Wednesday, September 5, 2012

Destinasi Cinta ..

Assalammualaikum ..

insyaAllah, ana nak bawa sahabat semua untuk merenung serta merawat iman yang sudah lama benar tidak  menitiskan air mata untuk keinsafan..

mudah-mudahan  terkesan dalam hati antum pabila mendengarkan lagu ini sambil mengamati bait-bait liriknya...

insyaAllah sebagai sesama hamba, hambe suka menyeru diri ini wa antum untuk saling merenungi ke arah diri sejauh manakah kita mencintai Alam akhirat itu dalam hati dan benak pemikiran kita..

insyaAllah, lirik ini hanya semata lirik, yang menggerakkan hati dan menyentuh hati kita hanya iman yang dipandu oleh akal dan nurani kita ..

moga dapat menerima bait-baitnya dengan hati yang lapang/ tidak terpaksa/ tidak berdegil untuk meraih cinta Allah ...

kerana kita semua ini..
berhak untuk meraih cinta Allah...

Destinasi cinta by mestica..

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubung

 Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti

Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu

Wahai Tuhanku? Ya Allah?


~Tamat~

destinasi cinta kita sangat dekat , duhai sahabat ...

tapi kenapa kita menafikan!!

kenapa kita menafikan!!!

kenapa kita mengendahkan!!!

kenapa kita tidak bergerak sahabat!!

kenapa kita sering melupakan kediaman sebenar kita sahabat!! 

Awas!! akhirat itu di depan kita, maka beringatlah, jangan melupakan!!

hanya Allah yang mampu memegang dan menyentuh hati-hati antum ..

mudah-mudahan Allah mengurniakan kita hidayahNya yang berpanjangan dan tidak terputus  jangan menjadikan seolah-olah  merasa cukup dengan iman yang kita miliki hari ini..

wasalam.

Alfaqir asyiq azhad hanya seorang hambe yang terlalu lemah untuk menyeru sahabat, hanya di hati hambe mengharap sahabat dan diri ini tidak melupakan tempat yang menjadi kampung halaman kita di sana nanti..

wallahualam.




No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..