Showing posts with label BICARA TENTANG KEMUSYKILAN. Show all posts
Showing posts with label BICARA TENTANG KEMUSYKILAN. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Tazkiyatun nafs ...

Alhamdulillah, banyak perkongsian yang ana dapat pada malam ini. Kata-kata itu benar-benar menyerap masuk terasa zouq dalam hati, insyaAllah, mudah-mudahan Allah senantiasa bantu kita dalam penverahan tazkiyatun nafs...

Dalam penat bekerja, hati memerlukan tazkiyatun nafs supaya dapat mengurangkan rasa beban, mengurangkan rasa kesulitan dan tambah-tambah lagi menjauhkan sifat dan penyakit-penyakit hati yang bersarang di dalam hati.

Sebab itu ana menegaskan dalam bergerak kerja, persoalan tazkiyatun nafs perlu diJAGA ....

Taubat itu menyenangkan si Hamba dan meredakan Tuhannya.

Jalanilah hidupmu dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan anda.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri amat disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benarlah bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:

“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)


Bertaubat bermakna membersihkan hati dengan air mata penyesalan. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati( tazkiyatun nafs), pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-orang yang bertaubat, modal bagi orang-orang yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.


Petanda orang yang bertaubat ialah dia tunduk, mudah tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.


Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-kesalahannya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.


Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-dosa kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang  terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita?


Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-lagu pop terkini, daripada merayu-rayu memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. Ayuh sama-sama kita renungkan!


Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..


Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini anda mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu? siapa tu..


erykah-badu1

Kontroversi penyanyi R&B, Erykah Badu yang mencacah tatu dengan nama Allah s.w.t di badan, akhirnya sampai ke penghujung apabila konsert yang sepatutnya di pentaskan hari ini telah dibatalkan.


Tahniah kita ucapkan kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  di atas ketegasan itu.
Secara jujurnya penulis sendiri tidak mengenali siapakah Erykah Badu hinggalah gambar kontroversi penyanyi tersebut disiarkan di akhbar The Star.
A government committee that includes police and Islamic policy officials decided to forbid Badu’s show because the body art was “an insult to Islam and a very serious offense,” Information Minister Rais Yatimsaid in a statement. (Sumber: NyDailyNews)
PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.
“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.


Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.


Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.
Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta. (Sumber: MStar Online)

Dari satu sudut, tindakan The Star yang tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila menyiarkan photo tersebut memang amat kurang ajar & melampaui batas. Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dibuat, namun bukan sedikit yang masih terguris gara-gara tindakan tersebut.


Tambahan pula, dalam banyak-banyak gambar Erykah Badu di internet, kenapalah gambar yang bertatu dengan nama Allah s.w.t tu jugalah yang dipilihnya bagi menghiasi artikel dalam akhbar The Star. Pelik & sengaja nak mencuit kah?
Apology for Erykah Badu photo
A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight.-The Star
Pun begitu jika diamati dari sisi lain, rasanya tak salah kalau penulis mengandaikan sekiranya photo kontroversi tersebut tidak tersiar di The Star, ada kemungkinan konsert Erykah Badu tetap berlangsung seperti dijadualkan & mungkin ramai (termasuk penulis) yang tidak tahu perihal dirinya yang bertatu dengan kalimah Allah s.w.t.
Setiap sesuatu kejadian ada baik dan buruknya, ada manfaat & mudarat, dan mungkin ada jua hikmah disebaliknya.


Sama macam kes khalwat la, sekarang kita baru tahu ada khidmat nasihat & kaunseling hingga pagi dinihari di hotel-hotel penginapan untuk isteri orang yang bermasalah dengan suami sendiri. Kalau tak berlaku tangkapan khalwat tu, mahunya kita fikir kaunseling rumahtangga hanya terhad di pejabat agama, tak gitu?


Yang penting sekarang, dengan segala desakan & bantahan khalayak umum terhadap The Star & penyanyi tersebut akhirnya mendapat perhatian kerajaan.


