Showing posts with label cerpen islamik. Show all posts
Showing posts with label cerpen islamik. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

CERPEN: SERUAN DAIE...



"Ya Allah.. Hamba berdosa padaMu. Ampunkan dosa hamba. Tiada yang dapat mengampunkan dosa hamba selain daripadaMu".  Air mata taubat mengalir ke pipi, alunan istighfar ditutur tanpa henti. Bisikan doa di malam hari menjadi saksi  dan penghubung antara sang hamba dan PenciptaNya. Cukup sunyi pada sepertiga malam. Kesejukan menambahkan kemalasan bagi sang hamba yang kerdil untuk bangun menghadapNya. Jam di dinding tepat jam 4.30 pagi. Kemalasan dan kemaksiatan selalu menjadi penghalang untuk para hamba bangun merintih di hadapanNya di sepertiga malam. Berbeza dengan Muhammad Fakir, seorang anak muda yang begitu kental dengan urusan dakwah di kampus. 



"Lihatlah daun-daun yang gugur ini, dan renungkanlah ke dalam hati kita. Mungkin hari ini giliran daun-daun ini untuk gugur.E esok, lusa atau tulat pasti akan tiba juga giliran kita untuk gugur lalu kembalilah kita ke pangkuan Allah azza wajalla. Bagaimana agaknya keadaan kita kelak. Adakah kita akan terpelihara daripada seksaan kubur, adakah kita akan terlepas daripada persoalan - persoalan mungkar dan nakir, dan adakah kita kelak layak ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman.....", ungkap Fakir dalam halaqah usrah bersama sahabat-sahabatnya. sahabat-sahabatnya yang lain tunduk membisu. Muaz menggenggam tangan sahabat-sahabatnya yang berada di situ sambil menitiskan air mata keinsafan. 



"Aku berharap agar kita semua dipertemukan di syurga dan aku berharap agar kita semua bisa terselamat daripada azab api neraka.," luah Muaz dengan penuh pengharapan. Pertemuan itu diakhiri dengan bacaan doa rabitah, antara doa yang mengikat hati-hati yang bersatu memikul tugas dakwah.



"Ish ish ish......Depa ni asyik melepak dekat kantin sahaja, berbual - bual kosong. Sekarang waktu dhuha, daripada depa duduk melepak di kantin saja, baik depa pi semayang dhuha....."  kata Saad kepada Fakir dan Muaz.


"Hang dah pi sembahyang dhuha ke belum?" soal Fakir.



"Sat gi aku pi lah...." jawab Saad.



"Saad, tak baik berkata sebegitu. Mungkin mereka dah menunaikan solat dhuha di bilik mereka atau mungkin mereka sudah solat lebih awal lagi daripada kita. Kita tak boleh berkata melulu sekalipun sangkaan kita itu mungkin benar. Kita juga perlu bersangka baik dan apa yang penting kita tidak boleh merendah-rendahkan orang lain. Mungkin cara mereka tidak sama dengan kita, tetapi mana tahu amalan mereka lebih Allah terima....." nasihat Fakir penuh kelembutan kepada Saad. Saad tertunduk malu lalu bingkas meninggalkan Fakir dan Muaz tanpa sebarang kata.



Ya Allah. Apa yang telah aku ungkapkan tadi? Benar kata Fakir, aku tak sepatutnya berkata sebegitu. Ya Allah ampunkan dosaku dan buangkanlah sifat-sifat mazmumah yang berada dalam hatiku. Fakir, terima kasih atas teguranmu. Monolognya bersendirian.




*   *   *

"MAT, dah bunyi azan. Jom kita ke masjid solat berjemaah." pelawa Fakir.


"Tak sempatlah, aku nak balik tidur. Kelas ada pukul 2 tengahari nanti, aku nak rehat dulu."


"Ok. Tak apa. Aku pergi dulu, ya?".


"Kau tak letih ke, Fakir. Kau tak nak balik dulu dan berehat di asrama?"


"Tak apa, aku boleh berehat di masjid sahaja. Boleh iktikaf sekejap..." 


"Kalau macam tu, aku nak ikut pergi masjidlah, solat berjemaah sekali."



Selesai solat Zohor berjemaah, Fakir tercari-cari seorang sahabatnya yang tidak ditemukan dalam saff seperti hari-hari biasa. 


"Yusuf mana, ya? Selalu ada waktu Zohor. Hari ni dia tak ada pula."


"Yusuf?  Dia tak hadir kuliah hari ni. Demam." Jawab Zaid.


"Patutlah tak nampak kelibat dia hari ni. Jom ziarah dia lepas kelas nanti."

*  *  *



"Apa khabar, Yusuf. Bagaimana keadaanmu?"


"Beginilah keadaannya, Fakir. Tak larat nak pergi kuliah."


"Yusuf  dah makan?"


"Belum."


"Ahmad, tolong pinjamkan rice cooker dekat bilik sebelah. Kita buat bubur nasi untuk Yusuf ".


"Biar betul, Fakir. Pandai masak ke?".


"Tak tahu. Hang pi tanya resipi kat mak hang sat..."


"Ok. Roger. Aku sms mak aku sat..."


"Fakir, Ahmad, terima kasih banyak-banyak sudi datang melawat. Sedap bubur hampa buat. Rasa nak lagi. Kalau sakit macam ni, boleh dapat makan free selalu. Sedap pulak tu......" luah Yusuf dengan nada manja.


"Yusuf, Yusuf..... Kita berdoa biarlah minta sihat...."


"Fakir, Ahmad. Sebelum hampa keluaq, cek nak peluk hampa sat." Berguguran air mata Yusuf. Terharu dengan keprihatinan yang sering dilontarkan oleh mereka berdua terhadapnya.


"Yusuf.... Jangan menangis. Macam perempuanlah hang ni. Hang nak pi masjid tak maghrib nanti? Kalau hang nak pi, cek mai papah hang. Kalau tak, kita solat berjemaah sekali dalam bilik Yusuf?"  Soal Fakir.


"Aku nak pergi masjidlah. In sya Allah, lepas aku telan ubat, ok lah nanti."


"Baguslah. Aku rindu nak dengar suara hang mengaji."

*  *  *



"KITA INI IBARAT musafir yang sedang mengembara di bumi pinjaman Allah. Allah hamparkan kehidupan ini sebagai tempat ujian untuk menilai diri kita sebagai seorang hamba. Kita nak tempah tiket ke syurga perlu berusaha dan berkorban. Hidup di dunia ibarat pentas lakonan. Kitalah wataknya. Pengarahnya ialah Allah. Yang akan menilai kita nanti juga Allah......" bicara Yusuf  dalam kuliah maghrib. Yusuf seorang insan yang baik dari sudut akhlak bahkan memiliki kelebihan suara yang cukup merdu. Masjid sentiasa diimarahkan dengan alunan-alunan zikrullah dan majlis-majlis ilmu. Pasti akan ada yang bertanyakan tentang Yusuf jika tidak kedengaran suaranya yang sering mengumandangkan seruan azan dan mengimami solat-solat fardhu.



