Monday, September 3, 2012

Jemputlah ke undangan majlis ana...

Bismillahirrahmanirrahim ..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

Allahumma sollia ala muhammad, waala ali sayyidina muhammad ...

Alhamdulillah, ku panjatkan rasa syukur , alhamdulillah isyak tadi masih bersama kita ...
mudah-mudahan subuh esok juga dapat bersama kita ....

aku dapat merasakan kekalutan kini dengan keserabutan yang melanda diri yang kerdil ini dan jua sahabat-sahabaiah di luar sana ..

kesibukan ber'asiggment', ber'praktikum, ber'AR', ber'sbe' dan ber-ber yang lain-lain ...

pesanan al-faqir kali ini mudah-mudahan sampai pada hati pembaca apatah lagi mudah-mudahan sampai pada hati al-faqir terutamanya ...

walau sesibuk mana pun, jangan tinggalkan Allah, jangan kurangkan masa untuk mengingati Allah (zikrullah), jangan kurangkan masa untuk hadirkan cinta kepada Allah dan Rasul, dan jangan lupa untuk menghidupkan ruhani kita dengan beribdat kepada Allah s.w.t....

PESANAN AL-FAQIR ASYIQ AZHAD;
pengulangan kata yang sama setiap masa..
cuma mampukah ia terkesan di hati pembaca..??
wallahualam.

 

ana nak berkongsi suatu perkongsian ustaz dari masjid as-salam pada hari ini ..


Tajuk beliau: Keberkesanan Tarbiyah Ramadhan....

Persoalan pertama:

1. Sempurnakah tarbiyah Ramadhan kita sehingga ke hari ini?

adik-adik, sahabat-sahabat, hadirin hadirat yang dikasihi Allah s.w.t, baru sahaja 2 minggu Ramadhan berlalu, sahabat-sahabat, tetapi ruh Ramadhan sudah hilang dalam diri kita ...

cuba antum lihat keberkesanan tarbiyah Ramadhan dalam diri kita semua?

1. sebelum ini, pabila duduk sahaja, baca qur'an, tetapi selepas habis Ramadhan, 1 lembaran pun tidak habis dibaca sehari,

2. Ramadhan, banyak beriktikaf di masjid , tunggu sampai nak ber'qiamullail di masjid, niat iktikaf lagi,  , tetapi pabila habis Ramadhan, tahi cicak lebih penuh daripada tetamu yang hadir mengimarahkan rumah Allah s.w.t...

tengok bukan di masjid as-salam sahaja, kata ustaz, tetapi di masjid merata tempat, boleh dihitung jumlahnya, jumlah kipas lebih banyak daripada jumlah tetamu yang hadir di masjid Allah s.w.t...

Ramadhan, ramai yang bergnedongan ke masjid, broom broom ke masjid, berkopiah, berjubah, berserban, tetapi pabila habis  Ramadhan, duduk lepak layan bola ber'jam jam lamanya ...

bersembang , niat nak qiamullail datang masjid, tetapi duk bersembang sampai jam 2 pagi, lepas tu , qiam entah ke mana dan subuh entah ke mana ...tunggu sampai pak imam kejut ...

di manakah keberkesanan tarbiyah Ramadhan yang kita bawa sehingga hari ini?

3. qiamullail

seperti yang ana maklum tadi, bulan Ramadhan, jaga qiamullail, selepas Ramadhan, qiamullail jadi qiamat ....

di manakah keberkesanan ruh Ramadhan di hati kita pada hari ini?

nak lihat kejayaan pentarbiyah Ramadhan , lihat ke'istiqamahan' kita pada hari ini..bukan sampai 'penghujung Ramadhan'...

jangan jadi futur kata Dr. sayyid Muhd Nuh ...futur selepas Ramadhan ...

Futur dimaksdukan oleh beliau ialah "berhenti setelah beramal"

atau malas melakukan amalan ....

jadi ubat futur ialah "istiqamah"....

uat futur ialah istiqamah, cuba rujuk surah hud ayat 112, untuk menjadi seorang hamba yang istiqamah, boleh amalkan surah hud ayat 112 .... ini ...


kejayaan tarbiyah Ramadhan dalam diri kita bila ada kesinambungan segala amalan-amalan kita selepas bulan Ramadhan ...


terkesan pada jiwa dan membuatkan kita tidak 'futur' (berhenti) selepas Ramadhan ..

contohnya:  tidak berhenti baca quran,
                  tidak berhenti qiamullail
                  tidak berhenti bersedekah
                  tidak malas untuk beriktikaf di masjid
                   dan lain-lain lagi ...
                   tidak berhenti melakukan solat-solat sunat ...


ustaz kata, mari kita susun langkah !!!

kita nak langkah ke syurga atau nak langkah ke neraka ....???

baru sahaja 2 minggu Ramadhan meninggalkan kita ....

rumah Allah sudah sunyi sepi ....

banyak tahi cicak dari tetamunya...

baru 2 minggu Ramadhan meninggalkan kita ..

al-quran tak selak-selak sudah sampai lor ni..

baru 2 minggu Ramadhan pergi .. 
qiamullail tak terjaga-jaga , agaknya makan kuih banyak sangat ...

benarlah apabila aku melihat .... dan aku belajar daripada pengisian-pengisian ini ...


"JANGAN JADI HAMBA RAMADHAN, JADI HAMBA ALLAH SELAMANYA"...

jangan hanya berlumba-lumba pada bulan Ramadhan, bulan seterusnya juga harus dijaga ...

barangsiapa ad masanya dengan Allah, pasti Allah ada masa dengan Dia nanti di akhirat sana ...kata ustaz Adnan ...

jadi, renung-renungkan wahai dri al-faqir ....
moga terkesan di hati dan di jiwa ..

ambillah satu ayat yang mampu mengubah diriku jua dirimu untuk mengejar cinta Ilahi, bahkan mengejar pengabdian kepada Ya Rabbul Jalil ...

walau sesibuk mana pun kita lor ni..
'sampaikanlah walau satu ayat'...

sekuarng2nya bila Allah tutupkan mata esok hari, ada sesuatu yang terbaca oleh hambaNya, dan menambah bekal kita di sana...pahala mengalir tidak terputus-putus oleh penyampaian ilmu kita kepada manusia..

mudah-mudahan ianya bermanfaat dan membuatkan sidang pembaca terfikir dan tergerak untuk menjadi hamba kepada Allah yang kekal selamanya ..

Allah diutamakan ..
insyaAllah ...
akan ada sakinah walau dalam kesusahan ..



ada 4 perkara yang manusia lupa:
Pertama: kerana manusia terlalu cinta dunia membuatkan manusia lupa kepada akhirat...


mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan itu ....


Rukun istiqmah:
1. jangan melampaui batas dalam beragama 


bersambung ....................

ustaz berhenti setakat itu , kalau nak tahu pengisian selanjutnya, kena pi sana....

insyaAllah ada rahmat dariNya, ada sakinah anugerahNya, insYAaLLAH...

ada daripada ustaz, dan ada penambahan sedikit sedikit dari sudut struktur, dan penambahan kata ...

apa yang baik datang dari Allah, dan apa yang kurang itu juga datang dari Allah, disandarkan pada diri yang lemah ini, mudah-mudahan bertemu kembali dengan keizinan dari Allah s.w.t...

salam rindu buat hamba..


JEMPUTLAH KE UNDANGAN MAJLIS "PENGABDIAN ANTARA HAMBA DAN KHALIQ"...

dari ana ...

selaku pengajur..
asyiq azhad...
 
WASSALAM.

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..