Sunday, October 28, 2012

keluarga saya ..

salam ...
aidiladha...


alhamdulillah, hari raya sempat pulang menemui family family tercinta...

dari kuantan - johor (pontian ) - kuantan - kota bharu

rumah saya sekitar 2008 - 2012

rumah saya ade 4 tingkat ...
tapi saya duk tingkat 2 ja... ;) 

malam  raya aidiladha kedua ...


petangnya, jam 6.30 ptg;
kami adakan bacaan yasin sekeluarga kami sempena peperiksaan anak-anak masing-masing ..termasuklah al-faqir...
dan sempena kelahiran saudara mohd ikram sulaiman ...

kemudian ..makanpetang ..


sepupu .. ijat dan said


makan petang ..
 sampai maghrib ...
kemudian ...
solat berjemaah..
yang kaum adam ke masjid baru arwah tok husien  (moyang)
yang hawa solat maghrib di rumah ..


kemudian, kami solat hajat bersama..
untuk peperiksaan saya, adik saya, sepupu sepupu saya ...


solat hajat ...
solat isyak berjemaah ...
kemudian , sambung makan ...
DAN ber' BBQ...

alhamdulillah ..
oh ya.. solat hajat juga untuk keselamatan ibu dan ayah, adik abang n mak cik yang akan tunaikan umrah tahun depan..insyaallah..
saya???
oh ...
saya tak dapat bersma..
sbbnya..
adelah sbbnya ;)

wallahualam..

moga allah rahmati keluarga ini.
Allah kasihi keluarga ini ..
rahmati keluarga ini..
sayangi mereka sesungguhnya..
pelihara keluarga kami ..
dan selamatkan keluarga kami di pengakhiran kami nanti ...

ayah dan ibu ..
saya sayang ibu dan ayah.
apa pun yg menimpa..
saya tetap syg ibu dan ayah ..

Allah bahagiakanlah mereka di dunia ini..
dan akhirat nanti...
kebahagiaanku bila melihat mereka bahagia..

;)  ;)


mood nak exam ..
huhu..
sempat lagi,kan..

saya tahu ibu dan ayah saya nun jauh mendoakan saya..

see , betapa setianya..
dan sygnya seorang ibu dan ayah kpd anaknya..

kiriman doa dari jauh..

begitu juga anakmu ini..


esok paper muzik jam 8.30 pagi ...

wasalam..




Monday, October 22, 2012

bicara ikhtilat ...

IKHTILAT??

Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu Ilahi menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia..

“Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)..”
(Al-An’am: 116).

Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.
Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki & wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster & Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.



Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu & kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami & mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah).


 Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah & batas pergaulan dalam bekerja.


1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya.

(lelaki & perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat serta nafsu & tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.

Allah SWT berfirman :
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya.”
(An Nuur : 30-31)

Sabda Nabi Muhamad SAW:
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi.)
2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.

Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.

“Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)
Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
(Al Ahzab: 59)

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian & akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.

“Don’t judge book by its cover..”

Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu.
Ramai diantara kita yang sering beranggapan;
“Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat..”
“Orang yang solat, belum tentu baik..”
“Orang yang berpuasa belum tentu solat..”
“Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya..”
TETAPI

Adakah hati itu baik & sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat?
Orang yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..
Orang yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..
Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu wanita yang baik & solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya..


"You're what you're saying
You're what you're doing.
So, please behave & be yourself because sometimes they need to judge you from your appearance.."

“Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium baunya..”
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.)


3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara.
Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki:
I) PERCAKAPAN:
Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang & membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam a.s?

Allah SWT berfirman:
"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)

II) BERJALAN:
Allah SWT berfirman :
“..Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(An Nuur : 31)
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu..”
(Al Qashah :25)
III) PERGERAKAN:
Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya.
Jauhi juga warna-warna terang & terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah.)
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)

Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
“Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..
5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki & seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka.
Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:

Ingat pesanan Rasullullah s.a.w :
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis..

Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah.
Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan berdua).
Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar & sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.
(contoh: mesyuarat) & perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah & pertarbiyahan bangsa (anak-anak).
7. Menundukkan hati.
Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan & bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri & takut kepada Ilahi..

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."
Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

Dipetik dari :
MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB
PISMP PENGAJIAN AGAMA
23 FEBRUARI 2010

Sources:
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham 1001 fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Lelaki yang pintar takkan risau & gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut..
Wahai sahabatku wanita solehah yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..

Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki! Seorang lelaki yang bergelar suami..

What's the difference between LIKE & LOVE?
Well, let's just say, if you LIKE a flower, you PLUCK it.
But when you LOVE that flower, you WATER it..
(Anonymous)
Jika kau kasihkan orang yang kau kasihi,
ingatkan mereka bila mereka terlupa.
Ingatkan aku, bila aku terlupa..
.The Beauty of Islam.
 p/s: asyiq zhad
yang mana baik, ambillah . ikutlah rasa yang mana baik kita ikut ...
cuma dalam masa yang sama, sama-sama kita beringat ...
kerana insyaallah, andai kita beramal, mudah-mudahan ia menjadi medan jihad apatahlagi untuk barangsiapa yang ingin menggapai redha Allah terutamanya..



insyaallah, menahan nafsu syahwat itu juga merupakan suatu jihad.
apa yang penting, hati tidak meredhai kemaksiatan yang berlaku..
jihad yang paling lemah adalah dengan cegah dengan hati...
namun insyaallah, andai kita sebar-sebarkan..insyaallah..
selamat saudara kita dan walaupun kita sendiri bermasalah
dengan usaha kita membantu saudara kita
maka  allah pun bantu selamatkan kita...insyallah..
cegah kemungkaran seupaya kita..
andai kita tak mampu,
jangan meninggalkannya...
bukalah ruang di mana untuk mencegahnya..
melalui alam maya..
ataupun secara direct..
ataupun dengan kuasa..
zuhud kita bukan dengan meninggalkan dunia..
tapi zuhud kita menjadikan dunia sebagai medan untuk menghiasi  bekalan akhirat kita...

insyaaAllah...
jadilah hamba yang positif..
andai kita tak mampu..
jangan meninggalkannya..
tetapi sama-sama mencuba..
bukankah Allah sangat cinta kan kepada orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah s.w.t...
insyaallah..
kepada ukhti yang dikasihi adik fateahah...
bila mana ita berbuat suatu kebaikan..
insyaallah allah akan membalas dengan kebaikan..
dan pahala berganda-ganda..
dan menunjukkan maha pemurahanya Allah s.w.t...
cuma..
sama-sama para duat ikhlaskan di hati..
apa yang dilakukan hkerana allah..
kerana Allah semata-mata..
dan hanya kerana Allah semata-mata..
bukan selainnya..
kalau kita sandarkan semua pd Allah..
insyaallah walau kita dikritik..
kita yakin dengan Allah..

namun, 
tanggungjwab kita.
kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.

ingatlah bahawa...
 manusia ini bukan dilahirkan sempurna...

boleh jadi dia kuat sesuatu tetapi dia lemah sesuatu..
andai kita ini benar-benar saudaranya...
kita tidak akan menghukumnya..
tetapi kita membantu dia untuk memperbaikinya...
insyaallah.

Thursday, October 18, 2012

Allah maana...right....
ujian itu indah ..
bagai rintik-rintik bergelora ..
mematangkan jiwa....
sekarang bukan masa untuk bergembira.
hanya duka sahaja..
betullah...
hidup ini memang tak lepas dgn ujian. 

si A:  JANGanlah nangis. susah sama-sama
si B:  Mana ada menangis...
SI A: air mata tu apa...
si B: Mana ada...
       ( muka dah merah pun masih nak berselindung)

si anak telefon berkongsi maslahnya:
ayah berkata: tenang,lah..sabarlah....tenang tenang..

dan si anak: (mengalir ........)))