"Fakir, Yusuf. Nanti tolong bangunkan Muaz sebelum subuh nanti. Takut tak tersedar. " pinta Muaz. 


"Kalau sedarlah.. Kalau tak, maaflah". Jawab Yusuf.


"Tak apa... Niat itu yang penting.." jawab Muaz slumber.

*  *  *


"YUSUF, Muaz bangun... Dah pukul 4.30 pagi. Bangun! Bangun!".  Suara Fakir memecah kesunyian malam.



"Sekejap lagi, mengantuk sangat", jawab Muaz sambil menarik selimut kembali.


" Bangun Muaz. Malam tadi bersungguh-sungguh minta dikejut."  kata Fakir sambil merenung dengan penuh kasih terhadap sahabatnya itu.



Alunan ayat-ayat Al-Quran dibacakan sendirian oleh Yusuf secara perlahan manakala Fakir masih khusyuk mendirikan solat-solat sunat.  Muaz pula baru selesai mendirikan solat sunat tahajud. 



"Muaz, Yusuf. Kalian sudah buat witir?


"Belum Fakir. Mari kita solat dan berdoa sekali?"


"Ya Allah. Kami menadah tangan yang penuh dengan sarat dosa. Kau ampunilah dosa-dosa kami. Kami sering alpa, Ya Allah. Kami begitu lemah Ya Allah. Terkadang kami gagal menempatkan Engkau satu-satunya di hati kami. Lisan kami, hati kami  seringkali melupakanMu. Adakah Engkau akan menerima solat kami , ibadah-ibadah kami yang penuh dengan kekurangan?



Ya Allah.....
Ampunkanlah segala dosa ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami. Kau berkatilah mereka dan Engkau tambahkanlah rezeki mereka. Tidak ada harta berharga yang dapat kami berikan selain doa yang bisa dititipkan. Kami teramat sayang pada ibu dan ayah kami yang tercinta. Gantikanlah segala kesakitan dan pengorbanan mereka di dunia ini dengan mahar yang begitu indah di syurga. 



Ya Allah, tempatkan kami di syurga bersama ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami,  kaum kerabat dan umat Islam. Sungguh, kami merayu padaMu. Jadikanlah baki-baki usia kami ini sebagai peluang untuk kami kembali menghampiriMu. 



Sudilah memimpin kami, Ya Allah dan sudilah memandang wajah kami di akhirat kelak, Ya Allah. Matikanlah kami dengan kesudahan yang baik dan izinkan kami melihatkan wajah kekasihmu yang mulia..................................



Doa Fakir terhenti. Apabila menyebut nama kekasih yang mulia itu terasa semakin bergetar suaranya. Semakin kuat esakannya. Yusuf dan Muaz yang berada di sisi turut mengalirkan air mata. Bagaimana mungkin dapat kami bertemu dengannya? Perjuangannya sendiri tidak bisa kami pikul dengan baik dan penuh ikhlas. Terkadang juga kami mengeluh keletihan. Ya Rasulullah. Bagaimana bisa dirimu sebegitu tabah menghadapi setiap ujian? ............................................



"Yusuf. 5 minit sebelum masuk waktu Subuh tolong kejutkan Fakir. Fakir nak tidur sekejap. Gerakkan nanti, ya?" pinta Fakir.



"Baik..." jawab Yusuf kehairanan. Pelik pulak Fakir ni... Selalunya Fakir akan pergi ke setiap bilik dan mengetuk pintu bilik sahabat-sahabat yang lain untuk bangun solat subuh berjemaah. 



"Muaz, pergi ketuk bilik sahabat dan kejutkan mereka?"  pinta Yusuf.


"Fakir kan ada." jawab Muaz.


"Fakir nak tidur sekejap". jawab Yusuf.


Muaz bangun mengerling ke arah Yusuf yang sedang nyenyak tidur. Pelik Fakir, selalu dia yang sibuk mengejut sahabat bangun subuh.


"Fakir, jadi imam." pinta Yusuf.


"Yusuflah. Fakir kurang sihat."  ucap Fakir.


" Tak mahu. Kami undi PU Fakir."


Fakir ke hadapan, mengambil tempat dan tugas menjadi Imam. Sempat lagi dia tersenyum kepada sahabat-sahabatnya yang lucu itu.  


Selepas berdoa, Fakir rebah dan sempat dipangku oleh Yusuf yang duduk di belakangnya.


"Fakir! Fakir! Kenapa Fakir?"  soal Yusuf penuh gelisah.



"Yusuf, Fakir rasa terlalu lemah. Fakir rasa Allah mahu jemput Fakir pulang. Fakir minta maaf daripada semua. Sampaikan salam rindu buat ibu dan ayah Fakir dan katakan Fakir memohon ampun dan redha mereka."



"Mengucap Fakir, Ashadu an la ilaha illallah, waasyhadu anna muhammadun Rasulullah...........".



Kalimah itu dialun dengan cukup sempurna oleh Fakir. Air mata Yusuf dan sahabat-sahabat yang lain mengalir deras. "Fakirrrrrrrrrr..." jerit Yusuf perlahan sambil memangku tubuh sahabatnya yang tidak bernyawa itu. Bacaan Yassin dikumandangkan. Terasa aneh. Kebiasaan Solat subuh tidak terlalu ramai jemaah yang hadir. Selalu yang hadir sahabat-sahabat Fakir se'blok sahaja. Pada kali ini penuh ruangan masjid.



Yusuf lemah. Putus kalam. Lututnya seakan-akan tidak berfungsi. Muaz datang menghampiri sambil menenangkan Yusuf yang terlalu sedih. 



"Yusuf, sabar. Terimalah andai itu sudah ketentuanNya. Sudah masa untuk dia kembali. Pasti selepas ini kita akan mengekorinya. In sya Allah, di syurga..........kita akan dipertemukan kembali..........."  ucap Muaz tersekat-sekat sambil memeluk erat Yusuf.



"Aku tak sangka Muaz. Fakir akan pergi secepat ini meninggalkan kita. Baru sebentar tadi dia mengimami kita, Muaz. Baru sebentar tadi dia membacakan doa di sisi kita, baru sebentar tadi dia mengejutkan kita bangun beribadat kepadaNya. Moga Allah merahmati rohnya. Fakir terlalu baik, Muaz. Dia yang sentiasa memberikan aku kekuatan di dalam jalan dakwah ini, dan dia tak pernah jemu menasihatiku. Bagaimana untuk aku merasa tidak sedih kerana di setiap hari dia akan memanggilku untuk solat fardhu bersama bahkan pada setiap malam, dialah yang sering ke bilikku lalu membangunkan aku untuk solat bersama-sama dengannya. Bubur yang dimasakkan olehnya beberapa minggu lalu itu adalah yang terakhir untukku."  luah Yusuf dengan nada sedih.

