Showing posts with label Inspirasi Menulis. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi Menulis. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

-amru khalid-


salam..

sudah lama nak bagitahu..
'beliau adalah orang hebat juga'..
dan banyak diriku ini tertarbiyah dan ter'motivasi' dengan hasil-hasil penulisannya..

salah satu buku yang banyak mengubah aku dan cara kehidupanku sebagai seorang abid yang sedang memburu cintaNya..

"kuasa di sebalik ibadah"

Penulisnya ialah Amru Khalid...

sudah lama aku membaca buku karangan beliau ini..

namun, kini, aku mencari semula ..
antara perkara yang banyak mengubah diriku antaranya ialah ....

'buku ini'

dan aku teringat, hebatnya penulisannya. kata-kata yang ditujukan itu sangat indah dan sangat memotivasikan aku untuk melakukan ketaatan kepadaNya...

dalam penulisannya..
banyak mendorong pembaca untuk solat bertahajud setiap malam..
ia akan menjadi suatu tabiat dan kewajipan bagi hambaNya yang cintakan Allah dan merindukan Allah dalam kehidupannya..
pengorbanan seorang abid untuk meraih cinta Allah, krangkan tidur,
banyakkan tafakur, dan banyakkan zikrullah...serta banyakkan ibadah ..
apatahlagi karangan penulisannya banyak sangat yang menggalakkan pembaca untuk menjaga solat malam mereka..

hatta . kata-kata nya itu indah, diselitkan dengan janji2 Allah..
diselitkan dengan kesenangan2 yang dijanjikan Allah.
diselitkan dengan keindahan2 yang dijanjikan Allah s.w.t..

aku mencari semula di mana bukuku...

aku melihat kembali, penulis : "Amru Khalid"..

aku bertanyakan ustaz yang aku sangat gemari ...ust. _____

siapakah beliau ustaz..?

ustaz jawab: "dia penulis tersohor di mesir"..

ustaz tanya, kenapa..

aku jawab: kata2 dalam penulisannya seolah-olah macam ahli sufi ..
                  kita takkan cakap apa yang kita tak rasa..
                  TAPI DIA RASA BETAPA MANISNYA IBADAH ITU DI SISINYA..
                  lalu dia dapati kemanisan itu dan kata2 itu sampai pada hati..

ustaz kata dia ikhwan mesir..

wah,,, hebat!!!!!

benarlah..
ikwan ni memang mantap tarbiyah, mantap siyasah!!!!! mantap dakwah!!

tarbiyah pun dia mantap, siyasah pun dia mantap.

sebab tu Allah bagi dia kemenangan.

hebat2x.

AMRU KHALID~
SYukran atas penlisan yang banyak mengubah kehidupan diri ini selaku hambaNya.

mod jauh nak perantauan ni. moga selamat semuanya. perjuangan di kala iman teruji~ subhanallah. tsabatkan lah aku di jalan ini. peliharalah iman hamba MU ini...Ya Allah....

 

Friday, August 3, 2012

aura darus-salam ..


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani ...
Allahumma solli ala Muhammad, waala ali sayyidina Muhammad..


Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih memberi aku peluang untuk aku hidup .. terima kasih Allah, kerana masih memberi aku nikmat iman, islam dan ihsan.... dengan izinMu , Ya Allah .......


terasa letih seharian bekerja untuk menyiapkan bahan persekolahan, kehadiran ukhti aisyah membuatkan hati ini bersungguh-sungguh benar hendak menyiapkan tugasan, takut-takut pabila dia hadir, tak dapat nak meluangkan banyak masa untuknya ... Alhamdulillah , 1 demi satu tugasan ana selesai dengan izinNya..

keletihan hari ini, selesai berterawikh di masjid yang dicintai, darus-salam ...;) (masjid as-salam), terasa ingin bersandar di dindingnya yang indah, ingin berehat seketika,  terasa urat belikat ini sudah tegang memerlukan penyandar lembut untuk meregangkan urat yang semakin menegang ...

terlihat di jendela hijau luar,, angin bertiup laju ...... terasa bagaikan ada malaikat di situ ..... pasti, aku tidak dapat melihatnya, tapi aku yakin malaikat itu ada, cuma keberadaannya di bahagian mana, aku tidak pasti ....

suatu saat, selesai hamba solat berdoa, tiba-tiba di hati terdetik, sambil memandangkan angin  yang bertiup , seumpama ingin menderu iman supaya mengingati  akan hari kematian ....   sunngguh, malaikat maut itu setiap hari mengintai aku, andai Allah mengizinkan nyawaku ditarik, saat itu ......................................

persoalanku, adakah aku sudah bersedia untuk mati ........ ? ? ? ?

tiba-tiba, aku menyedari ade setitik manik jernih jatuh daripada mata ini ...

dalam hati aku berkata ...

Ya Allah, aku tahu aku banyak dosa ...
tapi Ya Allah , jangan kau ambil aku dalam keadaan suul khotimah ..
Ya Allah, aku tahu aku bukan manusia yang istimewa ...
tapi Ya Allah, jangan kau matikan aku dengan keadaan matiku yang hina...

Ya Allah ...
kalau kau beri aku peluang ..
aku ingin mati dalam tempat yang indah ... seperti rumahMu ...
Ya Allah ...
aku minta..
matikan aku dalam rumahMu .....

