Sunday, June 12, 2011

kesedihan melanda asyiq azhad....

Bismillahirrahmanirrahim.......

dengan penuh rasa kesedihan mendamba dan menyelubungi diri ini, membuatkan ingin saya meluahkan melalui penulisan ini....

kadangkala ana sering tertanya kepada diri saya sendiri  mengapa  hidup saya sering sahaja diuji; sering sahaja diuji, usia saya hampir mencecah 21 tahun....tetapi saya dilanda oleh banyak ujian dalam kehidupan........... 

Masalah yg berkaitan dengan kehidupan walau di mana jua saya berada di timur, di barat,  sering sahaja diuji....
membuatkan hari ini; gugur sekali lagi air mata daripada jiwa ini...gugurnya air mata ini bukan kerana sesal dgn ujian yg didatangkan tetapi adalah kerna menangis merasakan diri penuh dosa di hadapan Tuhan , mengenangkan ujian yang didatangkan.....................

"Ya Allah, mesti aku telah banyak melakukan dosa padaMu sehingga kau turunkan ujian-ujian ini padaku...".....aku terkedu...  berlinang air mata lagi;  ...... Ya Allah, aku bertarung dengan dosaku sendiri, Ya Allah........betapa kasihNya diriMu padaku, tetapi aku terkadang tidak kuat menjalani tarbiyah dengan ujian-ujian Mu....

"sekiranya Ya Allah, dengan ujian ini membuatkan aku lebih dekat dgnMu, aku redha Ya Allah, aku redha........aku redha...".....sekiranya dgn ujian-ujiN ini kau ingin uji kesabaranku untuk menunjukkan rasa cintaku padaMu; aku redha...aku redha Ya Allah.....:")   ;    sekiranya ujian ini membuatkan aku sering mengingatiMu, aq redha dengan seikhlas hatiku, Ya Allah...................  Ya Allah, kurniakanlah aku kebahagiaan; walau tidak dapat merasai selebihnya di dunia; tetapi berilah di akhirat  dengan penuh rasa kehinaan, hamba bermohon.....  :"(  

mungkin dengan cara ini jua kau menggugurkan dosa-dosaku sebelum bertemu denganMU.... kau berikan kesempitan kepadaku agar dapat kau lapangkan untukku di kemudian hari..  dengan penuh rasa tidak malunya, aKU phonkan padaMu.....

agar di suatu saat kelak, aku menjadikan ujian-ujianMu sebagai tanda terima kasih kerna manjadikan aku insan yang sentiasa beringat akanMu, tidak bangga diri, tidak ujub, tidak merasa mulianya diri, tidak merasa sempurnanya diri....tidak merasa besarnya ibadah di sisi.....

aku khuatir , Ya Allah, amalanku tidak kau terima....aku khuatir...dan aku khuatir....:"(  :"(  :"(   ,
 bagaimana aku boleh menghadapMu dengan keadaan amalku tidak diterima...????

jauhkanku daripada bisikan syaitan durjana; agar aku sentiasa memperbaiki hubunganku denganMu...agar aku tidak berputus asa dengan rahmatMu...
mudah-mudahan.....

wassalam..




Monday, June 6, 2011

Mengapa Hazrat umar r.a menangis melihat rumah nabi..??

Bismillahirrahmanirrahim..

sambungan daripada al-kisah zuhudnya nabi s.a.w...

Hazrat Umar r.a perhatikan sekeliling tempat baginda s.a.w & mendapati benda-benda yg terdapat dalam bilik nabi hanyalah 3 keping kulit yg tidak dismak & segenggam barli yang terletak di penjuru. Hazrat umar mengalihkan pandangan ke sana sini, namun tidak juga menemui apa-apa selain itu.

Melihatkan keadaan itu, Hazrat Umar menangis. Kemudian, Rasulullah s.a.w bertanya kepada hazrat umar r.a; "kenapa engkau menangis?"  

jawab hazrat Umar r.a.; " Bagaimana saya tidak menangis? Ini kesan - kesan tikar yang berbekas pada badan tuan dan hanya barang-barang ini sahaj di hadapan saya..".