*  *  *



SUATU PETANG, Yusuf keluar berusrah bersama-sama temannya di bawah pohon rendang. Lalu diungkapkan kata-kata ini, "Lihatlah daun-daun yang gugur ini, dan renungkanlah ke dalam hati kita. Mungkin hari ini giliran daun-daun ini untuk gugur. Esok, lusa atau tulat pasti akan tiba juga giliran kita untuk gugur lalu kembalilah kita ke pangkuan Allah azza wajalla. Bagaimana agaknya keadaan kita kelak. Adakah kita akan terpelihara daripada seksaan kubur, adakah kita akan terlepas daripada persoalan - persoalan mungkar dan nakir, dan adakah kita kelak layak ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman.....", tazkirah itu diamati dengan penuh sayu. Sedang asyik berbicara dan berkongsi akan mutiara-mutiara kata, tiba-tiba air mata Yusuf  menitis ke bumi.


"Kenapa menangis, Yusuf?" soal Muaz.



"Kau lupakah akan bicara siapa ini? Kau lupakah Muaz........"  tanya Yusuf kembali.



"Mana bisa aku melupakannya, Yusuf. Kata-kata ini yang pertama ku dengar daripada bicara arwah Fakir, sahabat kita dalam halaqah usrah suatu ketika dahulu.........."



Moga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Moga Allah memberikannya perlindungan dan moga beliau dipertemukan dengan kekasih mulia yang amat dirinduinya.



قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kalian lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kalian, kemudian kalian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan”. (Surat Al Jumu`ah: 8).


“Sesungguhnya segala yang bermula itu akan berakhir, setiap yang kuat itu memiliki kelemahan dan setiap yang hidup pasti akan mati. Maka beruntunglah orang-orang beriman dan merugilah orang-orang yang mengingkariNya."

 * * * TAMAT  *  *  *
x hbs edit lg .


Nukilan tak seberapa dakwah juga yang tak seberapa
hanya kernaNya bisa aku mencoret kata yang mungkin aku sendiri tidak memenuhinya
muge Allah membuka hatiku dengan apa yg kuperkata
dan muge Allah membuka pintu hati setiap yang membacanya.
Untukmu Ya Rasulullah, (hanya sekadar setitik dakwah kecilku yg x seberapa)
Allahumma solli ala Muhammad..





Wednesday, December 25, 2013

CERPEN: KAU KU SAYANG..



Ku lihat wajah ibu, ku lihat wajah ayah, hatiku menjadi sayu. Sebak aku mengenang akan jasa dan pengorbananmu. Walaupun usiamu ibu, ayah telah lanjut 70-an, kau  masih lagi memerah keringat serta membanting tulang mencari rezeki untuk menyara dirimu dan keluarga. Kudratmu kau paksa bagi mengusahakan kebun-kebun peninggalan datuk dan nenek untuk diwariskan kepada anak-cucumu. Tidak sedikitpun engkau mengharapkan hasil untuk dirimu, malahan engkau usahakan ia untuk kami, adik beradik dan anak-anak kami. Aku sungguh terharu, ibu, ayah..


Dirimu semakin uzur. Wajahmu jkelihatan semakin berkedut. Dagu sudah berlipat.  Badan semakin kurus, mengecut. Matamu semakin kabur. Gigi pun patah semuanya.


Masih terngiang-ngiang lagi dalam ingatan ini akan kata-kata ibu dan ayah. "Ibu dan ayah hanya ingin melihat kau berjaya, nak. Itulah kebahagian buat ibu dan ayah. Apa yang penting, kau bahagia..."  Ya Allah, sungguh aku merasa syahdu akan kata-kata ini. Inilah kata-kata yang menjadi penguat untukku berjaya.


Seharusnya aku merasa beruntung kerana aku masih punya ibu dan ayah. Aku boleh menatap wajahnya dan aku masih bisa meminta doa dan restu dari mereka. Aku tahu ibu, ayah, doamu tidak pernah putus siang dan malam untukku. Cuma tak dapat aku bayangkan, andainya suatu hari nanti, wajah yang aku selalu tatapi tiap-tiap hariku sudah tidak ada lagi dan tak dapat aku bayangkan seandainya mereka sudah tiada, bagaimanalah aku. Pasti aku rindu untuk melihat wajah mereka. Pasti aku rindu mendengar nasihat - nasihat dan teguran yang ikhlas lahir daripada hati mereka. Mungkin pada saat itu baru terasa ingin menghargai detik bersama mereka.

Aku merasa terharu punya ibu dan bapa yang sangat mengambil berat akan diriku. Apa sahaja yang aku minta ditunaikan oleh mereka. Bahkan juga senyumanku. Dari kecil, mereka akan sentiasa mencuba untuk membuatkan aku ketawa riang dan ceria. Memberikan sokongan yang padu untuk aku berjaya. Walaupun aku lemah dan mungkin  pernah gagal dalam peperiksaan,  mereka tidak pernah mengatakan aku bodoh, malahan mereka sentiasa memujukku, menguatkan aku dan memberi motivasi untuk aku berjaya. Pabila aku dianiaya, merekalah yang akan membela aku. Pabila aku berjaya, merekalah insan pertama yang akan meraikan aku.


Pasti akan ku rindu dirimu wahai ibu dan ayah. Entah sama ada aku yang pergi dahulu ataupun dirimu yang akan pergi dulu menyahut seruanNya,  aku tak pasti, kerna itu  ketentuanNya. Cuma selagi aku masih bernyawa, ingin aku memohon maaf darimu. Maafkan aku andai kurang menghargai kehadiranmu di sisi. Maafkan aku andai layananku padamu tidak seindah layananmu padaku. Maafkan aku andai tidak dapat membahagiakan dirimu dan maafkanlah diriku andainya sering melukakan hatimu.


Ibu dan ayah yang kusayangi, ku ingin melihat  saat - saat akhir kehidupanmu melalui jalan-jalan bahagia. Aku akan sentiasa mendoakanmu selagi ada nyawaku.


Mengimbas lagi kembali kenangan-kenangan lalu. Ibu yang membonceng aku menaiki motorsikan tanpa lesen untuk ke sekolah suatu ketika dahulu. Penat ibu berulang-alik mengambil aku dan adik beradikku yang lain. Pabila pulang, aku dihantar oleh ibu pula untuk ke kelas Al-Qur'an. Tibanya di rumah, aku dan adik beradikku sering menyepahkan rumah. Ibu tetap sabar melayan karenah kami walaupun telah kepenatan memasak, membasuh bajuku, menghantar dan mengambilku dari sekolah. Pabila malam pula, selagi kami tidak tidur, selagi itulah juga ibu dan ayah tidak tidur kerana berjaga untuk memastikan keselamatan kami adik-beradik. Apabila kami sakit, ibu dan ayahlah insan yang paling risau akan kami. Merekalah yang akan bertungkus-lumus menghantar kami adik beradik  ke klinik atau hospital.  Ibu insan paling setia meneman di sisi, menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang manakala ayah berkorban mencari nafkah untuk kami anak beranak.


