Showing posts with label Tinta Rohani. Show all posts
Showing posts with label Tinta Rohani. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Tenang merindukan Allah.




Bismillahirrahmanirrahim ..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t diberikan peluang lagi oleh Allah untuk meneruskan hidup dan diberi peluang untuk memohon maghfirah daripadaNya, menghabiskan baki - baki hidup yang masih tersisa.

Ya Allah. Aku pohon ketenangan jiwa. Engkau serapkan kecintaanku dalam apa jua cara Ya Allah. Dalam perjuanganku, dalam mengurus hal ehwal akademikku, dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba . 

Ya. Selamanya aku ini hambaMU. Ya. suatu hari aku pasti akan bertemu denganMu. Yang penting bukan di dunia ini. Tapi di alam yang satu lagi. Ya Allah. Moga hatiku sentiasa cinta dan merindukan pertemuanku denganMu.

Banyak dosaku kepadaMu. dan dengan ini aku memohon dengan sifat pengasihMu, ampunilah dosaku. Gugurkanlah dosaku sebelum aku kembali menghadapMu.
Tak mampu Ya Allah aku bertemuMu dengan keadaan yang sarat dengan dosa.
Ya Allah. Aku tidak tahu entahkan esok entahkan lusa, tulat. Aku akan mati.

Aku mohon Ya Allah . Matikanlah aku dalam ketenangan yang abadi , matikanlah aku dalam keadaan seolah-olah tika itu aku bersedia untuk menghadapi detik-detiknya.




Pada hari ini. hamba nak tersenyum saja Ya Allah.
sambil mendengarkan lagu nasyid sebagai bingkisan merawat rohaniku.
Ya. AKU BENAR- BENAR Jatuh cinta kerananya.

Tak dapat aku gambarkan di hati betapa tenangnya hati mendengarkannya.
Mesej di dalam lagu-lagunya banyak yang berunsur kepada pengabdian.
Iramanya indah,  bila diamati mesejnya , sangat menyentuh hati.


Benarlah. Orang yang menyampaikan mesej ini juga hidup rohaninya.
Bagaimana hendak menyampaikan 'rasa' kepada pendengar sekiranya di hati yang petah berkata sendiri tidak ada 'rasa'.


Sesetengah kumpulan nasyid lain. Banyak dakwahnya dengan lagu "cinta".
Ya. cinta manusia itu memang fitrah. Tetapi banyak sangat mendengarkannya pun "BAHAYA". Lagu-lagu berunsur cinta ini boleh membuatkan hati kita timbul dan berputiknya "bunga-bunga cinta". 


Mendambakan seorang Imam yang entah akan jatuh di daerah mana.
Daripada mengimpikannya. Baik kita mendekati Allah. Bermanja-manja dengan Allah. Minta pada Allah. Kerana yang memberi kita pasangan yang terbaik ialah Allah.


Bahaya saudara/saudari: Daripada asyik mendodoi hati dengan cinta manusia, takut mengundang perasaan yang tidak ok di hati.

Andai ada. Jum cepat-cepat kita bertaubat kepada Allah.
Saya pun.


ADIK-ADIK/ TEMAN2X...

"Kalau Allah tak sempat bagi kita jodoh yang kita impikan di dunia. X APE.
In sya Allah, mungkin Allah nak bagi kita yang Jauh lebih baik di akhirat nanti.





Tenang mendengarkan. Bila kita dengar. Kita hayati. Masuk dalam hati kita.


Telinga -> hati -> Iman - > akal -> perbuatan

Telinga yang mendengar dengan mengharap cinta dari Allah akan sampai pada hati. Hati yang hidup dengan cinta Allah akan terus memindahkan rasa dan getarannya pada Iman. Iman yang malap tadi akan aktif kembali dengan gelombang yang meresap  dalam hati. Apabila Iman mula hidup, akal akan mula berfikir. Bila akal mula berfikir, di situ perbuatan akan terzahir.


Telinga yang mendengar tapi tak sampai pada hati. Tak kan sampai pada Iman. Dan seterusnya.

Ni teori main - main asyiq sahaja . Jangan bawa masuk periksa Ya.

Wallahualam.

