahabat seperjuangan ini yang banyak memberikan sokongan moral dan terlalu banyak kenangan manis pahit dilalui bersama...

tidak asing 6 puteri dan 10 orag putera....
ana, ifa, uyu, kak ya, dan kak lin....
ini sahabat sekelas saya dan saya sangat menghargai kehadiran anda....saya meminta maaf sepanjang perkenalan, andai banyak kata-kata dan sikap yang tidak sepatutya dilakukan...
saya juga manusia, walau pemakaian saya berlainan, cara saya berlainan, tapi terlalu banyak lagi kekurangan saya, dan kamu semua sebenarnya lebih baik dan mulia dari diri ini......
benar, Allah maha mengtahui seikhlasnya para hambaNya...




MALAM UNTUKMU PUTERI ANJURAN PIM
ni classmate saya..8 orang...sebelum ni , ada shasha...tapi rasa shasha waktu ni dah pindah..main cuba2 masuk pertandingan nasyid....alhamdulillah, kejayaan yang tak disangka..vokalis: fathanah dan afiqah






10 orang putera, ajai, zahran, boy, ustad, awan, apih, ja, amri, sharip, a.ngah............
saya selalu menolak untuk pergi berekreasi sokmo, dan membuatkan kalian tak berkenan...
tapi kalian sangat baik dan sangat baik sepanjang persahabatan, sft menghormati dan banyak bergurau...walau saya kelihatan agak senyap (senyap ke)..

berubah kepada family kedua...
family persatuan intelektual muallim....
dahulu rakan masjid...golongan terawal, kak ana,kak rem,kak farah, kak ida, kak azzati....
a.fahmi, jiji, khairi...dan lain-lain.....

terima kasih atas persahabatan , dengan persahabatan ini menyebabkan ana terasa kemanisan ukhuwah dan masih berdiri di atas jalan dakwah bersama kalian, merasai manis pahit kehidupan di alam dakwah, penolakan, omongan manusia dan sebagainya membuatkan ana banyak belajar untuk berdiri teguh....

dan ana tidak pernah merasa sendiri, bahkan persahabatan ini menjadikan ana sebagai keluarga  di kampus yang sangat ana hargai nilaian ukhuwah , sampai ke akhirnya..insyaAllah, pasti kenangan ini akan menjadi kenangan yang indah dalam kamus hidup ana.....


kak suhana yang akan mendirikan baitul muslim, kegembiraan di hati sangat memberi makna kepada hidup kami,seorang sahabat kami akan mendirikan baitul muslim,namun terselit kesedihan, kerana ia jga merupakan langkah awal ke arah kehilangan.....
kehilangan seorang kakak yang sangat memberi makna dalam kehidupan ini...
namun, kami doakan kebahagiaanmu, ya ukhti.........

salwa, nia, aisyah, fatin,  sahabat se'batch yang bergiat aktif dalam bidang dakwah, banyak membantu diri ini bertatih dalam dunia dakwah...terima kasih.....antum pemangkin semangat dri yang penuh dengan kekurangan ini...
syukran atas segalanya....

tak lupa perkenalan ana yang banyak bermula di surau ketenangan ,antaranya ukhti hannan, najwa, mardhiah, sofeya, asma', hafizah, rubi, hanisah, hasanasiha..dan adik adik surau blok e...zaira nur hiadayah, nani, selvi, mar....juga menceriakan kehidupan d asrama...sayang kamu semua..

keluarga usrah pertama bersama ukhti aisyah an-nahdhoh bersama anak usrah , saidah, fatihah, sarah, amani, saniyah, anim banyak mengajar diri yang lemah ini ntuk menjadi seorang manusia yang memberi manfaat kepada islam, wala tidak selayaknya menjadi naqibah anda......namun, perkenalan dan ukhti asiyah jga banyak mendidik jiwa ini untuk mengislahkan diri dan mendekatkan diri dengan sang pencipta.....


keluarga usrah kedua....bersama ukhti aisyah nadhirah...
adik-adik yang dikasihi, muntiah, teha, fateh, hidayah, syuhada, farhana, syida, amirah, nani....