Kepada anggota mesyuarat Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang terdiri daripada wakil kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya, syabas diucapkan kerana prihatin mengusulkan pembatalan konsert tersebut.

Saturday, February 4, 2012

Tips solat khusyuk




Menghadirkan khusyu’ dalam sholat dalam dilakukan melalui dua cara. Pertama: mengupayakan amalan-amalan yang merangsang kekhusyu’an dan kedua: menghilangkan hal-hal yang merusak kekhusyu’an.


Adapun amalan-amalan yang mengantarkan kepada kekhusyu’an adalah sbb:

1). Persiapkan diri untuk sholat. Itu dimulai dengan mendengarkan adzan dan mengikutinya, berdoa adzan, memperbaiki wudlu, berdoa setalah wudlu, melakukan siwak sebelum sholat, mempesiapkan baju sholat, tempat sholat dan menunggu waktu sholat. Bukan bergegas sholat ketika waktu hampir lewat.


2). Thoma’ninah: yaitu berhenti sejenak pada setiap rukun-rukun sholat. Dalam hadist diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. ketika sholat, beliau melakukan thma’ninah hingga semua anggota badan beliau kembali pada tempatnya. (H.R. Abu Dawud dll.)


Dalam hadist lain Rasulullah s.a.w. bersabda:”Seburuk-buruk pencuri adalah pencuri sholat. Bagaimana itu wahai Rasulullah, tanya sahabat. “Mereka yang tidak menyempurnakan ruku’ dan sujudnya. (H.R. Ahmad dan Hakim: sahih). Seseorang tidak akan bisa khusyu’ tanpa thoma’ninah ini karena cepatnya pergerakan sholat telah menghilangkan kekhusyu’an dan konsentrasi hati.


3). Ingat kematian saat sholat. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:”Ingatlah mati saat kamu sholat, sesungguhnya seseorang yang ingat mati saat sholat maka ia akan memperbaiki sholatnya, dan sholatlah seperti sholatnya orang yang mengira itu sholatnya yang terakhir” (Dailami: sahih). Rasul juga pernah berpesan kepada Abu Ayub r.a. “Sholatlah seperti sholatnya orang yang pamitan” (Ahmad: sahih).

4). Tadabbur (menghayati) ayat-ayat Quran yang dibaca saat sholat, begitu juga dzikir-dzikir dan bacaan sholat lainnya lainnya serta menyerapkannya dalam diri mushalli.

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ (29)
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Shad:29).


Dari Hudzaifah r.a. :Aku sholat di belakang Rasulullah s.a.w., satu malam. Beliau membaca dengan bebas. Ketika melewati ayat di dalamnya ada tasbih, beliau bertasbih, ketika melewati ayat permintaan beliau meminta dan ketika melewati ayat minta perlindungan, beliau pun meminta perlindungan” (Muslim).
Tadabbur dan tafakkur terhadap ayat-ayat Allah merupakan pengantar kekhusyu’an.


Begitu juga menangis saat mendengar atau membaca ayat-ayat Allah. Allah berfirman:
وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا
Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.(Isra’:109).


Atho’ pernah bertanya kepada Aisyah r.a.: ceritakan kepadaku apa yang paling kau kagumi dari Rasulullah, lalu Aisyah menangis.


Suatu malam Rasulullah s.a.w. berdiri untuk sholat, beliau berkata: Wahai Aisyah biarkan aku menyembah Tuhanku. Sesungguhnya aku senang bersamamu dan aku senang menyenangkanmu”. Lalu beliau pun bangun dan sholat, lalu beliau sholat sambil menangis sehingga lantai kamarku basah karena air mata beliau.



