Wednesday, March 27, 2013

Doa Qalbu ...

Asalammualaikum 
Singgah sebentar selepas seharian menghadap urusan - urusan pelajaran .
Santai di sini sebentar sambil menghayati keindahan lagu :
Doa Qalbu:





Menitis air mata hari ini belum berbaur dengan dosa , tapi berbaur dengan keadaan kesihatan yang kurang stabil. Terasa kepala terlalu berat.  Tekanan sampai ke anak mata sampaikan tak henti - henti mengalir usai dalam solat pun. Mungkin kerana cuaca yang agak hangat sejak 2/3/4 hari ini.


Alhamdulillah. Keindahan lagu ini merawat kesunyian diri tanpa berteman. Hanya berteman dengan buku-buku yang penuh berselerak di atas meja. ^ _ ^.

KAMU..

Kamu rindu tak dengan Allah?
Kamu sayang Allah lagi tak ?
Kamu rasa Allah kat mana sekarang? ada di hati tak?
Kamu sayang Allah banyak - banyak ke sikit - sikit je...?

Kalau kamu sayang Allah , kamu cinta Allah, kamu jangan tinggal Allah, kamu jangan lupakan Allah....

Kalau kamu rindu Allah, banyakkan memanggil namanya.
Kalau kamu rindu Allah, kamu kena banyak bicara dengan Allah.
Kalau kamu rindu Allah, kamu kena banyak bermanja- manja dengan Allah.
Kalau kamu rindu Allah, kamu kena banyak berkongsi tentang kehidupanmu dengan Allah.

Allah !
Allah !
Allah !
segala-galanya dengan Allah !
gembiramu bersama Allah!
Kesedihanmu bersama Allah !
Lukamu bersama Allah !
Kesakitan yang kamu tanggung bersama Allah !
segala- galanya bersama Allah !


Kamu !
Kalau kamu rindu Allah .
Kamu kena adakan masa kamu untuk Allah
kalau kamu rindu Allah
kamu kena mujahadah untuk sahut cintaMu kepada Allah...


Buat Allah yang aku rindu ...
Jangan kau hilangkan rasa rinduku terhadapMu .


Bantulah aku menghadapi liku-liku hidup ini.
Allah !
Aku butuh kamu, Allah !
Aku tanpamU bagai layang-layang yang terputus tali !
Tidak keruan hati ini, Ya ALLAH !


Buat Allah yang aku rindu !
jadikan tangisanku..
Tangisan yang bermakna buatMu .

Buat Allah yang aku rindu !
jangan kau palingkan aku untuk sentiasa merindukanMu


Buat Allah yang aku rindu !
Jangan kau hilangkan saat indahnya aku bersamaMu.


*********************************************************

Sambil menghayati doa qalbu.
Anugerah Allah padaku. dikurniakan telinga untuk aku mendengar cebisan lagu untuk mengingatiMu.

kamu adalah kamu yakni diriku (hamba kerdil lagi berdosa) ^ _ ^ asyiq azhad..

***********************************************************


Hadiah buat siapa yang singgah :


dimalam penuh bintang
di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..

di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya............

doa kalbu tak bisa aku bendung
deras bak hujan di gunung sahara
hatiku yang gersang........
terasa oleh tenteram...

hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya.......

DOA KALBUKU......

************************************************

Monday, March 25, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah ..
aku ingin menjadi seperti alunan zikir yang tenang lagi menenangkan

Ya Allah ...
aku ingin nadi - nadiku teralun dengan zikir yang dialunkan

Ya Allah ...
aku ingin hatiku bersih sebagaimana irama zikir yang tercipta tanpa cemaran ..

Ya Allah ...
aku ingin hatiku seperti tasbih yang setia menghitung namaMu

Aku ingin hatiku seperti sejadah
yang sentiasa rebah dan menangis di pangkuanMu

.............................................................................................................................................................

Bicara abi:
Bila kita sakit, jumpa doktor!
kembali kepada doktor yang akan menyembuhkan
tapi kena ingat! kita tak akan dirawat apabila kita tak nak dirawat ..

kalau nak dirawat, kenalah mujahadah sedikit
kenalah bersungguh!

Persoalanku:
1. Bagaimana nak dapat hati yang tenang? Ingatkan Allah dan Rasulullah s.a.w selalu.
    sentiasa menangis di sisi Allah apabila namanya disebut2x...?