kehadiran antum anugerah Allah kepada diri abid yang lemah ini....
mengenali dalam sebuah keluarga khas dunia dakwah dan tarbiyah...
keluarga ini juga banyak memberi kenangan indah dalam pegursan,kepimpinan dalam 2 tahun berada di dalamnya, memegang taklifan Allah , walau tidak selayaknya..

keluarga usrah ini terdiri daripada sahabat yang hebatt-hebat....
ada yang menghafal sebahgian qur'annya, ada yang hebat dalam dunia kelimuannya, penghayatannya, fikrahnya...

di sudut hati, layakkan aku memegang sahabat-sahabat ini...
imanku sendiri masih rapuh ...
kuntuman mekar di settiap perubahan musim..
terkadang layu terbenam sehingga sesak nafas-nafasnya...
masih banyak lagi kekurangan yang dimiliki..
diri tidak sehebat akhowat antum yang pernah memegang antum
dan diri tidak seutuh seperti imam hasan al-bana yang hebat pengurusan usrahnya...
namun diri mencuba apa yang termampu ...
menunggang kapcai setiap kali usrah..
tidak sabar bertemu dengan adik-adik usrah...
mengharapkan sentuhan ukhuwah mampu memberi kekuatan dalam mengharungi kehidupan yang penuh mehnah ini....
butiran mesej banyak dihulur kerana tanda ingatan yang tidak mahu putus, kerana itu sahaja yang ana mampu untuk menjaga iman adik-adik, hatta diri al-faqir yang lemah ini seawalnya..

ukhti aisyah banyak membantu...
bergandingan dengannya pun tidak layak ;) terasa...
hamba al-faqir yang tersagat lemah, dan masih banyak kelemahan diri .....
namun, terima kasih di atas ukhuwah antum ..
menerima ana yang faqir ini menjadi sahabat antum...
kedekatan dengan antum banyak menjadi pemangkin kepada ana untuk terus kuat, dan tabah dalam mengharungi dunia dakwah...
khasnya antum banyak menjadikan aspirasi untuk ana membina diri...

ana sangat menghargai antum...
terkadang kita kurang menghargai semasa orang itu berada di hadapan kita, ttapi kita akan terasa kehilangan tersangat pabila insan itu bakal meninggalkan kita,dan ana tidak mahu menghargai selepas kehilangan....

syukran kathiran sahabat seperjuangan...
moga Allah memelihara ukhuwah ini sehingga ke akhirnya..


Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..


sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, dan damaikanlah di antara mereka...dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

 mengenang dan melihat sahabat melakar jiwa untuk mengingati pertemuan dengan Pencipta...

ketenagan di wajah antum , kedekatan antum dengan Yang Esa membuahkan rasa iman di hati al-faqir...





salam imtihan antum semua...
dan sama-sama kita pegang sama-sama kita,  penilaian kita ada dua, di dunia dan kita juga ada penilaian di akhirat, namun penilaian di akhirat sengaja disembunyikan dan menjadi rahsia Allah.sangat beruntunglah orang yang sentiasa bersedia dengan penilaianNYA......

kita semua nak masuk syurga, kan?
nak tergolong jadi insan yang soleh, solehah, benar?
jom, kita istiqamahkan diri kita dengan amalan yang mendekatkan diri dan hati kita kepada Allah....
ujian dunia bersifat sementara dan ujian akhirat itulah yang menjamin bahagia dan senangnya di pengakhiran kita....


apapun, moga dapat keputusan yang baik, sama-sama kita minta petunjuk dari Allah dan Allah memberikan pertolongannya kepada kita sebagaimana kita pernah menolong agamaNYA,,,namun pertolongan kita atas agamaNYA terlalu sedikit dan tak dapat langsung nak bandingkan dengan pertolongan yang telah Allah bagi dalam kehidupan kita....


;) ;) salamperjuangan, man jadda wa jadda..

wallahualam.asif andai banyak khilaf bicara.

syukran.

Sunday, May 6, 2012

kepulangan bermakna..

