Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Allahumma solli ala saidina Muhammad,waala saidina Muhammad....
indahnya ciptaanMu, Allah...
aku menghirup udaraMu setiap hari...
segarnya alam ciptaanMu,
membuatkan hati terasa sayu..
indahnya kejadianMu..
namun berapa kerap kalikah aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini...
Allahuakbar!
banyaknya anugerah dan pemberian yang telah eNgkau berikan padaku,
sesuaikah aku dengan amalanku pada hari ini membalas segala pemberianMu...
(jauh sekali)..
masa menulisaku peruntukkan untuk muhasabah diriku setara mana imanku, setara mana jiwaku terisi dengan cahaya Allah s.w.t........
alhamdulillah,
selesai aku pulang daripada baiti as-salam yang aku rindui..
Allah, rumahMu kan rumahku jua.....
Engkau senantiasa menantikan hambaMu untuk berkunjung ke rumahMu...
insan yang penuh kerdil mengharap langkahan kakinya bermakna seribu..
agar kau memancarkan ketenangan di lubuk qalbu..
malahan kau sirami hatiku dengan jiwa merindukan RabbNYA...
aku terasa seperti sesak jiwaku..
seperti sarat dengan urusan dunia...
hingga dalam hatiku...
terasa kosong dengan jiwa seorang perindu
di manakah abid asyiq azhad..
kau meletakkan hati dan jiwamu selayaknya seperti nama impianmu itu?
dalam dadamu sarat sudah dengan urusan dunia..
sehingga kau membiarkan ruang-ruang kosong di hati bagi menempatkan cinta Allah di lubuk qalbu...
sampaikan engkau terasa seperti hilang tujuan hidupmu..
hilang keprihatinanNYA..
hilang rasa keajaiban kasih berkasih denganNya..
cintakan urusan dunia melebihi
mendengarkan warkah cinta dari Allah azza wajalla..
pesanan diri buat asyiq azhad...
jangan biarkan hatimu sarat dengan dunia hingga menyebabkan hatimu kosong dengan cahaya hidayahNya..
isilah masamu dengan urusan dunia..
namun jangan kurangkan amalan yang membawamu bertemu Yang Esa..
pesanan lagi untuk asyiq azhad.
Allah melihat kita setiap masa..
Allah tak memandang sebanyak manakah amalan kita..
tapi Allah pandang sejauh manakah kualiti ikhlas kita..
walau kita cuba menyusupnya, tapi Allah tahu ikhlas para hambaNya..
buat asyiq azhad..
menuntutlah kamu akan ilmu..
sesungguhnya ilmu itu akan membawa manfaat besar untuk islam.
menghidupakan dan menjadikan islam sebagai tamadun.
kerana kita mahu bawa islam jauh ke hadapan..
dan sebuah tamadun itu harus berilmu..
ingin anapetik kata-kata ini;
"ketinggian darjat seseorang itu bergantung kepada ketinggian ilmunya"...
(maaf kan saya kalau silap)..
Ibn Sina, Al-khawarizmi, Al-Ghazali terkenal dengan kemajuan intelektualnya..
menyebabkan masyarakat barat memandang tinggi kepada tamadun islam pada tika itu..
asyiq azhad..
dalam hidup ini..
kita ada bermacam plihan..
kalau kita pilih nikamt dunia..
Allah dah takkan bagi nikmat akhirat...
ukhti asyiq azhad...
penuhi hatimu dengan iman.
bukan kurangkan..
tapi istiqamahkan..
matlamatmu jelas..
akhirat sebagai tujuan kehidupan..
(takkan nak ke sana, amalan ala kadar)...
allahuakbar..
pengisian harini berkaitan dengan ikhlas...
usta banyak menceritakan tentang Abdullah Ibn Abbas...
pada tika zaman pemerintahan saidina Uthman r.a,
banyak berlakunya perpecahan dan tersebar luasnya syiah pada tika itu.
dan abdullah ini merupakan insan yang banyak membela islam,
merantau ke kuffah, dan banyak lagi untuk menerangkan islam dengan amalan sunnah Rasulullah s.a.w......
ustad tanya; orang yang dikashi manusia ini untungkah?
jawab saya; untunglah..
tapi ustaz kata, dulu nabi s.a.w sebelum berdakwah, baginda sangat dikasihi oleh orang quraisy tika itu dan digelar sebagai AL-AMIN...namun, pabila Rasulullah s.a.w mulai berdakwah, ramai yang membenci Rasulullah.....
kata ustaz, siapa yang dikasihi sekalian manusia ,
dia tu merupakan orang yang tak menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar..
dia tu merupakan orang yang tak menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar..
lihat kepada nabi s.a.w. ,
menjadi sunnatullah kepada baginda dibenci oleh ramai manusia yang cuba baginda dakwahkan, tapi Rasulullah tak kata ' aku malas berjuang'...
menjadi sunnatullah kepada baginda dibenci oleh ramai manusia yang cuba baginda dakwahkan, tapi Rasulullah tak kata ' aku malas berjuang'...
tapi Rasulullah sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah , berdoa sentiasa agar islam dibawa masuk ke dalam hati dan jiwa umat-umatnya ...
abdullah Ibn Abbas juga dikatakan diuji oleh Allah dengan buta matanya, dan seorang tabib menyatakan seandainya matanya hendak dibedah, beliau tidak boleh solat di atas lantai, tetapi solat di atas kayu...
