Sunday, February 24, 2013

Si Anak Dagang (GHURABA')



Si pengembara dagang
Pengembara, kepada selain Allah
Tidak akan merendahkan dahi,
Pengembara, kami rela ia dagang
Menjadi lambang kehidupan,
Anda tanyalah berkenaan kami,
Sesungguhnya kami tidak peduli
Terhadap pelampau,
Kami adalah tentera Allah terus
menerus, jalan kami adalah jalan
orang yang enggan tunduk
kepada kezaliman,
si pengembara dagang….
Kami tidak peduli dengan ugutan
Bahkan kami terus mara kea lam
Abadi,
Lalu kami berjihad dan
Berperang semula
Beginilah anak dagang, mereka
Yang merdeka di dunia hamba,
Si pengembara dagang…..
Berapa banyak kita teringatkan
Suatu zaman, di hari kita
Bahagia,
Dengan kitab Allah yang kita
Baca sewaktu pagi dan petang.

غرباء...غرباء....غرباء....غرباء
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباه،
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة،
أنت سل عنا فإنا لا نبالى بالطغاة،
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباه،
غرباء...غرباء....غرباء....غرباء،
لن نبالى بالقيود بل سنمضى للخلود،
فلنجاهد وتناضل و نقاتل من جديد،
غرباء هكذا الأحرار في دنيا العبيد،
غرباء...غرباء....غرباء....غرباء،
كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء،
بكتاب الله نتلوه صباحا ومساء،
غرباء...غرباء....غرباء....غرباء،
غرباء...غرباء....غرباء....غربا                                 

Saturday, February 23, 2013

Asyiq ada Allah.



Hati kosong?
mengharapkan siapa untuk mengisi kekosongan?
Allah berikan kita 24 jam utuk kita mencari Allah .
jangan kata ,
"kita tidak ada masa".

 Bukankah jalan hidup yang kita pilih matlamatnya untuk bertemu Allah.

Recheck 1:

selama kita hidup ini,
berapa banyakkah hafalan al-quran yang melekat di dalam ingatan kita?
berbanding hafalan lagu-lagu hiburan yang melekat dalam jiwa dan ingatan kita?

Recheck 2:

Selama kita hidup ini,
berapa banyak masa yang kita ambil untuk muhasabah diri kita bersama dengan Allah?
Bermanja-manja dengan Allah, berindu-rinduan dengan Allah, bercinta-cinta dengan Allah?

Rechehck 3:

Selama kita hidup ini,
berapa banyak masa yang kita ambil untuk merasakan kebesaran Allah, merasa sentuhan kasih sayang Allah, adakah apabila kita ditimpa ujian? kita tersadai dengan badai yang melanda, baru kita terasa akan sentuhan kasih sayang daripada Allah?


Duhai pemilik-pemilik jiwa.
ubati hati.
beri peluang kepada hati untuk merasai kemanisan dalam berhubung dengan Allah.

Duhai pemilik-pemilik jiwa.
hiasi rohani
beri peluang kepada rohani untuk membajai jiwa berTuhan dalam menyelami rasa kasih-sayang kepada Allah yang sayang kepada kita


Saya yakin:
Kita mempunyai fitrah yang sama.
di mana kita sebenarnya sangat cinta kepada Allah.
cuma kita ini mudah terleka dengan nikmat cinta berkenaan.

Jadi,
ayuhlah wahai pemilik jiwa
ubati rasa rindu kepada Allah.
Ubati rasa cinta kepada Allah.
ubati rasa kasih kepada Allah.

Nikmatnya
jika kita rindu kepada Allah.
Allah juga rindu kepada kita
Jika kita cinta kepada Allah
Allah bertambah cinta kepada kita
jika kita kasih kepada Allah
maka bertambah kasih Allah pada kita.


Nasihat buat diriku yang selalu alpa:

Sematkan Allah kemas-kemas dalam hati, supaya hati tak mati.
Ia hidup dengan cinta yang tersemat di dasar hati.
Rasakan dalam hati: Aku kepunyaan Allah.
Dan Allah sedang duduk di dasar hati. Tolong jaga DIA.


Nikmatnya andai kita rasa betapa nikmatnya  cinta dan rindu kepada Allah.


Wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi oleh Allah,
Rasakanlah nikmat dalam mencintaiNya.
berilah ruang untuk hati meluahkan rasa cinta kepadaNya.
berilah peluang untuk hati dirawat dengan sentuhan makrifatNya ..

Jangan biarkan hati kosong.

Hati yang kosong ialah hati yang dalam jiwanya..
acuh tak acuh..
hilang rasa kasih kepada Allah
hilang rasa  rindu pada Allah
Tak rasa akan sentuhan cintadari Allah.

Recheck diri.
Asyiq. Reflek diri.
Sangat bahaya andai hatimu tidak rindu , cinta dan kasih pada Allah.

 Jangan kita mengharap manusia memberi sesuatu kepada kita.
Tetapi haraplah Allah dapat memberi sesuatu kepada kita.
Kerana Allah lebih bermakna daripada manusia.
cinta ALLAH CINTA yang tidak ada tandinganNya.

coretan dari hati Al-faqir.
Moga sampai pada hati pembaca.
Amin.

WALLAHUALAM.
SEKDAR CORETAN.

Wednesday, February 20, 2013

CERPEN: ADAKAH BENAR DIA UNTUKKU?



"Adakah ini dinamakan cinta ...
adakah aku telah jatuh cinta ....
Ya Allah, cinta apakah ini ......
adakah ini cinta yang benar-benar dariMu ...."


Asrar berbisik sendirian. Lalu ditadahkan tangannya memohon doa daripada Allah.


" Ya Allah, kalau benar dia itu taqdirku, maka engkau peliharalah cintaku ini. Jangan biarkan aku mencintainya kerana nafsu, peliharalah aku daripada tipu daya iblis yang menyesatkan aku ..."

Seusai dia berdoa di sisi Allah s.w.t, dia mencoretkan kalam pada diarinya.

13 Februari 1990

Ya Allah .......................
mungkinkah aku telah jatuh hati kepada seorang yang bernama lelaki ...
benarkah ini ............................... ? ? ?


"Asrar, mari makan. " gesa ibu yang tiba-tiba masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu.


" Mari ......" balas Asrar ringkas.


"Asrar, makan. Jangan sampai tak habis lagi. Nanti tak dapat suami soleh .. " usik ibunya.


"Ibu, janganlah doa macam tu. Asrar nak suami soleh...."
balas Asrar dengan nada manja.


" Kalau nak jadi soleh, kena makan sampai habis! " usik ibu kembali.


" Ibu, itu hanyalah usikan bagi masyarakat kita. Kalau budaya Islam, tak kata macam itu. Kalau budaya Islam, makan sampai habis supaya tak membazir. Membazir itu amalan syaitan."
jawab Asrar.


Ibunya tersenyum mendengarkan bicara anaknya itu.
"Ibu tahu ...baguslah kalau anak ibu tahu... Asrar, ibu nak tanya ...." soal ibu.


"Tanya apa, ibu ..." jawab Asrar gementar.


"Asrar ada sukakan mana- mana lelaki ke? " soal ibu dengan pertanyaan yang sungguh berani.

"Mana ada . Ibu ni ...." balas Asrar.

" Ibu dah jumpa lelaki berkenaan. Abdullah namanya. Dia beritahu ibu dia akan datang membawa lamaran. kata ibu.


" Errrrrrr ................" terdiam sepi. Terkejut! Dalam hati rasa nak meraung.

Ya Allah...
Ya Allah ...
Ya Allah ...
bagaimana ini boleh berlaku ?
aku hanya pernah bersua dengannya sekali.
Waktu hujan. Ya! Seorang lelaki datang lalu meninggalkan payung. Kemudian, terus berlalu pergi.
Diakah yang bermain-main dalam fikiranku.
Abdullah ?


19 september 1990

Dialah lelaki yang pertama kulihat dalam hujan.
Dia terlihat keadaanku tika itu, aku dalam kebasahan sambil memegang seorang bayi kecil, Anas anak murobbiku.
Aku kehairanan.
Dia datang kepadaku menghulurkan payung hijau.
Kemudian, dia berlalu tanpa kata.
Aku melihat dia berlari-lari menjauhiku.
Aku terharu lalu hadir rasa cinta dalam hatiku.
Ya! Cinta!
Cinta pada pandang pertama.
Dia yang aku sebutkan di dalam doa istikharahku.
Semakin hari semakin aku buntu.
Tarikh 10 Julai,
Allah telah menemukan aku jawapan.
Dia Abdullah bin Abdullah telah sah cinta pertama dan terakhirku.