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, ku panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t yang Maha Pencipta, Yang Maha Mengadakan, Yang Maha pembentuk segala rupa, dan yang memiliki nama-nama yang indah..sekalian makhlukmu bertasbih memuji keagungan dan kebesaranMu, dan aku ingin juga bersama-sama makhlukMu bertasbih dan memuji kebesaran dan keagunganMu..

puisi ku lakar hanya untukmu;

kepulangan si anak dinanti ria,
seorang ibu merindukan si perawannya,
hanya mesej penghubung keduanya,
bertanyakan khabar bertanyakan berita..

tayar sang mutiara belum terhenti
terhendap si anak mencari buah hatinya
ya, itu dia ..
redup wajahnya , 
ternampak sugul raut mukanya,
namun tetap menanti setia
dengan penuh setia tersenyum mesra..

ingin ku menceritakan insan yang hebat ini..
kepulanganku sangat bermakna buatnya...
dan sangat bermakna buat seisi keluarga..
aku tahu perihal itu walau mereka tidak meluahkannya..
tapi hati seorang anak dapat menduga..
melihat cara, melihat rupa. melihat seadanya dengan mata jiwa...


aku hanya terkadang teruji olehNya..
dan di dalam hatiku terdetik pabila memandangkannya..
ujian ujian tidak pernah berhenti dalam kehidupannya..
sampaikan aku terfikir,
sampai bilakah ujian ini akan KAU hentikan segera kepadanya..


aku pernah mendapat ujian..
dan mereka juga pernah mendapat ujian..
tapi insan ini tidak pernah putus dari ujian...
sampaikan aku hanya mampu menangis untuknya..
menangis sendiri di hati..
dan  tidak pernah aku perlihatkan di hadapannya..

aku ingin menjadi kuat sepertinya
sebagaimana dia kuat menempuh hari-harinya
aku juga harus kuat ..
tidakkan aku menangis membuatkan dia terasa lemah..


sangat gembira di hati..
pabila si ayah membawa aku berjalan di bumi Pahang..
hdangan seafood ternanti pada sebelah malamnya...
shopping juga tidak aku duga terlalu berharga pemberiannya..
tergamam aku tidak terkata...
untuk si anak berkorban apa sahaja..
tapi untuk si dia belum tentu sedemikian rupa..

untuk si ibu pula..
kenyangnya anakanda tidak terkira..
makanan tidak putus-putus enak-enak pula..
kerna kepulanganku barangkali sangat bermakna buatnya..
terasa hiba daku melihat pengorbanannya..

berkunjung di Darul Ehsan..
menilik lembaran-lembaran ilmu Yang Esa..
bersama si ayah dan si ibu....
akhirnya terbelilah buku hikmah di sebalik nama2 ALlah ...
hanya perlu dipegang ke mana-mana sahaja berada..
nipisnya buku ciliknya sifat bentuknya..
harum mewangi bau helaiannya..
menjadi santapan kepada ruh si anak muda...


kehidupan ini diatur olehNya..
cantiknya kehidupan ini pemberian Allah kpd sang hamba..
setiap kejadian-kejadiannya,
terjadi dengan penuh hikmahNya..
orang lain x mampu membaca kehidupan orang lain..
mereka hanya mampu melihat,
itupun tak mampu sepenuhnya nak menafsirkan keadaannya..

ujian itu juga merupakan rahsia hamba kepada sekalian makhluknya..
hanya mampu bersabar dengan segala ketentuan ,dan qada' qadarnya..
ketenangan yang terlakar pada wajah makhluknya..
bukan menunjukkan bahawa dia sedang tidak diuji sebagaimana orang lain teruji..
namun hakikatnya...
dia teruji...
dan sangat teruji..
namun dia tidak mahu merasa kalah dengan ujianNya bahkan berdiri tabah...
kekuatan dari si Pencipta Maha hebat dihulur kepadanya..
supaya tidakkan pernah  mengalah dalam menangani ujian yang sementara...


p/s;  jangan mengalah dengan ujian yang sementara, kuatkan hati dan jiwa, sebab hidup mati kita hanya 1 sahaja tempat pengembaliannya, iaitu Allah s.w.t sahaja....
dijadikan dunia sebagai tempat ujian sementara menanti pengadilan di akhirat sana...


