Sunday, June 12, 2011

kesedihan melanda asyiq azhad....

Bismillahirrahmanirrahim.......

dengan penuh rasa kesedihan mendamba dan menyelubungi diri ini, membuatkan ingin saya meluahkan melalui penulisan ini....

kadangkala ana sering tertanya kepada diri saya sendiri  mengapa  hidup saya sering sahaja diuji; sering sahaja diuji, usia saya hampir mencecah 21 tahun....tetapi saya dilanda oleh banyak ujian dalam kehidupan........... 

Masalah yg berkaitan dengan kehidupan walau di mana jua saya berada di timur, di barat,  sering sahaja diuji....
membuatkan hari ini; gugur sekali lagi air mata daripada jiwa ini...gugurnya air mata ini bukan kerana sesal dgn ujian yg didatangkan tetapi adalah kerna menangis merasakan diri penuh dosa di hadapan Tuhan , mengenangkan ujian yang didatangkan.....................

"Ya Allah, mesti aku telah banyak melakukan dosa padaMu sehingga kau turunkan ujian-ujian ini padaku...".....aku terkedu...  berlinang air mata lagi;  ...... Ya Allah, aku bertarung dengan dosaku sendiri, Ya Allah........betapa kasihNya diriMu padaku, tetapi aku terkadang tidak kuat menjalani tarbiyah dengan ujian-ujian Mu....

"sekiranya Ya Allah, dengan ujian ini membuatkan aku lebih dekat dgnMu, aku redha Ya Allah, aku redha........aku redha...".....sekiranya dgn ujian-ujiN ini kau ingin uji kesabaranku untuk menunjukkan rasa cintaku padaMu; aku redha...aku redha Ya Allah.....:")   ;    sekiranya ujian ini membuatkan aku sering mengingatiMu, aq redha dengan seikhlas hatiku, Ya Allah...................  Ya Allah, kurniakanlah aku kebahagiaan; walau tidak dapat merasai selebihnya di dunia; tetapi berilah di akhirat  dengan penuh rasa kehinaan, hamba bermohon.....  :"(  

mungkin dengan cara ini jua kau menggugurkan dosa-dosaku sebelum bertemu denganMU.... kau berikan kesempitan kepadaku agar dapat kau lapangkan untukku di kemudian hari..  dengan penuh rasa tidak malunya, aKU phonkan padaMu.....

agar di suatu saat kelak, aku menjadikan ujian-ujianMu sebagai tanda terima kasih kerna manjadikan aku insan yang sentiasa beringat akanMu, tidak bangga diri, tidak ujub, tidak merasa mulianya diri, tidak merasa sempurnanya diri....tidak merasa besarnya ibadah di sisi.....

aku khuatir , Ya Allah, amalanku tidak kau terima....aku khuatir...dan aku khuatir....:"(  :"(  :"(   ,
 bagaimana aku boleh menghadapMu dengan keadaan amalku tidak diterima...????

jauhkanku daripada bisikan syaitan durjana; agar aku sentiasa memperbaiki hubunganku denganMu...agar aku tidak berputus asa dengan rahmatMu...
mudah-mudahan.....

wassalam..




3 comments:

  1. asyiq... bilamana Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji kaum itu. Allah mengirimkan ujian, tanda ingatan dan kasih Nya pda kita. agar Dia bisa meningkatkan darjat kita apabila bertemu denganNya kelak. orang yang ditenggelamkan dalam kenikmatan duniawi sangat sukar untuk mengingati Allah. sukar sungguh ukhti. bersangka baik selalu ya ukhti... i.ALLAH.

    ReplyDelete
  2. salamullah alaiki, ya asyiq azhad... barakallah alaiki... cinta manusia mendambakan orang yang dicintai untuk sentiasa bahagia berada disampingnya... cinta Allah mendambakan orang yang dicintaiNya sentiasa menderita dengan ujian di dunia... agar sentiasa berbahagia bersamaNya di alam yang kekal tiada penghujungnya... inilah tarbiah yang terbaik dan tiada tandinganya... hanya orang yang benar-benar terpilih menjadi pendampingNya...

    ReplyDelete
  3. syukran :) ya ukhti/akhi .... salam ukhuwah fillah..:)

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..