Lalu abi menjawab;    " P" macam taw2 ja abi dgn umi baru bercakap tentang "P" dan tugasan
                                   dakwah yag dipikulnya. dah tunaikan belum apa yang abi bgi.
                                  Abi dah ajar. Dah bagi ubat asas.
                                   Abi nak tengok kesungguhan anak-anak abi sahaja.
                                   Sejauhmana dia dapat
                                   menunaikan apa yang dipinta.
                                   Kalau nak rawatan seterusnya, kena habiskan
                                   dulu rawatan asas. Bila dah habis, ada rawatan seterusnya.


aku terpana. Ya Allah. betul. Setiap yang dpinta ada ujuannya.



p/s; aku hamba kerdil dan aku perlu pembimbing yang membawa aku cinta allah dan Rasul.
        Kuat dalam menghadapi liku2   hidup kerna Allah dan Rasulullah s.a.w.



Monday, March 11, 2013

Tenang merindukan Allah.




Bismillahirrahmanirrahim ..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t diberikan peluang lagi oleh Allah untuk meneruskan hidup dan diberi peluang untuk memohon maghfirah daripadaNya, menghabiskan baki - baki hidup yang masih tersisa.

Ya Allah. Aku pohon ketenangan jiwa. Engkau serapkan kecintaanku dalam apa jua cara Ya Allah. Dalam perjuanganku, dalam mengurus hal ehwal akademikku, dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba . 

Ya. Selamanya aku ini hambaMU. Ya. suatu hari aku pasti akan bertemu denganMu. Yang penting bukan di dunia ini. Tapi di alam yang satu lagi. Ya Allah. Moga hatiku sentiasa cinta dan merindukan pertemuanku denganMu.

Banyak dosaku kepadaMu. dan dengan ini aku memohon dengan sifat pengasihMu, ampunilah dosaku. Gugurkanlah dosaku sebelum aku kembali menghadapMu.
Tak mampu Ya Allah aku bertemuMu dengan keadaan yang sarat dengan dosa.
Ya Allah. Aku tidak tahu entahkan esok entahkan lusa, tulat. Aku akan mati.

Aku mohon Ya Allah . Matikanlah aku dalam ketenangan yang abadi , matikanlah aku dalam keadaan seolah-olah tika itu aku bersedia untuk menghadapi detik-detiknya.




Pada hari ini. hamba nak tersenyum saja Ya Allah.
sambil mendengarkan lagu nasyid sebagai bingkisan merawat rohaniku.
Ya. AKU BENAR- BENAR Jatuh cinta kerananya.

Tak dapat aku gambarkan di hati betapa tenangnya hati mendengarkannya.
Mesej di dalam lagu-lagunya banyak yang berunsur kepada pengabdian.
Iramanya indah,  bila diamati mesejnya , sangat menyentuh hati.


Benarlah. Orang yang menyampaikan mesej ini juga hidup rohaninya.
Bagaimana hendak menyampaikan 'rasa' kepada pendengar sekiranya di hati yang petah berkata sendiri tidak ada 'rasa'.


Sesetengah kumpulan nasyid lain. Banyak dakwahnya dengan lagu "cinta".
Ya. cinta manusia itu memang fitrah. Tetapi banyak sangat mendengarkannya pun "BAHAYA". Lagu-lagu berunsur cinta ini boleh membuatkan hati kita timbul dan berputiknya "bunga-bunga cinta". 


Mendambakan seorang Imam yang entah akan jatuh di daerah mana.
Daripada mengimpikannya. Baik kita mendekati Allah. Bermanja-manja dengan Allah. Minta pada Allah. Kerana yang memberi kita pasangan yang terbaik ialah Allah.


Bahaya saudara/saudari: Daripada asyik mendodoi hati dengan cinta manusia, takut mengundang perasaan yang tidak ok di hati.

Andai ada. Jum cepat-cepat kita bertaubat kepada Allah.
Saya pun.


ADIK-ADIK/ TEMAN2X...

"Kalau Allah tak sempat bagi kita jodoh yang kita impikan di dunia. X APE.
In sya Allah, mungkin Allah nak bagi kita yang Jauh lebih baik di akhirat nanti.





Tenang mendengarkan. Bila kita dengar. Kita hayati. Masuk dalam hati kita.


Telinga -> hati -> Iman - > akal -> perbuatan

Telinga yang mendengar dengan mengharap cinta dari Allah akan sampai pada hati. Hati yang hidup dengan cinta Allah akan terus memindahkan rasa dan getarannya pada Iman. Iman yang malap tadi akan aktif kembali dengan gelombang yang meresap  dalam hati. Apabila Iman mula hidup, akal akan mula berfikir. Bila akal mula berfikir, di situ perbuatan akan terzahir.