belajarlah mencari kekuatan dengan melihat bahawa ada insan lain yang kuat dalam menghadapi ujian-ujiannya dan katakanlah;...
aku diuji, tetapi ada orang yang jauh lebih hebat ujiannya, dan tidak pernah putus-putus Allah mengujinya..diberikan ujian tanda kasih, kerana Allah sangat kasih kepada hamba-hambanya yang bersabar..
tidak mungkinkah aku menjadi hebat dan kuat seperti mereka..??
tidak mahukah aku menjadi orang yang dikashi Allah dan tergolong dalam kalangan hambaNya yang soleh?


bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini..
boleh jadi kita kehilangan insan yang teramat kita sayangi..
kita akan menghargai bila dia sudah pergi dari hidup kita..
kita akan mengharganya sekiranya kita hampir-hampir kehilangannya..
insan yang sangat banyak pengorbanannya..
insan yang sangat tulus ikhlas mendidik si jiwa pemudi
insan yang hanya mengharap bahagia bukan harta semena..

itu si ibu..
aku tidak kan pernah berhenti mendoakanmu..
itu janjiku....
jua untuk si ayah....

hanya mahuku melihat bahagia, harta itu bukan penjamin bahagia, tetapi sft sabar dan doa merupakn kunci ke arah bahagia yang tersimpan di sana...


aku menjadi tabah kerana sifatmu yang tabah..
aku menjadi seorang yang sabar kerana sifatmu yang sabar...
terima kasih Allah ..
aku tidakkan pernah mengalah dengan ujianMu..
akanku minta, dan minta selalu darimu..
akan sinar bahagia itu....
bahgia dunia dan bahagia akhirat sana..
kerana ujian-ujianMu,
aku belajar untuk mendekatimu..
selalu dan selalu...
terima kasih atas ingatnMu pada sang hamba..

wallahualam...

















Tuesday, May 1, 2012

FAQIRNYA HAMBA..

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


alhamdulillah, terdetik di hati seorang hamba yang tidak punyai apa-apa ini mencoretkan kalam di sini bagi menggilap hati yang hampir berkarat dengan panas terik cahaya dan lumur-lumuran dosa..


seharian hanya terbaring rehat di atas kamar, diberi kerehatan oleh Allah s.w.t sementara Allah sedang menggugurkan dosa-dosa hamba yang bertimbun-timbun ...


Maha Pengasihnya Allah, diberi kesakitan tetapi digantikan pula dengan hikmah pengasihNya DIA, andai kita bersabar, pahala berjalan, dosa tergugur..




Hamba seorang yang tidak punyai apa-apa..
hanya mampu berkata, Maha PemurahNya DIA...
mAHA Pengasihnya DIA..
hamba menghirup udara yang dimiliki olehNya..
hamba diberi rupa dengan rupa yang dibentuknya..
hamba diberi harta, harta yang dipinjami DIA...
senang bicara nampak 'gah'nya ana semua datang daripada DIA... 
dan hamba berjalan hanyalah dengan segala pemberianNya..
sedangkan ana seorang hamba , tidak punya apa-apa...




.........................................

menanggung bebanan dosa tidak terhingga..
hinggakan tidak sedar punyai dosa segunung.
titik-titik hitam yang melekat di hati..
membuatkan terasa  sesaknya dada
jauhnya jiwa seorang hamba..


masakan hambe merasa tiada dosa.
sedang syaitan sedang mentertawakan hambe..
mengaku tiada dosa 
sdg sisa2 itu sedang membawa kpd murkaNya..


nilaian istighfar...
bermakna bagi seorang bergelar hamba..
sehingga sebelum tersekat nafas pada kerongkongnya.
kalimah itulah antara penyelamatnya.


hebat bicara seorang daie..
mengajar dan menyampaikan..
sedang banyak kelemahan yang berdiri di bahunya


ana , hamba berusia 22 tahun..
senantiasa sayu jiwanya dalam merobek dunia untuk membuka lembaran gambaran masa depannya..
masakan hamba menjadi seperti hari ini..
didikan dan ujian yang mendatangi hamba
membawa hambe menjadi sahabat kepada teman SETIA
menjadi hambe sentiasa memegang kata-kata 
'masakan kamu sendiri, sedang Allah bersamamu, diujimu tanda kasih, tanda DIA mahu menguji tahap imananmu, tahap kehambaanmu..