....................................
Ya Allah ..........................
aku tahu imanku tak sempurna ....
aku tahu aku tak sehebat abid-abidMu ..
tapi Ya Allah ...
aku juga ....
aku juga ...
aku juga mahu dikasihi olehMu ....
eEngkau kasih kepadaku lebih dari kau kasihiku sebagi seorang hamba...
agar kau muliakan aku di hari akhirat nanti ...
biar aku dipandang hina di dunia ..
tapi aku tak sanggup ... dan tak sanggup dipandang hina olehMu ....


melihat pula aku ke putaran kipas merah di as-salam ... aku bandingkan dengan angin ciptaanMu, ..... angin yang lahir daripada buatan hambaMu tak kan setanding dengan angin ciptaanMu .... sehebat manakah manusia itu, tidak ada yang setandingMu ......
mengirup udara segar seusai pulang, merasakan nikmat yang teramat mendalam .....
terima kasih kerana masih memberiku peluang untuk menghirup udaraMu yang segar ...
 
badan terasa ingin berehat lama di as-salam .. ingin benar terlelap di sana, nak merasakan aura tarbiyah as-salam, nak terbaring sahaja kalau diikutkan hati ...

namun, pabila mencapai jam di telefon bimbit, kelihatan jam 10.30 mlm....
walau pada mulanya, terasa ingin bersandar dan ingin tidur seketika di sana ..
tapi memandangkan al-quran ku jua turut tertinggal ..............................
hati lantas mengajak pulang .. tak teringat langsung nak berehat ...............

sendirianku menunggang CCJ ini ..... hanya mengharapkan perlindungan Ilahi .....
melihatkan pasangan bahagia dengan pakaian kemas terawikh membuatkan senyumanku terukir ... "sweetnya" ..... pak cik mak cik ni ....

tapi kerana pak cik itu menunggang agak slow, lantas aku memotong mereka ... hihi
(macamlah laju sangat bawak) .... sekurang2nya ada lagilah yang bawak lagi slow dari saya ya .....

subhanallah, bergurau pulak ...

so, seperti itulah :

tahap target Ramadhan kali ini, alhamdulillah ... cuma sedekah, terkadang termiz 1 hari , dua hari ... terawikh alhamdulillah , tak mampu tahun lepas buat 20 rakaat, tahun ini bila dah letak target, walaupun penat, kerana cinta, aku korbankan jua .....

Al-quran .... masih bertatih dalam juzu' 13 ...agak ketinggalan juga ...
tapi rasa beruntung juga sebab kalau diikutkan tarikh sebenar aku bermula , agak kelewatan banyak ...

dhuha, alhamdulillah ..... kalau di sekolah, slolat dalam bilik gerakan sahaja... sampai sekolah, dhuha dulu 4 r, sambung baca quran dulu sebelum masuk kelas...

witir paling cikai 1 rakaat shj yang aku mampu ...
habis terawikh , memang nak cepat wat 1 rakaat sahaja ..
tak pun buat selepas qiam ...

qiamullail ..
alhamdulillah ... sekalilah dengan sahur ... walaupun bangun selalu lewat, jam 5 baru sedar .. tapi sempat lagi untuk tunaikan 4-7 rakaat ...
terima kasih, Ya Allah...
kerna bangunkan kami..

 cuma satu ....
tafakur ........

bulan Ramadhan adalah bulan yang perlu banyak dibasahi dengan air mata ..
bukan gelak tawa....
Ramadhan bulan yang perlu banyak dihiasi dengan doa setulusnya...
bukan pakai main doa ja ....

sebelum tiba di rumah, singgah di kedai sebentar , mencari roti dan ubat untuk ukhti ...
mungkin sebab dah selalu ke kedai itu, sampai kenallah muslimin ni dengan ana...
ana ambil ubat ... sambil bayar ..
ucapannya terima kasih dan "sakit ya"...
aku cuma angguk sama2x....

tak dengar ayat muslimin tu di akhirnya....

tapi tiba-tiba aku terdetik balik ...
eh dia ada cakap sesuatu di akhir ...
maybe dia cakap "nampak macam sakit ya"...

tapi sebab aku tak pandang wajah dia, aku ambil dan tak balas balik kata-katanya...

cuma terdetik ja...
"kadang-kadang Allah hantar , manusia d sekitar yg kasih kepadaku"...
  terima kasih Allah ...

walau aku berjauhan dengan famliy, aku dapat merasa kasih sayang daripada ramai orang di sekliling ini, 

aku yakin, kalau kita prihatin dgn DIA, Allah akan hantar manusia utk prihatin dgn kita ...

whatever ...
aku mungkin banyak akan dikritik dan sebagainya..
dikutuk dan sbagainya ..

tapi aku bahagia kerana aku bukan nak manusia tertawan dengan aku ...

cukuplah aku punya DIA sebagai sandaran dan pelindungku..

apa asyiq kisah ?  

asyiq cuma tahu, Allah tu sbg pelindung asyiq ..

kat mana-mana, pasti Allah akan jaga Asyiq ....



Muhasabah al-faqir di malam ini..
salam tahajud dan salam sahur buat diri..
wasalam..

Rindukan ibu dan ayah ...
membanting tulang mengemas rumah ..
pasti mereka penat usai usia mereka hampir mencecah 50-an..
doaku buat mereka, supaya mereka diberi ksihatn yg baik, dan moga allah melindungi mereka...
kakak sayang aya dan ibu ...

wallahualam...
 





 


 

Saturday, June 23, 2012

Luahan hari ini..

AL-KISAH AL-FAQIR:

angin bertiup kuat , sampaikan sahabat saya kata; tak perlu keluar, angin sangat kuat..;) tp di hati ni rasa seronok sangat nak ke sana, after maghrib, hujan turun lebat sangat..dan pada tika itu, hati terdetik seketika, bagaimanalah saya mahu pulang, hujan sangat lebat... dan sy pun berdoa, dan saya yakin antara waktu yg mustajab doa adalah waktu hujan turun..angin yg turun bersama dengan hujan menyejukkan fizikal, bukan sekadar fizikal, tetapi menyejukkan jiwa ruhani seiring dengan kuliah maghrib kupasan tafsir surah At-Tariq..walaupun saya tak terlalu fokus, tetapi d hati saya terasa sangat tenang..hujan semakin lebat dan saya berdoa..

