Thursday, October 27, 2011

sakit melebur dosa..

BIsmillahirrahmanirrahim,,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, , alhamdulillah pada detik ini ana masih mampu menggunakan kudrat ana  untuk menulis, beberapa detik kebelakangan ini, ana diuji dengan dugaan taraf kesihatan yang kurang stabil...ana bersyukur , Allah memberi ana kesakitan, kerna dgn kesakitan, ana lebih tersedar untuk menghargai dan  mensyukuri nikmat sihat  yang telah dikurnia selama ini pada ana..

opps gambar ni bukan gambar ana, tetapi gambar ini adalah sebutir gambaran peringatan kepada ana, antum pabila ana/antum yang berada di posisi pesakit ini, cuba sama-sama kita renung sejenak.....

alhamdulillah, dari pagi ana terbaring sahaja, dan tiba2 ana rasa ingin bangun serta gagahkan diri untuk berjalan, dan menulis....

satu topik yang ingin ana bawakan; 

beringatlah sahabat; "muda sebelum tua, hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit..."

Nikmat kesihatan dan kelapangan adalah dua perkara yang seringkali dilupakan dan diabaikan, kecuali apabila telah datang waktu sakit dan waktu sibuk. Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang)  
(Hadis riwayat al-Bukhari

pabila sakit, nak mengangkat jari jemari pun tidak bermaya , nak bertutur pun berat bibir ingin mengucapkan kalimahnya, apatah lagi apabila kita sedang diuji dengan sakit yang teruk hingga tidak mampu untuk bangun dan celik selama beberapa hari, beberapa bulan...........

persoalannya, adakah pabila kita sakit, kita mampu untuk mengingati tentang kewajipan yang perlu dilaksana biarpun dalam keadaan sakit..? 

adakah pabila kita sakit, kita mampu memikirkan; bahwa aku ingin solat' , aku masih ingin menghadap Allah s.w.t dalam keadaanku seperti ini, dan sebagainya..? 


kebanyakannya, pabila seseorang diuji dgn sakit, mereka merasa kewajpan itu sudah tidak ada kepada mereka, mereka hnya menanti detik sihat untuk kembali beribadah seperti biasa...

Ya tuhan, jauhi aku dari kelompok ini, khuatir aku Ya Tuhan menjadi kelompok seperti ini...

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin akan menatijahkan ganjaran pahala yang lebih besar di sisi Allah berbanding ibadat yang dilakukan oleh orang yang sihat.


cume persoalan yang sengaja ingin diutarakan lagi; adakah dalam keadaan sakit, kita mampu untuk mengingati hak dan tanggungjwab kita kepada Allah s.w.t? 

adakah pada tika itu, kita mampu mengingati Allah s.w.t, mampu untuk menyebut nama Allah s.w.t, mampu untuk bangun dan bertahan lama utk berdua-duaan dengan Allah s.w.t.??? ...

khuatir di saat itu, kita tidak ingat akan Allah, tidak ingat akan Allah dan tidak ingat akan Allah s.w.t..

.................

imanku , imanmu berbeza..aku khuatir pabila ujian berat ini menimpaku, aku gagal mengingati Allah di dalam hatiku, aku gagal menunaikan kewajipanku kpd Allah s.w.t..aku gagal menyebut-nyebut nama Allah sebagai tempat pengembalianku... 

aku hanya bertarung dengan kesakitanku semata, tanpa aku berusaha mendekati Allah di saat-saat akhirku...


Ya Tuhan, leburlah dosaku tika ini sebelum aku menghadapMu,, dosaku bagaikan pepasir..hanya engkau yang Maha Kuasa berupaya melebur dosa-dosa itu.


jadikan aku , hambaMu yang masih mampu menyebut namaMU dikala ujian ini menimpaku, jadikan aku hambaMu yang berusaha menggagahkan diri menyebut-nyebut namaMU, jadikan aku hambaMU yang hatinya tidak pernah luntur, rasa dikasihi dan mengasihiMU di saat kesakitanku, atau mungkin detik pengakhiranku...


aku tidak tahu rencanaMu untukku...hari ini aku gagah untuk menjulang rasa cintaku padaMU, Namun aku khuatir, di saat ujian menimpaku, aku gagal menjulang rasa kasihku terhadapMu,...aku khuatir Ya Tuhan...

'dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai, dengan rahmatMu, ampunkan daku, Ya Tuhanku.."



tidak ada sesiapa yang mengetahui akan qada' dan qadar Allah serta ujian yang bakal diberikan oleh Allah kepada kita....


bersyukurlah, pada hari ini, Allah memberi kita kekuatan, masih menggagahkan tubuh badan dan fizikal kita untuk menjalani kehidupan dengan sempurna...

dengan peluang yang Allah berikan ini, hargailah dengan sebaik-baiknya, masa tidak akan berputar kembali...mungkin antum tidak mampu untuk merasai dengan kata-kata ini, tetapi antum akan merasainya pabila antum sedang diuji dengan ujian seperti ini..

beringatlah insan-insan yang sentiasa diuji dengan kesakitan ; bahawa Maha Pengasih Allah ingin melebur dosa-dosamu sebelum dirimu menghadapNya..

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya

 Maha PengasihNya Allah s.w.t.....

Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti  ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. 

Sakit  anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi  dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan  yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi  berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

"Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu di kala sakit.
  • Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT,
  • doamu dikabulkan-Nya, dan
  • penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu."...

...allahumma innaka afwun karimun tuhibbul afwa fa'fu anna...Allahumma afini fi badani, allahumma afini fi sam'ii, allahumma afini fi basori..

wallahualam

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..