Lalu berkumandanglah adzan Bilal untuk subuh, ketika Bilal melihat mata Rasulullah basah karena menangis, Bilal pun bertanya:”Wahai Rasulullah, untuk apa engkau menangis padahal Allah telah mengampunimu dosamu yang lalu dan yang akan datang? Rasul menjawab: Wahai Bilal aku lebih suka untuk menjadi hamba yang banyak bersyukur. Malam ini diturunkan kepadaku ayat yang ruglilah orang yang membacanya dan tidak menghayatinya, yaitu ayat Ali Imran 190-194. (Ibnu Hibban:sahih).


5). Membaca ayat satu-satu. Ini juga mengantarkan kepada khusyu’ karena mengantarkan kepada pamahaman dan penghayatan. Umi Salamah berkata bahwa Rasulullah membaca fatihah dalam sholat dengan basmalah, lalu berhenti lalu membaca hamdalah lalu berhenti lalu membaca arrohmaanirrohiiim dan seterusnya. (Abu Dawud: sahih).



6). Memperindah bacaan Quran dan tartil dapat mengantarkan kepada kekhusyu’an. Allah berfirman:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً
Hai orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari [1] kecuali sedikit [daripadanya], (2) [yaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (Muzammil 1-4)



Rasulullah s.a.w. berpesan:”Perindahlah al-Qur’an dengan suaramu yang merdu, karena suara yang indah akan memperindah al-Quran” (Hakim:sahih). Dalam hadist lain beliau bersabda:”Sesungguhnya seindah-indah suara orang membaca Quran, adalah kalau ia membaca maka orang-orang yang mendengarnya akan takut kapada Allah. (Ibnu Majah: sahih).



7). Beranggapan bahwa saat sholat ia sedang menghadap kepada Allah. Dalam sebuah hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya kalian apabila sholat maka sesungguhnya ia sedang bermunajat (bertemu) dengan Tuhannya, maka hendaknya ia mengerti bagaimana bermunajat dengan Tuhan. Hakim: sahih).


8). Memperhatikan pembatas depan sholat. Sebaiknya ketika sholat menghadap pembatas depan, misalnya dinding atau pembatas yang polos. Tujuannya adalah agar pandangan mata kita tidak terganggu oleh obyek-obyek visual yang mengganggu konsentrasi kita.


Rasulullah s.a.w. bersabda” Hendaklah kalian ketika sholat menaruh pembatas di depannya agar syetan tidak memutuskan sholatnya” (Abu Dawud: sahih). Sebaiknya pembatas tersebut berjarak tiga jengkal dari tempatnya berdiri dan sejengkal dari tempat sujudnya. (Fathul Bari).


9). Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada. Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami para nabi diperintahkan agar dalam sholat meletakkan tangan kanan di atas atas tangan kiri (Thabrani:sahih).


Imam Ahmad menjelaskan bahwa tujuannya adalah agar kita menundukkan diri di depan Allah dengan khusyu’. Ibnu Hajar mengatakan bahwa sikap seperti itu adalah sikap seorang yang meminta dengan merendahkan diri dan sikap seperti itu lebih mengantarkan kepada kekhusyu’an.


10). Mengarahkan pandangan mata pada tempat sujud. Dai Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. ketika sholat beliau menundukkan kepalanya dan pandangannya tertuju ke tempat sujud. (Hakim:sahih). Begitu juga ketika beliau memasuki Ka’bah beliau tidak memalingkan pandangannya dari tempat sujudnya hingga keluar dari Ka’bah”. (Hakim: sahih).


Bagaimana dengan pendapat sebagian orang yang melakukan sholat dengan memejamkan mata dengan dalih itu bisa mengantarkan kepada kekhsyu’an.
Sesungguhnya itu bertentangan dengan contoh yang diberikan Rasulullah s.a.w. Beliau diriwayatkan tidak pernah sholat dengan memejamkan mata. Namun demikian para ulama beda pendapat mengenai masalah itu. Imam Ahmad mengatakan memejamkah mata saat sholat hukumnya makruh karena itu kebiasaan orang Yahudi.


Sebagian ulama mengatakan tidak makruh asalnya demi tujuan baik, misalnya kalau tidak memejamkan mata terganggu oleh obyek-obyek visual yang ada di depannya atau di sekitar tempat sholat, maka memejamkan mata pada kondisi seperti itu dianjurkan.