Apa tunggu lagi. Hidupkan cinta kita pada Alah dengan mendengarkan media dakwah yang tercipta. Tak kira apa jua cara. Kita manusia. Yang mempunyai fitrah bercinta dan berkasih sayang dengan Tuhan, kita ada banyak cara untuk mencapai tahap kemanisan sebagai seorang hamba Allah. 


Carilah apa jua cara dan keadaan yang bermatlamatkan Allah sebagai jalan hidup kita  supaya hati kita tenang .


Manusia berbeza. 

Manusia tak boleh menganugerahkan ketenangan kepada kita.
Tapi yang memberikannya Allah.
Andai ada manusia yang bisa menelempiaskan ketengan jiwanya pada kita.
itu semua bonus dengan izin Allah.
Yang memancarkan ketenangan kepadaNya.


Wallahualam.
Jom cuba menjadi hamba yang sentiasa tenang dalam merindukan Allah dan RasulNya.


*BILA KITA BAWA ALLAH DI MANA SAJA KITA BERADA.
KITA AKAN TERSANGAT OK.*



P/S:  Lagu di bawah anggaplah hadiah dari hamba kepada pengunjung.
Kalau dah beri, kena ambil.  ^. ^
Tak boleh tolak.

************************************************************************************************************
Wahai Insan



Wahai insan, ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri

Buatlah amal sebelum mati


Ingatlah siksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira 
Jikalau hidup leka derhaka
Tentulah nanti akan tersiksa
Jikalau diri mu leka derhaka
Tentulah nanti akan tersiksa

Ingat dan waspada wahai manusia
Menempuh hidup banyak dugaan
Iman dan taqwa letaknya di jiwa
Bahagia hidup sepanjang masa



Dunia Yang Sepi

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan



Pandangan mata

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia



Rintihan

Biar berlinangan air mata 
Ku takkan hentikannya 
Biarkan ia menyembuh luka 
Hilanglah rasa duka 


Tidak ku termampu merentasi liku-liku 
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu 
Oh sungguh ku tak upaya 
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan 
Bisa meleraikan iman 
Kan hancur semuanya 

Walau menitis airmata darah 
Tak bisa merubah segalanya 
Melainkan taubat nasuha 
Moga kan diterima 
Namun ku percaya 
Masih ada kesudahannya 
Kerana allah itu 
Maha kaya maha mendengar 
Rintihan hamba-hambanya 
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya 
Pasti akan ada 
Jalan keluarnya 

Rezeki yang tidak disangka-sangka 
Cukup allah baginya 
Berkuasa segala-galanya 
Terima seadanya



Tanpa Agama


Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa


Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia

Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada Tuhan kecuali Allah
Tuhan Yang Esa Lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah


Sifat Mahmudah

inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

( ulang korus )

************************************************************************************************************

Monday, September 3, 2012

Jemputlah ke undangan majlis ana...

Bismillahirrahmanirrahim ..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

Allahumma sollia ala muhammad, waala ali sayyidina muhammad ...

Alhamdulillah, ku panjatkan rasa syukur , alhamdulillah isyak tadi masih bersama kita ...
mudah-mudahan subuh esok juga dapat bersama kita ....

aku dapat merasakan kekalutan kini dengan keserabutan yang melanda diri yang kerdil ini dan jua sahabat-sahabaiah di luar sana ..

kesibukan ber'asiggment', ber'praktikum, ber'AR', ber'sbe' dan ber-ber yang lain-lain ...

pesanan al-faqir kali ini mudah-mudahan sampai pada hati pembaca apatah lagi mudah-mudahan sampai pada hati al-faqir terutamanya ...

walau sesibuk mana pun, jangan tinggalkan Allah, jangan kurangkan masa untuk mengingati Allah (zikrullah), jangan kurangkan masa untuk hadirkan cinta kepada Allah dan Rasul, dan jangan lupa untuk menghidupkan ruhani kita dengan beribdat kepada Allah s.w.t....

PESANAN AL-FAQIR ASYIQ AZHAD;
pengulangan kata yang sama setiap masa..
cuma mampukah ia terkesan di hati pembaca..??
wallahualam.

 

ana nak berkongsi suatu perkongsian ustaz dari masjid as-salam pada hari ini ..


