IKHTILAT??
Beratnya menggalas perasaan
cinta,
Tatkala pacaran menjadi
budaya,
Mujurlah wahyu Ilahi
menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian
besar manusia..
“Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)..”
(Al-An’am: 116).
Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah
suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang
terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang
ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa
yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.
Perkataan ikhtilat itu pada adatnya
bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan
sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki &
wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh
Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka
ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari
termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri.
Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan
sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi
malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail,
Friendster & Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza
tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini
terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.
Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu & kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami & mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah).
Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah & batas pergaulan dalam bekerja.
1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya.
(lelaki & perempuan jangan sekali-kali
jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama
lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan
syahwat serta nafsu & tidak memanjangkan pandangan jika tidak
berhajat.
Allah SWT berfirman :
“Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah
lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya & kemaluannya.”
(An Nuur : 30-31)
Sabda Nabi Muhamad SAW:
“Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya
boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi.)
2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.
Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.
“Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang
melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala
aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga
TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK
derita..”
Allah SWT berfirman :
“Dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)
Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
(Al Ahzab: 59)
Perempuan muslimah yang sopan berbeza
pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak
berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian &
akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.
“Don’t judge book by its cover..”
Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu.
Ramai diantara kita yang sering beranggapan;
“Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat..”
“Orang yang solat, belum tentu baik..”
“Orang yang berpuasa belum tentu solat..”
“Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya..”
TETAPI
Adakah hati itu baik & sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat?
Orang yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..
Orang yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..
Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh
belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu wanita yang baik & solehah
akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah
syaitan yang berbahaya..
"You're what
you're saying
You're what you're doing.
So, please behave & be yourself
because sometimes they need to judge you from your appearance.."
“Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan
mencium baunya..”
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.)
3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara.
Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki:
I) PERCAKAPAN:
Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara
yang boleh merangsang & membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan
sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum
Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam
menumpaskan anak cucu Adam a.s?
Allah SWT berfirman:
"Wahai
isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain,
jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara)
dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)
II) BERJALAN:
Allah SWT berfirman :
“..Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(An Nuur : 31)
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu..”
(Al Qashah :25)
III) PERGERAKAN:
Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan
dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak
berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah
dahulu mahupun sekarang.
4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya.
Jauhi juga warna-warna terang &
terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya
ketika perjumpaan dengan lelaki.
“Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah.)
"Sesiapa
jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai
dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)
Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang
yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat
untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
“Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..’
5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki & seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka.
Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:
Ingat pesanan Rasullullah s.a.w :
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis..
Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah.
Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan berdua).
Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan berdua).
Yang patut diambil berat juga ialah kaum
keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar & sesiapa pun yang
bukan mahramnya daripada berdua-duaan.
6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.
(contoh: mesyuarat) & perkara-perkara
yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar
dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun
perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci
seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah & pertarbiyahan
bangsa (anak-anak).
7. Menundukkan hati.
Apabila kita berurusan dengan bukan
muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah
berdoa semoga urusan dipermudahkan & bebas daripada fitnah. Minta
daripada-Nya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan
kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..
Lelaki yang pintar sentiasa
risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak
akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya
kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri & takut
kepada Ilahi..
Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk
menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu
apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang
dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu
bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu
apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi
Dipetik dari :
MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB
PISMP PENGAJIAN AGAMA
23 FEBRUARI 2010
Dipetik dari :
MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB
PISMP PENGAJIAN AGAMA
23 FEBRUARI 2010
Sources:
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan
membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham 1001 fitnah
boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Lelaki yang pintar takkan risau & gusar dengan
status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan
seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut..
Wahai sahabatku wanita solehah yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..
Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa
yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian
lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk
dipelihara dengan sebaiknya! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki
untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki! Seorang lelaki
yang bergelar suami..
What's the difference
between LIKE & LOVE?
Well, let's just say, if
you LIKE a flower, you PLUCK it.
But when you LOVE that
flower, you WATER it..
(Anonymous)
Jika kau kasihkan orang yang kau kasihi,
ingatkan mereka bila mereka terlupa.
ingatkan mereka bila mereka terlupa.
Ingatkan aku, bila aku terlupa..
.The Beauty of Islam.
p/s: asyiq zhad
yang mana baik, ambillah . ikutlah rasa yang mana baik kita ikut ...
cuma dalam masa yang sama, sama-sama kita beringat ...
kerana insyaallah, andai kita beramal, mudah-mudahan ia menjadi medan jihad apatahlagi untuk barangsiapa yang ingin menggapai redha Allah terutamanya..
insyaallah, menahan nafsu syahwat itu juga merupakan suatu jihad.
apa yang penting, hati tidak meredhai kemaksiatan yang berlaku..
jihad yang paling lemah adalah dengan cegah dengan hati...
namun insyaallah, andai kita sebar-sebarkan..insyaallah..
selamat saudara kita dan walaupun kita sendiri bermasalah
dengan usaha kita membantu saudara kita
maka allah pun bantu selamatkan kita...insyallah..
cegah kemungkaran seupaya kita..
andai kita tak mampu,
jangan meninggalkannya...
bukalah ruang di mana untuk mencegahnya..
melalui alam maya..
ataupun secara direct..
ataupun dengan kuasa..
zuhud kita bukan dengan meninggalkan dunia..
tapi zuhud kita menjadikan dunia sebagai medan untuk menghiasi bekalan akhirat kita...
insyaaAllah...
jadilah hamba yang positif..
andai kita tak mampu..
jangan meninggalkannya..
tetapi sama-sama mencuba..
bukankah Allah sangat cinta kan kepada orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah s.w.t...
insyaallah..
kepada ukhti yang dikasihi adik fateahah...
bila mana ita berbuat suatu kebaikan..
insyaallah allah akan membalas dengan kebaikan..
dan pahala berganda-ganda..
dan menunjukkan maha pemurahanya Allah s.w.t...
cuma..
sama-sama para duat ikhlaskan di hati..
apa yang dilakukan hkerana allah..
kerana Allah semata-mata..
dan hanya kerana Allah semata-mata..
bukan selainnya..
kalau kita sandarkan semua pd Allah..
insyaallah walau kita dikritik..
kita yakin dengan Allah..
namun,
tanggungjwab kita.
kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.
ingatlah bahawa...
manusia ini bukan dilahirkan sempurna...
boleh jadi dia kuat sesuatu tetapi dia lemah sesuatu..
andai kita ini benar-benar saudaranya...
kita tidak akan menghukumnya..
tetapi kita membantu dia untuk memperbaikinya...
insyaallah.
No comments:
Post a Comment