Saturday, February 4, 2012

coretan diari asyiq 2011-2012

bersama jemaah-jemaah muslimat di baiti as-salam...



ketenangan bersama Ilahi, masuk sahaja rumah ini, terasa damai dan bermulalah saat untuk menghitung diri yang lemah....
hanya Allah Maha Mengetahui hakikat insan yang ingin menyendiri , ada masa perlu berkelompok dan ada masanya perlukan 'uzlah'....




inilah saat dan duniaku untuk mentadabbur  dan meneliti  ayat-ayatNya, pabila mata sudah terpejam, mudah-mudahan 'sahabatku' ini akan terus  menjadi peneman bersamaku di  kubur..
ku utus bacaan quran untukmu jua; 'ibu ayah, adik, abang'....
moga dengan syafaatnya, kita bersatu..



inilah sahabat-sahabat yang dikurnia Allah kepadaku, aku insan yang lemah dan memerlukan mereka sebagai pelengkap dan pemangkin dalam kehidupan ini, beruntung dikurnia sahabat-sahabat ini, moga sahabat-sahabatku ini dapat membawaku mencapai merdhatillah serta menuntunku ke jannah Allah...
'aku bukan insan sempurna, 
malah aku mungkin kurang baik dari mereka,
mudah-mudahan mereka terus membawa tauladan yang baik padaku,
aku, hamba lemah tiada berupaya..



di stadium terbuka ...

ini sahabat ana n suke dengan pic..dapat mana kain merah ni tak tahu (smile)
Allah tuntun kami dan sahabat-sahabat menuju redhaMu. KeadilanMu pada kami sudah cukup. Perlindungan kami hanya sandarkan untukMu.
Ketakutan kami juga hanya ketakutan kami padaMu..
Teguhkan kami dan sahabat-sahabat kami dalam jalan dakwah..

kerinduan bersama sahabat-sahabat dalam pasukan unit dakwah dan tarbiyah;
adik teha, tiha, asma', rubi, fizah, hasanah, nurul, idayu, ayu, hanan , dayah, nani, amira, hidayah, syuhada'...

kerinduan juga buat rumate2 yang ku tinggali; zaira dan afifah...moga tetap dalam peliharaan Allah , para malaikat dan sahabat..


teruskan dengan perjuangan masing-masing, agar islam terus cerah dan bergemerlapan walau di mana jua diletakkan... 
berjuang bukan kerana kepimpinan,
tetapi berjuang kerana islam,
jangan berjuang  kerna manusia,
tetapi berjuanglah kerna Allah semata...


 


sejadah putih..
tibe-tibe pulak... apelah..
nak oyak, kalau kita suka benda putih ni, baguslah sebab putih ni warna sama dah dengan kain kafan pun sama dah, batu nisan pun putih dah...Allahuakbar!
selimut pun putih hop nak tutup sekujur mayat kita, nanti...
segala-galanya pabila mengingati kematian, warna yang paling hampir dan mengingatkan kita dengan saat itu adalah warna putih...


tetiba sebut pasal kematian, 
teringat ana sewaktu menyampaikan 'kata-kata' sempena di bengkel pengurusan jenazah'..

sedikit bait-bait kata yang ana pernah ucapkan;
berapa baki usia kita yang tinggal?
ana suh tulis juga di lembaran kertas, ana tahu dah jawapan tidak tahu bila, tapi kadang-kadang sebab kita rasa tak tahu, hati kita jadi lagha dan melupakan hakikat kematian,
ana nak bawa kesedaran bahawa kematian itu berada di hujung jari sahaja...


salam muhasabah hamba,
harini kita melihat jenazah orang lain melintasi kita,
harini kite mendengar khabar tentang pemergian sauadara kita ke rahmatullah,
hari ini kita mengiringi sahabat kita ke perumahan perkuburan,
esok lusa kita pule yang diiringi ke sana...
esok luse kite pule y dikebumikan di tanah perkuburan bersama penghuninya,
esok pule kita pula yang meninggalkan mereka, insan yang sering membahagiakan kita di dunia ...
hakikat itulah lumrah dan aturan Tuhan

setelah kepulangan, 
tidak ada pengembalian,
dan hanyalah ucapan;
'selamat tinggal dunia'....
selamat tinggal....






pastinya nabi bersama dengan kita.
walau tidak secara zahirnya...
Rasulullah walau tidak dapat bertemumu..
harapan untuk menemuimu di sana menggunung tinggi,
kerinduan kami padamu terkadang seperti musim bunga,
sedang kerinduan dan kasih sayangmu pada kami selamanya,
cinta kami padamu tidak seteguh cintamu pada kami,
lemah diri kami dalam keasyikan fantasi dunia,
Tangisanmu kerna kami menghadap Tuhan azza wajalla penuh dengan doamu untuk ummat..
sedang tangisan kami penuh dengan hajat kami..bukan kerana ummat..

aku katakan;
aku ingin bertemu nabi,,
tapi aku belum istiqamah membantu perjuangan nabi,
aku katakan,
aku ingin bersama nabi di sana,
sedang aku sering berlengah dari membantu dakwah nabi..
aku katakan, 
aku ingin minum air telaga dari tangan nabi,
sedang imanku tidak seperti iman yang diharapkan nabi ,

subhanallah..........

Allahumma solli ala muhammad...waala alihi sayyidina muhammad..





2 comments:

  1. salam kerinduan buat akak jugak.. (:

    indahnya apabila seorg wanita itu mengabdikan diri nya untuk Dia

    nak jumpa hok sep2 akak ni sangat susah..

    entah teha pun x tahu teha nak cakap apa...




    adakah lagi insan yang akan membawa aku ke baiti as salam nanti...

    ReplyDelete
  2. uhibbuki ya ukhti
    apabila bersama kalian,ummu belajar satu benda yang amat bermakna
    belajar akan ukhuwah
    belajar akan kecintaan
    kecintaan pada DIA
    ^_^

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..