Kmudian, Hazrat Umar berkata; "Sedangkan orang Rom & parsi tidak beriman, tidak melakukan ibadat, mereka masih mendapat kesenangan. Qaisar dan Kisra tinggal di taman-taman yang dialiri sungai-sungai,  sementara tuan pesuruh Allah s.w.t dan hambanya yang terpilih berada dalam keadaan begini."

Pada masa itu, Nabi sedang bersandar pada sebuah bantal. Mendengarkan kata2 Hazrat Umar r.a, Baginda terus bangun & bersabda, "Wahai umar, adakah selama ini kamu masih berada dalam keraguan..? KESENANGAN AKHIRAT JAUH LEBIH BAHIK DARIPADA KESENANGAN DUNIA. ORANG KAFIR ITU TELAH MENDAPAT segala kebaikan & kesenangan di dunia ini. SEmentara kita akan menerimanya di akhirat nanti."

lALU hAZRAT UMAR bermohon; Wahai Rasulullah , beristighfarlah untuk saya, smemangnya saya telah bersalah".

wallahualam...zuhudnya Rasulullah, kan..:)

zuhudnya Rasulullah s.a.w....

 As-salam, para pengunjung, yang dirahmati dan dikasihi Allah s.w.t....

Di sini, ana ade tampilkan kepingan gambar-gambar berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pd zaman Rasululillah s.a.w.......ana mengharapkan daripada gambar-gambar ini, dapatlah kita merasai akan kehidupan, perjalanan , pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang insan yang cukup istimewa di sisi sekalian makhluk , para malaikat, seisi langit & bumi dan jua sudah tentunya Penciptanya yang Maha bijaksana dlm mengatur perjalanan kita di bumi, iaini Allah s.w.t.... 

sama-samalah kita berdoa; agar diberi rezaki dan umur yg panjang; agar dapat kita melangkah dan hinggap buat sementara melihat kebeseran; keindahan di bumi Anbiya'.....

gambar yang diberikan bagi ana cukup bermakna; dan sangat bermakna; mampu mengalir air mata ana pabila melihat pertamanya; bukit uhud di mana Rasulullah diserang teruk oleh tentera musuh hingga berdarah tubuh Rasulullah s.a.w....sehinggakan perisai2 yang cube malindungi Rasulullah jua syahid untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w ................  adakah kita sanggup untuk menjdi perisai Rasulullah sekiranya kita berada pada peperangan ketika itu....??  sejauh manakah rasa kasih kita pada Rasul tercinta, wallahualam.....

sekiranya cinta; di manakah bukti kita cinta kita padanya hari ini....??  :"(  :"( ......tepuk dada, tanya diri sendiri; renungi dan muhasabah diri sendiri.....

seterusnya, kamar Rasulullah s.a.w.....hurm Rasulullah tidur hanya beralaskan daun sebatang pohon kurma ... walhal Rasulullah s.a.w seorang yang paling dikasihi Allah s.w.t.........pandangan Rasulullah tidak memandangkan keselesaan, kesenangan, tetapi pandangan Rasulullah hanya memikirkan perihal  umat yang benar2 dikasihinya & bagaimana hendak menyelamatkan islam dari jajahan musuh-musuh yahudi...

menangis Rasulullah setiap kali solatnya, cintanya baginda akan Allah s.w.t yang dibuktikan melalui ibadah; sehinggakan bengkak2 kaki Rasulullah sa.w pabila bersolah.... berkirakah Rasulullah s.a.w terhadap waktunya untuk mengadu kasih dan menundukkan dirinya di hadapan Allah s.w.t??  .....  sebab itulah; insan ini sangat dikasihi Allah dan seluruh isi langit dan bumi; dikasihi kerna kerendahan hatinya, jiwanya , ketulusannya, kezuhudannya, lillahi Taala...............

........................................................................................   apa yang dikhuatiri oleh Rasulullah s.a.w sudahpun berlaku disebabkan kelalaian kita, kejahilan kita sendiri...

dan jajahan barat yang cuba menjadi jarum mencucuk mata hati dan jiwa hinggakan kabur pandangan setiap umat nabi muhammad kini untuk menerajui zaman kedaulatan islam....islam sudah hilang ramai peneraju dari kalangannya sendiri..kerana tipu daya musuh yang licik untuk menewaskan islam dan kelalaian ummah sendiri untuk menambah pengetahuan agama yang suci ini; 

aku bangga menjadi umatnya; aku bangga menjadi umatnya; betapa ruginya insan yang mendapat 'title', gelaran ummah MuHAmmad, tetapi di dalam hatinya; tidak sedikitpun ada jiwa islam dan jiwa untuk mempertahkan islam itu sendiri...