Duhai ibu dan ayah. Aku ingin kau tahu bahwa diri ini juga sangat menyayangimu. Diri kecil ini sangat meghargai pengorbananmu. Aku kan  sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Izinkan aku melihat wajahmu di saat-saat akhir kehidupanku. Izinkan aku dipangku olehmu saat Izrail sedang cuba mengambil nyawaku dan izinkan juga mataku ditutup oleh tanganmu iaitu tangan yang pernah membelaiku dengan sepenuh kasih sayang dan cinta.

Ibu, ayah...
Terima kasih kerana dirimu begitu ikhlas menyayangiku sepenuh hatimu walaupun mungkin aku berulang-kali menghiris hatimu.

Ibu,ayah..

Aku doakan dirimu bahagia sepanjang masa. Jangan kau runsingkan akan diriku. Sudah cukup, kau bersusah payah akan diriku dari kecil sehingga dewasa.. Cukup dengan doamu ibu, ayah. Doa dan redhamu yang akan menuntun aku menuju redhaNya. Mudah-mudahan kita ditempatkan bersama-sama di syurga. Moga bertemu di sana. Halalkan susumu, ibu, halalkan makan minumku ayah. Salam sayang buatmu. Aku cinta kalian seperti nyawaku.




*** TAMAT***



Thursday, November 28, 2013

CERPEN: UNTUKMU YA RASULULLAH


"Qadir, berapa banyak sudah kamu ucap selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w hari ini.." tanya Imam Ahmad kepada Qadir. Qadir tersengih-sengih sambil membilang-bilang pada jarinya.

"Tak banyak, Imam. Sikit saja baru hari ini....." jawab Qadir sambil tersipu-sipu malu.

"Qadir, sebanyak manakah ingatan kita kepada baginda s.a.w? Rasulullah itu sangat menyayangi umatnya. Siapakah umatnya kalau bukan kita.. Bagaimana kita nak mintak kasih sayang nabi kalau kita sendiri tak sayang dan cinta nabi? Tak mengapa, sedikit ingatan agar kita tidak lupa akan baginda nabi s.a.w dalam kehidupan sehari-hari kita. Marilah kita berqasidah bersama-sama dengan ingatan yang mendalam terhadap baginda nabi s.a.w..

"Innal habibal musthofa,,,
 zu ro'fatin wazu wafa ......
 wazikruhu fihi syifa'
iza tamaada bil 'ilal .........

"Allahuakbar. Rasa tenangnya jiwa saya imam setelah menyebut nama baginda Rasulullah s.a.w. Mengingatinya adalah suatu nikmat dan pastinya pahala mengalir selagi kita menyebut namanya"..


"Benar tu Qadir.  Tapi, jangan hanya kita menyebut namanya pada bibir semata-mata. Sedangkan sunnahnya kita tidak ikuti. Telah mengalir darah perjuangan baginda di atas muka dunia. Kita inilah yang seharusnya menjadi penyambung kepada perjuangan kekasih kita, Rasulullah s.a.w......"


"Imam, tiba-tiba saya rasa rindukan Rasulullah s.a.w....................
 saya benar-benar merindukan baginda , adakah Rasulullah juga sedang merindui diriku......"
 luah Qadir tiba-tiba dengan perasaan hiba. Mengalir manik-manik jernih dari kelopak matanya membasahi  janggut dan jubahnya. Imam Ahmad yang berada di sisinya turut mengalirkan air mata. Masing-masing menangis kerana membawa sarat kerinduannya kepada Insan mulia, Rasulullah.


"Imam.. mungkinkah kita ini akan diperakui akan baginda di akhirat nanti bahawa kita ini layak menjadi umatnya. Adakah baginda sudi untuk memandang wajah kita? Adakah Rasulullah sudi untuk memberikan syafaatnya kepada kita? ...................... muhasabah Qadir sambil memeluk kitab 'Muhammad bin Abdullah'.
Imam dan para jemaah hanya mampu menunduk sambil muhasabah diri masing-masing. Suasana meriah sebentar tadi dengan laungan qasidah berubah menjadi suasana yang sayu dan hiba. Semua hadirin menangis.

"Hassan. Dari tadi kamu asyik tersenyum. Kenapa Hasan? Kau tidak menangis sebagaimana yang lain?" soal Husin yang duduk bersebelahan dengannya. 

"Aku menangis sekejap tadi. Tapi aku nampak bayangan Rasulullah berada di tengah mimbar lalu aku senyumlah pada baginda............."jawab Hassan. Para hadirin yang mendengarkannya bertambah kuat menangis.

Hassan, seorang kanak-kanak berusi 12 tahun. Beliau telah berjaya menghafaz Al-Qur'an sejak usianya 7 tahun. Beliau telah kehilangan ibu bapa tercinta sejak kecil. Dengan  bimbingan para murobbi di maahad itu mampu untuk menjadikan beliau hebat dalam mencari cinta dan kasih sayang Allah dan RasulNya. Imam menggelarkan beliau 'Hafiz'. 

*  *  *

"Kalau kita sayang kat nabi, kita kena banyak meniru akhlak nabi. Kalau kita sayang kat nabi, maka kita kena jauhkan diri kita daripada melakukan perkara yang nabi tak suka. Kalau benar kita sayang nabi, maka cuba periksa sejauhmana kita penuhi hati dan ingatan kita pada nabi",   kata Hassan kepada para jemaah di Surau At-Taqwa. Lantang suaranya walaupun tubuhnya cilik. Hampir bergema seluruh bangunan di sekitarnya. Comel dan lancar pertuturannya. Wajahnya sedikitpun tidak menampakkan kegusaran. Sangat tenang. Ada hadirin yang berkata. "Allahuakbar, sejuk perut ibunya melahirkannya..."


"Hassan, kamu ini masih kecil. Tapi, kamu ini sangat bagus. Kamu inilah permata islam yang dicari-cari",  kata Qadir sambil mengusap-usap kepalanya.


"Abang Qadir, kalau benarlah, maka alhamdulillah. Abang Qadir pun sama. Pemuda Islam yang menyambung perjuangan Rasul. Hassan nak jadi macam abang......."