"Ya Allah, hujan ini pastinya merupakan rahmat dariMu..dan aku syukuri akan nikmatMu kpd kami, dan aku datang ke sini kerana rindu, hentikanlah ia buat seketika untuk keselamatanku ke rumah, hatiku tenang di rumahMu, cuma lindungilah perjalanan pergi dan pulangku dri rumahMu...berilah aku keselamatan walau di mana jua aku berada..

terkadang ibu brtanya, dengan siapa kamu pergi, sy hnya mampu menjawab walau terkadang saya sendiri; "dengan teman"...sy tak menipu kerna sy jwpn sy, yakin Allah temani saya, dan saudara sekliling itu juga teman saya walau saya tidak kenali mereka..

alhamdulillah, semasa pulang, Allah hentikan hujan semntara dan saya pulang dgn selamat dgn izinNYA..

hanya doa yang saya inginkan dri semua, keselamatan walau di mana jua berada..ajal maut ketentuan Allah dan rencana ia, moga Allah lindungi saya senantiasa. dan sahabat2 juga keluarga saya y disayangi. wallahualam
 
Pengajaran Muhasabah hari ini:
1. Saya pun x tahu kenapa saya suka ke sana...cuma saya dapat katakan, masjid ini akan aku rindui selepas aku tamat dari latihan ini..pastinya akan aku rindui, kerana masjid ini banyak membawa aku ke arah pembaikan jiwa .. dan megisi jiwa yang kosong.

2. AJal maut ketentuan Allah, my family selalu risaukan saya; saya tersentuh dengan kata-kata ayah saya; " sebelum ayah pergi kerja, pastinya ayah akan doakan keselamatan pergi dan balik anak2 ayah, yang jauh dengan ayah, atau yang dekat, ayah mintak Allah bagi keselamatan pd anak-anak ayah.. dan ayah jugak mintak moga ayah juga selamat pergi dan selamat pulang dari kerja, kerana ajal ini boleh sampai bila-bila masa sahaja"..

bukan mudah..terkadang diri sendiri merasakan seolah-olah tidak selamat, tetapi di hati ini harus kuatkan semangat, berani...jangan terlalu manjakan diri sangat...dan mesti banyakkan doa seperti ayah dan ibu yang doakan saya..
saya yakin, kadang2 keselamatan itu mesti berkat doa ibu dan ayah..walau jauh di mata, mereka tak henti2 berdoa untuk saya..

minta Allah lindungi saya, ibu dan ayah saya serta keluarga dan sahabat2 saya yang begitu saya kasihi.............
4. kadang2 kita rasa, kejayaan itu datang dari doa kita, hakikatnya kita tak tahu betapa ada orang lain yang mendoakan kita jauh di sana, tetapi diterima Allah doanya, doa mereka tulus untuk kita dan dalam diam tidak henti berdoa atas kesejahteraan kita... kita rasa itu doa kita termakbul , hakikatnya mungkin doa tersebut datang dari doa orang2 yang ikhlas di sekliling kita pd kita...

wallahualam.

Sunday, May 13, 2012

persahabatan IPGKKB..

Bismilllahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi MAha Mengasihani...
dan aku panjatkan selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar nabi muhammad s.a.w yang sangat mengasihi umatnya semasa di dunia hatta di alam sana juga sebagai pelindung dan pemberi syafaat kepada para umat yg disayangi.....

Allahumma solli ala saidina Muhammad, waala ali saidina Muhammad...

Alhamdulillah, sekarang sedang berada di mihrab peperiksaan, dan aku masih lagi pulun mencari ilmu di samping mencari kefahaman dan ketenangan di hati untuk menerima pembelajaran, moga Allah menguatkan daya ingatanku dan membantuku dengan taufiq dan hidayahNya...

dalam hati (banyak lagi x baca).....

muzik ini macam kenal je....perubahan mengikut kesesuaian...;)  ana pilih sebab syahdu..dan merdu..sesuai untuk mengenang alam persahabatan...


persahabatan di IPGM Kampus Kota Bharu bermula dengan pertamanya mengenali saahabat sekelas ana, dan ana sangat menghargai sahabat seperjuangan ini yang banyak memberikan sokongan moral dan terlalu banyak kenangan manis pahit dilalui bersama...

tidak asing 6 puteri dan 10 orag putera....
ana, ifa, uyu, kak ya, dan kak lin....
ini sahabat sekelas saya dan saya sangat menghargai kehadiran anda....saya meminta maaf sepanjang perkenalan, andai banyak kata-kata dan sikap yang tidak sepatutya dilakukan...
saya juga manusia, walau pemakaian saya berlainan, cara saya berlainan, tapi terlalu banyak lagi kekurangan saya, dan kamu semua sebenarnya lebih baik dan mulia dari diri ini......
benar, Allah maha mengtahui seikhlasnya para hambaNya...




MALAM UNTUKMU PUTERI ANJURAN PIM
ni classmate saya..8 orang...sebelum ni , ada shasha...tapi rasa shasha waktu ni dah pindah..main cuba2 masuk pertandingan nasyid....alhamdulillah, kejayaan yang tak disangka..vokalis: fathanah dan afiqah






10 orang putera, ajai, zahran, boy, ustad, awan, apih, ja, amri, sharip, a.ngah............
saya selalu menolak untuk pergi berekreasi sokmo, dan membuatkan kalian tak berkenan...
tapi kalian sangat baik dan sangat baik sepanjang persahabatan, sft menghormati dan banyak bergurau...walau saya kelihatan agak senyap (senyap ke)..

berubah kepada family kedua...
family persatuan intelektual muallim....
dahulu rakan masjid...golongan terawal, kak ana,kak rem,kak farah, kak ida, kak azzati....
a.fahmi, jiji, khairi...dan lain-lain.....

terima kasih atas persahabatan , dengan persahabatan ini menyebabkan ana terasa kemanisan ukhuwah dan masih berdiri di atas jalan dakwah bersama kalian, merasai manis pahit kehidupan di alam dakwah, penolakan, omongan manusia dan sebagainya membuatkan ana banyak belajar untuk berdiri teguh....