'Aku redha Allah sbg Tuhanku, dan islam sebagai agamaku, dan Muhammad itu sebagai nabi dan Rasulku"......

Allahumma solli Ala Muhammad...
Tiada kita berdua, tetapi kita bertiga; iani kita ada Allah s.w.t....benarlah akan Allah turunkan pertolongan dan kemenangan dengan kehendaknya.....

"tiada satu kemenangan itu melainkan  berkat dari Allah s.w.t" (AL-IMRAN : 126)

asyiqazhad_zayyaddhamiri@watresearch.com   :)


Friday, June 3, 2011

kirimkan daku HidayahMu sebelum tiba waktuku...

as-salam..bismillahirrahmanirrhim...........

Dengan kudrat dan iradahNya, ana diberi ilham utk mencoretkan sebuh nukilan ; nukilah yang ana rasakan sebagai santapan dan suapan kepada diri ana utk menyedari hakikat kekhilafan diri sebagai abid yang sentiasa diburu dengan noda duniawi..........

bisikan doa yang sering terlafaz di bibir ana setiap kali selesai solat ketika bersendirian;;;;;

bISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM; 
Ya Allah, Tuhanku yang menciptakan aku dengan kehendakMu, dan mematikanku apabila tiba waktuku...
ampunilah segala dosaku, dosaku pd hari ini, dosa semalam, dosa kelmarin dan dosa2 terdahulu.......
ya Allah, sesungguhnya aq ini insan biasa, Ya Allah.. yg sering terjebak dgn godaan nafsu dan bisikan iblis durjana....

terkadang merasa terdiam sejenak lidahku, tiba2 lidahku menjadi kelu......mengalir air mata daripada kelopaknya....tidak tertahan olehku untuk menangis dan terus menangis dengan bebanan dosa yg ku tanggungi selama peluang usiaku 21 tahun ; Ya Allah, kau berikan aku usia 21 tahun;  tapi aku masih gagal menjalani tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumi ini...malunya diri di hadapanMu membuatkan lidahku terkelu untuk memohon keampunan lagi padaMu..............

sesuailah dengan jawabanMU yg kau bisikkan setiap kli kuntuman doa ku bisikkan setulus hatiku;  membuatkan aku terus menangis dan menangis...." Aku tidak pernah menolak permintaan hambaku, AKU malu utk menolak permintaan hambaKU; jangan kau khuatirkan; aku Maha pengasih dan Maha pengampun dosa....sekiranya bukan aku yang mengampunkan dosamu , pada siapa lagi engkau ingin bermohon...aku menerima hambaku yang sering bertaubat dan menyucikan dirinya demiku....."

apabila aku teringatkan separuh petikan firman itu dalam bisikan doaku; aku mengesat air mataku dan aq meneruskan doaku; namun air mata ini masih lagi ingin mengalir kerna ; Ya Allah, mengapa aku?? mengapa aku...panggilanMu pd hari ini menyelamatkanku daripada bahana kepedihan azab akhirat...walhal aku ini zalim...sering sahaja menzalimi diri sendiri....mengapa aku yang engkau pilih?? sedang aku pernah berlaku zalim padaMu...; sedang  jutaan  lgi yang di luar kau biarkan........apakah hakku untuk memiliki hidayahMu..kebesaranMu, keagunganMU membuat hati ini makin sayu dan menunduk malu dan rasa terharu....mahalnya hidayahMU, tidak mampu untuk aku bayar dengan apepun, YA Allah..........  :( :( :(

YA Allah, sebelum mataku terpejam; kau hapuskanlah dosa2 hanyut yang aku bawa di dunia ini....YA Allah, kau terimalah bekalan-bekalan yang tidak seberapa ini, YA ALLAH...aku cuba sedaya upayaku utk menampung bekalan ini di dunia, namun terkadang bekalan ini tersadai , tertumpah kerna kecuaian dan kelalaianku yg asyiq dgn panaroma fantasi dunia....YA Allah , sekiranya ajalku tidak panjang, maka kau berikanlah peluang untukku mengisi ruang dan sisa baki kehidupanku ini untuk beradu kasih sepenuhnya dgnMu, jua sebagai kelengkapan untukku pulang menghadapMu  dengan persediaan, ruang taubat dan kemuliaan....