"Hassan, kamu miliki banyak kelebihan. Hatimu sangat suci dan dari kecil lagi kamu sudah ditarbiyah dengan didikan agama yang baik oleh para murobbi. Jangan sia-siakan ia dik, jangan pula kamu menjadi sombong dengan kelebihan yang ada. Allah tak suka orang yang sombong. Abang tahu Hassan bukan begitu. Tapi, abang mahu berpesan saja pada Hassan sebab Hassan ini masih kecil lagi ". Pesan Qadir sambil tersenyum penuh kasih pada Hassan.

"Baik, in sya allah abang Qadir. Hassan akan pegang kata-kata abang".

*  *  *

"Nadiku berdenyut untuk islam. Separuh dari diriku ini aku waqafkan untuk islam dan perjuangan. Aku tanpa perjuangan bagai malam yang suram dan kelam. Aku sangat merindui dan mencintai baginda nabi s.a.w, maka aku tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan yang telah dibawa olehnya. Aku ingin bertemu dengan nabi yang mulia, aku ingin bersama -sama dengan nabi yang mulia, dan aku ingin mendakap tubuh baginda pabila aku dibangkitkan di hari akhirat nanti. Tidak kira apapun yang akan datang, aku akan tetap berada dalam satu saff perjuangan dan menyubur bakti untuk perjuangan Islam.

Takbir ! Takbir ! Takbir !

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.




* * * *  * * 

-TAMAT-

Nukilan: asyiqahad.blogspot.com




Sunday, November 10, 2013

Cerpen: Sehalus Kasih


Wekkk!!! Muntahku payau. Lemah kudrat. Sejak aku pulang daripada kedai Makan Pok Tongku untuk berbuka puasa pada petang khamis itu, keadaan perutku asyik memulas. Muntah. Badan mulai panas. Aku hanya mampu terbaring layu di lantai. Pening. Pitam. Mujur, aku masih bisa bangun untuk menunaikan solat fardhu lima waktu, maghrib, isyak, subuh dan lain-lain. Aku memilih untuk solat secara duduk. Takut-takut pitam. Tak sempat pun aku hendak berdoa seperti biasa, badanku seakan-akan mengarahkan aku untuk terus berbaring. Pada saat itu, aku hanya mampu menyerah diri ke hadapan Yang Esa. Takut-takut juga malaikat maut datang bertandang pada masanya. Aku terasa ingin mengalirkan air mata. Tiba-tiba terkenangkan Rasulullah s.a.w Rasulullah apabila sebelum wafat , beliau demam panas sampaikan tak mampu untuk mengimami solat berjemaah dan meminta saidina Abu Bakar r.a mengimamkan solat berjemaah. Aku terkenangkan saat Rasulullah ingin dicabut nyawanya. Walaupun Baginda merasa sakit, baginda tetap meminta agar kesakitan itu diletakkan atas tubuhnya, tidak kepada umatnya. Air mataku terus bergenang. Hiba. Ya rasulullah........


Hari seterusnya, aku hanya mampu tidur dan tidur. Tak hirau sudah perihal dunia. Pitam. Loya. Bangun untuk solat. Ku niat berpuasa pada malamnya. Alhamdulillah. Aku berpeluang berpuasa. Tapi pada saat aku berpuasa  itu, kudratku langsung tiada. Aku terasa tak mampu untuk meneruskan puasa namun tekakku juga tak mengizinkan aku untuk menelan apa-apa. Hinggalah terbenam fajar, aku menjamah sedikit roti dan air masak. Kemudian, aku solat maghrib. Setelah itu, aku terus tidur. Sedar-sedar, housmate aku telah menyediakan bubur untukku dan menyediakan ubat-ubatan untukku. Aku hanya mampu membuka sebelah mata dan berbisik. “Lepas ni saya makan, terima kasih”.


Beberapa jam, aku membuka mata. Melihat bubur di tepi. Sudah kering. Ku jamahnya sedikit untuk memberi tenaga. Tiga sudu ku jamah, kemudian, aku bangun untuk solat isyak. Pada saat itu, aku berdoa pada Allah. Aku mula menghitung saat diriku di hadapanya.


“Ya Allah, telah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan, aku terima. Namun, pabila sedikit sahaja kesakitan kau timpakan ke atasku, aku sudah terasa lemah dan tidak berdaya. Air mata mengalir. Terasa diri terlalu hina. Selama ini, aku mampu berdiri. Mampu ketawa besar. Mampu berjalan dan sebagainya. Harini, ceria di wajahku hilang. Perjuangan pun hilang. Tak mampu buat apa-apa. Hanya mampu menanti saat untuk pulih. Benarkah aku dapat menghadapi ujian ini dengan begitu baik? Tidak, ..... aku kalah dan tewas. Air mataku mengalir. Bibirku hanya bisa mengungkap namaNya, Allah...........Allah......


Sakit itu tanda kasih dari Allah. Allah ingin memberi tebusan atas dosa yang telah aku lakukan. Dosa bukan sedikit. Malah menggunung. Andailah ini yang bisa menggugurkan dosaku, maka aku harus tempuhinya dengan ceria. Sepatutnya. Ku imagniaski bicara Allah denganku. 


Wahai hamba, sakit itu amaran. Loceng mengingat kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Aku ingin beri kau peluang. Andainya kau masih  Ku beri peluang untuk terus hidup, kau harus perbaiki amalan-amalanmu. Jangan Kau sia-siakan. Aku membisu. Adakah aku mampu? Aku ini terlalu lemah Ya Allah. Mana bisa dosaku akan ku padam dengan kudratku. Aku sifatnya lemah. Lemah, Ya Allah................


Imaginasiku mati. Aku membuka refleksi kendiri. Ya Allah......... aku tak mampu. menjadi hambaMu yang sempurna. Tapi, kenapa, Kau begitu menyayangiku......


Hari seterusnya, aku bangun , menguatkan tubuh. Bangun dan berikhtiar untuk mencergaskan tubuh. Melawan sifat lemah. Tangan lantas menuju ke papan kekunci. Nota! Nota! Aku tak ada bahan bacaan. Tak ada nota. Stress! Alhamdulillah, satu persatu dipermudahkan. Aku jumpa walau tidak sepenuhnya. Subjek Genre Sastera bakal berdepan tak lama lagi. Nampak dan dengar macam mudah. Bila berkait dengan sejarah, apa yang ingin ku auta? Perlahan-lahan aku menyemak praforma. Menyemak soalan ulangkaji. Terasa ringan sedikit dari rasa zero, tak ada apa-apa di minda.


Persiapan untuk majlis Perpisahan giat dijalankan. Pentas dan peralatan muzik tersedia. Manakala Semua sibuk menyiapkan diri dengan perhiasan dan pakaian yang cantik dan glamour. Malam terakhir bukan? Bagaimana dengan aku? Aku, hanya mampu berserah. Pakailah apa yang ada. Apa yang aku mampu. Nak tunjuk pada siapalah aku ni? Cantik ? Biasa-biasa saja. Jadi, biasa-biasa sahajalah. Telefon ibu. Ibu ketawa dari gegendang telefon. Penat dia mencadangkan aku begini dan begini. Aku hanya mengangguk dan memenangkan diri sahaja. Akhirnya, ibu tewas dan berkata; “ikut akaklah...kesian anak ibu. kalau dekat, ibu dah hantar baju. Kesian anak ibu. Kalau pakai baju baru tu, nampaklah glamour sikit” sambil ketawa manja. Faham benar dengan gelagat anaknya yang tak suka perkara sebegini.