"Pesananku buat anak-anak umi. Jagalah hatimu supaya tidak dimainkan oleh tipu daya iblis dan syaitan. Hakikat cinta itu adalah cinta yang berlandaskan cinta Nur Muhammad. Seandainya cinta kita berlandaskan nafsu, maka itu hanyalah mainan cinta palsu."
Bicara Asrar dalam perkongsian bulatan gembira bersama keluarga yang turut dihadiri oleh zaujnya tercinta.

-sekian-
-tamat-
-asyiq azhad

CERPEN: DUA SAHABAT



“ Ya Allah, aku begitu merindui kedua orang tuaku. Maka, engkau sampaikanlah rasa rinduku ini kepada mereka. Ya Allah, terasa sepinya hidup ini tanpa mereka di sisi. Aku begitu merindukan mereka. Kau lindungilah mereka sebagaimana engkau melindungi diri ini “

Iman menatap dan merenungi jendela langit. Awan biru yang terdampar begitu menenangkan. Mengubat keresahan dan kegundahan di hati seorang hamba yang begitu kerdil bernama Nurul Iman bt. Abdur Rahman.

Pabila aku mendongak ke arahmu, duhai langit, aku mencari wajah Allah taala.

Tersenyum aku mencari, seolah-olah macam betul - betul akan bertemu sahaja.

Aku tertanya - tanya di hatiku, bagaimanakah rupa kekasihku, yakni Allah s.w.t? Adakah aku dapat melihatNya dengan tenang di akhirat nanti?

Iman terus menatap keindahan langit sambil bermonolog terhadap diri
sendiri.

Monolognya terhenti apabila saat-saat indah itu dIcemari oleh bunyi
yang merimaskan.

"Oh. Motor kapcai room-mateku rupanya. CCJ 2695. Urm, baguslah room - mate kesayanganku sudah pulang.

" Iman, jom syiqin bawak Iman jalan - jalan. Syiqin bawa Iman ke
pantai nak tak? " Pelawa Asyiqin dengan begitu bersemangat.


" Iman, sekali sekala Asyiqin nak Iman pula yang bawa motor kapcai ni." usik Asyiqin pada Iman. Iman sedikitpun tidak mengecwakan permintaan Asyiqin. Tempat duduk hadapan digantikan dengan Iman ."

"Poooooooooom. Astaghfirullahalazim. Iman! Langgar apa tu, Iman? " Jerit asyiqin.

" La, Syiqin. Iman nak elak dari terlanggar siput baby tadi ... sory Syiqin........" jawab Iman dengan rasa bersalah.


"Hahahaha ..... " Kedua-duanya ketawa dengan situasi lucu
berkenaan.


" Iman, pantai pun dah tak jauh. Jom ke sana ..." pelawa asyiqin.

"Motor ni ? " tanya Iman.

" Motor ni tak rosak. Tayar je lembik sikit. Biarkan di sini."

" Selipar Iman putus ni. Nak berkaki ayam ke?"


" Tak payahlah. Syikin gendong Iman, nak tak. Baru seronok. "
pelawa Syiqin.

" Tak naklah. orang tengok. " jawab Iman.


"Iman, pantai dah dekat dah. Tak ada orang nampaklah ...."
jawab Asyiqin lagi.

" Ok." sahut Iman dengan nada pasrah.


PASIR PANTAI yang begitu halus. Diramas pasir-pasir jernih itu. Diukir perkataan "Asyiqin sayang Iman" dengan ranting kayu yang terdapat di tepian pantai. Kedua-duanya merenung kembali ke arah langit. Tangan dipegang erat.


" Ikin, katakanlah sesuatu agar bisa rohaniku dapat membangun semula." Iman mendesak.


"Allahurabbi. Bagaimana aku hendak membangun rohanimu, sedang rohaniku juga terasa kendur." jawab asyiqin dengan tegas.

Masing-masing terdiam seketika.