Tajuk beliau: Keberkesanan Tarbiyah Ramadhan....

Persoalan pertama:

1. Sempurnakah tarbiyah Ramadhan kita sehingga ke hari ini?

adik-adik, sahabat-sahabat, hadirin hadirat yang dikasihi Allah s.w.t, baru sahaja 2 minggu Ramadhan berlalu, sahabat-sahabat, tetapi ruh Ramadhan sudah hilang dalam diri kita ...

cuba antum lihat keberkesanan tarbiyah Ramadhan dalam diri kita semua?

1. sebelum ini, pabila duduk sahaja, baca qur'an, tetapi selepas habis Ramadhan, 1 lembaran pun tidak habis dibaca sehari,

2. Ramadhan, banyak beriktikaf di masjid , tunggu sampai nak ber'qiamullail di masjid, niat iktikaf lagi,  , tetapi pabila habis Ramadhan, tahi cicak lebih penuh daripada tetamu yang hadir mengimarahkan rumah Allah s.w.t...

tengok bukan di masjid as-salam sahaja, kata ustaz, tetapi di masjid merata tempat, boleh dihitung jumlahnya, jumlah kipas lebih banyak daripada jumlah tetamu yang hadir di masjid Allah s.w.t...

Ramadhan, ramai yang bergnedongan ke masjid, broom broom ke masjid, berkopiah, berjubah, berserban, tetapi pabila habis  Ramadhan, duduk lepak layan bola ber'jam jam lamanya ...

bersembang , niat nak qiamullail datang masjid, tetapi duk bersembang sampai jam 2 pagi, lepas tu , qiam entah ke mana dan subuh entah ke mana ...tunggu sampai pak imam kejut ...

di manakah keberkesanan tarbiyah Ramadhan yang kita bawa sehingga hari ini?

3. qiamullail

seperti yang ana maklum tadi, bulan Ramadhan, jaga qiamullail, selepas Ramadhan, qiamullail jadi qiamat ....

di manakah keberkesanan ruh Ramadhan di hati kita pada hari ini?

nak lihat kejayaan pentarbiyah Ramadhan , lihat ke'istiqamahan' kita pada hari ini..bukan sampai 'penghujung Ramadhan'...

jangan jadi futur kata Dr. sayyid Muhd Nuh ...futur selepas Ramadhan ...

Futur dimaksdukan oleh beliau ialah "berhenti setelah beramal"

atau malas melakukan amalan ....

jadi ubat futur ialah "istiqamah"....

uat futur ialah istiqamah, cuba rujuk surah hud ayat 112, untuk menjadi seorang hamba yang istiqamah, boleh amalkan surah hud ayat 112 .... ini ...


kejayaan tarbiyah Ramadhan dalam diri kita bila ada kesinambungan segala amalan-amalan kita selepas bulan Ramadhan ...


terkesan pada jiwa dan membuatkan kita tidak 'futur' (berhenti) selepas Ramadhan ..

contohnya:  tidak berhenti baca quran,
                  tidak berhenti qiamullail
                  tidak berhenti bersedekah
                  tidak malas untuk beriktikaf di masjid
                   dan lain-lain lagi ...
                   tidak berhenti melakukan solat-solat sunat ...


ustaz kata, mari kita susun langkah !!!

kita nak langkah ke syurga atau nak langkah ke neraka ....???

baru sahaja 2 minggu Ramadhan meninggalkan kita ....

rumah Allah sudah sunyi sepi ....

banyak tahi cicak dari tetamunya...

baru 2 minggu Ramadhan meninggalkan kita ..

al-quran tak selak-selak sudah sampai lor ni..

baru 2 minggu Ramadhan pergi .. 
qiamullail tak terjaga-jaga , agaknya makan kuih banyak sangat ...

benarlah apabila aku melihat .... dan aku belajar daripada pengisian-pengisian ini ...