Persiapan giat dilaksana. Aku perhati dari bawah pentas. Hanya dapat menahan tekakku dari mengeluarkan cairan asid yang tak sewajarnya. Bisik pada diri, “di hotel ni.. jangan. Jangan. Mulutku terkatup. Ketawa pun seketika. Aik, aku ingat sudah pulih. Bagaimana ini? Balik dari persiapan, terusku mendapatkan bilik air yang cantik itu lalu mengeluarkannya. Wekkkk!!! Mungkin cantik sangat kot. Aku tersenyum. Lantas berdoa di sisi Yang Maha Esa, “Ya Allah, berikanlah aku keringanan. Aku hendak berhadapan dengan peperiksaan terakhir ...berikanlah aku kekuatan. Aku perlu kuat untuk mengharungi kehidupanku sebagai seorang anak, seorang hamba dan pejuang. Aku tak boleh lemah begini.... Badan seram sejuk kembali. Makan pagi tak lalu. Keluar semula bahan yang dihadamnya.


Banyak pengajaran yang aku dapati. Aku mungkin bisa celik pada hari ini. Esok lusa tidak pasti. Tetapi, aku yakini, malaikat maut sentiasa menjengah setiap hari, setiap detik dan ketika. Hanya menanti izin dari Ilahi. 


Aku meminta agar Allah berikan aku kesempatan untuk terus menebus segala dosa-dosaku. Ini hanyalah amaran daripada Allah supaya aku ingat akan hari kematian sebenar. Tak lama saja lagi. Ia bakal menghampiri. Cuma, tidak pasti bilakah saatnya. Memang manis andai bisa menjadi tetamuNya yang dinanti? Aku? Jauh sekali.........Bagaimana bisa aku menjadi tetamu yang dinanti-nanti , dosaku masih banyak tak terperi. Allahu Rabbi.


 Allah, sesungguhnya Engkau Tuhanku. Tiada tuhan selain Engkau. Engkau yang telah menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku telah sedaya upaya memegang janjiMu. Aku berlindung darri kejahatan yang terlanjur aku lakukan. Aku mengakui akan sekian banyak nikmatMu kepadaku dan Aku mengakui juga akan sekian banyak dosaku, maka ampunkanlah dosaku. Tiada yang dapat mengampunkan dosaku kecuali Engkau.” Wirid yang ku bacakan, dekat dengan telinga, dekat dengan hati, sesuai dengan aku sebagai hamba yang banyak berdosa.

Maafkan aku, aku hamba yang tersangat hina dan lemah.

Pengajaran:
1. Sekecill nikmat harus disyukuri.
2. Mati bisa datang bila-bisa saja.
3. Jangan asyik mengeluh, malah lihatlah setiap inci dari kejadian allah itu dengan penuh hikmah.
4. Bersifat sederhana dengan apa yang telah Allah kurnia
5. Banyakkan istighfar dan ingat Allah dan RasulNya
6. Jaga perut , makan jangan terlalu kenyang .



tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.
wasalam.

Saturday, June 1, 2013

Cerpen : Aku tidak buta!



“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Al-Imran: 185)


Bayang syurga neraka bermain di minda, tak tercapai dek akal bagaimana rupanya. Jannah menitiskan air mata apabila mendengarkan ayat Allah yang mengisahkan tentang bayangan kehidupan di syurga dan neraka Allah S.W.T.


Allah ....
Hidup dan matiku adalah urusanMu  ...
Aku pohon redha dan maghfirahMu....
Gugurkanlan dosa-dosaku Ya Allah...


Mengadu Jannah di hadapan Yang Maha Esa. Wajah yang putih berseri menjadi kemerah-merahan. Terasa puas , insaf, lega apabila dapat meluah, mengaduh, merintih di sisi Yang Esa. Ajaibnya perasaan ini! Manisnya saat ini! Dengan aduan yang telah dibisikkan, hati yang bergelora, qalbi yang berdosa , hati yang mati terasa bagai hidup kembali menyisihkan karat-karat jahiliyah yang lama, jua menjadi catalyst baru sang hamba yang begitu kerdil menyucikan hati sebulatnya kepada Allah Azza wajalla.


Jannah. Jannah. Bisik Wardah dalam hati. Bimbang melihat keadaan Jannah yang begitu lama sujud menghadap Allah s.w.t. Lega hatinya apabila melihat Jannah masih bernyawa. Khuatir Wardah. Jannah kerap sesak nafas. Cuaca pula agak dingin.


“Wardah. Tolong capaikan Jannah biji tasbih. “ Pinta Jannah.
“Nah!”. Dipegangnya jemari Jannah , dihulurkan tasbih. Kagum Wardah pada Jannah. Walaupun dirinya tidak sempurna seperti orang lain, namun cintanya dan keikhlasannya pada Allah tidak berbelah bagi.

******************************************************************************************************


“JANNAH, tulis apa tu? Tulis puisi ke? Hurmmm. Wardah nak juga tahu bagaimana Jannah menulis? “ Tanya Wardah agak kehairanan.


“Jannah bukannya tak pernah melihat. 20 tahun Allah anugerahkan kedua biji mata yang bisa melihat keindahanNya. Jadi, tak hairan kalau Jannah boleh menulis. “ balas Jannah dengan menguntumkan senyuman yang begitu menenangkan.

Allah .
KepadaMu tempat aku bergantung.
Kini, aku belajar bagaimana untuk meletakkan pergantungan yang tinggi padaMu.
Ikhlaskan aku menerima ujian dariMu.


Kertas yang ditulisnya berterbangan dan hinggap di kain sutera wardah. Dibacanya Wardah. Mengalir air matanya.


Sukar aku temukan sahabat yang sehebatmu, Jannah. Begitu mulia dirimu melakukan pemindahan organ mata hanya untuk sahabat yang kamu cintai. 20 tahun hidupmu bisa melihat, namun hanya kerana cintamu itu, sanggup dirimu berkorban! Bisik hati Wardah.


“Wardah, bagaimana kehidupan  Aliya tika selepas pemindahan mata itu?”. Tiba-tiba Jannah bertanya.


“Jannah, Aliya dah banyak berubah semasa hidupnya. Namun, takdir Allah pula mengambilnya di sisi. Jannah tak tahu Aliya dan tak ada?” Tanya Wardah kembali.