" Apa perasaanmu kini kepada Allah, iman? Adakah engkau terasa rindu kepadaNya?" soal Syiqin. Matanya melirik ke arah Iman,khyusuk memandangnya dengan sentuhan yang kuat dalam menikmati pertalian ukhuwah.


" Ya, aku benar - benar rindu kepadaNya, Ikin.............." jawab Iman.

Ucapannya terhenti di situ. Suasana menjadi sunyi seketika.
Asyiqin hanya memerhatikan Iman.

"Mengapa tiba-tiba Iman senyap?" Desis Asyiqin di hati.


" Syiqin. Bagaimana agaknya kalau seseorang itu mengaku cintakan Allah, tetapi di hatinya lebih mencintai selain dari diriNya. Apa yang harus dibuat dalam menjadikan kecintaan Allah itu lebih tinggi berbanding cinta kepada selainNya ................? " soal Iman.



" Errrrrrr ......... Aku tak mampu nak melunaskan kata-kataku. Tetapi aku hanya boleh memberikan pandanganku. Aku ingin melontarkan kepadamu satu pertanyaan.


Kalau kamu bertemu dengan seorang kekasih, apa yang akan kamu buat untuk menawan hatinya?" soal asyiqin.

"Pastinya, aku akan katakan padaNya, aku cinta kepadanya, aku sayang padanya. dan aku akan buat perkara yang dia suka dan aku akan menjauhkan diriku daripada perkara yang dia tidak suka. Setiap perkara yang akan aku lakukan, aku tidak akan mengecewakan dia. " jawab Iman.


"Maka, kamu telah menjawabnya duhai sahabatku, Iman. Sekiranya kita sayang padanya, kita akan selalu mengungkapkan cinta kita di sisinya bukan di sisi manusia, MELUAHKAN rasa rindu dalam solat dan doa kita. Setiap yang kita lakukan penuh waspada,jangan biar DIA murka dan kecewa dengan kita."

Terang asyiqin dengan tenang. Iman mengangguk.


"Terima kasih ikin. Ajari aku untuk sentiasa cinta kepada Tuhan .."
seru Iman.

" Pabila di hati ada rasa cinta, segalanya akan indah. Iman pun jangan berhenti dari berbicara tentang Allah. Syiqin sentiasa terubat hati bila bersama Iman.



 GAMBAR NURUL ASYIQIN ditatapnya. Pada waktu itu, teringat
akannya tentang suasana indah di pantai suatu ketika dahulu.

"Asyiqin. Moga Allah melindungimu. Walaupun kita berjauhan, engkau tetap sahabatku. Gambar ini menjadikan aku ingat kepada peristiwa di mana aku sedang merawat rohaniku bersama - sama denganmu. In sya Allah, aku akan rawat rohaniku bersama - sama dengan iringan doamu yang jauh di sana.
Salam ukhuwah fillah ."

-TAMAT-

Thursday, February 14, 2013

Meredah tasawuf



Jangan kita merasa jemu dengan usaha dakwah yang kita lakukan.
Jemukah kamu andai usaha kamu tidak terbalas dek manusia?
Jemukah kamu menyeru manusia kepada Allah, menghambakan diri kepada Allah, mengenali Allah, menyintai Allah, mengasihi Allah, Rasulullah dan akhirat ...?
Jemukah kamu mengajak manusia mencintai Allah ?

CATATN HATI INI:
ALHAMDULILLAH.
Aku belajar banyak benda.
mujahadatun nafs !
yA. mujahadah untuk menyiapkan RPH.
Mujahadah untuk menyiapkan bahan pendokemntasian
mujahadah untuk menjaga hati 
mujahadah untuk bangun bertahajud sendiri kepada tuhan
mujahadah menahan lapar dengan berpuasa
mujahadah untuk teruskan menaip dengan ilham yang Allah berikan

Hari ini.
rasa tenang.
sunyi juga mengajar , mentarbiyah aku untuk terus memperhambakan diri di sisiNya
mujahadah dan mujahadah

selesai maghrib
aku memulakan tazkirah perseorrangan untuk diriku
hati ini mula merindukan akhirat
lembaran samudera tasawuf aku buka
helaian demi helaian
tak sampai 5 muka surat aku baca
aku sangat terasa tenang dengan perantaraan kalamNya


Antara kandungannya:

Asalnya pokok ajaran tasawuf itu adalah ketekunan beribadah yang berhubung secara langsung dengan Allah, menjauhkan diri dari kemewahan dan kemegahan duniawi, tidak suka dengan apa yang dikejar oleh orang kebanyakan daripada keseronokan dunia, harta kemewahan dan bersunyi-sunyi dalam melaksanakan ibadah kepada Allah taala. 