dan ana tidak pernah merasa sendiri, bahkan persahabatan ini menjadikan ana sebagai keluarga  di kampus yang sangat ana hargai nilaian ukhuwah , sampai ke akhirnya..insyaAllah, pasti kenangan ini akan menjadi kenangan yang indah dalam kamus hidup ana.....


kak suhana yang akan mendirikan baitul muslim, kegembiraan di hati sangat memberi makna kepada hidup kami,seorang sahabat kami akan mendirikan baitul muslim,namun terselit kesedihan, kerana ia jga merupakan langkah awal ke arah kehilangan.....
kehilangan seorang kakak yang sangat memberi makna dalam kehidupan ini...
namun, kami doakan kebahagiaanmu, ya ukhti.........

salwa, nia, aisyah, fatin,  sahabat se'batch yang bergiat aktif dalam bidang dakwah, banyak membantu diri ini bertatih dalam dunia dakwah...terima kasih.....antum pemangkin semangat dri yang penuh dengan kekurangan ini...
syukran atas segalanya....

tak lupa perkenalan ana yang banyak bermula di surau ketenangan ,antaranya ukhti hannan, najwa, mardhiah, sofeya, asma', hafizah, rubi, hanisah, hasanasiha..dan adik adik surau blok e...zaira nur hiadayah, nani, selvi, mar....juga menceriakan kehidupan d asrama...sayang kamu semua..

keluarga usrah pertama bersama ukhti aisyah an-nahdhoh bersama anak usrah , saidah, fatihah, sarah, amani, saniyah, anim banyak mengajar diri yang lemah ini ntuk menjadi seorang manusia yang memberi manfaat kepada islam, wala tidak selayaknya menjadi naqibah anda......namun, perkenalan dan ukhti asiyah jga banyak mendidik jiwa ini untuk mengislahkan diri dan mendekatkan diri dengan sang pencipta.....


keluarga usrah kedua....bersama ukhti aisyah nadhirah...
adik-adik yang dikasihi, muntiah, teha, fateh, hidayah, syuhada, farhana, syida, amirah, nani....

kehadiran antum anugerah Allah kepada diri abid yang lemah ini....
mengenali dalam sebuah keluarga khas dunia dakwah dan tarbiyah...
keluarga ini juga banyak memberi kenangan indah dalam pegursan,kepimpinan dalam 2 tahun berada di dalamnya, memegang taklifan Allah , walau tidak selayaknya..

keluarga usrah ini terdiri daripada sahabat yang hebatt-hebat....
ada yang menghafal sebahgian qur'annya, ada yang hebat dalam dunia kelimuannya, penghayatannya, fikrahnya...

di sudut hati, layakkan aku memegang sahabat-sahabat ini...
imanku sendiri masih rapuh ...
kuntuman mekar di settiap perubahan musim..
terkadang layu terbenam sehingga sesak nafas-nafasnya...
masih banyak lagi kekurangan yang dimiliki..
diri tidak sehebat akhowat antum yang pernah memegang antum
dan diri tidak seutuh seperti imam hasan al-bana yang hebat pengurusan usrahnya...
namun diri mencuba apa yang termampu ...
menunggang kapcai setiap kali usrah..
tidak sabar bertemu dengan adik-adik usrah...
mengharapkan sentuhan ukhuwah mampu memberi kekuatan dalam mengharungi kehidupan yang penuh mehnah ini....
butiran mesej banyak dihulur kerana tanda ingatan yang tidak mahu putus, kerana itu sahaja yang ana mampu untuk menjaga iman adik-adik, hatta diri al-faqir yang lemah ini seawalnya..

ukhti aisyah banyak membantu...
bergandingan dengannya pun tidak layak ;) terasa...
hamba al-faqir yang tersagat lemah, dan masih banyak kelemahan diri .....
namun, terima kasih di atas ukhuwah antum ..
menerima ana yang faqir ini menjadi sahabat antum...
kedekatan dengan antum banyak menjadi pemangkin kepada ana untuk terus kuat, dan tabah dalam mengharungi dunia dakwah...
khasnya antum banyak menjadikan aspirasi untuk ana membina diri...

ana sangat menghargai antum...
terkadang kita kurang menghargai semasa orang itu berada di hadapan kita, ttapi kita akan terasa kehilangan tersangat pabila insan itu bakal meninggalkan kita,dan ana tidak mahu menghargai selepas kehilangan....

syukran kathiran sahabat seperjuangan...
moga Allah memelihara ukhuwah ini sehingga ke akhirnya..


Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..


sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, dan damaikanlah di antara mereka...dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

 mengenang dan melihat sahabat melakar jiwa untuk mengingati pertemuan dengan Pencipta...

ketenagan di wajah antum , kedekatan antum dengan Yang Esa membuahkan rasa iman di hati al-faqir...





salam imtihan antum semua...
dan sama-sama kita pegang sama-sama kita,  penilaian kita ada dua, di dunia dan kita juga ada penilaian di akhirat, namun penilaian di akhirat sengaja disembunyikan dan menjadi rahsia Allah.sangat beruntunglah orang yang sentiasa bersedia dengan penilaianNYA......

kita semua nak masuk syurga, kan?
nak tergolong jadi insan yang soleh, solehah, benar?
jom, kita istiqamahkan diri kita dengan amalan yang mendekatkan diri dan hati kita kepada Allah....
ujian dunia bersifat sementara dan ujian akhirat itulah yang menjamin bahagia dan senangnya di pengakhiran kita....


apapun, moga dapat keputusan yang baik, sama-sama kita minta petunjuk dari Allah dan Allah memberikan pertolongannya kepada kita sebagaimana kita pernah menolong agamaNYA,,,namun pertolongan kita atas agamaNYA terlalu sedikit dan tak dapat langsung nak bandingkan dengan pertolongan yang telah Allah bagi dalam kehidupan kita....


;) ;) salamperjuangan, man jadda wa jadda..

wallahualam.asif andai banyak khilaf bicara.

syukran.