“Innalillahi wainna ilahi rojiun..........” Lafaz Jannah.  Air matanya menitis. Lidah membisu.
Terasa ingin menjerit. Tapi, dipujuk akan dirinya. Ya! Allah itu Maha Tinggi! Maha Kuasa! Usah kecewa dengan taqdir Allah. Setiap sesuatu yang berlaku adalah dari Allah. Allah berhak memberi dan mengambil hakNya kembali.


“Wardah, Allah menguji benar keikhlasan hambaNya, benar? Allah sangat-sangat menguji Jannah,Wardah.. Mengapa harus jadi begini dan begini. Namun, sebagai seorang hamba, Jannah tak harus persoalkan. Setiap yang diciptakan itu adalah milik Allah. Milik Allah. Bukan milik Jannah. Oleh itu, Allah berhak mengambilnya. Jannah tak harus persoalkannya , kan Wardah?”  kata Jannah pada Wardah sambil menitiskan air mata.


“Benar, Jannah. Aliya milik Allah. Mata Jannah juga milik Allah. Nyawa manusia itu milik Allah. Allah sangat berkuasa, Jannah. Jannah harus kuat dengan ujian Jannah. Jannah tak boleh patah semangat. Mungkin Allah terlalu sayang kepada Jannah. Allah nak jaga Jannah. Jannah lebih terpelihara dari Wardah dan daripada manusia lain. Lebih terpelihara daripada melihat perkara-perkara maksiat yang ada atas dunia kini. Walaupun mata Jannah tak dapat melihat, tapi hati jannah sentiasa dapat melihat Allah. Sahabatku, sayang. Usah berduka”.... pujuk Wardah. Digenggam tangan Jannah erat-erat. Dipeluknya dengan perasaan kasih sayang yang begitu mendalam terhadap rakannya itu.



Janganlah dikau tergoda wahai manusia
Jangan pula engkau merasa bangga dengan dosa
Dunia yang kau agungkan akan musnah sekelip mata
Beringatlah bahawa kehidupan dunia hanya sementara
Pandangan mata yang tidak terjaga
Membawa bahana di alam sana
Manusia oh manusia kerana pandangan mata yang tidak terjaga
Engkau ditimpa seksa kerana dosa yang kau laksana


NUKILAN: JANNAH
1 JUN 2013


Ya Allah. Mungkin selama aku hidup, aku kurang mensyukuri nikmatMu. Dulu, aku bisa melihat, namun setiap perkara yang indah kulihat, tiada pernah aku menutur lafaz, “Alhamdulillah, segala pujian bagiMu, Allah.” Aku redha Ya Allah dengan ujianMu. Benar aku tidak lagi dapat melihat. Ku rasa gelap. Hitam pekat, Namun, aku sangat berharap hatiku masih bisa melihat dirimu, Ya Allah. Hatiku terang dengan suluhan hidayahMu. Hatiku bersinar dengan kerinduan hidup bersamaMu. Suluhan mataku tidak lagi tertumpu pada dunia, inilah peluangku untuk menumpukan mata hatiku ini padaMu.................


Cinta tidak akan mengkhianati
Kerana cinta itu begitu indah
Hadirnya cinta merawat rasa gundah
Tanpa cinta hidup tiada arah
Cinta bukan hanya di mata
Tapi cinta itulah apa yang hadir di dalam jiwa 

~Cintai Allah dan Rasulullah~


-          SEKIAN-

asyiqazhadmengambilsedikitnikmatdariNya.

Hadiah yang begitu daif buat saudari. 
moga penghijrahan saudari membawa saudari ke syurga yang tiada taranya.





Wednesday, February 20, 2013

CERPEN: ADAKAH BENAR DIA UNTUKKU?



"Adakah ini dinamakan cinta ...
adakah aku telah jatuh cinta ....
Ya Allah, cinta apakah ini ......
adakah ini cinta yang benar-benar dariMu ...."


Asrar berbisik sendirian. Lalu ditadahkan tangannya memohon doa daripada Allah.


" Ya Allah, kalau benar dia itu taqdirku, maka engkau peliharalah cintaku ini. Jangan biarkan aku mencintainya kerana nafsu, peliharalah aku daripada tipu daya iblis yang menyesatkan aku ..."

Seusai dia berdoa di sisi Allah s.w.t, dia mencoretkan kalam pada diarinya.

13 Februari 1990

Ya Allah .......................
mungkinkah aku telah jatuh hati kepada seorang yang bernama lelaki ...
benarkah ini ............................... ? ? ?


"Asrar, mari makan. " gesa ibu yang tiba-tiba masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu.


" Mari ......" balas Asrar ringkas.


"Asrar, makan. Jangan sampai tak habis lagi. Nanti tak dapat suami soleh .. " usik ibunya.


"Ibu, janganlah doa macam tu. Asrar nak suami soleh...."
balas Asrar dengan nada manja.


" Kalau nak jadi soleh, kena makan sampai habis! " usik ibu kembali.


" Ibu, itu hanyalah usikan bagi masyarakat kita. Kalau budaya Islam, tak kata macam itu. Kalau budaya Islam, makan sampai habis supaya tak membazir. Membazir itu amalan syaitan."
jawab Asrar.


Ibunya tersenyum mendengarkan bicara anaknya itu.
"Ibu tahu ...baguslah kalau anak ibu tahu... Asrar, ibu nak tanya ...." soal ibu.


"Tanya apa, ibu ..." jawab Asrar gementar.


"Asrar ada sukakan mana- mana lelaki ke? " soal ibu dengan pertanyaan yang sungguh berani.

"Mana ada . Ibu ni ...." balas Asrar.

" Ibu dah jumpa lelaki berkenaan. Abdullah namanya. Dia beritahu ibu dia akan datang membawa lamaran. kata ibu.


" Errrrrrr ................" terdiam sepi. Terkejut! Dalam hati rasa nak meraung.

Ya Allah...
Ya Allah ...
Ya Allah ...
bagaimana ini boleh berlaku ?
aku hanya pernah bersua dengannya sekali.
Waktu hujan. Ya! Seorang lelaki datang lalu meninggalkan payung. Kemudian, terus berlalu pergi.
Diakah yang bermain-main dalam fikiranku.
Abdullah ?


19 september 1990

Dialah lelaki yang pertama kulihat dalam hujan.
Dia terlihat keadaanku tika itu, aku dalam kebasahan sambil memegang seorang bayi kecil, Anas anak murobbiku.
Aku kehairanan.
Dia datang kepadaku menghulurkan payung hijau.
Kemudian, dia berlalu tanpa kata.
Aku melihat dia berlari-lari menjauhiku.
Aku terharu lalu hadir rasa cinta dalam hatiku.
Ya! Cinta!
Cinta pada pandang pertama.
Dia yang aku sebutkan di dalam doa istikharahku.
Semakin hari semakin aku buntu.
Tarikh 10 Julai,
Allah telah menemukan aku jawapan.
Dia Abdullah bin Abdullah telah sah cinta pertama dan terakhirku.