11). Sebagian ulama melihat bahwa meragamkan bacaan sholat dapat mengantarkan kepada kekhusyu’an karena menciptakan suasana baru dalam melaksanakan sholat. Misalnya redaksi bacaan doa iftitah, ruku’, sujud, I’tidal, duduk antara dua sujud dan tashahhud ada beberapa riwayat sahih yang berbeda-beda. Membacanya dengan redaksi yang berbeda-beda dapat mempersegar suasana sholat dan mengantarkan kepada kekhusyu’an. Begitu juga bacaan-bacaan surat setelah fatihah dapat dilakukan dengan variasi ayat yang berbeda-beda.


12). Disunnahkan membaca ta’awwudz (أغوذ بالله من الشيطان الرجيم) ketika merasakan ada gangguan konsentrasi dalam sholat. Konon ketika seorang hamba hendak melaksanakan sholat, syetan menurunkan pasukannya yang disebut Khanzab untuk mengganggu orang sholat.


Abi ‘Ash r.a. berkata kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah syetan telah mengganggu sholatnya dan membolak balikkan bacaannya, Rasulullah bersabda: Itu syetan bernama Khanzab kalau kamu merasakannya maka bacalah ta’wudz lalu tiuplah ke kiri tiga kali”. Iapun melakukannya dan syetan tidak lagi mengganggunya. (Muslim).


Rasulullah juga mengingatkan: Kalau kalian sholat maka datanglah syetan mengganggu kalian, sehingga kalian lupa hitungan rakaatnya. Kalau kalian merasakannya maka sujudlah dua kali ketika ia duduk (Bukhari).


Rasulullah juga mengingatkan bahwa Syetan datang kepada kalian ketika sholat lalu membuka tempat duduk kalian, lalu ia merekayasa agar dia ragu apa kentut apa tidak, kalau kalian merasakan itu janganlah membatalkan sholat hingga dengar suara atau mencium bau (Thabrani: sahih). Bahkan konon syetan juga menganggu orang yang sholat dengan isu-isu kebaikan seperti masalah dakwah, masalah sunnah, masalah keilmuan dan politik agar sholatnya tidak lagi terfokus.


13). Bacalah cerita orang solih terdahulu bagaimana mereka berkhusyu’ dalam sholatnya. Ali r.a. ketika hendak sholat maka mukanya berubah, lalu ia ditanyai tentang itu, beliau menjawab: datang waktu ketika amanah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-gunung tapi mereka menolak tapi aku kini membawanya. Konon mereka ketita sholat memerah wajahnya karena takut akan menghadap Allah.


Salah seorang sahabat diceritakan terkena panah saat berperang, lalu ia minta agar dicabut saat ia sholat karena saat itu ia lupa semuanya dan hanya ingat Allah.



14). Berdoa dalam sholat, khususnya saat sujud. Rasulullah s.a.w. bersabda:”Kondisi paling antara hamba dan Tuhannya adalah saat sujud, maka perbanyaklah doa” (Muslim).


Dzikir setelah sholat. Setelah melaksanakan sholatnya hendaknya seorang hamba melakukan dzikir selesai sholat untuk memperkuat dan menyempurnakan sholatnya. Tentu saja tidak hanya dzikir dalam lisan tapi juga diresapi makna dan kandungannya.


Adapun perkara-perkara yang mengganggu kekhusyu’an adalah sbb:

1. Membersihkan tempat sholat dari hal-hal yang mengganggu konsentrasi seperti gambar-gambar dan ornamen yang menarik perhatian orang sholat. Aisyah r.a. pernah mempunyai kelambu di rumahnya berwarna-warni, lalu Rasulullah memintanya agar menyingkirkan itu karena itu mengganggu sholat beliau. (Bukhari).