Telinga yang mendengar tapi tak sampai pada hati. Tak kan sampai pada Iman. Dan seterusnya.

Ni teori main - main asyiq sahaja . Jangan bawa masuk periksa Ya.

Wallahualam.

Apa tunggu lagi. Hidupkan cinta kita pada Alah dengan mendengarkan media dakwah yang tercipta. Tak kira apa jua cara. Kita manusia. Yang mempunyai fitrah bercinta dan berkasih sayang dengan Tuhan, kita ada banyak cara untuk mencapai tahap kemanisan sebagai seorang hamba Allah. 


Carilah apa jua cara dan keadaan yang bermatlamatkan Allah sebagai jalan hidup kita  supaya hati kita tenang .


Manusia berbeza. 

Manusia tak boleh menganugerahkan ketenangan kepada kita.
Tapi yang memberikannya Allah.
Andai ada manusia yang bisa menelempiaskan ketengan jiwanya pada kita.
itu semua bonus dengan izin Allah.
Yang memancarkan ketenangan kepadaNya.


Wallahualam.
Jom cuba menjadi hamba yang sentiasa tenang dalam merindukan Allah dan RasulNya.


*BILA KITA BAWA ALLAH DI MANA SAJA KITA BERADA.
KITA AKAN TERSANGAT OK.*



P/S:  Lagu di bawah anggaplah hadiah dari hamba kepada pengunjung.
Kalau dah beri, kena ambil.  ^. ^
Tak boleh tolak.

************************************************************************************************************
Wahai Insan



Wahai insan, ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri

Buatlah amal sebelum mati


Ingatlah siksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira 
Jikalau hidup leka derhaka
Tentulah nanti akan tersiksa
Jikalau diri mu leka derhaka
Tentulah nanti akan tersiksa

Ingat dan waspada wahai manusia
Menempuh hidup banyak dugaan
Iman dan taqwa letaknya di jiwa
Bahagia hidup sepanjang masa



Dunia Yang Sepi

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan



Pandangan mata

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia



Rintihan

Biar berlinangan air mata 
Ku takkan hentikannya 
Biarkan ia menyembuh luka 
Hilanglah rasa duka 


Tidak ku termampu merentasi liku-liku 
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu 
Oh sungguh ku tak upaya 
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan 
Bisa meleraikan iman 
Kan hancur semuanya 

Walau menitis airmata darah 
Tak bisa merubah segalanya 
Melainkan taubat nasuha 
Moga kan diterima 
Namun ku percaya 
Masih ada kesudahannya 
Kerana allah itu 
Maha kaya maha mendengar 
Rintihan hamba-hambanya 
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya 
Pasti akan ada 
Jalan keluarnya 

Rezeki yang tidak disangka-sangka 
Cukup allah baginya 
Berkuasa segala-galanya 
Terima seadanya



Tanpa Agama


Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa


Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia

Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada Tuhan kecuali Allah
Tuhan Yang Esa Lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah


Sifat Mahmudah

inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

( ulang korus )

************************************************************************************************************

Saturday, March 2, 2013

Muhasabah hati.


Terasa karat bertapa di hati
terasa debu menyapa di jendela hati
terasa diri ini menjauhi Ilahi
terasa diri ini buntu AllahuRabbi

Air mata yang lama kering gugur kembali
melihat keadaan diri yang punyai jiwa yang telah lama mati
tersekat nafas dengan kesibukan duniawi
tak sedar bahwa Allah berada di pinggiran hati

menyelak jendela mentafakur diri
terasa hiba, doa terhenti
malu kepada sahabat yang mengaminkan doa di sisi
rengekan hiba mengadu tentang kehinaan diri di sisi Rabbi


aku berdoa di sisi Ilahi,
sebermula doa pujian ke hadrat Ilahi, 
tiba-tiba kalam seakan-akan terkunci.
di hati terasa sayu sekali.

"Allah, adakah aku telah meninggalkanMu,?
adakah aku telah mengabaikanMu ..?
kenapa aku terasa jauh denganMu ..?


doa ku teruskan ..
sampai ke akhirnya
malu aku untuk berpaling mendapatkan saff di sisi

Allah .
coretan untuk hari ini.

benar, pengaduan pada Allah itu sangat menenangkan hati.


zayyad.dhamiri.com


Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..