"JANGAN JADI HAMBA RAMADHAN, JADI HAMBA ALLAH SELAMANYA"...

jangan hanya berlumba-lumba pada bulan Ramadhan, bulan seterusnya juga harus dijaga ...

barangsiapa ad masanya dengan Allah, pasti Allah ada masa dengan Dia nanti di akhirat sana ...kata ustaz Adnan ...

jadi, renung-renungkan wahai dri al-faqir ....
moga terkesan di hati dan di jiwa ..

ambillah satu ayat yang mampu mengubah diriku jua dirimu untuk mengejar cinta Ilahi, bahkan mengejar pengabdian kepada Ya Rabbul Jalil ...

walau sesibuk mana pun kita lor ni..
'sampaikanlah walau satu ayat'...

sekuarng2nya bila Allah tutupkan mata esok hari, ada sesuatu yang terbaca oleh hambaNya, dan menambah bekal kita di sana...pahala mengalir tidak terputus-putus oleh penyampaian ilmu kita kepada manusia..

mudah-mudahan ianya bermanfaat dan membuatkan sidang pembaca terfikir dan tergerak untuk menjadi hamba kepada Allah yang kekal selamanya ..

Allah diutamakan ..
insyaAllah ...
akan ada sakinah walau dalam kesusahan ..



ada 4 perkara yang manusia lupa:
Pertama: kerana manusia terlalu cinta dunia membuatkan manusia lupa kepada akhirat...


mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan itu ....


Rukun istiqmah:
1. jangan melampaui batas dalam beragama 


bersambung ....................

ustaz berhenti setakat itu , kalau nak tahu pengisian selanjutnya, kena pi sana....

insyaAllah ada rahmat dariNya, ada sakinah anugerahNya, insYAaLLAH...

ada daripada ustaz, dan ada penambahan sedikit sedikit dari sudut struktur, dan penambahan kata ...

apa yang baik datang dari Allah, dan apa yang kurang itu juga datang dari Allah, disandarkan pada diri yang lemah ini, mudah-mudahan bertemu kembali dengan keizinan dari Allah s.w.t...

salam rindu buat hamba..


JEMPUTLAH KE UNDANGAN MAJLIS "PENGABDIAN ANTARA HAMBA DAN KHALIQ"...

dari ana ...

selaku pengajur..
asyiq azhad...
 
WASSALAM.

Sunday, July 29, 2012

Tazkiyatun nafs ...

Alhamdulillah, banyak perkongsian yang ana dapat pada malam ini. Kata-kata itu benar-benar menyerap masuk terasa zouq dalam hati, insyaAllah, mudah-mudahan Allah senantiasa bantu kita dalam penverahan tazkiyatun nafs...

Dalam penat bekerja, hati memerlukan tazkiyatun nafs supaya dapat mengurangkan rasa beban, mengurangkan rasa kesulitan dan tambah-tambah lagi menjauhkan sifat dan penyakit-penyakit hati yang bersarang di dalam hati.

Sebab itu ana menegaskan dalam bergerak kerja, persoalan tazkiyatun nafs perlu diJAGA ....

Taubat itu menyenangkan si Hamba dan meredakan Tuhannya.

Jalanilah hidupmu dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan anda.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri amat disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benarlah bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:

“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)


Bertaubat bermakna membersihkan hati dengan air mata penyesalan. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati( tazkiyatun nafs), pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-orang yang bertaubat, modal bagi orang-orang yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.


Petanda orang yang bertaubat ialah dia tunduk, mudah tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.


Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-kesalahannya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.


Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-dosa kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang  terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita?


Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-lagu pop terkini, daripada merayu-rayu memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. Ayuh sama-sama kita renungkan!


Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..


Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini anda mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

Friday, April 20, 2012

Nikmat syurga..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi mAHA Mengasihani........

Segala puji aku panjatkan ke atas Tuhan sekalian alam, yang memilki arsy dan seisi langit dan bumi..........

"La Haula Wala Quwwata Illa billah"....................
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah s.w.t.........




alhamdulillah.....
Allah masih lagi memberi kekuatan untuk melakar tinta tak seberapa untuk dihiasi di halaman ini..

Allahuakbar,,
bila kita sakit, bermacam2 nikmat kita ditarik, antaranya, kekuatan kita untuk bergerak, berjalan, hilang selera makan, hilang nikmat pendengaran yang baik, badan menjadi lemah tersangat lemah, hanya mampu terbaring dan yang terpenting sekali ialah nikmat ;;;;;
KEBERSAMAAN DENGAN ALLAH S.W.T....................................