Ilmu tasawuf ialah ilmu yang berasaskan cinta dan kasih kepada Allah lalu membuahkan adab dan akhlak dalam berhubungan dengan sesama manusia dan lebih khusus lagi hubungan dengan Allah s.w.t 


Orang yg tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hampir hatinya dgn Allah, sentiasa merasa kebesaran Allah, sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dgn Allah, dan dia juga adalah orang yang zahid iaitu dpt mengorbankan dunia untuk tuhannya.

Seorang yg zahid adalah org yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia menampung kesusahan sesama manusia, berusaha menyelamatkan manusia daripada tipu daya , nafsu dan syaitan.

Berkata ulama tasawuf:

"sesugguhnya orang yang jauh dari Allah taala, hanya kerana buruk adabnya dgn Allah taala."


Sabda nabi s.a.w:

"Allah tidak melihat rupa kamu, tapi Allah melihat hati dan amalan kamu".


Berkata ulama' sufi, 
"Amalan yang sedikit dengan diiringi rasa takut kepada Allah lebih baik daripada amalan yang banyak tanpa diiringi rasa takut kepada Allah, orang yang merasa berdosa DAN bersalah lebih baik daripada orang yang MERASA tenang dalam amalannya"


Subhanallah !

Cuba cek diri kita .

Apabila kita solat.
"Maka celakalah orang yang lalai di dalam solatnya".


Apabila kita berdiri di hadapan pembesar/raja, pastinya kita akan terasa gerun.

Lebih-lebih lagi apabila meghadap Allah taala.
Adakah kita menghadap Allah dengan keadaan kita yang sombong di hadapanNya.
Sehinggakan di hati kita tiada rasa takut kepadaNya.


Ihsan.
Bagaimana nak kecapi tahap ihsan.
iaitu di dalam hati kamu perlu ada rasa takut, harap, tawakkal, yakin, ikhlas. 
Merasakan tahap kehambaanmu kepada Allah s.w.t 

Nafsu!
ADA JAHAT ADA YANG MEMBAWA KEBAIKAN.

1. NAFSU AMARAH= MENYURUH KEPADA KEJAHATAN

2. NAFSU LAWWAMAH=NAFSU YANG SUKA MENGKRITIK DIRI APABILA BERBUAT DOSA

3. NAFSU MULHIMAH =

    NAFSU YANG DIPUNYAI OLEH ORANG SOLEH.

    Mereka yang sampai tahap ini, telah mula masuk zauq. Hatinya takut kepada Allah, dan berusaha membuang sifat keji dalam diri seperti ujub, sum'ah, cinta dunia ...

Mereka:

1. Tidak sayangkan dunia
2. Merasa cukup dgn Allah
3. Merendah diri
4. Sabar dgn ujian Allah
5. Sentiasa bertaubat
6. Mudah mendapat ilham
7. Tahan menanggung kesakitan
8. mengasihi sekalian makhluk
9. tidak terlibat dengan dosa-dosa besar


Berkata Ulama' sufi:
Sesungguhnya, seseorang hamba itu menjadi jauh dengan Allah hanya kerana buruk adabnya dengan Allah taala.


 Mengubati penyakit cinta dunia:
1. Banyakkanlah bersedekah dgn harta yang kita ada.

2. Jawatan dan kuasa yg kita miliki jadikanlah sebagai alat utk
membangunkan syiar Allah s.w.t. Latih diri menjadi pemimpin
bertaqwa dan contoh kpd masyrakat.

3. sucikanlah hati dari keinginan harta dan ketinggian duniawi.

4. Latihlah diri dgn sifat zuhud akan dunia.

Sebagaimana nabi-nabi dan sahabat.
Dunia hanya diletakkan di tangan bukan di hati.