"Pesananku buat anak-anak umi. Jagalah hatimu supaya tidak dimainkan oleh tipu daya iblis dan syaitan. Hakikat cinta itu adalah cinta yang berlandaskan cinta Nur Muhammad. Seandainya cinta kita berlandaskan nafsu, maka itu hanyalah mainan cinta palsu."
Bicara Asrar dalam perkongsian bulatan gembira bersama keluarga yang turut dihadiri oleh zaujnya tercinta.

-sekian-
-tamat-
-asyiq azhad

CERPEN: DUA SAHABAT



“ Ya Allah, aku begitu merindui kedua orang tuaku. Maka, engkau sampaikanlah rasa rinduku ini kepada mereka. Ya Allah, terasa sepinya hidup ini tanpa mereka di sisi. Aku begitu merindukan mereka. Kau lindungilah mereka sebagaimana engkau melindungi diri ini “

Iman menatap dan merenungi jendela langit. Awan biru yang terdampar begitu menenangkan. Mengubat keresahan dan kegundahan di hati seorang hamba yang begitu kerdil bernama Nurul Iman bt. Abdur Rahman.

Pabila aku mendongak ke arahmu, duhai langit, aku mencari wajah Allah taala.

Tersenyum aku mencari, seolah-olah macam betul - betul akan bertemu sahaja.

Aku tertanya - tanya di hatiku, bagaimanakah rupa kekasihku, yakni Allah s.w.t? Adakah aku dapat melihatNya dengan tenang di akhirat nanti?

Iman terus menatap keindahan langit sambil bermonolog terhadap diri
sendiri.

Monolognya terhenti apabila saat-saat indah itu dIcemari oleh bunyi
yang merimaskan.

"Oh. Motor kapcai room-mateku rupanya. CCJ 2695. Urm, baguslah room - mate kesayanganku sudah pulang.

" Iman, jom syiqin bawak Iman jalan - jalan. Syiqin bawa Iman ke
pantai nak tak? " Pelawa Asyiqin dengan begitu bersemangat.


" Iman, sekali sekala Asyiqin nak Iman pula yang bawa motor kapcai ni." usik Asyiqin pada Iman. Iman sedikitpun tidak mengecwakan permintaan Asyiqin. Tempat duduk hadapan digantikan dengan Iman ."

"Poooooooooom. Astaghfirullahalazim. Iman! Langgar apa tu, Iman? " Jerit asyiqin.

" La, Syiqin. Iman nak elak dari terlanggar siput baby tadi ... sory Syiqin........" jawab Iman dengan rasa bersalah.


"Hahahaha ..... " Kedua-duanya ketawa dengan situasi lucu
berkenaan.


" Iman, pantai pun dah tak jauh. Jom ke sana ..." pelawa asyiqin.

"Motor ni ? " tanya Iman.

" Motor ni tak rosak. Tayar je lembik sikit. Biarkan di sini."

" Selipar Iman putus ni. Nak berkaki ayam ke?"


" Tak payahlah. Syikin gendong Iman, nak tak. Baru seronok. "
pelawa Syiqin.

" Tak naklah. orang tengok. " jawab Iman.


"Iman, pantai dah dekat dah. Tak ada orang nampaklah ...."
jawab Asyiqin lagi.

" Ok." sahut Iman dengan nada pasrah.


PASIR PANTAI yang begitu halus. Diramas pasir-pasir jernih itu. Diukir perkataan "Asyiqin sayang Iman" dengan ranting kayu yang terdapat di tepian pantai. Kedua-duanya merenung kembali ke arah langit. Tangan dipegang erat.


" Ikin, katakanlah sesuatu agar bisa rohaniku dapat membangun semula." Iman mendesak.


"Allahurabbi. Bagaimana aku hendak membangun rohanimu, sedang rohaniku juga terasa kendur." jawab asyiqin dengan tegas.

Masing-masing terdiam seketika.


" Apa perasaanmu kini kepada Allah, iman? Adakah engkau terasa rindu kepadaNya?" soal Syiqin. Matanya melirik ke arah Iman,khyusuk memandangnya dengan sentuhan yang kuat dalam menikmati pertalian ukhuwah.


" Ya, aku benar - benar rindu kepadaNya, Ikin.............." jawab Iman.

Ucapannya terhenti di situ. Suasana menjadi sunyi seketika.
Asyiqin hanya memerhatikan Iman.

"Mengapa tiba-tiba Iman senyap?" Desis Asyiqin di hati.


" Syiqin. Bagaimana agaknya kalau seseorang itu mengaku cintakan Allah, tetapi di hatinya lebih mencintai selain dari diriNya. Apa yang harus dibuat dalam menjadikan kecintaan Allah itu lebih tinggi berbanding cinta kepada selainNya ................? " soal Iman.



" Errrrrrr ......... Aku tak mampu nak melunaskan kata-kataku. Tetapi aku hanya boleh memberikan pandanganku. Aku ingin melontarkan kepadamu satu pertanyaan.


Kalau kamu bertemu dengan seorang kekasih, apa yang akan kamu buat untuk menawan hatinya?" soal asyiqin.

"Pastinya, aku akan katakan padaNya, aku cinta kepadanya, aku sayang padanya. dan aku akan buat perkara yang dia suka dan aku akan menjauhkan diriku daripada perkara yang dia tidak suka. Setiap perkara yang akan aku lakukan, aku tidak akan mengecewakan dia. " jawab Iman.


"Maka, kamu telah menjawabnya duhai sahabatku, Iman. Sekiranya kita sayang padanya, kita akan selalu mengungkapkan cinta kita di sisinya bukan di sisi manusia, MELUAHKAN rasa rindu dalam solat dan doa kita. Setiap yang kita lakukan penuh waspada,jangan biar DIA murka dan kecewa dengan kita."

Terang asyiqin dengan tenang. Iman mengangguk.


"Terima kasih ikin. Ajari aku untuk sentiasa cinta kepada Tuhan .."
seru Iman.

" Pabila di hati ada rasa cinta, segalanya akan indah. Iman pun jangan berhenti dari berbicara tentang Allah. Syiqin sentiasa terubat hati bila bersama Iman.



 GAMBAR NURUL ASYIQIN ditatapnya. Pada waktu itu, teringat
akannya tentang suasana indah di pantai suatu ketika dahulu.

"Asyiqin. Moga Allah melindungimu. Walaupun kita berjauhan, engkau tetap sahabatku. Gambar ini menjadikan aku ingat kepada peristiwa di mana aku sedang merawat rohaniku bersama - sama denganmu. In sya Allah, aku akan rawat rohaniku bersama - sama dengan iringan doamu yang jauh di sana.
Salam ukhuwah fillah ."

-TAMAT-

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..