Allah.....
maaf di atas segala dosa dan khilaf hamba...
hamba mengharap...
Engkau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..
mengampunkan dosa hambe sebelum hamba kembali menghadapaMu....


hamba terasa sangat sayu.....
hamba teruji dengan sedikit sahaja kesakitan,
tetapi harini hamba sudah tak terdaya untuk bertahajud padaMu..........
Allahuakbar!!!!!!!!!
.....................................................................................


hamba terasa kosong hari ini...
dengan badan hamba yg tersangat lemah..
terubati hanya dgn bacaan quran..
sekalipun solat sunat hamba merasa sangat lemah hendak melaksanakan...

................
Allah............
Engkau menarik semua nikmat kemanisan itu...
adakah engkau mahu menarik kemanisan itu.....??
kemanisan untuk beribadat kepadaMu.....


gugurkan dosa hamba..
gugurkan dosa hamba..
gugurkanlah dosa hamba..


Sifat sabar ketika ditimpa penyakit antara ciri golongan yang ber-iman dan kesabaran itu akan mendatangkan kebaikan berupa ganjaran baik daripada Allah antaranya penghapusan dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu.


Terasa semangatku kembali pabila terbacakan hadis ini; 
 
 "Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla pernah berfirman: Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini supaya dia dapat selamat dari api neraka pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

 .........................................


الحمدلله  ......


.........  أستغفر الله

Peringatan buatku...

inna lillahi wa inna ilahi Rajiun..

 "sesungguhnya semuanya berasal dari Allah, dan akan kembali pada Allah"..



dalam dunia ini..
semuanya tidak ada yang kekal..
hatta harta sekalipun...
harta akan habis..
jawatan..
jawatan sekalipun bila ditelan usia akan ade pengganti,
kecantikan,
kecantikan akan luput bila mencecah usia tua..


bukan sahaja ia tidak kekal,
tetapi ia juga banyak membawa manusia ke arah kebinasaan dan kehancuran...


bila ada harta,
diri semakin tamak mengumpul harta,
bila ada jawatan,
diri semakin tamak merebut dan merebut jawatan,
bila semakin cantik,
diri semakin ghairah untuk jadi rebutan manusia..






sinar hidayah Allah membicarakan perihal hakikat manusia...
sinar hidayah Allah membicarakan perihal penuh maknawi hasil dari duniawi...
andai sinar hidayah Allah kehilangan si 'admin' nya.......
hanya satu impiannya.....

kembalilah kepada Allah Yang Esa...
kerana usia kita tidak panjang..
jangan hanya menanti hidayah datang,,
takut izrail menarik nyawa kita lebih awal..
kita sama-sama nak masuk syurga..
tapi syurga bukan barang mainan..
syurga bukan khayalan,
syurga bukan dongengan...
tapi syurga itu jaminan...
Allah pasti meletakkan hamba2 NYA yang beriman di teratak syurgaNya...

sekalipun hamba tidak tahu di manakah Allah letakkan hamba di sana nanti...
di syurgakah, atau di nerakakah......


hamba tetap mahu saudara hamba yang hatinya tulus dengan sinaran hidayah Allah ini beradu di dalam syurga nan indah abadi selamanya....
................................
Allah, hamba hanya mampu mengalir air mata bila mengenang diri hamba...
orang yang menulis belum tentu dapat masuk syurga Allah..
entahkan hambe ini yang jauh dari syurga Allah........................


mengapa hamba menangis sekarang ini....
hamba terkenang dunia yang hamba lalui selama 22 tahun...
adakah cukup amalan hamba 22 tahun ini utk dipersembah kepada DIA...
dan cukupkan amalan ini utk menempatkan hamba di dalam syurgaNYA...??

aLLAH.....
Perjalanan hamba semakin hari semakin singkat...
semakin singkat...
semakin singkat..
semakin singkat...