Friday, April 13, 2012

coretan hari ini...



terima kasih Allah......
kerna mengilhamkan ana sebutir permata..
permata yg harus bersinar dan digilap oleh kami semua,
warga Persatuan Intelektual Muallim..

permata tu ialah ukhuwah..

moga niat hamba untuk merabitkan hati sahabat seperjuangan diberkati dan diredhai..
minta sangat pada Allah agar memberkati perancangan ini..
siapalah abid ini ,
hanyalah hambaNya yang serba lemah..
hanya Allah sebagai penolong yang setia..

sekiranya Engkau tidak mengizinkan, sungguh aku tidak juga mengingkannya terjadi..
apa yang ku takuti adalah kemurkaan dariNya Yang Maha Esa..
apa yang membuat hatiku tenang adalah redhaNya..

perkongsian harini...
sejurus aku ingin pulang selepas menemui kedua sahabat yang ku kasihi..
hampir berlaku pertembungan yang di luar jangkaan..
sebuah kereta mewah yang masuk ke persimpangan dengan tersangat laju..
hingga memacu 4 rodanya hampir mengenai tubuhku..
Allahurabbi...
nasib baik aku sempat mengelak ..
dan mujur juga kenderaan di belakang kemungkinan tiada..
Allah...
itu bukan mujur..
tetapi sbenanrnya itu perlindungan dari Allah...

di dalam hatiku, terselit perasaan marah sebagai seorang hamba biasa..
"harap kereta mewah, tapi bla, bla, bla...
tup tup hatiku terdetik..
Ya Allah, kalaulah aku mati saat ini....
subhanallah...
mungkin Allah masih beri aku kesempatan untuk mengabdikan diri kepadaNYA..
mujur Allah selamatkan aku lagi...
itu bererti DIA ingin beri aku ruang untuk memperbaiki hubunganku denganNYA...

impianku di sana nanti..(di akhirat nan abadi)
hurm...aku teringin nak berpakaian putih...
serba putih dekat akhirat nanti...
........................
aku tak nak debu2 hitam melekat pada tubuhku seperti yang diceritakan dalam al-qur'an...

Allah....
adakah itu anganku semata-mata..??
Allah..
ampunkan segala dosa hamba...
hamba tahu banyaknya dosa hamba..
walaubagaimanapun.
hamba bahagia dengan kasih Yang Engkau curahkan selama ini kepada hamba...'

moga bertemu dialam ukhrawi
jangan murkai aku di sana nanti...
peliharalah aku sebagaimana Engkau memeliharaku di dunia ini...

wallahualam..

 

Tuesday, April 3, 2012

Pengalaman manis di LDT..

Bismillahirrahmanirrahim...

ku mulakan dengan bismillah, dan ucapan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.......

segala pujia bagi Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam, dan aku mensyukuri di atas segala nikmat kurnianNya yang tidak terhingga dan tidak pernah putus..


Rindunya nak anjur program islam...
sangati rindu gerakan kerja dakwah di LDT..
rindu sangat..
sangat rindu...
rindu nak adakan program..
rindu nak bersma2 sahabat dalam prgram y dibina bersama ahli...
bila kita anjurkan..kita akan terasa sangat indah detik dan ketika itu..
d mana dengan usaha kita, kita dapat capai matlamat kita u islam..
wala hasilnya mungkin kurang mmberi impak...tapi kita merasa manisnya , manisnya buat kerja islam..
manisnya Allah campakkan ke dalam hati orang y cuba memudahkan urusan agamaNya, insyaAllah..
kepahitan, keperitan lumrah dan sunnah orang berjuang..
sunnah orang berjuang..




sambungan berkisah bagaimana diriku mula terlibat dengan kerja dakwah di IPG KKB............

Bermula dengan ukhuwah yang terwujud antara diriku dan sahabat senior...
saudari suhana, k.syida...kak farah, k.rem...

MEREKa banyak membimbing diriku...dengan ukhuwah yang mereka tunjukkan..tak lupa juga kak azzti alis..

rasa kagum bersama dgn sahabat2 yang hebat2 ini membuak menyebabkan hati ini akhir sekali diletakkan di dalam gerk kerja dakwah 'Rakan Masjid".

kemudian diriku ditaklifkan dalam platform lajnah usrah dan perkaderan bersama kak nadzrah. Masuk2 sahaja dalam lajnah itu, diriku telah ditaklifkan mnjdi s.u..
haru biru keadaanku utk menyiapkan minit mesyuarat dan laporan lajnah...
skema sungguh dulu-dulu.....mesti buat laporan lajnah, surat menyurat....
nak buat satu surat, 2 jam kot..........
hihhihi...kak farah straight, tegas...laporan msti siap!


kemudian, join usrah di bawah kak azzati alis dan kak ina yg sangat lembut, sopan, dan baik hati (negeri joho, sama negeri)

kemudian, pada semester pertama tak silap, diriku telah dibisikkan oleh seorang sahabat, enti, enti jadi penolong lajnah dakwah dan tarbiyah boleh dop?
mata terkeil-kebil dengar..
senyap ja......................
tak fkir panjang pun, terima ja walaupun berat..
walau dalam hati ni tertanya2x.."kenapa aku'...
tp hati menyejukkan dengan kta2x..
'Mungkin Allah beri aku ruang dan peluan untuk menggerakkan dakwah melalui taklifan ini"..

dahulu, dipegang oleh saudari syahid, namun syahid telah pun berangkat ke UK, utk sambung pengajiannya..lalu Allah pule meletakkan diriku di situ selma 3 semster x silap......


banyaklah pegalaman pahit manis terkumpul , pertamanya aku digandingkan dengan saudara naimmudin , dari opsyen pj...kemudian digandingkan dengan sudara syahiran selama 2 semester kal0 x silap....


Bersama AKhi naimudin LDT

bermula menerima taklifan sebagai raisah lajnah dakwah dan tarbiyah, bermulalah program sulung di bawah kelolaan LDT dengan bermulalah kursus penghayatan solat yang diadakan kepada semua guru pelatih baru. 


