Wednesday, January 9, 2013

doa istikharah .


Istikharah?

semua orang pasti akan beristikharah, lagi lagi dalam nak memilih dan menentukan pasangan hidup. Semua mahu yang terbaik, benar?

Ya. Tapi hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa dan siapa yang terbaik untuk dirinya.

Kita manusia hanya boleh merancang secara zahirnya, tetapi makrifatnya hanya Allah sahaja yang menentukan dan mentaqdirkannya. Yang baik atau sebagainya.

Dalam masa itu, sangat penting untuk menjaga hati, benar? 

Ya Allah, sibukkan diriku dengan tugasan dakwah supaya aku dapat menjaga hati dan masaku dari 

Semuanya aku sandarkan kepadaNya. Berilah yang terbaik untukku.

Sungguh, aku tak minta untuk diriku semata, tapi aku minta untuk keturunanku, untuk agamaku dan pengakhiranku dan pengakhirannya.

Sesungguhnya, bagaimana pengakhiranku dan pengakhirannya itulah yang menentukan bahagia di sana nanti.



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

 Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

1 comment:

  1. Terima kasih atas infromasi yang sudah disamaikan sangat bermanfaat sekali !

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..