“ Ya
Allah, aku begitu merindui kedua orang tuaku. Maka, engkau sampaikanlah
rasa rinduku ini kepada mereka. Ya Allah, terasa sepinya hidup ini
tanpa mereka di sisi. Aku begitu merindukan mereka. Kau lindungilah
mereka sebagaimana engkau melindungi diri ini “
Iman menatap dan merenungi jendela langit. Awan biru yang
terdampar begitu menenangkan. Mengubat keresahan dan kegundahan di hati
seorang hamba yang begitu kerdil bernama Nurul Iman bt. Abdur Rahman.
Pabila aku mendongak ke arahmu, duhai langit, aku mencari wajah Allah taala.
Tersenyum aku mencari, seolah-olah macam betul - betul akan bertemu sahaja.
Aku tertanya - tanya di hatiku, bagaimanakah rupa
kekasihku, yakni Allah s.w.t? Adakah aku dapat melihatNya dengan tenang
di akhirat nanti?
Iman terus menatap keindahan langit sambil bermonolog terhadap diri
sendiri.
Monolognya terhenti apabila saat-saat indah itu dIcemari oleh bunyi
yang merimaskan.
"Oh. Motor kapcai room-mateku rupanya. CCJ 2695. Urm, baguslah room - mate kesayanganku sudah pulang.
" Iman, jom syiqin bawak Iman jalan - jalan. Syiqin bawa Iman ke
pantai nak tak? " Pelawa Asyiqin dengan begitu bersemangat.
" Iman, sekali sekala Asyiqin nak Iman pula yang bawa motor
kapcai ni." usik Asyiqin pada Iman. Iman sedikitpun tidak mengecwakan
permintaan Asyiqin. Tempat duduk hadapan digantikan dengan Iman ."
"Poooooooooom. Astaghfirullahalazim. Iman! Langgar apa tu, Iman? " Jerit asyiqin.
" La, Syiqin. Iman nak elak dari terlanggar siput baby tadi ... sory Syiqin........" jawab Iman dengan rasa bersalah.
"Hahahaha ..... " Kedua-duanya ketawa dengan situasi lucu
berkenaan.
" Iman, pantai pun dah tak jauh. Jom ke sana ..." pelawa asyiqin.
"Motor ni ? " tanya Iman.
" Motor ni tak rosak. Tayar je lembik sikit. Biarkan di sini."
" Selipar Iman putus ni. Nak berkaki ayam ke?"
" Tak payahlah. Syikin gendong Iman, nak tak. Baru seronok. "
pelawa Syiqin.
" Tak naklah. orang tengok. " jawab Iman.
"Iman, pantai dah dekat dah. Tak ada orang nampaklah ...."
jawab Asyiqin lagi.
" Ok." sahut Iman dengan nada pasrah.
PASIR PANTAI yang begitu halus. Diramas pasir-pasir jernih itu.
Diukir perkataan "Asyiqin sayang Iman" dengan ranting kayu yang
terdapat di tepian pantai. Kedua-duanya merenung kembali ke arah langit.
Tangan dipegang erat.
" Ikin, katakanlah sesuatu agar bisa rohaniku dapat membangun semula." Iman mendesak.
"Allahurabbi. Bagaimana aku hendak membangun rohanimu,
sedang rohaniku juga terasa kendur." jawab asyiqin dengan tegas.
Masing-masing terdiam seketika.
" Apa perasaanmu kini kepada Allah, iman? Adakah engkau
terasa rindu kepadaNya?" soal Syiqin. Matanya melirik ke arah
Iman,khyusuk memandangnya dengan sentuhan yang kuat dalam menikmati
pertalian ukhuwah.
" Ya, aku benar - benar rindu kepadaNya, Ikin.............." jawab Iman.
Ucapannya terhenti di situ. Suasana menjadi sunyi seketika.
Asyiqin hanya memerhatikan Iman.
"Mengapa tiba-tiba Iman senyap?" Desis Asyiqin di hati.
" Syiqin. Bagaimana agaknya kalau seseorang itu mengaku
cintakan Allah, tetapi di hatinya lebih mencintai selain dari diriNya.
Apa yang harus dibuat dalam menjadikan kecintaan Allah itu lebih tinggi
berbanding cinta kepada selainNya ................? " soal Iman.
" Errrrrrr ......... Aku tak mampu nak melunaskan
kata-kataku. Tetapi aku hanya boleh memberikan pandanganku. Aku ingin
melontarkan kepadamu satu pertanyaan.
Kalau kamu bertemu dengan seorang kekasih, apa yang akan kamu buat untuk menawan hatinya?" soal asyiqin.
"Pastinya, aku akan katakan padaNya, aku cinta kepadanya,
aku sayang padanya. dan aku akan buat perkara yang dia suka dan aku akan
menjauhkan diriku daripada perkara yang dia tidak suka. Setiap perkara
yang akan aku lakukan, aku tidak akan mengecewakan dia. " jawab Iman.
"Maka, kamu telah menjawabnya duhai sahabatku, Iman.
Sekiranya kita sayang padanya, kita akan selalu mengungkapkan cinta kita
di sisinya bukan di sisi manusia, MELUAHKAN rasa rindu dalam solat dan
doa kita. Setiap yang kita lakukan penuh waspada,jangan biar DIA murka
dan kecewa dengan kita."
Terang asyiqin dengan tenang. Iman mengangguk.
"Terima kasih ikin. Ajari aku untuk sentiasa cinta kepada Tuhan .."
seru Iman.
" Pabila di hati ada rasa cinta, segalanya akan
indah. Iman pun jangan berhenti dari berbicara tentang Allah. Syiqin
sentiasa terubat hati bila bersama Iman.
GAMBAR NURUL ASYIQIN ditatapnya. Pada waktu itu, teringat
akannya tentang suasana indah di pantai suatu ketika dahulu.
"Asyiqin. Moga Allah melindungimu. Walaupun kita berjauhan,
engkau tetap sahabatku. Gambar ini menjadikan aku ingat kepada
peristiwa di mana aku sedang merawat rohaniku bersama - sama denganmu.
In sya Allah, aku akan rawat rohaniku bersama - sama dengan iringan
doamu yang jauh di sana.
Salam ukhuwah fillah ."
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment