Sunday, November 10, 2013

Cerpen: Sehalus Kasih


Wekkk!!! Muntahku payau. Lemah kudrat. Sejak aku pulang daripada kedai Makan Pok Tongku untuk berbuka puasa pada petang khamis itu, keadaan perutku asyik memulas. Muntah. Badan mulai panas. Aku hanya mampu terbaring layu di lantai. Pening. Pitam. Mujur, aku masih bisa bangun untuk menunaikan solat fardhu lima waktu, maghrib, isyak, subuh dan lain-lain. Aku memilih untuk solat secara duduk. Takut-takut pitam. Tak sempat pun aku hendak berdoa seperti biasa, badanku seakan-akan mengarahkan aku untuk terus berbaring. Pada saat itu, aku hanya mampu menyerah diri ke hadapan Yang Esa. Takut-takut juga malaikat maut datang bertandang pada masanya. Aku terasa ingin mengalirkan air mata. Tiba-tiba terkenangkan Rasulullah s.a.w Rasulullah apabila sebelum wafat , beliau demam panas sampaikan tak mampu untuk mengimami solat berjemaah dan meminta saidina Abu Bakar r.a mengimamkan solat berjemaah. Aku terkenangkan saat Rasulullah ingin dicabut nyawanya. Walaupun Baginda merasa sakit, baginda tetap meminta agar kesakitan itu diletakkan atas tubuhnya, tidak kepada umatnya. Air mataku terus bergenang. Hiba. Ya rasulullah........


Hari seterusnya, aku hanya mampu tidur dan tidur. Tak hirau sudah perihal dunia. Pitam. Loya. Bangun untuk solat. Ku niat berpuasa pada malamnya. Alhamdulillah. Aku berpeluang berpuasa. Tapi pada saat aku berpuasa  itu, kudratku langsung tiada. Aku terasa tak mampu untuk meneruskan puasa namun tekakku juga tak mengizinkan aku untuk menelan apa-apa. Hinggalah terbenam fajar, aku menjamah sedikit roti dan air masak. Kemudian, aku solat maghrib. Setelah itu, aku terus tidur. Sedar-sedar, housmate aku telah menyediakan bubur untukku dan menyediakan ubat-ubatan untukku. Aku hanya mampu membuka sebelah mata dan berbisik. “Lepas ni saya makan, terima kasih”.


Beberapa jam, aku membuka mata. Melihat bubur di tepi. Sudah kering. Ku jamahnya sedikit untuk memberi tenaga. Tiga sudu ku jamah, kemudian, aku bangun untuk solat isyak. Pada saat itu, aku berdoa pada Allah. Aku mula menghitung saat diriku di hadapanya.


“Ya Allah, telah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan, aku terima. Namun, pabila sedikit sahaja kesakitan kau timpakan ke atasku, aku sudah terasa lemah dan tidak berdaya. Air mata mengalir. Terasa diri terlalu hina. Selama ini, aku mampu berdiri. Mampu ketawa besar. Mampu berjalan dan sebagainya. Harini, ceria di wajahku hilang. Perjuangan pun hilang. Tak mampu buat apa-apa. Hanya mampu menanti saat untuk pulih. Benarkah aku dapat menghadapi ujian ini dengan begitu baik? Tidak, ..... aku kalah dan tewas. Air mataku mengalir. Bibirku hanya bisa mengungkap namaNya, Allah...........Allah......


Sakit itu tanda kasih dari Allah. Allah ingin memberi tebusan atas dosa yang telah aku lakukan. Dosa bukan sedikit. Malah menggunung. Andailah ini yang bisa menggugurkan dosaku, maka aku harus tempuhinya dengan ceria. Sepatutnya. Ku imagniaski bicara Allah denganku. 


Wahai hamba, sakit itu amaran. Loceng mengingat kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Aku ingin beri kau peluang. Andainya kau masih  Ku beri peluang untuk terus hidup, kau harus perbaiki amalan-amalanmu. Jangan Kau sia-siakan. Aku membisu. Adakah aku mampu? Aku ini terlalu lemah Ya Allah. Mana bisa dosaku akan ku padam dengan kudratku. Aku sifatnya lemah. Lemah, Ya Allah................


Imaginasiku mati. Aku membuka refleksi kendiri. Ya Allah......... aku tak mampu. menjadi hambaMu yang sempurna. Tapi, kenapa, Kau begitu menyayangiku......


