Friday, October 14, 2011

MuhAsabah daie: aku harus kuat untukMU...aku harus!!!

Bimillahirrahmanirrahim..

Dengan nama ALLah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....Dengan ini, ana ingin membawa diri ana terutamanya dan sahabat-sahabat seperjuangan yang bertungkus-lumus di dalam melaksana misi dakwah perjuangan islam agar terus kekal di dalam medan mujahadah, tarbiyah dan siyasah...insyaAllah...



Mengenang kali pertama liqa' bersama sahabat-sahabt seperjuangan Lajnah Dakwah dan Tarbiyah PIM..sahabat-sahabat dibawa kali pertamanya dengan pendedahan hakikat perjuangan islam...

ianya memang sukar dilaksana apatah lagi melalui kalam, sebagai orang yang mendakwah, ianya perlu melaksana setiap perkataan yang telah diungkapkan oleh mereka. Memang sukar untuk berbicara perihal ini, khuatir diri ini jua kecundang dari medannya, tapi tidak lain, diri ini hakikatnya ingin menguatkan keyakinan hati dan jiwa ini untuk terus bersama-sama dengan sahabat-sahabat, adik-adik  seperjuangan sekalian dalam melaksana amanah Allah s.wt dan risalah kekasih junjungan, Rasulullah s.a.w..

Sahabat, khuatir ana khuatir bukan kerana khuatir diri sahabt kecundang, tetapi khuatir diri ini yang kecundang..
berkata memang mudah, melaksana terkadang tidak, bahkan mengundang padah dengan kata-kata...

Ya Tuhan, peliharalah setiap hati yang bergelar seorang daie dan pejuang islam, ini. Bantulah kami melaksana apa yang kami perkata, dan kuatkan hati-hati kami dalam melaksana tanggungjawab yang Engkau amanahkan & anugerahkan kepada kami ini.

Sesungguhnya kami tiada daya melaksana tanggungjawab yang begitu berat ini tanpa pertolonganMU yang Maha Berkuasa..APALAH KIRANYA gerak kerja kami tanpa kami gagal memburu RedhaMu, Kami gagal mencungkil kasih dariMU..agar setiap kata-kata kami dan perbuatan kami ini mendapat keredhaan dariMu Yang Maha MUlia..

Tanggungjawab yang berat sukar dilaksana oleh orang yang meinginkan kesenangan dan keselesaan,
mengenangkan pengorbanan yang telah diteladani oleh kekasihNYA, Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat.........
menanggung segala macam kepedihan, cacian, hinaan, pemualauan, kecederaaan, sehingga ada yang gugur syahid mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah s.w.t...

Betapa hebatnya tahap keimanan mereka, kecintaan mereka, keyakinan mereka terhadap Allah s.w.t..

Baginda telah membawa ummah mengenal islam sehingga ke pelosok dunia..Baginda telah menunjukkan jalan kebenaran kepada setiap manusia,,dan kita hanya meneruskan sebaran islam itu dengan keadaan islam sudah dikenali dan dianuti oleh majoriti manusia di atas dunia..masihkah lagi terasa begitu berat?

Walhal, dahulu Rasulullah mengajarkan islam kepada mereka yang tidak langsung mengenal islam dan baginda merupakan orang yang paling hebat dengan tohmahan, cacian, hinaan, ejekan..tapi Rasulullah tetap menjadi orang yang sabar dengan dugaan dan rintangan dalam mengharungi segala macam bentuk mehnah dan perjuangannya..

tetapi hakikatnya kini, baru disapa dengan sedikit kepayahan, kita berpaling dari meneruskan perjuangan dan pengorbanan nabi muhammad s.a.w, pemilik syafaat, dan menjadi petunjuk kebenaran sekalian alam...

Ya Tuhan, betapa lemahnya kami ini...ujian kami dengan ujian baginda dan sahabat jauuh ketara ...........
":(  Tingkatkan kesabaran kami sebagaimana kesabaran orang-orang dahulu dalam meperjuangkan agamaMU..

"Am hasibtum an tadkhulul jannah"....adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, sedang belum tentu di antara kamu orang-orang yang berjihad dan sabar terhadap apa yang telah diberikan kepadamu..

syurga itu manis, mencarinya adalah pahit, dalam kepahitan, perlukan kesabaran, keimanan dan keyakinan..
yakinlah Allah sangat mencintai orang-orang yang bersabar dan berhijad ..

berjuang bukan untuk menadapat syurgaNYA, tetapi berjuang hanya untuk mendapat kecintaanNYA dan tempat di hatiNYA..

kuatkan hatiku dan sama-samalah bersatu, wahai sahabat..aku hanya insan biasa, yang juga terkadang tenggelam dipukul  oleh gelombang kekhilafan dan kejatuhan..

pabila aku diuji dan pabila langkahan kakiku hmpir lemah, orang yang pertama sekali aku harapkan, adalah yang membaca penulisan ini , yang seharusnya membangunkanku dan membimbingku terus istqamah di dalam medan ini. Aku bukan sempurna, malah aku turut memikul banyak kelemahan diri...

InsyaaLLah, aku tiupi jiwaku untuk bangkit dalam perjuangan ini. Moga YA Tuhan, Engkau mengizinkan, dan andainya terdapat kehilafan sepanjang kata-kata ini , aku mohon teguran...

bak kata sahabatky; si sirrul insyirah..."Tarbiyah itu perlu seiring dengan dakwah"......jangan sekali meninggalkan tarbiyah dalam berdakwah. Kunci kejayaan dan kesabaran Nabi-nabi dan para sahabat ialah hasil tarbiyah mereka dan hubungan mereka yang terlalu akrab dengan Allah s.w.t. 

'jadilah seperti singa di siang hari, rahib di malam hari'...

mari kita pertingkatkan amalan seorang daie dan pejuang Islam sejati agar meraih kekuatan dari Allahu Rabbi..
SEMANGAT JIHAD. AKU HARUS MELAKSANAKAN!!!!!!! AKU HARUS MELAKSANA DAN BERJUANG UNTUK DIRIKU DAN SEKALIAN MANUSIA.........

1. pertingkat solat rawatib
2. pelihara solat dhuha
3. Istiqamah sehari selembar/lebih bacaan Al-quran
4. Solat tahajud/qiamullail
5. solat taubat
6. Puasa sunat
7. Zikrullah

InsyaAllah, Ya Tuhan..bantulah aku melaksana apa yang aku telah perkatakan ini....:"(   :"(  :"( 
aku tidak kuat tanpaMU...........AKU TIDAK KUAT........................tanpaMU....
AKU MENJADI KUAT UNTUKMU...AKU HARUS KUAT UNTUKMU........

marilah sama-sama memperdengarkan lagu yang sering diputarkan di speaker mahupun radio sorang pejuang yang ingin mencari kekuatan dan harapan...


Aku Rela
Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.


pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga..keredhaan telah pun penuhi jiwa..dalam keltihan aku bahagia..
wallahualam..
Moga Allah mengampuni dan menguatkan hati ini. Izinkan ianya berkekalan untuk sang abid yang kerdi lagi hinal ini..

wallahualam..


Ikhlas by: ASYIQAZHAD@TOMATO.COM

2 comments:

  1. syukran kak ain atas teguran tu,teringat blik semasa menyertai liga LDT dulu,namun ia bukan tempat ana untuk terus di dalamnya,tq

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..