YA ALLAH,  sebelum tiba ajalku, berilah aku kesempatan untuk memohon maghfirahMu....agar aku mudah menghadapi detik sakaratul mautku....mudah utk menempuh perjalanan azab kuburku....jangan biarkan hancur Ya ALlah, jasadku di sana kerna telahan dosa dan balasan terhdp perbuatanku di atas dunia...matikanlah aku dengan penuh kebaikan....penuh kelembutan dan maghfirahMu...walaupun ku yakini, aku seolah2 pasti akan tetap merasa bahang nerakaMu, pedihnya saat sakaratul mautku nanti....  kerna amal ibadahku belum tentu sah di sisimu.... entahkan terlompong di sini, di sana dan di mana-mana sudah aku tdk menyedarinya dan masih lagi merasa mulia... :( :"(  :"(  :"(  :"(
YA aLLAH, AKU punyai insan2 yang berada sebagai tonggak kehidupanku di muka dunia ini; mereka ialah kedua ibu bapaku, seorang abang dan seorang adik..kaum keluargaku yg begitu mngasihiku, sahabat2 seperjuanganku.........peliharalah insan2 ini YA Allah...sesungguhnya aku amat mengasihi mereka...dan aku yakini kau jua Maha menyintai mereka ini,,,  kegembiraanku adalah pabila kau gembirakan hati mereka dgn menunjukkan jalan yg benar-benar kau redhai, kesedihanku adalah apabila melihat seandainya mereka berpaling daripadaMu....

ya Allah, aku ini insan lemah, ilmu yang aku miliki tidak dapat membantu sedkitpun utk mereka...sedangkan aku ini terkdg hanyut ditelan arus dunia......hilang daripada landasan sebenar, kemudian tersadar semula dgn bimbinganMu yg amat ku harapkan...peliharalah mereka, kegembiraan mereka adalah kegembiraanku...aku ingin menatap wajah mereka di dlm jannah walau buat sementara; ku harapkan mereka kkl di dalamNya, walaupun ku hanya mampu menyinggah sbentar melihat kegembiraan mereka itu....:"(  :"(  :"(

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, tidak pula aku sanggup menanggung seksa nerakaMu, oleh itu, kurniakanlah ampunan kepadaku , sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar...
dosa2ku  bagaikan pepasir di lautann................dgn rahmatMU YA ALLAH, dengan rahmatMU,,,,,,,,,,......................................AMPUNILAH AKU..............................
INSAN hina lagi dhaif ini separuh buta hatinya walau terang matanya...YA Tuhan...jgn Kau menjdikan usiaku ini sia-sia sehingga nafas terakhirnya....

sampai bilakah waktu untukku...?? saat ku bertemuMu, aku khuatirkan pesrsediaan masih lagi tidak diterima..bahkan berat2nya dosa mnjdi pengiringku pabila berhadapan dgnMu....YA Allah, adakah pd malam ni . Ya Allah, waktuku?? esok, lusa..???? 

kirimkan daku hidayahMU sebelum tiba waktuku  agar dapat aku lengkapi persiapan  utk bertemu dgnMU.....
aku memang ciptaanMu, aku telah didatangkan ke dunia, dan sampai suatu saat nanti, aku pasti meninggalkan dunia ini dengan kenangan masa silamku,,agar aku tidak menyesali perbuatan pd zaman silamku nanti  :"(  :"(  :"(

renungi kematian itu tidak mengenal siapa, usia muda atau tua; beriman mahupon tidak beriman, pabila ketetapan Allah itu sampai pada waktunya, tiada siapa yang dapat menyangkal daripada kehendaknya,,, 

Astaghfirullahal azim...33x  ...... ingtlah drimu begitu berharga :) 
bersihkan hati, sucikan nurani, hadapilah kenyataan ..
kerna kenyataan ini benar2 pasti..

tulus dari sanubari;
asyiqazhad@kembalimenginsafi diri@yumy2.com 

wassalam...

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..