Monday, August 6, 2012

TENTANG TARBIYAH..

 

Dalam aspek pentarbiyahan ahli, ahli harus sedar bahawa tarbiyah bukan hanya berfokus kepada tarbiyah tertentu semata-mata, namun tarbiyah itu merangkumi aspek tarbiyah imaniah, jasadiyah, aqliyyah, ruhiyah, siyasiah, khuluqiah, tarbiyah fikriyah. 


Ahli harus menjadikan tarbiyah ruhiyah sebagai tunjang tarbiyah yang membina asas kekuatan kita dalam gerak kerja seharian, dan dalam pada masa yang sama mementingkan tarbiyah jasadiyah, siyasiah, khuluqiah, fikriyah, imaniah. Ahli harus faham bahawa tarbiyah itu menyeluruh dan tidak berfokus kepada satu bentuk pentarbiyahan semata-mata. Hal yang demikian termaktublah di dalam 10 muwasafat tarbiyah yang telah digariskan oleh Imam Hasan Al-Bana iaitu ahli harus meimiliki aqidayah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu berdikari, berpengetahuan luas, tubuh yang cergas, melawan hawa nafsu, teratur urusannya, sangat menghargai masa dan bermanfaat kepada orang lain.


            Berhubung dengan pentarbiyahan ahli pula, ahli haruslah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dan juga menjaga hubungan yang baik sesama manusia. Hablum minallah dan hablum minan nas perlu dititikberatkan dalam kalangan ahli bagi membentuk seorang kader dakwah yang sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t dan memangkin kekuatan seiring dengan persediaan dan bekalan untuk menghadapi ujian dan rintangan dengan tenang dan sabar.  Hal yang demikian sebagai persiapan bagi seorang kader dakwah dalam memperoleh kemenangan di sisi Allah di dunia mahupun akhirat. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Muzammil: Ayat 5: إِ
ثَقِيل قَوْلاً عَلَيْكَ سَنُلْقِي إِنَّا
Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). 

                Menyentuh persoalan berkaitan dengan tarbiyah, ahli perlu menjadikan usrah sebagai salah satu wasilah yang paling penting dalam pembentukan tarbiyah. Motif usrah adalah membawa ahli untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, membentuk kefahaman, mengeratkan ikatan ukhuwah dan semangat persaudaraan ahli, malahan menjadi teras kepada pembangunan tarbiyah dalam jiwa seorang kader dakwah. Kebanyakan ahli mengatakan bahawa organisasi tidak mampu untuk membentuk pentarbiyahan mereka, namun komitmen ahli dalam program – program tarbiyah tidak diambil perhatian oleh ahli. Usrah tidak dijadikan suatu kepentingan bagi sesetengah ahli, bahkan menjadikan usrah sebagai aktiviti yang remeh dan dipandang enteng. Oleh itu, usrah hendaklah dijadikan sebagai batu asas organisasi dan dijadikan perkara ‘wajib’ untuk ahli menghadirkan diri.

Hasan Hudaibi ada menyebut bahawa, "Sistem usrah tidak lain merupakan hakikat Islam di kalangan Ikhwan. Jika mereka telah merealisasikan perkara itu pada diri mereka sendiri, maka adalah benar bahwa mereka menantikan datangnya pertolongan yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang beriman."
Dr Ali Abdul Halim Mahmud pernah berkata bahwa :

"Pengurusan yang paling penting dalam jamaah adalah pengurusan usrah, kerana ia merupakan batu bata pertama dalam bangunan. Apabila pengurusan usrah baik, maka baik pulalah keadaan jamaah secara keseluruhan, demikian juga sebaliknya." 

            Seterusnya, ahli hendaklah menjadikan program tarbiyah seperti katibah, qiamullail sebagai darah daging untuk menjalani kehidupan, hatta walau berjauhan dengan organisasi, ahli masih bisa menjadi antara golongan yang istiqamah dan sentiasa melazimi diri dengan pengibadatannya kepada Allah. Hal yang demikian, bagi mengelakkan kader dakwah yang hanya mampu merealisasikan tarbiyah diri hanya sewaktu program berjalan semata. Apabila tamat program, kader dakwah lupa akan apa yang telah dijanjikan ibaratnya bermain dengan situasi dan berada dalam musim-musim tarbiyah.

            Seterusnya, ahli hendaklah sentiasa memelihara ukhuwah antara ahli di samping membina asas kekuatan dalam organisasi. Ukhuwah sebenar-sebenar kerana Allah ialah dengan mengajak sahabat sentiasa mendekatkan diri dengan Allah sw.t. Masalah-masalah yang wujud dalam ukhuwah antara ahli terkadang membantutkan perjalanan sebagai seorang kader dakwah.Oleh itu, teramatlah penting kita menjaga persahabatan kita dengan berbekalkan adab dan akhlak yang baik dalam persaudaraan islam. Seperti mana firman ALLAH Taala yang bermaksud : “Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH, supaya kamu mendapat rahmat “.(QS. 49: 10)

                Berdasarkan dalil Muttafaq ‘alaih, orang mukmin dengan mukmin lainnya laksana satu bangunan, satu dengan yang lainnya saling menguatkan.” Lalu beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam lalu beliau menautkan jari-jemarinya. Ahli hendaklah sentiasa mengambil berat perihal sahabat dan sahabat hendaklah menjelaskan permasalahannya untuk diketahui dan dibantu oleh organisasi. Wabak futur daripada jalan dakwah apabila ahli sentiasa berbalah apabila menyanggahi pendapat antara satu sama lain. Merasakan pendapatnya itu betul dan menyalahi pandangan ahli lain menyebabkan timbul virus-virus kecil dalam hati kalangan ahli. Oleh itu, bertolak ansur, sifat memahami antara satu lain dan berlapang dada merupakan ubat kepawa wabak futur yang mampu merebak kepada situasi yang lebih memburukkan lagi keadaan organisasi.


BY: AL-FAQIRASYIQAZHAD.COM

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..