bukan aku berfikir kerna individu..
aku hanya berfikir utk kumpulanku semata.
kamu tahukah apa itu kumpulan..?
tak tahu...
adakh seluruh dunia ni harus tahu?
dan aku ada sahabat yang mencintai perjuangan itu..
bukan aku memilih mereka..
tp aku ingin bersama mereka..
bila aku susah dan senang..
aku fikir islam..
dan dia juga fikir islam..

jdi.. aku bukan ikir diriku..
kalau aku fikir diriku,
nescaya aku dah pergi jauh dan x mahu kembali.
mmg islam tak rugi tnpa aku..'
tp apa akan jdi kalu aku tanpanya...? 

ssh untuk mengerti, benar..
tak apa..
Allah sagt memahami.

hanya kpd dia ak bertawakkal

Saturday, October 13, 2012

Awas! kematian tak menunggu sapa-sapa...

Salam ....
pagi semua ...


alhamdulillah ...
harini dah masuk 6 hari ....
hamba masih teruji ..
alhamdulillah .. semakin beransur...
dan hamba yakin...Allah sdg menggugurkan dosa hamba ..
insyaAllah..
hmba yakin bahawa Allah sdg hendak mengampunkn dosa hamba ...

bila kita gini ..
teringatkan aku tentang kematian ..
yang semakin hari semakin hampir dengan aku ....
malaikat zirail sedang mengintai aku sahaja untuk mengambil nyawaku...
tapi Allah Ar-Rahim belum mengizinkan lagi .......

sesuailah dgn doa yg aku selalu pinta padaNya..
"Ya Allah. matikanlah aku dalam keadaan dosa-dosaku telah kau ampuni" ....

jadi ...Allah maha Mengatahui setiap apa yang direncanakan untuk hamba yang begitu kerdil dan hina di sisinya ...

bilakah Allah akan mengampuni dosa hamba ...

Allah jagailah aku ... yang semamngnya aku memang gagal menjaga Mu dalam hatiku ...

itu kelalaian aku ...

kerana mungkin aku tak menjaga hubunganku dgn Allah, maka Allah pun tak menjaga hubungannya dgn aku ...

* apa yang hamba alami, kini sangat sangat mengajar hamba pengertian ikhlas ...
* hanya Allah sahajalah yang tahu dan benar2 mengerti ......
   insyaAllah hamba pun sedang belajar .....
   hamba pujuk hati hamba ... supaya jangan angkuh ...
   buat saja apa yg dipinta ... demi Dia ... yang tercinta ..
   bukankah kamu melakukannya kerana AKU? bukan kerana selain aku benar?
   kalau kamu ikhlas kerana aku, kamu akan kuat  hadapi setiap apapun jua....

  " mengapa ya ukhti terasa lemah?"
   
   kerana cinta ukhti tak banyak pada Allah barangkali...
   cinta ukhti lebih banyk pada dunia ,,

   relevankah kita bekerja kerana hendak dipuji?
   kerana hendak dinilai?
   kerana hendak pengaruh?
   kerana wah....smart...mantop! hebat!!
  
   cinta hop sebanrnya ...
   cinta ukhti itu lebih hendak membawa ukhti menuju syurganya..
   dengan ukhti mengikhlaskan diri dalam apa jua keadaan ....
   kerana Allah ukhti berjala...
   kerana allah ukhti bergerak , merangkak...
   kerana Allah ukhti bersabar ......


  perbetulkan semula niat di hati ...
  belajarlah untuk menjadi ikhlas ......
  orang tak ikhlas nanti takut dihambat Allah dari syurga..
  pahala tak dapat, celaan Allah yang dapat ...

dah jauh tersasar dah hamba ni ....
balik semula kematian tadi..

harini hari mereka yg di kubur ..
pabila melalui laluan kubur, janganlah terlalu zalim..
dan tak mengucapkan salam pada mereka ...
sbb keadaan di barzakh sangat menyukarkan ..bgi mereka...

kata imam hasan al-basri...
zalimlah seseorang itu andai dia melalui tanah perkuburan, dia tidak mengucapkan salam ke atas penghuni barzakh...

jadi, jangan lupa bila lalu, bukan terus pecut , atau lari lintang pukang ... 
tapi doakan kesejahteraan mereka...
sebab suatu masa nanti kita pulak yang akan berada di sana...


