Wednesday, August 8, 2012

Cerpen: Aku rindu Laila .....



Bunyi guruh di langit membuatkan Zayyad terlena di atas kamarnya yang hanya beralaskan  tikar mengkuang yang membekas tubuh. 


  “Astaghfirullahalazim,lena sungguh aku tidur! ....
  “Banyak tidur saje, subhanallah !!!!!!!!!!!!!! .”


Tanpa membuang masa dicapainya sejadah putih, ditunaikan olehnya solat tahajud, diikuti dengan solat taubat, dan tasbih . Lama dia berdiri dalam solatnya menghadap Allah azza wajalla sehingga menyebabkan tumit kakinya pecah dan ibu jari kakinya bengkak.



“Ya Allah, tak sangka dah masuk 20 Ramadhan ..

  Cepatnya masa berlalu, Ya Allah ....

 Malam lailatul Qadar !!!! malam lailatul qadar !!!!....

Ya Allah, mudah-mudahan aku tak terlepas peluang untuk menemui malam lailatul Qadar.”



Dicapainya tasbih putih miliknya , dilafaz dan dihitungnya bait-bait kalam yang menghadirkan hatiNya kepada sang kekasih, dengan penuh kekhusyukan menghayati setiap kandungan bacaan, ditundukkan wajahnya, diserunya ayat-ayat yang merindukan kekasih hati, dan dibiarkan air mata taubatnya mengalir membasahi jubah putihnya yang usang. 


“Aku rindu Ya Allah untuk berkhulwah denganMu...Tahap kerinduanku memuncak, betapa tingginya  rasa rinduku hendak berbicara denganMu ...
Allah, Allah, Allah ....
Andai engkau memberi aku dunia berupa harta, pastinya aku tidak akan bahagia, Ya Allah ...
Andai engkau memberi aku dunia berupa kedudukan, pastinya juga aku tidak akan bahagia, Ya Allah..
Andai itu membuatkan aku jauh denganMu, pastinya aku derita, Ya Allah...
Berilah aku hati yang istiqamah merinduiMu dan menyintaiMu sepanjang masa..
Sungguh, kasihi aku , jangan Engkau membenciku...
Derita diri menanggung kehilangan yang tidak mampu aku ungkapkan..
Kerna aku tiada harta, aku tiada apa,
Yang aku hanya punya , dan hanya satu-satunya aku harapkan ..
Cinta dan kasih sayangMu padaku..



Zayyad merasa pemergian malam-malamnya suatu perkara yang meresahkan dirinya, pabila siang, ternanti-nanti malam untuk bersama dengan kekasih awal dan akhirnya.



“Zayyad, kamu sudah makan”, Tanya seorang sahabatnya.

“Belum, aku  tak lalu makan, rasa rindu”. Jawab Zayyad ringkas.'

“La, sejak bila kamu bercinta. Sapa yang bertuah tu, Zayyad?”.

“Laila......,”jawabnya dengan nada tenang.

“Laila yang mana?”, Tanya sahabatnya semula.

“Laila, aku tak pernah lihat , Cuma aku dapat rasa yang dia itu Laila”, jawab Zayyad semula lantas bangkit meniggalkan sahabtnya itu.



Laila... Lailatul Qadar ....... Laila itu lailatul Qadar . Zayyad hanya berbisik sendirian. “Laila itu lailatul qadar”..



“Zayyad, ana kagum dengan kamu. Kamu pasti akan mendaptkan syurga Allah. Kamu baik, kamu rajin beribadat?”, kata sahabatnya.


“Ana beribadat belum tentu ibadat ana Allah terima.  Syurga itu hanya untuk kekasih-kekasih Allah. Ana ni, entah Allah sukat dacing ana seringan manalah agaknya”.. balas Zayyad.

“Terkesan ana. Zayyad, ana melihat kamu sangat merindui kekasihMu, sehinggakan kamu tidak lena tidur, tidak lalu makan, kongsikan padaku, Zayyad?”, minta sahabatnya itu.


“Laila yang aku maksudkan, bukan seorang wanita bernama Laila. Tetapi suatu bulan di mana lebih baik daripada seribu bulan.  


 Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut :
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 


Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Namanya , laila...lailatul qadar ....”, panjang bicara Zayyad.

Sahabat yang mendengarkan tunduk terkesima. Mengalir air matanya mendengarkan, dan dilihat Zayyad terasa aneh.


“Mengapa kamu menangis. Ana salah kata , ke?”, soal Zayyad.

“Ana menangis kerana kecintaanMu yang sungguh luar biasa, Zayyad. Sehingga tak terdetik  langsung dalam hatiku sedikitpun, perkara yang kamu rindui, hakikatnya bukanlah seorang wanita, tetapi lailatul qadar. Aku merasa sebak kerana aku tidak mampu memiliki tahap penghayatan , kasih sayang sepertimu yang terlalu mendalam terhadap Allah s.w.t”, rintih sahabatnya itu.


“Kamu tahu, sahabat. Aku tahu manusia pernah mengata akan aku. Aku ke masjid, mereka kata aku riyak, aku mengenakan jubah, mereka mengatakan aku riyak, aku memegang biji tasbih sewaktu berjalan, manusia kata aku riyak, aku solat, mereka kata aku riyak. Aku baca quran di tempat awam, mereka kata aku riyak”.

“Tapi aku tak pernah peduli. Aku tak akan menjadikan cacian manusia, perlian insan, membuatkan aku hilang penghijrahan ke arah kebaikan, hilang keberanian ke arah pengabdian, hilang kekuatan ke arah  kecintaan, dan  hilang semangat untuk meraih kecintaan yang sebenar. Rasulullah itu nabiku, baginda s.a.w tidak pernah berhenti mengamalkan ad-deen , dilontarkan bangkai perut unta di atas baginda sewaktu solat, dicaci, tak pernah menyebab Rasulullah berhenti mengamalkan ad-deen. Hatinya tetap tenang dengan zikrullah. Penilaian yang sebenar hanya pada Allah. Aku sudi andai manusia terus mempercakap tentangku tetapi aku akan gundah andai Allah yang  memperkatakan tentangku’, kemas bicara Zayyad membuatkan sahabatnya itu tersenyum lebar mendengarkan tutur kata cintanya yang kian bersemangat.'


Rinduku padaMu tiada tara..
Kasih dan rinduku dalam jagaanMu..
Andai Engkau hilangkan namaMu dalam hatiku..
Maka hilanglah nikmat bahagia dalam kehidupanku..
Engkau tidak beri aku bahagia dengan harta..
Tapi aku syukuri kerna,
Kebahagiaanku
Engkau beri Dengan taburan kasihMu yang bersemai dalam hatiku..
Jangan Engkau hilangkan nikmat cinta itu ..
Aku hanya ingin cinta diriMu dan Rasulmu melebihi apa yang ada..

-TAMAT-

NUKILAN AL-FAQIR; asyiq azhad.com

2 comments:

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..