Bismillahirrahamanirrahim ...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani ...
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad .. waala ali sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana pada hari ini masih lagi Allah beri peluang untuk diri hambe bernafas, dan masih berpeluang untuk menutur kalimat taubat sebelum perkhidmatan hambe terhenti dan sebelum dihisab di penghadapan Rabbul Jalil di padang ukhrawi nanti ....
alhamdulillah ....
Allah telah mengirimkan hidayahNya dengan menunjukkan kebesaran dan kekuasaannya di sekelilingku dan mengizinkan aku mendengarkan kalam-kalam nasihat untuk aku senantiasa beriltizam untuk mengisi ruang hidup yang masih ada...
melalui kuliah maghrib hari ni, membuatkan aku merenung dan berfikir akan hala tuju dan sisa kehidupan yang masih berbaki? apakah yang harus aku lakukan untuk menghabiskan sisa kehidupanku yang hanya tinggal sehari dua lagi ...
apa yang menarik hamba dalam mendengarkan tazkirah dan kuliah ialah apabila setiap bait-bait kata tazkirah itu mampu menyuntik hati dan jiwa untuk berfikir dan merawat iman yang turun naik ditiup gelombang dunia yang sementara ini..
ilmu ini bagi hemba merupakan suatu cahaya dan hidayah buat hambe al-faqir ini insyaAllah, mudah-mudahan Allah senantiasa mengurniakan rahmat dan hidayahNya yang berterusan kepada hambe...
Rumusan daripada tazkirah pada hari ini ...
ustaz bagitahu, manusia seperti kita pada hari ini jarang mensyukuri nikmat yang ada ...
sesuai benarlah dengan diri hamba ketika ini, sungguh sesuai benar Allah sampaikan kata-kata ini pada ana pada tika ini .... membuatkan hamba tersenyum sendiri ...
rasa macam tersiat-siat dengan kata-kata tersebut ...
ustaz kata;
1. "Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada dirisau"...
manusia selalu ikut nafsu ...tak ingat sudah zaman sahabat dan zaman nabi ...
kehidupan yang bersederhana, zuhud dan hanya cintakan Allah setiap masa...
2. Nak jadi orang bersyukur, dari sudut dunia, kita kena
lihat orang yang lebih bawah
dari kita, bukan atas dari kita ...
dalam sudut 'ibadah' pula, kita kene lihat orang yang
lebih tinggi daripada kita ..
contoh: orang yang hatinya senantiasa cintakan Allah,
para wali, ahli sufi, para
sahabat , khalifah zaman nabi dan sahabat , para
ilmuan dan lain-lain..
dalam bab 'ibadah', jangan kita lihat orang yang lebih
rendah dari kita,
tapi lihat ,
orang yang lebih tinggi dari kita , supaya kita jadi
berlumba-lumba nak tingkatkan
keimanan kita kepada Allah s.w.t...
kekasih - kekasih Allah tika dahulu setiap denyut nadinya
ingat akan Allah s.w.t,
kebergantungan mereka penuh kepada Allah s.w.t,
nak bandingkan dengan kita, kita hanya bergantung
kepada Allah s.w.t sewaktu kita
susah saja, selepas itu ...wallahualam ..tepuk dada,
tanya iman ...
3. kita nak bentuk masyarakat yang soleh, kita kena sampaikan dan sebarkan ilmu
kepada masyarakat supaya masyarakat jadi soleh ...
lagi-lagi bila Allah angkat jadi pemimpin atau ketua, ketua kena jadi soleh, anak
buah pun jadi soleh, sebar luas menjadi masyarakat soleh, barulah turun rahmat dari
Allah s.w.t dan barulah turunnya pertolongan-pertolongan Allah s.w.t .......
Allah sebut nama nabi-nabi yang mempunyai kesinambungan keturunan-keturunan
yang soleh, contoh nabi ibrahim, anaknya nabi ishak, seterusnya cucunya yaacub ...
mudah-mudahan kita juga berjaya menghasilkan zuriat yang soleh .....