(kiranya sujudnya mengena kayu)..
tapi pilihan abdullah ibn abbas sampai ke akhirnya tidak dibedah..
katanya; Rasul tidak mengajar umatnya bersujud di atas kayu, dan aku akan terus begini sampailah ke akhirnya...
dan abdullah ibn abbas pulang ke rahmatullah dalam keadaan buta...
kerana mempertahankan sunnah Rasulullah s.a.w....
kembali kepada cerita saidina uthman yang dibenci oleh pihak syiah..
pada tika itu, pengikut2 memfitnah saidina uthman bermacam-macam,
beliau tidak layak dan sebagainya,
dan akhirnya mereka membuat kepungan dan terbunuhlah saidina uthman...
beliau tidak layak dan sebagainya,
dan akhirnya mereka membuat kepungan dan terbunuhlah saidina uthman...
samalah dengan abdullan ibn Zubir yang terfitnah dan akhirnya terbunuh....
bila mana tibanya zaman pemerintahan saidina Ali, maka berlakulah masalah kerana fitnah itu terbawa-bawa daripada zaman pemerintahan uthman...
ok..
berbalik kepada cerita ikhlas..
jangan mengharapkan pahala bila buat amalan..betulke?
kata ustaz...
itu mengikut hukum teori tasawuf....
nabi sendiri mengajak manusia..
dengan memperingatkan manusia akan pahala..
sebagai contoh;
Rasulullah mengajak umatnya solat berjemaah di mana tuntuntannya 27 rakaat berbanding solat sendirian 1 rakaat,
nabi sendiri menyeru umatnya sebegitu..
supaya umat tertarik untuk melaksanan tuntuan dan syariat islam..
ustaz kata,
kita jangan sempitkan pemikiran dengan belajar tasawuf tanpa belajar nas dari al-quran hadis2, dan sunnahnya..
kaji ilmu tasawuf mendekatkan diri berhubung dengan Tuhan..
mengikut tasawuf, buat amalan jangan mengharap pahala..
tapi sandarkan dengan sunnah, hadis-hadis yang tersedia..
ustaz kata..
jangan buat pemikiran sekular yang memisahkan dunia dengan akhirat...
kerana kalau kita buat sesuatu tanpa nampak akhirat..
kita tak kan ada kesungguhan dan matlamat..
bermakna kita pisahkan amalan kita untuk akhirat...
bermakna kita pisahkan amalan kita untuk akhirat...
jadi nabi s.a.w selalu membawa kita selalu mengingat pahala..
mengingat nikmat syurga..
supaya umatnya ada kesUngguhan..
ada jaminan..
ada jaminan..
ada cita-cita nak mati mulia dan sebagainya...
dan Allah yang memberi jaminan..
dAN Allah telah menulis janji-janjiNya di dalam Al-quran..
supaya hambaNya meneliti dan memikirkan tentang perumpamaan2NYA..
dAN Allah telah menulis janji-janjiNya di dalam Al-quran..
supaya hambaNya meneliti dan memikirkan tentang perumpamaan2NYA..
kita hanya mengikutinya..
moga kita berusaha keras untuk melaksanakannya?
dan AKHIR SEKALI,
apa yang saya tertarik dengan hadis qudsi yang mengatakan;
apa yang saya tertarik dengan hadis qudsi yang mengatakan;
'rahmat Allah mendahului kemurkaanNya"...
hebatnya Allah..
hebatnya Sifat Pengasih Allah..
subhanallah...
subhanallah...
Kalau kita ada niat nak buat kebaikan, tapi kita tak buatpun dapat 1 pahala..
kalau kita ada niat buat baik, dan kita buat, maka Allah bagi 10 pahala, dengan 10 pahala bertambah jadi 100 bertambah jadi 700 , 700 00 pahala dan banyaknya ganjaran yang Allah bagi bersesuaianlah dengan tahap ikhlas di hati kita..
kan , orang yang ikhlas sahaja, yang akan istiqamah dengan amalan-amalannya?
terima kasih...
atas peluang melakar kalam ini...
moga bermanfaat buat diri dan untuk islam...
setiap nadi kita moga tidak kosong dari nadi seorang pendakwah dan khalifah..
semuanya untuk islam...
ingatlah kita bukan nak tagih perhatian manusia, tapi kita nak bawa saudara kita tagih untuk cintakan islam dan beramal dengannya...
segala kelamahan mohon maaf..
segala kelamahan mohon maaf..
wallahualam...
asyiqazhad.tomato.com
ukhti^^
ReplyDeletenice..
smoga Allah melindungi murabbi saya^^