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. 

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. 

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

duhai abid asyiq...
awak yg kene berjaga-jaga ;)  
kematian tak menunggu sapa2x...

kalau hamba tak sempat mintak maaf ...
hamba mintak maaf di sinilah belako belako...
pkat dok sebar ...
ibu ayah ...
adik abang...
keluarga terdekat ...
sekalian sahabat2x..
jiran-jiran ...
kawan - kwan...
guru-guru ...
dan semuanya ..
maaf khilaf hamba yang banyak ..
sungguh hamba hanya manusia biasa...
yang lemah .....

cuma nak konsi ini...
sambil melihat bentuk anggota badan..takut takut ada petanda...

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


ops..mintak maaf bukan nak mati sahaja ya...
mintak maaf pun kena selalu ...
 baru hati ni bersih kan...
tenang menjalani hidup...

insyaAllah...
wasalam.
illal liqa' ...
 wasalam...


 



Thursday, October 11, 2012

nikmat sihat ..

Nikmatnya...
melihat sahabat tersenyum...
riang bermain futsal bersama ...
datang berusrah bersama ...
liqa' menghempas pulas bekerja...
sedang aku ...
di sini ...
hanya mampu berbaring ....
panas badanku masih belum-belum reda..
kepala terasa berat..
menanti saat sihat .
menanti saat Allah sedang menggugurkan dosa-dosaku..
Allah cepatlah sembuhkan aku..
aku dah lepaskan banyak tuntutan..
 kasihan pada sahabat lain yang menghempas pulas berfikir..
mudah-mudahan direda'kan panas yang menyelungi tubuh ini..
biar benar..
panas ini adalah bahangnya dari api neraka..
sembuhkan aku..
aku mesti bersedia untuk kembali bekerja esok..
kuatkan tubuhku..Allah..
 Allahuakbar.
walillahil hamdu..

Wednesday, October 10, 2012

Buat sahabat..

BismillHirrahmanirrahim ..

untuk sahabat yang dikasihi ...
terima kasih kerana menjadi sahabat di sisi ...
kisah bermula di sebuah keluarga yang tidak asing lagi ..
keluarga lajnah dakwah dan tarbiyah ...
seterusnya  ikatan ukhuwah dibina melalui rantaian usrah ...
alhamdulillah syukur...
Allah hadirkan sahabat ini di sisi ...
melalui dirinya...
hambe dapat mengenal erti kehidupan ..
melalui dirinya..
hambe dapat melihat sebuah kehidupan 
dan kekuatan  yang ada dalam dirinya ..
dan hambe merasa sangat dekat dengannya ...
mungkin ini caturan Allah ..
membawa kepada wadah pertemuan ini ..

sahabatku sayang fillah ...
walau apa pun berlaku ..
insyaAllah hambe akan sentiasa di belakangmu ..
memberi semangat dan kekuatan untukmu..
pabila merasa sendiri..
ingatlah bahwa kamu tidak keseorangan..
apapun yang akan kamu hadapi..
pada masa mendatang ..
dengan izinNya ...
hambe akan bersamamu...
megharungi saat sukar bersamamu ...

kuatlah sahabat ..
hambe berkata sdg hambe juga takut tergugat ..
 andai kamu lemah .
yakinlah, hambe sahabtmu ini akan selalu di sampingmu..
bila kamu lemah..
hambe turut lemah bersamu..
di sebalik itu sama2 kita bertekad mencari kekuatan itu ...
dan kekuatan itu hanya akan datang dengan kasih sayang serta pertolongan Allah ..
sama-sama kita bina kekuatan dan bergantung hati kita hanya kepadaNya..

insyaAllah.adikku...

kasih sayang itu tidak akan berubah demi sahabat tercinta ...
khusus buatmu adik yang tercinta .

wasalam.

