Thursday, November 28, 2013

CERPEN: UNTUKMU YA RASULULLAH


"Qadir, berapa banyak sudah kamu ucap selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w hari ini.." tanya Imam Ahmad kepada Qadir. Qadir tersengih-sengih sambil membilang-bilang pada jarinya.

"Tak banyak, Imam. Sikit saja baru hari ini....." jawab Qadir sambil tersipu-sipu malu.

"Qadir, sebanyak manakah ingatan kita kepada baginda s.a.w? Rasulullah itu sangat menyayangi umatnya. Siapakah umatnya kalau bukan kita.. Bagaimana kita nak mintak kasih sayang nabi kalau kita sendiri tak sayang dan cinta nabi? Tak mengapa, sedikit ingatan agar kita tidak lupa akan baginda nabi s.a.w dalam kehidupan sehari-hari kita. Marilah kita berqasidah bersama-sama dengan ingatan yang mendalam terhadap baginda nabi s.a.w..

"Innal habibal musthofa,,,
 zu ro'fatin wazu wafa ......
 wazikruhu fihi syifa'
iza tamaada bil 'ilal .........

"Allahuakbar. Rasa tenangnya jiwa saya imam setelah menyebut nama baginda Rasulullah s.a.w. Mengingatinya adalah suatu nikmat dan pastinya pahala mengalir selagi kita menyebut namanya"..


"Benar tu Qadir.  Tapi, jangan hanya kita menyebut namanya pada bibir semata-mata. Sedangkan sunnahnya kita tidak ikuti. Telah mengalir darah perjuangan baginda di atas muka dunia. Kita inilah yang seharusnya menjadi penyambung kepada perjuangan kekasih kita, Rasulullah s.a.w......"


"Imam, tiba-tiba saya rasa rindukan Rasulullah s.a.w....................
 saya benar-benar merindukan baginda , adakah Rasulullah juga sedang merindui diriku......"
 luah Qadir tiba-tiba dengan perasaan hiba. Mengalir manik-manik jernih dari kelopak matanya membasahi  janggut dan jubahnya. Imam Ahmad yang berada di sisinya turut mengalirkan air mata. Masing-masing menangis kerana membawa sarat kerinduannya kepada Insan mulia, Rasulullah.


"Imam.. mungkinkah kita ini akan diperakui akan baginda di akhirat nanti bahawa kita ini layak menjadi umatnya. Adakah baginda sudi untuk memandang wajah kita? Adakah Rasulullah sudi untuk memberikan syafaatnya kepada kita? ...................... muhasabah Qadir sambil memeluk kitab 'Muhammad bin Abdullah'.
Imam dan para jemaah hanya mampu menunduk sambil muhasabah diri masing-masing. Suasana meriah sebentar tadi dengan laungan qasidah berubah menjadi suasana yang sayu dan hiba. Semua hadirin menangis.

"Hassan. Dari tadi kamu asyik tersenyum. Kenapa Hasan? Kau tidak menangis sebagaimana yang lain?" soal Husin yang duduk bersebelahan dengannya. 

"Aku menangis sekejap tadi. Tapi aku nampak bayangan Rasulullah berada di tengah mimbar lalu aku senyumlah pada baginda............."jawab Hassan. Para hadirin yang mendengarkannya bertambah kuat menangis.

Hassan, seorang kanak-kanak berusi 12 tahun. Beliau telah berjaya menghafaz Al-Qur'an sejak usianya 7 tahun. Beliau telah kehilangan ibu bapa tercinta sejak kecil. Dengan  bimbingan para murobbi di maahad itu mampu untuk menjadikan beliau hebat dalam mencari cinta dan kasih sayang Allah dan RasulNya. Imam menggelarkan beliau 'Hafiz'. 

*  *  *

"Kalau kita sayang kat nabi, kita kena banyak meniru akhlak nabi. Kalau kita sayang kat nabi, maka kita kena jauhkan diri kita daripada melakukan perkara yang nabi tak suka. Kalau benar kita sayang nabi, maka cuba periksa sejauhmana kita penuhi hati dan ingatan kita pada nabi",   kata Hassan kepada para jemaah di Surau At-Taqwa. Lantang suaranya walaupun tubuhnya cilik. Hampir bergema seluruh bangunan di sekitarnya. Comel dan lancar pertuturannya. Wajahnya sedikitpun tidak menampakkan kegusaran. Sangat tenang. Ada hadirin yang berkata. "Allahuakbar, sejuk perut ibunya melahirkannya..."


"Hassan, kamu ini masih kecil. Tapi, kamu ini sangat bagus. Kamu inilah permata islam yang dicari-cari",  kata Qadir sambil mengusap-usap kepalanya.


"Abang Qadir, kalau benarlah, maka alhamdulillah. Abang Qadir pun sama. Pemuda Islam yang menyambung perjuangan Rasul. Hassan nak jadi macam abang......."


"Hassan, kamu miliki banyak kelebihan. Hatimu sangat suci dan dari kecil lagi kamu sudah ditarbiyah dengan didikan agama yang baik oleh para murobbi. Jangan sia-siakan ia dik, jangan pula kamu menjadi sombong dengan kelebihan yang ada. Allah tak suka orang yang sombong. Abang tahu Hassan bukan begitu. Tapi, abang mahu berpesan saja pada Hassan sebab Hassan ini masih kecil lagi ". Pesan Qadir sambil tersenyum penuh kasih pada Hassan.

"Baik, in sya allah abang Qadir. Hassan akan pegang kata-kata abang".

*  *  *

"Nadiku berdenyut untuk islam. Separuh dari diriku ini aku waqafkan untuk islam dan perjuangan. Aku tanpa perjuangan bagai malam yang suram dan kelam. Aku sangat merindui dan mencintai baginda nabi s.a.w, maka aku tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan yang telah dibawa olehnya. Aku ingin bertemu dengan nabi yang mulia, aku ingin bersama -sama dengan nabi yang mulia, dan aku ingin mendakap tubuh baginda pabila aku dibangkitkan di hari akhirat nanti. Tidak kira apapun yang akan datang, aku akan tetap berada dalam satu saff perjuangan dan menyubur bakti untuk perjuangan Islam.

Takbir ! Takbir ! Takbir !

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.




* * * *  * * 

-TAMAT-

Nukilan: asyiqahad.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..