Sunday, June 24, 2012

segalanya bermula dengan tarbiyah..

 
Alhamdulillah.. tak berniat nak tulis panjang, cuma harini berfikir...satu persoalan yang dilontarkan dan menyedarkan saya akan kepentingannya...

sahabat saya tanya, kenapa kadang-kadang orang macam x endah sahaja program-program seperti tarbiyah ye kak? mungkin memang sifat tarbiyah memang semulajadi ke sperti itu...andai diperlukan sahaja, mereka ambil, andai tidak, mereka tidak endah..berbeza, andai bab politik, bergerak setiap masa selari dalam kehidupan dan orang nampak gahnya..tapi bila tarbiyah.......
orang macam tak endah..tak berapa nak peduli... 

kadang-kadang diutamakan lagi program lain berbanding program tarbiyah...
program tarbiyah tu gane2 pun pelu diperjuangkan kerana sangat penting..
dan wasilahnya sangat penting untuk menarik minat orang untuk menyertainya...

Allahayarham ustaz yahya othman adalah orang yang hidupnya sangat hebat dalam memperjuangkan tarbiyah dalam kehidupan, subhanallah...subhanallah..

dan kini kita kehilangan insan yang begitu besar jasanya dalam perjuangan islam...
ingat lagi ustaz adnan cakap,

politik kena seimbang...macam ikhwanul muslimin..
tarbiyah mantap, siyasah hebat..

Tok Guru hj Adi Awang menggariskan tarbiyah ni kepada beberapa pecahan:
1. Tarbiyah Imaniyah/akidah
2. Tarbiyah amal soleh
3. Tarbiyah ruhiyyah
4. Tarbiyah aqliyyah
5. Tarbiyah jasadiyyah
6. Tarbiyah siyasiah

hop mana-mana pun akidah perlu dipentingkan dan menjadi tarbiyah yang pertama perlu ditekankan...dan siyasiah itu akan dicapai setelah kelima-lima itu bergerak selari...that's correct.........

jangan utamakan program-program yang hendak mnonjolkan organisasi semata-mata, tetapi utamakanlah program pentarbiyahan yang mampu membawa masyarakat ke landasan yang sebenar~

setiap perbuatan berpandu kepada niat; memang niat kita nak bawa madu untuk kenal islam, kenal organisasi dan kepimpinan islam, tetapi Kalau hanya siyasah itu yang dikejar, tarbiyah dipinggarkan, akhirnya kemenangan pun Allah  lambatkan...(kata-kata seorang ustaz )...

Allahyarham ustaz yahya othman semasa hidupnya banyak memperjuangkan tarbiyah, dan kini sebagai pengikutnya, saya juga harus tanamkan azam untuk memperjuangkan tarbiyah dalam perjuangan islam..biarpun dalam keadaan lemah atau malas, letih atau senang.insyaAllah...moga diberi kekuatan...

saya akan merasa begitu sedih andai manusia memperkotak - katikkan dan memandang rendah kepada pentarbiyahan...

agak tersentuh; setiap kata dan nasihat sahabat itu selalu cepat benar meresap dalam hati saya ..apatahlagi kalau ianya menyentuh persoalan berkenaan dengan tarbiyah.

mungkin saya tak perasan, tapi bila ada sahabat yang mengucapkan, dan meluahkan, adalah menjadi tanggungjawab untuk lebih serius dalam medan tarbiyah..wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..