Hari seterusnya, aku bangun , menguatkan tubuh. Bangun dan berikhtiar untuk mencergaskan tubuh. Melawan sifat lemah. Tangan lantas menuju ke papan kekunci. Nota! Nota! Aku tak ada bahan bacaan. Tak ada nota. Stress! Alhamdulillah, satu persatu dipermudahkan. Aku jumpa walau tidak sepenuhnya. Subjek Genre Sastera bakal berdepan tak lama lagi. Nampak dan dengar macam mudah. Bila berkait dengan sejarah, apa yang ingin ku auta? Perlahan-lahan aku menyemak praforma. Menyemak soalan ulangkaji. Terasa ringan sedikit dari rasa zero, tak ada apa-apa di minda.


Persiapan untuk majlis Perpisahan giat dijalankan. Pentas dan peralatan muzik tersedia. Manakala Semua sibuk menyiapkan diri dengan perhiasan dan pakaian yang cantik dan glamour. Malam terakhir bukan? Bagaimana dengan aku? Aku, hanya mampu berserah. Pakailah apa yang ada. Apa yang aku mampu. Nak tunjuk pada siapalah aku ni? Cantik ? Biasa-biasa saja. Jadi, biasa-biasa sahajalah. Telefon ibu. Ibu ketawa dari gegendang telefon. Penat dia mencadangkan aku begini dan begini. Aku hanya mengangguk dan memenangkan diri sahaja. Akhirnya, ibu tewas dan berkata; “ikut akaklah...kesian anak ibu. kalau dekat, ibu dah hantar baju. Kesian anak ibu. Kalau pakai baju baru tu, nampaklah glamour sikit” sambil ketawa manja. Faham benar dengan gelagat anaknya yang tak suka perkara sebegini.


Persiapan giat dilaksana. Aku perhati dari bawah pentas. Hanya dapat menahan tekakku dari mengeluarkan cairan asid yang tak sewajarnya. Bisik pada diri, “di hotel ni.. jangan. Jangan. Mulutku terkatup. Ketawa pun seketika. Aik, aku ingat sudah pulih. Bagaimana ini? Balik dari persiapan, terusku mendapatkan bilik air yang cantik itu lalu mengeluarkannya. Wekkkk!!! Mungkin cantik sangat kot. Aku tersenyum. Lantas berdoa di sisi Yang Maha Esa, “Ya Allah, berikanlah aku keringanan. Aku hendak berhadapan dengan peperiksaan terakhir ...berikanlah aku kekuatan. Aku perlu kuat untuk mengharungi kehidupanku sebagai seorang anak, seorang hamba dan pejuang. Aku tak boleh lemah begini.... Badan seram sejuk kembali. Makan pagi tak lalu. Keluar semula bahan yang dihadamnya.


Banyak pengajaran yang aku dapati. Aku mungkin bisa celik pada hari ini. Esok lusa tidak pasti. Tetapi, aku yakini, malaikat maut sentiasa menjengah setiap hari, setiap detik dan ketika. Hanya menanti izin dari Ilahi. 


Aku meminta agar Allah berikan aku kesempatan untuk terus menebus segala dosa-dosaku. Ini hanyalah amaran daripada Allah supaya aku ingat akan hari kematian sebenar. Tak lama saja lagi. Ia bakal menghampiri. Cuma, tidak pasti bilakah saatnya. Memang manis andai bisa menjadi tetamuNya yang dinanti? Aku? Jauh sekali.........Bagaimana bisa aku menjadi tetamu yang dinanti-nanti , dosaku masih banyak tak terperi. Allahu Rabbi.


 Allah, sesungguhnya Engkau Tuhanku. Tiada tuhan selain Engkau. Engkau yang telah menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku telah sedaya upaya memegang janjiMu. Aku berlindung darri kejahatan yang terlanjur aku lakukan. Aku mengakui akan sekian banyak nikmatMu kepadaku dan Aku mengakui juga akan sekian banyak dosaku, maka ampunkanlah dosaku. Tiada yang dapat mengampunkan dosaku kecuali Engkau.” Wirid yang ku bacakan, dekat dengan telinga, dekat dengan hati, sesuai dengan aku sebagai hamba yang banyak berdosa.

Maafkan aku, aku hamba yang tersangat hina dan lemah.

Pengajaran:
1. Sekecill nikmat harus disyukuri.
2. Mati bisa datang bila-bisa saja.
3. Jangan asyik mengeluh, malah lihatlah setiap inci dari kejadian allah itu dengan penuh hikmah.
4. Bersifat sederhana dengan apa yang telah Allah kurnia
5. Banyakkan istighfar dan ingat Allah dan RasulNya
6. Jaga perut , makan jangan terlalu kenyang .



tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.
wasalam.

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..