Jangan kita merasa jemu dengan usaha dakwah yang kita lakukan.
Jemukah kamu andai usaha kamu tidak terbalas dek manusia?
Jemukah kamu menyeru manusia kepada Allah, menghambakan diri kepada Allah, mengenali Allah, menyintai Allah, mengasihi Allah, Rasulullah dan akhirat ...?
Jemukah kamu mengajak manusia mencintai Allah ?
CATATN HATI INI:
ALHAMDULILLAH.
Aku belajar banyak benda.
mujahadatun nafs !
yA. mujahadah untuk menyiapkan RPH.
Mujahadah untuk menyiapkan bahan pendokemntasian
mujahadah untuk menjaga hati
mujahadah untuk bangun bertahajud sendiri kepada tuhan
mujahadah menahan lapar dengan berpuasa
mujahadah untuk teruskan menaip dengan ilham yang Allah berikan
Hari ini.
rasa tenang.
sunyi juga mengajar , mentarbiyah aku untuk terus memperhambakan diri di sisiNya
mujahadah dan mujahadah
selesai maghrib
aku memulakan tazkirah perseorrangan untuk diriku
hati ini mula merindukan akhirat
lembaran samudera tasawuf aku buka
helaian demi helaian
tak sampai 5 muka surat aku baca
aku sangat terasa tenang dengan perantaraan kalamNya
Antara kandungannya:
Asalnya pokok ajaran tasawuf itu adalah ketekunan beribadah yang berhubung secara langsung dengan Allah, menjauhkan diri dari kemewahan dan kemegahan duniawi, tidak suka dengan apa yang dikejar oleh orang kebanyakan daripada keseronokan dunia, harta kemewahan dan bersunyi-sunyi dalam melaksanakan ibadah kepada Allah taala.
Ilmu tasawuf ialah ilmu yang berasaskan cinta dan kasih kepada Allah lalu membuahkan adab dan akhlak dalam berhubungan dengan sesama manusia dan lebih khusus lagi hubungan dengan Allah s.w.t
Orang yg tinggi pencapaian tasawufnya adalah
orang yang hampir hatinya dgn Allah, sentiasa merasa kebesaran Allah,
sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah,
sangat beradab dgn Allah, dan dia juga adalah orang yang zahid iaitu dpt
mengorbankan dunia untuk tuhannya.
Seorang yg zahid adalah org yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia menampung kesusahan sesama manusia, berusaha menyelamatkan manusia daripada tipu daya , nafsu dan syaitan.
Berkata ulama tasawuf:
"sesugguhnya orang yang jauh dari Allah taala, hanya kerana buruk adabnya dgn Allah taala."

Sabda nabi s.a.w:
"Allah tidak melihat rupa kamu, tapi Allah melihat hati dan amalan kamu".
Berkata ulama' sufi,
"Amalan yang sedikit dengan diiringi rasa takut kepada Allah lebih baik daripada amalan yang banyak tanpa diiringi rasa takut kepada Allah, orang yang merasa berdosa DAN bersalah lebih baik daripada orang yang MERASA tenang dalam amalannya"
Subhanallah !
Cuba cek diri kita .
Apabila kita solat.
"Maka celakalah orang yang lalai di dalam solatnya".
Apabila kita berdiri di hadapan pembesar/raja, pastinya kita akan terasa gerun.
Lebih-lebih lagi apabila meghadap Allah taala.
Adakah kita menghadap Allah dengan keadaan kita yang sombong di hadapanNya.
Sehinggakan di hati kita tiada rasa takut kepadaNya.
Ihsan.
Bagaimana nak kecapi tahap ihsan.
iaitu di dalam hati kamu perlu ada rasa takut, harap, tawakkal, yakin, ikhlas.
Merasakan tahap kehambaanmu kepada Allah s.w.t
Nafsu!
ADA JAHAT ADA YANG MEMBAWA KEBAIKAN.
1. NAFSU AMARAH= MENYURUH KEPADA KEJAHATAN
2. NAFSU LAWWAMAH=NAFSU YANG SUKA MENGKRITIK DIRI APABILA BERBUAT DOSA
3. NAFSU MULHIMAH =
NAFSU YANG DIPUNYAI OLEH ORANG SOLEH.