realiti pabila ana memandang sokmo keranda yang berada di tepi rumah Allah ...
membuatkan ana berkata sendiri di dalam hati..
"pastikan masamu akan tiba nanti, saat diusung dan diiringi ke liang lahad pastikan tiba......"


namun, hamba sejujur berkata..
hamba belum bersedia..
kerana diri masih lagi fakir...
tabungan amal masih terlalu sedikit
malahan takut banyak pula yang 'ter'rejected"


aduhai...
bilakah Ya Ukhti...
kamu akan mengatakan..
bahwa kamu sudah bersedia berhadapan denganNYA?
..............................................................................................
Bilakah kamu akan mengatakan bahwa kamu tidak sabar mmbentangkan amalanmu kpdNya..?
.....................


Fakir kan hamba???
seperti itukah, 
hamba mengimani hakikat kematian itu,
sedang bagi orang yang mengimani hakikat mati itu pasti tidakkan menangguh-nangguhkan tabungan amalannya..
malahan setiap hari tabungannya bertambah , malahan terhias cantik dalamannya......
ya ukhti,,,
enti macam mana?


................................................................................................


Allah..


hambe tersadar sesuatu,
takut-takut saat nyawa hamba ditarik,
hamba tidak mampu untuk mengakhiri kehidupan ana dengan lafaz 'la ila ha illallah"...


......................
FAQIRNYA hamba, Ya Allah...
adakah aku mampu mempersembah yang terbaik di hadapanMu?
cukupkah amalan-amalanku sampai saat ini?
cukupkah, cukupkah, cukupkah...
amalan bukan hanya untuk manfaatmu
tetapi insan di seklililingmu jua
cukupkah??
tertunaikah??


entah.
hamba x kisah
hamba  penuh kekurangan'
tapi hamba yakin dengan baik
kerana kekurangan itu
membuatkan ana sentiasa mahu menghulurkan salam tangis kerinduan padaNya
akibat kekurangan itu.
menyebab ana dapat merasa bahwa dunia bukan milik ana dan pengakhiran ana..
tetapi dunia ini milik Allah dan ana juga akan pergi meninggalkan dunia yang penuh panaroma ini..


terima kasih atas kekurangan ini..




Allah,
mengajar ana banyak erti kehidupan,
Allah, 
banyak mengajar ana apa itu kesabaran,
Allah,
banyak menunjuk ajar ana apa itu ujian,
Allah banyak mengajar ana bagaimana hendak meghadapi  rintangan
dan Allah, 
tidak pernah berhenti membimbing ana, 
malahan Allah juga tidak pernah berhenti menjadi 'sahabat' ana
dan Allah tidak pernah berhenti memaafi ana..
selaku hambanya...




masakan hamba sendiri
sedang hamba yakin DIA di sisi
moga pengakhiran ana berada sewaktu di pangkuanNya
menyembah sujud , mengungkap tasbih cinta..
memegang erat bulatan tasbih menutur taubat..
berakhir pula dengan menyebut namaNya..
dan kalimah 'TIADA tUHAN selain Allah"..




jangan melihat kalam yang dituturnya,
tapi lihatlah perlakuannya..
jangan melihat hebat bicaranya..
tapi lihatlah apa yang dilaksanakannya..


nilaian Allah itu Maha Hebat..
jangan menilai hebatnya manusia itu di sisimu,,
sebab belum tentu ia hebat di pandang oleh TuhanMU..
belum tentu ia tercatit dek malaikat;
amalan  diterima
dan belum tentu dia golongan si penghuni syurga'.....


lihatlah pelaksanaannya..
keikhlasan jiwanya..
melihat sehari bukan bererti dia insan mulia
tetapi pandanglah apa yang mendatanginya
dan bagaimanakan DIA dan kebersamaannya dengan Tuhannya..
dalam keadaan susah mahupun sng
suka mahupun duka


wlau apapun...
padngan Tuhan lebih bermakna
kaca mata manusia tidak mampu menentukan ke syurgakah dia atau ke nerakah dia..
tapi kaca mata Allah tahu ke manakah ia kan ditempatkan...




wallahualam..
bicara al-faqir tidak suka orang melihat melalui pandangan mata, takut tersasar hingga hilang rasa keikhlasan dalam jiwanya, wallahualam.