5. pabila Allah bangkitkan kita di akhirat nanti, Allah akan panggil nabi masing-masing,
sewakti diisrakkan, melihat ada nabi yang mempunyi pengikut yang sedikit untuk
masuk ke syurga..
dan kita, nabi kita s.a.w .. yang diceritakan sebaik-baik kejadian , rupa dan akhlak..
seorang nabi yang akan mengiringi umatnya untuk ke syurga ....
persoalannya, sudah layakkah kita ini untuk ke syurganya sebagi pengikut nabi s.a.w?
sudah layakkan kita ke syurganya sebagai pengikut nabi s.a.w?
bukan main molep, nabi kita, tapi umatnya.......?????
6. ustaz pesan, ayat ini dah sinonim sudah dengan kita, tapi nak bagitahu sebagai
ingatan ...
hidup kita paling-paling kurang 50 tahun atau 60 tahun saja, lepas ni xdop dah, lah
kita di atas pementasan dunia ini ..
belum tentu lagi usia ana sampai pada 50 atau 60 tahun ..
tapi gapo gak hambe dah buat untuk baki sisa hidup hambe...?
berapa hari saja baki kita hidup?
tinggal sehari dua sahaja ..
berapa banyak sahajakan bekalan yang kita dah sedia untuk dihadapkan di
hadapanNya ?
waktu kita hidup inilah sahaja, amalan kita diambil kira, lepas mati, x ada dah lah ..
7. manusia selalu lupa mati ....
kerana manusia terlalu cinta dunia sehingga lupa mati ....
....................................................................................
p/s:
hanya orang yang bijak sahaja yang akan mengingati mati .....
apa yang kita nak bawak sehari dua sahaja lagi sebelum menghadap Allah?
sudah rasa layakkan kita MENDAPAT TEMPAT DI SYURGA ALLAH S.W.T?
rasa-rasa gugur sudahkah dosa-dosa kita?
wallahualam.
Doa
Ya Allah,
ampunkanlah sega dosa kami sebelum tiba detik mati kami,
Ya Allah,
gugurkan dosa kami supaya mudah kami berurusan denganMu di sana nanti...
Ya Allah,
berilah kami ingatan agar kami senantiasa memohon taubat di setiap denyut nafas kami.
sempatkanlah kami bertaubat kepadaMu sebelum berakhirnya riwayat hidup kami di muka bumi ini ....
Ya Allah ...
Ya Tawwab ...
Ya Rahim..
amin ya robbal alamin ...
+ ada tambahan sedikit dari sudut struktur, tapi insyaAllah maknanya tetap sama.
apa yang baik, ambil iktibar , apa yang kurang, sama-sama perbaiki dan jadikan
teladan, namun kedua-duanya datang dari Allah , disandarkan ke atas diri yang serba
dhaif ini .
ana sangat menggalakkan kita semua turun mendengar tazkirah paling kurang
seminggu sekali .. iktikaf di rumah Allah .. berehat sambil merenung dan muhasabah
diri, hidup kita sudah tidak lama sudah, banyak sangat bermain dengan dunia sahaja
kita ni ..
daripada tengok 'movie' yang kurang baik, baik dengar kuliah agama ..
ubat hati dengan mengingati Allah . jangan biar jiwa sepi dari mendengar
peringatan akan Allah s.w.t ...
dan yang penting, jangan jadi munafik dan jangan jadi orang yang sombong dan
angkuh..
mudah-mudahan, syabab kita tidak jadi syabab yang sia-siakan sisa baki hidup yang ada .. jangan risau syabab, akhirat itu lebih indah dari apa yang disangka...
bahkan jauh lagi indah lagi...
-Tamat-
doakan ana untuk penilaian akhir pengajaran subjek major ana esok.
sekian. wassalam..
No comments:
Post a Comment