Mereka yang sampai tahap ini, telah mula masuk zauq. Hatinya takut kepada Allah, dan berusaha membuang sifat keji dalam diri seperti ujub, sum'ah, cinta dunia ...
Mereka:
1. Tidak sayangkan dunia
2. Merasa cukup dgn Allah
3. Merendah diri
4. Sabar dgn ujian Allah
5. Sentiasa bertaubat
6. Mudah mendapat ilham
7. Tahan menanggung kesakitan
8. mengasihi sekalian makhluk
9. tidak terlibat dengan dosa-dosa besar
Berkata Ulama' sufi:
Sesungguhnya, seseorang hamba itu menjadi jauh dengan Allah hanya kerana buruk adabnya dengan Allah taala.
Mengubati penyakit cinta dunia:
1. Banyakkanlah bersedekah dgn harta yang kita ada.
2. Jawatan dan kuasa yg kita miliki jadikanlah sebagai alat utk
membangunkan syiar Allah s.w.t. Latih diri menjadi pemimpin
bertaqwa dan contoh kpd masyrakat.
3. sucikanlah hati dari keinginan harta dan ketinggian duniawi.
4. Latihlah diri dgn sifat zuhud akan dunia.
Sebagaimana nabi-nabi dan sahabat.
Dunia hanya diletakkan di tangan bukan di hati.
5. Berdoa kpd Allah supaya diselamatkan kita daripada tipuan
dunia, nafsu, syaitan ..
1. Akhlak dengan Allah: Mengenal Allah s.w.t, merasa gerun dgn Allah, malu dgn Allah, reda dgn ketentuan Allah, tawakal kepada Allah, syukur dengan nikmat Allah, merasa harap dengan rahmat Allah, cinta dan rindu pada Allah, ingat Allah sentiasa dsbgnya.
2. Akhlak dgn manusia:
mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya, pemurah, baik sangka, tawaduk, bertolak ansur, tolong-menolong dsbgnya.

Dalam membersihkan hati, maka perlu menempuh tiga peringkat:
1. Takhalli = mengosong, membuangkan atau menyucikan hati.
2. Tahalli = mengisi atau menghiasi hati
3. Tajalli = terasa kehebatan allah di hati
Syariat rohani:
1. Takhalli = mengosong, membuangkan atau menyucikan hati.
2. Tahalli = mengisi atau menghiasi hati
3. Tajalli = terasa kehebatan allah di hati
Syariat rohani:
1. Akhlak dengan Allah: Mengenal Allah s.w.t, merasa gerun dgn Allah, malu dgn Allah, reda dgn ketentuan Allah, tawakal kepada Allah, syukur dengan nikmat Allah, merasa harap dengan rahmat Allah, cinta dan rindu pada Allah, ingat Allah sentiasa dsbgnya.
2. Akhlak dgn manusia:
mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya, pemurah, baik sangka, tawaduk, bertolak ansur, tolong-menolong dsbgnya.
ALLAHUAKBAR!!!
meredah samudera tasawuf mengubat hati dan rohani.
Terima kasih Ya Allah di atas ruang untuk aku mengenaliMu lebih dekat lagi.
CATATAN HARI INI LAGI:
Alahmdulillah.
aku terasa hiba, tak mendengar khabar ibu ayah pun di sana sejak mereka ke sana. :)
mereka bukan tak ingat padaku. Mereka ingat. Mereka cuma sedang sibuk dengan Allah. Kenapa aku nak rasa cemburu? Ya Allah, maafkan aku.
Tapi, mujur ada sepupuku menelefon . siap melawak lagi bercerita tentang kawenlah ape-ape jelah.
sesekali mungkin dia tak nak aku terasa sepi di sini. :)
ok. kenapalah tangan ini kalau sudah bertemu dengan papan kekunci, asyik nak menaip sahaja.
Patutlah! x ada orang yang nak diajak berbicara. di sinilah dia berbicara.
Peace.
Wallahualam.
~ jom sambung untuk sesi p&p .............
RUJUKAN: MENYELAMI SAMUDERA TASAWUF
UST. SHAMSUL MOHD NOR
No comments:
Post a Comment