5. Berdoa kpd Allah supaya diselamatkan kita daripada tipuan
dunia, nafsu, syaitan ..



 Dalam membersihkan hati, maka perlu menempuh tiga peringkat:

1. Takhalli = mengosong, membuangkan atau menyucikan hati.
2. Tahalli = mengisi atau menghiasi hati
3. Tajalli = terasa kehebatan allah di hati

Syariat rohani:

1. Akhlak dengan Allah: Mengenal Allah s.w.t, merasa gerun dgn Allah, malu dgn Allah, reda dgn ketentuan Allah, tawakal kepada Allah, syukur dengan nikmat Allah, merasa harap dengan rahmat Allah, cinta dan rindu pada Allah, ingat Allah sentiasa dsbgnya.

2. Akhlak dgn manusia:
mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya, pemurah, baik sangka, tawaduk, bertolak ansur, tolong-menolong dsbgnya.





ALLAHUAKBAR!!!

meredah samudera tasawuf mengubat hati dan rohani.

Terima kasih Ya Allah di atas ruang untuk aku mengenaliMu lebih dekat lagi.




CATATAN HARI INI LAGI:

Alahmdulillah.
aku terasa hiba, tak mendengar khabar ibu ayah pun di sana sejak mereka ke sana. :)  
mereka bukan tak ingat padaku. Mereka ingat. Mereka cuma sedang sibuk dengan Allah. Kenapa aku nak rasa cemburu? Ya Allah, maafkan aku.

Tapi, mujur ada sepupuku menelefon . siap melawak lagi bercerita tentang kawenlah ape-ape jelah.
sesekali mungkin dia tak nak aku terasa sepi di sini. :)

ok. kenapalah tangan ini kalau sudah bertemu dengan papan kekunci, asyik nak menaip sahaja.

Patutlah! x ada orang yang nak diajak berbicara. di sinilah dia berbicara.
Peace.

Wallahualam.

~ jom sambung untuk sesi p&p .............


RUJUKAN: MENYELAMI SAMUDERA TASAWUF
UST. SHAMSUL MOHD NOR

Tuesday, February 5, 2013

Banyak cakap !


Malam muhasabah untuk diriku yang hina .

Aku tiba - tiba berfikir .

Ya Allah, kalaulah aku banyak berkata ..
dan setiap kata - kataku adalah dusta .....
bagaimana ..?
apa yang aku kata .
tak sama dengan apa yang ada di hati.


.............................................................................................

Ya Allah, kalaulah ucapan aku bisa menghumbankan aku banyak ke neraka
maka, kau bantulah aku dari memperbanyakkan ucapan, 
malah, bantulah aku untuk melebihkan perbuatan daripada  perkataan.....

Ya Allah, 
andai selama ini aku banyak khilaf dalam perkataan - perkataan yang aku sampaikan
maka kau maafkanlah aku
sungguh terkadang aku sendiri tidak sedar akannya


Kalau terlalu banyak berkata , risau .....
takut perkataan itu ada unsur dusta 
takut perkataan itu ada unsur yang membuatkan orang lain terluka
takut perkataan itu ada unsur ujub dan riyak yang tersembunyi di hati ..
takut perkataan itu ada unsur lagho , bawa kepada kelalaian.........


 Ya Allah, aku nak elak dari  banyak berkata.
 Tp aku nak bulid diri untuk memperbanyak amalan yang tak seberapa ..

Bole jadi, orang yang senyap, banyak ilmunya, lebih warak, terukir keperibadian yang tersembunyi cantik akhlak di sebaliknya, 
boleh jadi, orang ini juga lebih banyak amalannya daripada kita yang bercakap begitu dan begini.

manusia yang bagus dalam ucapan, belum tentu hebat dalam amalan ..
dan hakikat, orang yang hebat amalan biasanya yang benar2 soleh, tak kan banyak ucapan dan perkataannya. Ringkas! padat. tapi sampai!

Rasulullah s.a.w .............
qudwah ! seperti itu. Ucapan nabi tak panjang berjela, ringkas tapi bermakna!

peace. KESOK hati sendiri tak ape.

Teringat dekat sahabat - sahabat yang begini sifat mereka. 
Cantik, indah, kan ?

tersenyum hamba.
bermakna.
betapa kurangnya diri ini. kalau nak ditandingkan dengan mereka,
hamba terasa jauh dan ketinggalan.
berada dalam kalangan mereka, terasa rendah diri .
Malu tak terkata ~

tapi. saya nak bentuk diri saya daripada akhlak yang mereka tunjukkan pada saya ;)

...............................................................................................

wallahualam.
salam perjuangan.