أستغفر الله

أستغفر الله
 
أستغفر الله


Apakah yang sudah hamba lakukan?..
Apakah yang sudah hamba lakukan?..
Apakah yang hamba sudah lakukan?...


sinar hidayah Allah itu milik kita semua...
jadilah seperti Umar..
sewaktu jahilyah dia adalah orang yang paling hebat menentang silam..
tetapi apabila dia menerima hidayah dari Allah..
dia adalah orang yang paling hebat  mempertahankan islam,
hatta siang dan malamnya berjaga mata untuk beribadat kpd Allah s.w.t...

lihatlah bencana yang berlaku..
tsunami,
perpecahan,
pembunuhan,
peperangan,
maksiat yang bermaharajalela,'
itu semuanya bukti kiamat hampir tiba...
kiamat hampir tiba....

sinar hidaya Allah ingin kita semua merenung dan berfikir...
berfikir sejenak kehidupan yang bakal berakhir...








BICARA SYURGA MAMPU MEMBAWA SIDANG PEMBACA TERTAWAN DENGANNYA INSYAALLAH;

Abu Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaran."



                        Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia."


                        Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."
 



Alhamdulillah, syukur Allah mengizinkan hamba mencoretkan sampai ke penghabisannya. Moga diberi kekuatan untuk menyebarkan kalam-kalamNYA..

BY; AsyiqbelumpastisyurganerakamilkNYA.com
 
 
 

Sunday, April 15, 2012

sebab kita kurang ingat mati,lah punca kita ni jadi lagho...

 Bismillahirrahmanirrahim..

sedang mendengar lagu "menanti di alam barzakh"...

ptg tadi seronok memasak2 dalam usrah ;) ;) 

hurm....
lama dh jiwe ni tak ingat pasai mati..
Allahuakbar..
buku hambe besar, 
ana 'ter' beli buku tu...
tp mungkin Allah nak ana baca buku tu...
Allahuakbar...
kematian yg berada di hujung jari....

manusia tahu..
semua manusia tahu mcm aku...
mereka tahu adanya mati...
cuma....
manusia seperti aku kurang menghayati hakikat kematian itu seperti apa...
dan apa yang perlu dilakukan sbg hamba untuk kembali pada Pencipta...

manusia tahu...
hakikat mati...
tapi manusia kurang faham...
manusia mungkin kurang mendalami ilmu..
mungkin ada juga manusia yang sangat hebat dalam mendampingi ilmu..
boleh huraikan siap dengan hafal muka surat dsbgnya...
tapi x semua beriman denganNya...
x semua yang gentar bila mendengarkannya...
x semua yang mampu mengalirkan air mata kerana mengenangkannya...


Allah...
nabi s.a.w kurang tertawa dan banyak menangis...
kata nabi, "kalau kamu tahu ap yang aku tahu, sudah tentu kamu banyak menangis dari tertawa....."


jadi, kite ni setara mana........?
banyak mengingti perihal dunia, terlupa utk mengingati perihal mati...
Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!


berapa banyak selepas solat kita, kita memerhati dan membuka ruang muhasbah jiwa dengan mengingati mati....

berapa banyak selepas solat kita, beristighfar memohon ampunan dri Allah supaya diampun dosa2 sebelum kembali menghadapNya Yang Esa..



berapa banyak kita menangisi dosa2 yang membawa kita kpd kehancuran dan seksaan di kubur nanti...


berapa banyak kita mengenang keadaan kita di kubur nanti, di mahsyar, di titian sirat, .....................
Allahuakbar..


............................................


Allah, kembalikan aku pada ingatan,  bahwa aku mesti sentiasa mengingati akan kematian yang berada di belakangku...


saya tak kan berhenti menulis selagi hati saya x mampu untuk menginsafinya...
x kan...x kan.......


Allah.......................................................................

 macam mana hati ni nak jadi seorang yang begitu tawadhuk?


bagaimana nak jadikan hati sokmo2 jadi seprti hati nabi yang ingat sokmo tentang mati....




bagaimana nak jadikan hati ini selalu tenang dan bersederhana dalam setiap perkara pabila mengenangkan mati....