Kursus penghayatan solat itu berlangsung selama 2 hari... dan berakhir dengan sedikit slot pengisian dariku BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN DUNIA , virus hati dan lain-lain, dan aku mengakhirnya dengan membawa sahabat mennyanyi lagu  "satu hati"...


ingat lagi aku memanggil sahabat ke hadapan untuk berkata perkataan ini, 'aku sayang kamu, bawa aku ke syurgaNYA' ...dan aku meminta sahabat ini berpelukan dan kemudian aku meminta satu dewan utk berpelukan antara satu sama lain sambil mengucapkan kata-kata itu...

dan kemudian barulah mereka  menyanyi beramai-ramai, dan aku dapat merasakan kehangatan pada tika itu, semangat dan respon daripada adik2 peserta..dan kemudian, abang-abng dan kakak -kakak rakan masjid yang memberi sokongan dan sama-sama menyanyi di hadapan dewan.

itulah pengalaman manis pertama dalam LDT...
susah tu nak anjurkan progra untuk bilangan jumlah yang ramai....
letih....( ^ - ^)  tp manis..


alhamdulillah, walaupun terlalu banyak kekurangan...
namun, aku dapat merasa manisnya perjuangan itu...

dan aku sangat merindui perjuangan islam utk warga IPKKB...

kemudian, kelas tajwid al-qur'an secara berasingan yang diajar oleh ummi faridah....satu semester ia berlangsung, namun kehadiran dan komitemen menyebabakan kelas tajwid al-quran tidak dapat diteruskan...


kemudian, malam penghayatan al-qur'an..kmi  merancang supaya sahabat-sahabt warga kampus 'back to REMEMBER al-qur'an. jangan tinggalkan al-qur'an.....
di situ dipenuhkan dalam dewan penghuni2 asrama, dan diselITkan pengisian dariku , video motivasi dan nasyid...

tpi mungkin aku ter'bbanyak kecek waktu tu menyebabkan peserta nasyid menunggu lama,,,classmate saya je pun...tp kecewa juga mereka, sbb  lama sgt kecek...hihihi

oh bosan barangkali..whatever...


kemudian, seminar tajwid al-quran ni untuk semua, kalau kelas tajwid al-quran untuk orang2 yang hendak dilatih menjadi guru al-qur'an sahaja....tapi kalau seminar ni untuk semua ahli, agar dapat tahu tentang tajwid al-quran...

2 semster berjalan , alhamdulillah walau tidak sekerap mana.....


ops imtihan tu untuk solat hajat sempena peperiksaan..pun dilaksanakan juga..
kemudian , tadarus al-quran sempena Ramadhan.....



BERSAMA AKHI SYAHIRAN 3 SEMESTER (KALO X SILAP)


bermulalah program-program seperti pertamanya kursus jenazah, konsert kesenian islam, talam muhibbah semepna SUNAT  sya'ban, seminar tajwid al-quran, kelas tajwid al-quran dll...(x berapa ingat dah)

tp yang paling ingat konsert kesenian islam..

bayangkan nak anjurkan 'konsert kesenian islam'....

diri  mendpt ilham agar warga kampus ni tahu betapa seninya islam itu..islam tu bukan hanya dengar ceramah, tapi islam tu berseni, ada tilwah, ade marhaban, ada azan, ada pentomin, ada puisi dan sebgnya....


dan alhmdulillah, kepenatan itu, perbalahan sikit2 mungkin ada kot...sikit2 tu di akhirnya aku merasa manisnya perjuangan itu walaupun pahit...


kemudian, begkel pengurusan jenzah, hahah, bertindan dengan program kelab bahasa melayu...tapi aku cuba memberanikan diri berjumpa dengan KJ BM untuk pergi mengurus program begkel jenazah....

bayangkanlah. sapa boleh terima sedangkan sahabat2 sekelas semua wajib pergi..??

huhu, berani x berani.....slumber je hihihihi

alhamdulillah, walau di pertengahan tiba2 ade pertukaran, ada pengasingan, benda tu dah dirancang , tapi tiba2 ade seorang sahabat kata, mungkin kita boleh pisahkan min dan mat...

dan di akhirnya bila 'post-mortem', kne juga tegur sebab tukar last minute...tentg slot pengisian akhir....

muslimin dapat mcm ni, x sama dgn muslimat dapat mcm ni..lain kali rancang betul2....bla3x...dan sbagainya.....

letih, kan....buat kerja islam sbenarnya...???
kena marah, penat lepas tu kena marah...
kene tagur....
;)  :)  ;)  ;)

letih tapi manis...sangat manis....

sangat manis...dan sangat indah detik itu....

memikir setiap hari ap yang aku akan lakuakn utk suadaraku di sini..
warga di IPKKB...


kenangan manis dalam LDT lagi ialah waktu persembahan kumpulan "tomatim" di mana kami membaca puisi, sajak dalam malam "Girls' day"...


hihihi, hanna, rubi....asma,  ana sndiri n shbt lain..

tap semua tu sebelum pertemuan dengan adik2 baru lor ni...

kenangan masni lagi waktu riadah LDT di Bachok...
main2 tepung...
;) makan2 kopok...
best suasana tu...walaupun terasa lamnya dan jauhnya bachok tu...