Maka hendaknya melakukan sholat di tempat yang jauh dari kebisingan dan banyak orang lalu lalang, tempat orang ngobrol, apalagi tempat hiburan dan bersenang-senang karena itu akan mengganggu kekhusyu’an sholat. Begitu juga agar lokasi sholat tidak terlalu panas atau terlalu dingin. Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar para sahabat melakukan sholat dhuhur saat cuaca agak dingin.


2. Memakai pakaian yang polos dan tidak banyak warna. Karena itu akan menarik pandangan mushalli dan mengganggu konsentrasinya dalam sholat. Rasulullah pernah sholat dan terganggu dengan kelambu Aisyah yang berwarna-warni lalu beliau meminta untuk menyingkirkannya. (Bukhari dll.).


3. Hindari solat di waktu makan. Rasulullah s.a.w. bersabda”Tidak baik sholat di hadapan makanan” (Muslim). Riwayat lain mengatakan “Ketika maka malam sudah siap dan datang waktu sholat, maka dahulukan makan malam” (Bukhari).


4. Hindari menahan buang air besar, kecil dan angin. Rasulullah s.a.w. melarang sholat sambil menahan kencing (Ibnu Majah:sahih). Riwayat lain mengatakan bahwa Rasululllah s.a.w. bersabda kalau kalian akan sholat dan ingin ke wc maka pergilah ke wc dulu (Abu Dawud:sahih).


5. Hindari sholat dalam keadaan ngantuk berat. Rasulullah s.a.w. bersabda “Kalau kalian sholat dan ngantuk maka tidurlah hingga ia mengerti apa yang dikatakan” (Bukhari). Riwayat lain dengan tambahan: ditakutkan ketika kalian ngantuk dan melakukan sholat maka ia tidak sadar maunya meminta ampunan Allah tapi malah mengumpat dirinya. (Bukhari)


6.Hindari sholat di tempat yang kurang rata atau kuarng bersih karena itu akan menganggu konsentrasi saat sujud. Rasulullah s.a.w. bersabda “Janganlah kau membersihkan tempat sujudmu (dari kerikil) saat sholat, kalau terpaksa melakukannya maka itu cukup sekali (Abu Dawud:sahih).


7. Jangan membaca terlalu keras sehingga mengganggu orang sholat di samping kita. Rasulullah s.a.w. bersabda “Ingatlah bahwa kalian semua menghadap Allah, janganlah saling mengganggu, jangan membaca lebih keras dari saudaranya dalam sholat” (Abu Dawud: sahih).


8. Jangan tengak-tengok saat sholat. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahwa tengak-tengok dalam sholat adalah gangguan syetan. (Bukhari). Dalam hadist lain dikatakan “Allah senantiasa melihat hambanya saat sholat selama ia tidak menengok, kalau menengok maka Allah meninggalkannya” (Abu Dawud: sahih).


9. Jangan melihat ke arah atas. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Ada orang-orang sholat sambil menghadap ke atas, mudah-mudahan matanya tidak kembali” (Ahmad:sahih).


10. Menahan mulut ketika ingin menguap. Sabda Rasulullah s.a.w. Ketika kalian menguap saat sholat, maka tahanlah sekuatnya karena syetan akan masuk ke mulut kalian” (Muslim).



11. Jangan sholat seperti tingkah laku binatang. Dalam sebuah hadist Rasulullah s.a.w. melarang sholat seperti patukan gagak, duduknya harimau dan menjalankan ibadah di tempat yang satu seperti onta (Ahmad: sahih).
Akhirnya, khusyu’ ini berat tapi dapat kita jalankan melalui latihan dan membiasakan diri. Salah satu upaya agar kita dapat melakukan khusyu’ dengan mudah adalah dengan memperbanyak doa:


اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ ، اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا طَهَّرْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ ، وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ ذُنُوبِي كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ ، وَنَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ ، وَدُعَاءٍ لاَ يُسْمَعُ ، وَعِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ هُؤُلاَءِ الأَرْبَعِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِيشَةً نَقِيَّةً وَمَيْتَةً سَوِيَّةً وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍى.