Allah......


aku nak jadi hamba yang ingat sokmo tentang mati...


supaya aku takut pada larangan2nya...
takut buat makisat hati, jiwa...
takut melaksana kejahatan..
berlumba2 kejar kebaikan...


aku takut mungkar nakir yang akan bertanya aku dgn wajah bengisnya  di alam kubur nanti..
aku takut malaikat raqib atid catit lebih banyak dosa dari amal pahala..


sebab itu destinasiku..dan destinasi semua...


x smua orang hayati dan anggap mati itu destinasi utk mereke pergi ke akhirat...




x semua....


x semua...


x semua..


akan insaf..


x semua akan fikrikan...


x semua akan hayati...


x semua akan berubah...


x semua mampu bangkit dari lena...


x semua mampu............




kebanyakan hanya berkata, ' dunia dulu, dunia dulu....rasailah dunia, baru dpt rasa akhirat...



sbb kita terlalu fikir dunia sokmo,lah kita jadi lagho....dan  kita masih mampu bergembira dan bergelumang dengan pesona dunia.....





itulah manusia.....


wallhualam...





Saturday, March 24, 2012

Akhirat Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...



sedang aku menulis , tup tup laptop terpadam..
x apelah, aku tetap ingin menulis..
hobi, kan...


mengalir air mataku mendengar lagu hiba, "Debu-debu dosa" by HiJJaz...


Ya Allah, aku terasa bahagia..
bahgia menyampaikan tentang perihalnya...
perihal apakah itu..
perihal akhirat...
walau aku tidak selayaknya berkata..
tetapi aku tetap bahagia..
menyampaikannya..

bahagianya aku menyampaikan, Ya Allah..
aku suka untuk menyebut perihal akhirat..
aku ingin membawa diriku ini selalu mengenang akhirat..
malah aku ingin cuba membawa saudara-saudaraku mengenang akhirat..
biarkan aku lelah untuk menceritakan..
asalkan aku bahagia, YA aLLAH
aku bahagia..
biarpun aku bukan yang tebaik..
walaupun aku bukan yang selayaknya bicara..
aku tetap bahagia..
biarkan seisi dunia mengetapikan bicaraku..
tidakku peduli...
aku tetap bahagia...


aku adalah aku...
yang sentiasa turun naik imannya..
namun aku ingin katakan..
aku bahagia..
pabila aku mengenang akhirat..
aku merasa Allah itu dekat..
Allah itu dekat...
Allah itu dekat...
bahagianya aku..
ditemani Tuhan dan bayangan akhirat...

wahai seisi dunia...
aku berteman..
dan temanku adalah Allah...
dan Allah menghadiahkan aku " bayangan akhirat"..
ke mana saja aku berada..
ia seperti  tali yang terselit di bahuku



Ya Allah,
walau mungkin ramai di antara saudaraku kurang mempedulikan,
namun aku tetap mengusahakan..
agar saudaraku turut mengenangkan akan akhirat..
walau aku kepadatan waktu..
walau aku kesakitan..
walau aku lemah..
aku tetaap akan memperjuangkan bicara ini...
kerana aku merasai kepentingannya..

kerna apa..
kerna apa , Ya Allah..
kerna akhirat itu masa depanku..
masa depan saudaraku..
masa depan kami..
sebelum nafas terhenti..
biarkan aku terus menyampaikan..
menyampaikan walau kurang hasilnya..

Ya Allah, kau perteguhkan hatiku dalam usaha ini..
jatuh bangunku hanya dengan sinaran iman yang terkadang malap,
walaupun masaku terambil
walaupun masaku terkurang
aku tetap bahgia dalam melakar kalam'
terima kasih Ya Allah
atas peringatanMu..

dokonganmu..
bimbinganMu..
selalu menguatkanku..
biarpun aku kehabisan waktu..
tetap aku merasa bahagia..
atas ingatanMu padaku..
'akhirat'..
itu akan mendatangiku..
aku mengharapkan ia menyambutku.
bukan terpaksa menyambutku..
ringankan aku di hari pertemuan nanti..
bersama bayangan ini yang menemani..


 sebelum nafas terhenti..
aku tetap tidak akan kecewa..
membawa sesisi dunia ..
mengenang alam yang bakal tiba..
walau seisi alam tidak mempedulil..
aku tetap berbahagia...

akanku bawa ia di dalam jiwaku..
'akhirat, akhirat, akhirat di hadapanku'..
Allah , Allah, Allah tempat pengembalianku...