Monday, February 4, 2013

NASIHATKU:


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalammualakum iman .

Apa khabar ?
sihatkah iman hari ini?
Apa kahabar iman?
bertemu tidak dengan Al-qur'an hari ini?
tafsirannya dibaca atau tidak ?

Iman...?
bagaimana dengan tahajudmu minggu ini ?
adakah segar setiap malam?
Letih ...?
kenapa letih, iman ....?
bukankah tahajud itu penguat  bagi kamu  ...

Apa khabar iman ...
bagaimana dengan hatimu?
adakah kamu telah membersihkannya awal pagimu sebelum melakukan aktiviti harianmu?
kamu kata hatimu kotor?
mengapa tidak dibersihkan ?
jangan dibawa hati yang kotor hari ke hari ..
maka nasihatku kepada iman, 
gilaplah ia ...
bersihkan ia,
sucikanlah ia
supaya imanmu tidak sakit.

Iman ..
tatkala sujud pada Ilahi ...
apa yang kamu rasai ...?
kosong? 
tiada pengertian ?
tiada zouq ?

kamu tanya pada diri kamu iman ?
apa yang kamu lakukan pada imanmu ?

kamu tanya pada diri kamu iman?
apa yang kamu lakukan pada imanmu?

kamu telah meminggirkan ia ?
kamu telah menyisihkan dia?
kamu telah memulaukan dia?

dan aku yakin, kau akan mencarinya ...
di mana ...?


Di saat engkau benar-benar kesusahan, dan tiada tempat untuk engkau bergantung.

Maka, pada tika itulah baru engkau mencarinya
engkau akan berteman dengannya
Engkau akan menatangnya dengan baik ...

Air mata akan tumpah
Rasa zouq akan sampai.
sentuhan akan hadir 

di saat itu ..
barulah Engkau merasa manisnya pelukan rahmat dari Yang Maha Kasih ..



Nasihatku :
janganlah engkau terleka dengan dunia yang sementara, 
engkau mengambil kepentingan darinya
Engkau menyisihkan DIA ...
pabila terngadah baru Kau datang mencariNya
jadilah orang yang sentiasa bersyukur 
diberi atau tidak tetap sujud kepada Allah
diberi atau tidak amalannya tetap berpanjangan di sisi Allah .
Nasihatku:
Jadilah orang yang merendahkan hatinya pada Allah, pada manusia, 
tidak ada kerugian pun yang datang, bahkan perhatian Allah dan penduduk langit yang akan datang  ,
Ikhlaskan hati , sucikan diri, dengan taubat keampunan mengharap maghfirah dari Tuhan
Hidup kita cepat bergelumang dengan dosa, maka jangan engkau merasa pula engkau mulia , sedangkan tidak rugi apa - apa andai engkau bertaubat padaNya .
Dunia sementara, kampung akhirat kekal abadi .
syurga akan dibuka pada mana - mana pintunya .
siapa mereka apa amalan mereka kunci syurga itu di tangan DIA
layakkah diri memasuki syurga, andai di hati riak bermaharajalela
layakkan diri berteduh di dalam taman syurga, andai di hati tidak ada rasa cinta pada NYA,
Layakkah diri memasuki syurga, 
andai di hati , banyak pada dunia, lupa kepada mati dan akhirat selamanya?
Layakkan diri mendapat syurga, 
andai di dalam solat penuh kelalaian ?



Layak atau tidak layak ?
Bukan persoalannya?
tetapi .....



kesedaran ..

keinsafan ......

perubahan ...

tercetus amalan .....


sebelum ditiup sengkakala,
dijemput malaikat izrail, disoal mungkar nakir

hisablah diri dan amalan 
sejauh mana kecintaan kita untuk bertemu denganNya

Jika kita cinta untuk bertemu denganNYA, maka Allah pun cinta utk mmbawa kita bertemu dgnNya ~


Moga kita semua merasakan nikmat yang paling indah di saat bertemu denganNya...~


WALLAHUALAM.

ASYIQ.COM




Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..