KINI...................

di dalam Turus Rabtah...

hurm......banyaknya yang aku masih belum tunaikan amanah Allah nie...

tap insyaAllah, akan ada perancangannya..

namun, aku sangat merindui...

perjuangan sebagaimana perjuangan di Lajnah Dakwah dan Tarbiyah...

di mana ahlinya berbelas2x...

 banyak belajar dari pengalaman,,

ada masa kita kuat, kita down...
tp jangan sekali ada rasa putus asa untuk teruskan program islam utk ummah...
fikrikan nasib sauadara kita, tanggungjwab kita untuk teruskan dakwah warga IPKKB..

kALaU Bukan kita , siapa lagi??

biarpun banyak kekurangan yang kita ada, nak katanya buat kerja islam, tak semua orang suka, tak senang  nk perfect, x semua boleh teratur seperti dirancang dan sebagainya....

ada sahaja, itu x kena, ini x kena , program islam ni...
adatlah tu.....nak yang terbaik tapi terkadang teruji oleh Allah s.w.t

nak kata buat kerja islam ni bukan mudah dengan hanya memberi selembar kertas...memberi iklan sahaja dan orang datang, tidak!!!!

tpi banyak menuntut seribu kesabaran..

berhadapan dengan orang2 berjawatan..bila jumpa, kenapa begini, begini dan begini...
kertas kerja...kalau nasib baik, cepatlah dpt lulus, kalau tak.....ambil masa utk lulus...

kesabaran, pengorbanan, rasa sayang pada ummah, pda saudara seaqidah...tu yang akan berhadapan dgn kita dalam gerak kerja dakwah ni...


berbalik kepada Rabitah...
Rabitah kini fokus utk bagaimana nak mengikat hati ahli PIM...
dan nak tambahkan tsaqafah ahli PIM...
insyaAllah...
akan dtang....

dgn izin Allah s.w.t...


teruskan mujhadah..
buat kerja islam..
terkdg2 biarpun berjemaah..
kadang2 ada masalah di dlmnya..
dari sudut komitmen ahli d sbginya...
wlaubagaimanapun..
harus kuat dalam menempuh segalanya....
ukhuwah harus mantap..
dan  kerja ini kerja yang menuntut syurga yg bukan dengan  dilemparkan dengan permaidani merah..

nabi nak berjuang pun banyak mehnahnya..
x perlu nak menanti orang menghulurkan tangan membantu kita sampai kita ketinggalan gerak kerja dakwah kita...
terasa hati dengan dia..
menyebabkan kita lemah untuk meneruskan dakwah kita..
tapi kita ni harus memulakan dakwah dengan penuh semangat dan kerja keras untuk memastikan ap yang kita hajatkan untuk ummah itu tercapai....

jangan menanti tetapi mencari dan binalah kekuatan untuk meneruskan dakwah...biarpun hanya seorang dua yang cakna...yang penting usaha itu , biarpun bertatih terkadang tersungkur, namun bangunlah dan berjalan dengan kemampuan dan kekuatan yang Allah iringkan...

kualiti itu penting dari kuantiti yg ramai..
namun apa yg penting, harus ada komunikasi yang baik...
jangan wujud puak dalam satu grouping

kepada semua ahli lajnah dakwah dan tarbiyah..
teruskan perjuangan..
fikirkan saudara kita , warga IPKKB...
jangan dengan taklifan Allah...
kita merasa selesa...
merasa bangga...
rasa suko...
dan sbgnya...

tp letakkan taklifan Allah itu sbg amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah nnti..

adik2 semua hebat2 dan sangat mantap...
cuma, org yang berkata ini kurang kemantopannya..
maaf banyak kekurangan sepanjang berada di LDT...
dan kekurangan komitmen utk liqa LDT lor ni....
ingin diberthu,.ana , dgn  amanah baru yang Allah taklifkan , belum lagi  ana laksanakan dan tunaikan....jdi ana lebih fokuskan kpd amanah itu dan biar sahabat tahu segalanya masih dalam perancangan belum kpd pelaksanaan..


wlaupun ana x bersama antum sudah, tp ana sangat mengharap letakkan ana sbg jwatankuasa kecil bagi program antum, insyaAllah ana suka kerja dakwah ini  ;)  kempen ke....ar, risalah ke.....x kisah...

dan ingin dikatakan di sini, ana sangat merindui perjuangan LDT.......

terkenang2 dulu yg terpaksa sokmo keluar masuk JAPIM...HEP..bilik pengarah, bilik reso..untuk pelaksaanaan , tapi ana suka dan rindu.....sibuk-sibuk macam tu...sbb sibuk2 pun bukan untuk siapa..untu suadara - saudara ana juga...
ye dop...
?

keterikatan antara kita seperti ikatan tasbih..yang tiada awal dan tiada penghujungnya..insyaAllah...taujihat sedikit...

ahli LDT dan ahli yang menggerakkan kerja islam harus pegang...kata2 ini....Hablum minallah wa hablum minan nas"..

insyaAllah...

Ahli LDT qudwah utk sahabat2 lain....insyaAlah.

semangat harus kuat!!


barisan muslimin:
akh syawal, hazwan, syafiq, mizi, faizal, ...........x berapa ingat nama min..

barisam muslimat;
terutamanya asma;, rubi, pija, ayu , nurul, dayah, hannan, adik2 teha dah tuko (slmt menerima taklifan), AAR, fateh, dayah , syuhada, amirah fatin, syafeza,
dan lain-lain lagi

kuatkan semangat dan usaha . insyaAllah.

sangat rindu....sangat rindu....panggil ana ye untuk jawatankuasa sebarang program..;)

insyaAllah, andai diberi keizinan dan kekuatan, ana cuba menghulurkan sesuatu sekurg2nya untuk gerakan dakwah kita di IPKKB..


wallahualam.
maaf andai tersalah kata dan bicara.

Saturday, March 31, 2012

aura atau Nur?

 Bismillahirrahmanirrahim...

Drngan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, waala alihi sayyidina Muhammad..