Ahamdulillah...
aku terasa tersangat bahagia..
bahagia dalam kasih sayang..
bahagia dalam renungan
bahagia dalam bayangan
bahagia dalam pencarian..

jangan biarkan aku sendirian..
sendirian dan putus asa melakar kalam..
kalam bicara menyeru manusia menyembahMu , Tuhan..
moga aku tidak berputus asa..
menyampaikan walau bukan selayaknya...


wallahualam..

Thursday, March 22, 2012

Muhasabah Persediaan menuju akhirat..



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini Allah telah memberi kita peluang untuk menikmati segala nikmatnya di atas muka bumi ini...


Hati tergerak untuk menulis bila mana mendengarkan lagu sayu, "debu-debu dosa' by hijjaz.....

pertamanya, aku lakarkan kalam , sejurus sidang pembaca yang dirahmati Allah turut melfazkannya..
"Ampunkan aku, Ya Allah".....
"Ampunkan kami, Ya Allah".......
terlalu banyak dosa kami...
sedang Engkau sahaja yang mengetahui..
betapa banyaknya dosa kami...
dosa yang menggunung,
tidak sempat untuk kami hapuskan dengan zikir kami, taubat kami,
datang pula dosa2 lain yang hinggap ke dalam hati nurani kami..

Ya Allah,
kami banyak mengingati dunia sebagai tempat penujuan kami, masa depan kami,
sedang akhirat itulah tempat kembali kami, masa depan kami,
tersadung kami dalam memburu dunia..
terlupa akhirat kami tertinggal di merata...

Ya Allah,
dunia ini tidak kekal abadi,
sedang dunia mengajar kami bagaimana untuk hidup di alam hakiki,
hakikat kami sedang membawa dunia kami menuju dunia yang satu lagi (ukhrawi)
terkadang kami tersalah memilih jalan kami...
pesona dunia, keindahan , kemewahan serta keselesaan melupakan kami kpd pertemuan kami denganMu wahai Yang Hakiki,
bila mana kami berdoa,
kami banyak meminta untuk masa depan dunia kami,
sedang kami terlupa untuk meminta yang terbaik di pertemuan kita (hamba & Tuhan) nanti..


aku hambaMU yang terkadang alpa akan hari pertemuanku denganMu,
namun aku tidak mahu membiarkan diriku terus menerus melupakan hari pertemuanku denganMU..
.............................................................................................................
Allah,
pastinya aku akan kembali di sisiMu nanti,
berikan aku waktu lagi untuk aku berusaha mencantikkan persembahanku menghadapMU,
............................................................................................................
kerdilnya aku merasakan aku masih jauh dari merasakan nikmat syurgaMu,
sedang aku mampu membayangkan keperitan azab nerakaMU,
............................................................................................................


Aku memiliki insan yang aku kasihi.
mereka adalah ibu dan ayah,
sahabat-sahabat,
srta saudara2 seaqidah...
jangan kau biarkan ada di antara kami yang tercicir dari jalanMu,
bawalah kami bersama-sama bertemuMu dalam keindahan,
jangan kau biarkan ada di antara kami tercicir dari syurgaMu,
sesungguhnya kami tidak sanggup untuk merasai api nerakaMu,

akhirat itu sedang menanti kita semua...
dunia kita jalani seperti biasa..
namun jangan biarkan dunia kita hiasi dengan perkara yang sia-sia...
dijadikan dunia untuk pengabdian menuju akhirat..
seperti jambatan yang menghubungkan kita dengan sebuah mahligai bahagia..
andai kita tidak bercita-cita untuk menuju smpai ke akhirnya...
dan andainya kita merosakkan jambatan itu...
akan terjatuhlah kita secara tidak sedar  dari jambatan tersebut (neraka)....


buat sahabat-sahabat yang aku kasihi kerana Allah...
sebelum akhirat...
marilah kita membuat persiapan..
persiapan untuk menghadapNya...
isilah dunia dengan beribadat kepadaNya..
moga di akhirnya kita bertemu bahagia..
bahagia yang tidak pernah malap,
dan tidak pernah berhenti walau seketika..

nikmat dunia terlalu jauh andai hendak dibandingkan dengan nikmat akhirat...

wallahualam..

asyiqtomatim.com

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..