Tuesday, October 9, 2012

moga Allah selesaikan satu lagi masalah hamba ...
HAMBA HARUS BERUSAHA..
semua sedang menanti kputusan hamba ..
untuk membawa hamba bersama ke sana ...
benar ...
hamba akan berhadap dengan pengarah dsbgnya..
cuma hamba tk gagah harini.
meeting pun hamba tak dpt hadir ..
sdg shbt hmba perlukn hmbe.
family hmba perlukn kputusan hma..
maaf. 
allah sdg uji hmbe dgn nikmat sakit.
dan allah nk lbur dosa hmbe.
wasalam.
selmt mlm dunia.
moga dijodohkan esok hari

Monday, October 8, 2012

Puisi cinta buat daie..

Bismillahirrahmanirrahim ....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

Ya Allah, izinkan aku melakar kalam , Ya Allah untuk mengubat rasa kedukaanku yang teramat mendalam..

sungguh, benar .......
apalah nilaiannya mengadu kepada blog yang tidak bole bicara dan sebagainya...
sungguh, tidak aku nafikan Ya Allah...
tapi aku perlukan semangat dan ...
aku perlukan ruang untuk berbicara dengan lemahnya..
aku tahu..
aduanku padaMu yang secara langsung lebih memberikan aku kesan dan kekuatan ..
bahkan tersungkur aku di hadapanMu bersama duka 
namun dalam duka..ada bahagia ...

Firman Allah s.w.t:
'janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika benar kamu orang beriman ..
(surah al-imran 139)


Allah.....
Allah.....
aku mengadu bahawa aku ini hambaMu yang tersangat lemah...
aku ingin mengadu bahwa aku ini hambaMu yang tersangat lemah ..
tersangat lemah dan tersangat lemah .....

Allah...
Tuhan yang sedang memerhatikanku...
Sesungguhnya Kau tahu...
keadaanku ...
tersembam aku..
tersungkur aku ...
menangis penuh syahdu...
jari menari...qalbi berbicara dan air mata jatuh ke bumi sekali lagi...


hinggakan di saat ini ...
aku meronta dan meronta .... 
mencari kekuatan yang semakin hari semakin hilang Ya Allah...

semakin aku cuba untu kuat, semakin aku lemah, Ya Allah ...

kerana apa...
kerana...
aku tersangat faqir...
tertunduk aku..
rembesan air mata deras mengalir ...
menanti dan berdoa pada sang Ilahi ...
sambil berkata pada diri ..
sambil merenung kembali ayatNya...
"ingatlah Allah di waktu senang, nescaya Allah ingat akanmu di waktu susah"....


Allah...
kini aku merasa saat kesusahannya..
Allah..
mengertilah aku ...
tembusi hatiku yang kian duka...

janganlah Ya Allah kau uji aku dengan ujian yang tak sanggup untuk aku pikul...
Ya Allah, ampunkanlah Aku Tuhan Yang Maha Pengampun....
akan kesalahan-kesalahanku..
hanya Engkau sahaja Maha pEngampun lagi mengasihani ..


rendahkan hatiku...di hadapanMu...
jangan kau menjadikan aku orang yang angkuh...
orang yang sombong...
orang yang merasa dirinya hebat ..
namun...
jadikanlah aku orang yang sentiasa merendah hati ...
orang yang sentiasa mengakui kelemahan diri..
dan orang yang sentiasa  tunduk ...


Allah ...
namaMu ku ukir ukir ....
tangisanku berpanjangan ..
kalimah istighfar dalam sebutan ...