InsyaAllah, ana pulang dari daurah...ana bertemu dengan ramai sahabat-sahabiah...dan ana belajar sesuatu..insiden demi insiden itu membuatkan ana terfikir...dan mahu mencari jawapan kepada persoalan ini.....
dan ana bersyukur bertemu dengan ramai sahabat....walau masa terlalu sedikit terluang bersama...tapi manfaatnya besar , barangkali  insyaAllah...
ana bertemu ukhti nur hasyikin..

saudari ni ana x pernah kenal...tapi banyak kata-kata dia memberi kekuatan kepada al-faqir....dia seorang yang ber'niqab'...dan ana pernah menyatakan ana mahu ber'niqab ... Huhu, bayangkan ana baru kenal sahabat ini...
tiba-tiba ana boleh berkata demikian padanya...huhuhu

subhanallah..hurmm
berniqab bukan suatu yang mudah..
perlukan istiqamah...
akhlak pun kena baik 
bila berniqab lagilah kena jaga adab dan akhlak..
bahkan istiqamah sangat perlu....
ikhlas pun terutamanya..
subhanallah.

coretan al-faqir rasa belum layak..
sebab ana rasa orang yang 'ber niqab ni adalah kalangan mereka yang kuat semangat jihadnya, orang yang ikhlas, dan orang yang menanti seusatu yang besar di sisi Allah..

tapi al-faqir rasa masih gagal..
adab, akhlak, tarbiyah..

mungkin yang itu kena perbaiki dahulu...
tapi sampai bila ya..al-faqir nak berubah..?
banyak bangawey ni al-faqir...
;)

melalut pulak dah..
alfaqir nak cerita..tentang nur..
adalah al-kisah demi al-kisah, pertemuan demi pertemuan menyebabkan al-faqir tertanya-tanya akan persoalan ini...al-faqir tanya juga ustaz-ustaz al-faqir, tapi jawapan ustaz ringkas-ringkas...;) tup2 al-faqir pun carilah artikel..alhamdulillah, al-faqir jumpa..
jum baca sama-sama..





Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.
Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. 


Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha di serata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.


Tapi adakah aura ini wujud dalam Islam? Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada dalam Islam dan dikenali sebagai NUR.


Apakah itu Nur? Nur berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.


 

Di dalam Islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.


Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadis sahih yang menggambarkan Rasulullah S.A.W. itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.


Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah S.A.W. dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.
Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.




Persekitaran
Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.
Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.


Dalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.


Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadis yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah S.A.W. "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.
Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambil tahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.


Nutrisi dan Pemakanan
Kajian mengatakan makanan yang bersih serta segar mampu menaikkan aura seseorang. Selain itu, hanya bahagian-bahagian terpilih yang tertentu pada makanan yang berzat dan tidak mempunyai elemen kekotoran sahaja yang harus dimakan.


Apa kurangnya Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa, dan organ dalaman.


Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.


Senaman
Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.


Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat lima (5) waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telah pun melakukan senaman paling asas lima (5) kali sehari.

Selain itu kedapatan perkara lain dalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.


Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.


Tafakur
Tafakur atau dalam bahasa Inggeris 'meditation' ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada tempoh tertentu untuk memperoleh ketenangan. Tujuannya adalah untuk merehatkan otak yang mana otak yang sihat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sihat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih tulen.


Tafakur bukanlah perkara yang asing dalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan dalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf dalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.


Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku di sekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.


Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan di dalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.


Tidur
Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. 


Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.


Dalam surah an-Naba' ayat ke-9, Allah berfirman yang bermaksud "Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat". 


Selain itu dalam surah al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam. Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.


Hubungan Kemanusiaan
Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.


Perkara ini telah banyak dibincangkan dalam konsep muamalat dalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif. Apa yang perlu adalah cuma mencarinya dengan mudah di internet atau ke toko buku dengan mendapatkan penulisan tentang perkara tersebut dalam Islam. Ia telah ada beribu tahun yang dahulu.


Apa Kata Anda?
Adakah kajian orang barat itu perkara sia-sia sedangkan semua itu telah pun diajar di dalam Islam? Hakikatnya ia adalah perkara yang baik untuk dikaji dan dijelaskan dalam susunan. Mungkin selama ini orang Islam tidak sedar bahawa ajaran Islam itu sendiri mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Maka dengan penemuan sains dan kajian, menjelaskan lagi bahawa doktrin Islam ini penuh dengan perkara hikmah yang masih lagi boleh digali dan dicari kelebihannya.
Berbalik kepada aura dan getaran. Apakah moral di sebalik perbincangan ini? Sekiranya kita melihat kembali isi dan pengisian tentang aura dan getaran itu sendiri mengajar kita untuk menjadi manusia yang mulia. Berbeza daripada amalan yang berada dalam kehidupan kita sekarang yang terlalu banyak mencemarkan cara hidup serta alam.


Kehidupan kini penuh dengan persepsi negatif, kelakuan negatif, konsep negatif, panduan negatif, idea negatif dan pendek kata kehidupan manusia yang semakin canggih kini semakin membuahkan banyak perkara negatif. Maka tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang ditafsirkan mereka sebagai kejayaan tetapi sangat ramai juga yang memberitahu mereka masih belum menemui kehidupan.



Selain itu aura dan getaran ini adalah satu tips bagi mereka dalam membina kehidupan baik dari segi kerjaya, perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Aura dan getaran kini menjadi salah satu topik hangat bagi individu yang membina kerjaya mereka bagi memperoleh kesan dan hasil yang memberangsangkan. Amat rugi bagi orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam itu sendiri dan masih tertanya-tanya mengapakah aku seorang Islam tetapi hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Silapnya ialah kita sendiri kurang menghayati agama.



Oleh yang demikian, luangkanlah masa untuk agama. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. Islam sebenarnya adalah cara hidup. Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada dalam Islam. Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telah pun mereka temui.



Sesekali carilah individu yang mempunyai Nur. Individu seperti ini sangat banyak di kalangan ulama dan ahli Agama yang menghayati Islam. Raut wajah mereka sangat bersih dan menenangkan mata yang memandang. Usah dinilai daripada foto dan gambar tetapi carilah peluang bertemu mereka untuk melihat Nur yang Allah kurniakan kepada hambanya yang taat dan menghargai agama. Anda sendiri akan merasa adanya ketenangan walaupun hanya dengan mendampingi mereka.



 http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1481-aura-dan-getaran-tenaga-dari-manusia-yang-hebat.html

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..