Mudah-mudahan bermanfaat.
Disusun Ustadz Muhammad Niam

Tuesday, January 4, 2011

subhanallah, dengan menghafal surah tabarak, mudah untuk bangun malam..ke..?

Fadhilat membaca surah Al-Mulk
SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu.

Monday, December 20, 2010

Berzanji?



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...



Hurm...tamparan untuk ana yang baru dijawabkan dengan persoalan yang pernah ana fikir-fikirkan sebelum ini.....tapi ana masih mencari kepastian dan hakikat pencarian itu pasti akan berakhir....

Ana tibe-tibe rindukan 'berzanji'...Orang johor popular dengan berzanji....lagi-lagi, waktu maulidur rasul dan hari raya aidlifitri...buat marhaban, jalan-jalan beraya rumah dan ziarah sahabat sambil marhaban..seronok....tapi kalau salah niat, datang nak makan sahaja, habislah, tapi dulu ana kecik-kecik, memanglah niat itu entah ke mana...
nak duit raya, nak jalan2jalan dengan kawan dan ustaz-ustazah....


sekolah agama ana setiap tahun akan ada lawatan marhaban dari rumah ke rumah....
setiap tahun, akan sambut maulud nabi...dan kebiasaannya, ana dipanggil untuk membaca berzanji di masjid, di sekolah, hadiri pertandingan , sampailah ana habis form 5, hidup ana dengan  berzanji dan al - quran.....

hurm..tapi ana musykil..bila ana dapat tahu, berzanji sebuah kitab yang mengandungi syirik dan bid'ah di dalamnya...
meh sini ana cerita, kenapa?


sebab, memuja2 nabi berlebih2han, ada kisah sirah yang tidak menepati...ada unsur pemujaan....ayat2 di dalamnya ada yang dikias dengan pemujaan yang tidak sepatutnya..........



Ya Tuhan, apa yang kami ketahui, tidak sama apa yang Engkau ketahui, ada yang kami ketahui, tapi , belum sepenuhnya kami yakini, 

Ya Tuhan, aku tahu Engkau Maha Pengampun akan dosa hamba yang tidak mengetahui, maka pimpinlah hamba ke jalan yan Engkau redhai...
walaupun ini anugerahMu padaku sebagai tarbiyah untukku dari zaman mudaku mengenali kesenian islam, namun apakan daya.... aku tiada hak kepda yang bukan haknya..


Ana sudah lama mencari , hari ini ianya terungkai kembali..di saat ana rasa nk sentuh kitab kenangan ana masa lalu....tapi di situlah terdetik kembali akan keraguan ana pada keharusannya...



ana pun masih belum meyakini, 
hakikat ia masih menjadi tradisi,
tapi apa yang ana pasti,
mereka semua mengharap redhaMu, 
niat di hati,
menjadikan islam terus berseni dan tidak mati dengan tradisi....


hakikat mereka ini tidak mahu melupakan Rasullulah di mata insani,
dan usaha mereka mengelak gejala Yahudi Moden juga harus dikagumi....


terkadang benar juga, "budak muda2, kecik2 lagi dah pandai nyanyi lagu yahudi, mengagungkan lagu Yahudi, kalau budaya islami semakin dilupai, maka berpesta2lah lagi kaum Yahudi, hancurlah pemikiran generasi terakhir ini...


 Lafaz selawat yang terbaik ialah yang biasa kita baca dalam solat kita kerana itu yang diajar oleh Nabi s.a.w. (atau lafaz-lafaz selawat yang lain yang datang dari baginda).


Zikir-zikir dan doa pun begitu juga; utamakan yang makthur, Insya Allah ia lebih berkesan dan lebih mustajab.


Selain itu, Nabi s.a.w. juga berpesan; "Janganlah kamu berlebihan memuji/menyanjungku sebagaimana orang-orang Nasara berlebihan memuji Isa bin Mariam.