Allah ....
 di kala aku senang ...
 aku datang padaMu ...
ALlah..
 kini aku menemukan saat sukar ..
 aku datang padamu..
 aku merasa peritnya aku ...
 tersangat perit...

aku membisikkan akan diriku dengan ayatMu lagi;
 kalau kamu ingat Allah d waktu senang, maka Allah akan ingat kamu di waktu susah...


kini aku susah ...
 dan aku yakin Engkau sedang membantuku...
 menghulurkan seribu pertolongan padaku ..
 Allah..
 aku yakin ... 
 betapa kau sangat sayang aku, benar?
 aku yakin...
 betapa kau teramat sangat sayang aku, benar?
 Allah....... Allah.... Allah .......
 

 katakanlah kau begitu sayang padaku...
 sebab itu kau datang  mengujiku....

 aku hanya mahu kuat ...
 aku hanya mahu kuat ...
 tabahkan hatiku ...
 tabahkan aku ...

aku cuba untuk kuat ..
cuma semakin hari ..
tamparan itu semakin hebat dan kencang ...

goyah aku Ya Ilahi ...

pesanan untuk diri ini ...

wahai diriku sayang ..
janganlah engkau merasa lemah, dan bersedih hati , sesungguhnya Allah itu bersamaMu...
di sebalik ujianmu...
Allah hadir...
untuk menggugurkan dosa-dosamu ...
di sebalik ujianmu..
Allah hadir dan mengusap air matamu dengan senyuman ...
di sebalik ujianmu..
Allah hadir dalam hatimu, tak berhenti walau 1 saat pun sayang ...
di sebalik ujianmu...
Allah hadir...
Allah hadir untuk meninggikan darjatmu sayang ....

adakah kau tidak percaya akan sifat-sifat 99 Allah ...

Allah itu penyayang ..
Allah itu pengampun..
Allah itu maha lembut ...
Allah itu maha agung ...
Allah itu mulia ...
Allah itu maha mengetahui ..
Allah itu pemurah ..
Allah itu gagah ..
Allah itu sabar ..
Allah itu quddus...
Allah itu satu ....


LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH ..
HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL
WALA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH ...
YA QAWWIY
YA QAWWIY
YA QAWWIY


pinjamkan aku sedikit kekuatanMu untuk aku jalani hidup ini..
sungguh aku rapuh berjalan sendiri..
Allah, kembalilah adalam hatiku..
agar aku dapat menghargai keberadaanmu dalam hatiku...

SUngguh benar..
hanya Engaku mengerti apa yang tidak manusia mengerti ..

aku mohon  ampun ..
segala khilafku ..
moga ya Allah ...
kau bimbing aku ...
kelemahanku mengatasi segalanya..
hinanya aku teramat hina ......
jadikan aku manusia yang biasa ..
aku ingin kembali menjadi manusia yang biasa ...





kerana hati ini terlalu dan terlalu perit untuk menghadpinya...

duhai hamba...
Rasulullah tak pernah putus asa?
kenapa kau putus asa
baginda tak pernah pun berkata 
dia ingin berhenti..
tapi apa yang Rasulullah lakukan..
Rasulullah tak minta berhenti..
tapi Rasulullah minta kekuatan dari Ilahi..
sambil mengakui kelemahan-kelemahan diri di sisiNya..

:"(  :"(  :"(


aku bukan baginda ...
dan aku bukan semulia baginda ,,
tapi aku hanya manusia yang hina..

sahabat ku berbisik ke telinga ..
bukanke orang beriman itu , selagi mana beriman seseorang itu, lagi hebat dia diuji...? 

genggamlah tali Allah erat-erat ...
bisikkan di hati sayang ...
Allah di sisi
Allah di sisi
Allah di sisi

genggamkan tali Allah erat-erat ..
bisikkan di hati sayang ..
Allah menyayangimu..
kan Allah itu Penyayang ..
tidakkah kau yakin akn sifat Allah itu...
Allah sayang padamu..
seteruk manakah kamu..
ampunan Allah tersangat luas..
dan sayangnya padamu tersangatlah besar 
kerana engkau hambaNya..






wallahualam..


puisi cinta: dari daie yang tidak bermaya
zayyaddhamiri.blogspot2013.

 






Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..