Aku tidak lain hanyalah hamba Allah. Maka kamu ucapkanlah (tentangku); "'Abdullah Wa Rasuluhu (Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya)" (HR Imam al-Bukhari dari Umar r.a.).



 Adapun dari segi keharusan, selama suatu bentuk percakapan atau perbuatan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak, Insya Allah ia adalah harus. 



Oleh demikian, harus mencipta qasidah atau sya’ir yang memuji dan menyanjung Nabi s.a.w. selagi tidak berlebihan sebagaimana yang dilarang dalam hadis di atas. Namun, tidak boleh kita menganggap ia sebagai ibadah atau amalan yang disunatkan kerana ibadah mesti sabit dengan nas Syarak (al-Quran atau as-Sunnah).



"Ampunilah kami semua, Ya Tuhan...sungguh kami lemah , dan tidak berdaya....berilah kami keredhaanMu dalam setiap niat kami dan perlakuan kami...ampunilah segala dosa umat islam , sungguh mereka sering terlupa akan peringatan dan sentiasa terpengaruh dengan ajakan, 

teringat akan kaum terdahulu yang banyak dibinasakan walhal telah wujud dalam kalangan mereka utusan2 Allah, tetapi mereka tetang menolak , dan akhirnya mereka dihancurkan dengan azab yang keras dan pedih...

zaman kini, mungkin Allah memberi peluang dan nafas untuk setiap anak adam di muka bumi ini  untuk kembali ke pangkal jalan dan penemuan cinta Ilahi...

mengapa tidak Allah binasakan sebagaimana kaum terdahulu?

janganlah kita memintanya sebagaimana yang telah Allah firmnkan..berkemungkinan Allah itu lebih keras lagi perancanganNya, kita tidak tahu akan setiap yang direncanakan olehNya....

sedarlah umat islam semua...kiamat juga telah terlalu hampir dengan kita...terlalu banyak petanda, dan apakah kita bersedia untuk menghadapi kiamat besar nanti??

wallahualam..

pengisian tersimpang sedikit, tapi xpelah, ramuan campur aduk...tapi mesej tu bergandingan dengan agenda Yahudi dan kita harus menjadikannya sebagai peringatan untuk kita sentiasa ingat hari yang bakal tiba, seksaan dan pembalasan....supaya kita tidak terus menerus tersimpang dari landasannya..


dan Alhamdulilah, kesimpulannya, ana xpasti jugak, walaupun ana telah merujuk kepada guru-guru ana akan hal ini, mereka mengharuskannya,, TETApi merujuk kepada sumber lain, mereka mengatakan kandungannya sesat-


Walaubagaimanapun, ianya diharuskan dan insyaAllah, mungkin kita tidak boleh terlalu taksub akan kandungannya, tetapi mengambilnya sebagai tanda kita menyintai junjungan besar nabi Muhammad s.a.w...


apa yang penting, pujian kepada Allah s.w.t dan tidak ada yang lain boleh menandingiNya...


ambil iktibar akan setiap perkara, insyaAllah, kalau kita tidak bertanya, selama-lamanya kita akan sesat.....selalulah bertanya, mudah-mudahan kita tidak tersimpang dsbg...


Mudah-mudahan.


by, asyiqxdemoodcom





Saturday, December 11, 2010

kalo imam terlupa bilangan rakaat solat...???

Imam Terlupa Rakaat Solat


Soalan :
Semasa sembahyang jamaah isyak,imam terus memberi salam di rakaat ketiga kerana terlupa dan dia tidak dengar tasbih kami.Apa yg patut dibuat oleh makmum seterusnya sebelum memberi salam?.


Jawapan :
1) Bagi makmum yang menyedari kesilapan imam, hendaklah berniat mufaraqah (berpisah dari imam) dan menambah rakaat yang tertinggal tersebut.
2) Manakala bagi makmum yang mengikut imam sehingga akhir, sah solatnya kerana imam tersebut terlupa..

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..