Bismillahirrahmanirahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang...
Segala puji bagi Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan hamba pada ketetapan waktu-Nya..
Hamba memuji keagunganMu, kebesaranMu, keindahanMu, kekuasaanMu .......
mood sedang menghayati lagu 'iktiraf' versi slow~~
Ilahi lastu Lilfiradausi ahla, wala aqwa alan naril jahim~
Ya Tuhanku, aku tidak layak memasuki syurgamu, dan aku tidak sanggup pula untuk nerakamu.....~~
syurga bukan orang yang sering berbelah bagi hatinya sepertiku,
syurga bukan untuk orang yang buat sesuatu lebih-lebih kurang,
syurga bukan untuk orang yang belum benar perletakan ikhlas di dalam hati,
syurga bukan orang yang suka beralasan,
syurga bukan untuk orang yang malas berjuang,
syurga bukan untuk orang yang lemah selalu,
lemah itu aku~
lemah itu , aku ~~~
dan aku sedang membina kekuatan,
dan kekuatanku totally dariMu,
hajatku untuk membantu agamaMu,
dan Engkau tulang belakang yang utuh di sisiku,
sedang Engkau tidak perlukan aku,
kerna Engkau Tuhanku , Maha Kaya atas setiap sesuatu,
tetapi Engkau harus tahu,
bahwa Aku melakukannya,
kerna aku ingin menemuiMu,
menemuiMu dengan penuh kasih dan kecintaan Engkau terhadapku...
Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim, Allah Ya Malik, Allah Ya Quddus, Allah Ya Salam....dan Allah sahajalah yang memiliki keseluruhan sifat-sifat kesempurnaanNya.......
"Harini hambe terpikir sesuatu , sebab hamba melihat gelagat manusia , biasalah ada macam-macam ragam"............
Hurm, hamba sangat mengagumi kezuhudan yang ada pada diri Rasulullah dan para sahabat.................... sangat- sangat mengagumi dan ana mengambilnya sebagai ikon , idola ana buat selamanya...
kenapa ana berkata begini, kerana ana melihat dunia tersangatlah membeda-bedakan darjat dan kedudukan...
berlakunya puak puak miskin, miskin sahaja, kaya dengan yang kaya sahaja..
Mengenangkan kezuhudan Rasulullah s.a.w, baginda seorang Rasul yang mulia dan berpengaruh, seorang ketua agama, ketua negara madinah tetapi baginda memuliakan orang-orang miskin, baginda sanggup makan di tempat mereka , bersama-sama mereka untuk makan......
Rasulullah tidak bermegah-megah dalam kehidupan, bersederhana dalam setiap aspek penghidupannya, salah satu buktinya, "tidurnya hanya beralaskan pelepah kurma, tidurnya hanya sedikit nilainya daripada ibadah menghadap Tuhan, Allah Azza Waajalla...
Bicaranya hanya untuk Allah, tiada kata-katanya yang tiada faedahnya,
dan tangisannya hanya untuk Allah, tiada tangisannya kerana dunia....
kedudukannya hanya untuk agama, jauh sekali untuk mendapat nama..
kerinduannya hanya mekar Allahlah di lubuk hatinya, tiada rindu selain rindu Allah di hatiNya yang utama...
kelembutanya, hanya kerna Allah,
ketegasannya juga untuk Allah,
sedekahnya hanya untuk Allah,
dan perjuangannya totally hanya untuk Allah...
Rasulullah juga seorang yang miskin, kerna apa?...kerna Rasulullah sendiri yang tidak menginginkan kekayaan. Ditawar dengan pelbagai tawaran oleh pihak kafir Quraisy, tetapi Rasulullah tetap enggan menerima harta, kedudukan, dsbg...
kalau dilihat kehidupan para sahabat, sanggup bergadai harta dan nyawa untuk membantu perjuangan Rasul tercinta, mUS'AB BIN Umair, saad bin Abi waqqas, Saidina Uthman BIn Affan, Umar Abdul Aziz , Saidina Abu Bakar dan ramai lagi...
mereka berjihad dengan sebenar-benar jihad fi sabilillah......tidak kira dengan harta mahupun jiwa dan raga mereka untuk islam......
Ana ditarbiyah oleh Allah dengan kepelbagaian metod dakwah yang cuba disampaikan oleh pasukan usrah ana, dan apa yang ana selalu fikirkan adalah, "mengundang keikhlasan dalam berjuang lillahi taala".
apepun yang kita hendak lakukan, niatkanlah di dalam hati, aku bersedia, asalkan.. " niatkan keihlasanmu duhai diri kerana Allah"....
niat siap-siap, "niatkan keikhlasanmu kerna Allah"...... barulah diri bersedia untuk ditarbiyah dan menerima tarbiyah dari orang lain,
insyaAllah...moga-moga dengan apa yang akan diharungi dipermudahkan Allah...
La Haula Wala Quwwata Illa Billah...................
Tarbiyah bagiku bersifat tadrij dan tertib....ianya beransur-ansur...
kepayahan demi kepayahan itu akan dilonggarkan dengan kebiasaan demi kebiasaan, insyaAllah,
Allah tuntunkanlah aku ke jalanMu dengan jalan yg terbaik....sifatkan aku dengan sifat pentarbiyahan yang berterusan dan tabahkan aku sebagaimana penyampai-penyampai risalahmu ...
YA Allah,
leraikanlah di hatiku ,
sifat angkuh dan lemah,
sifat ujub dan riak,
sifat tamak dan sangsi,
sifat malas dan bijak dalam beralasan,
sifat melupakan dalam kelalaian,
sifat megah dan terlalu senang,
sifat merasa sempurna sedang hakikatnya cukup berbisa,
jadikanlah di hatiku,
sifat taqwa,
penuh dengan sifat mahmudah,
jauh dari sifat mazmumah,
Ya Allah,
luhurkanlah hatiku,
hebatkanlah langkahanku mencintaiMu,
teguhkanlah imanku merinduimu selalu,
biaskan seruan hidayahMu ke lubuk hati yang memerlukan ini,
Tuhan,
aku tidak mahu hebat di dunia,
cukup sekadar Engkau memandangku,
memandang dengan penuh cinta & kasih,
memandang dengan penuh mekar kuntuman senyumMu,
aku insan biasa..
dan aku tidak punya apa..
hanya kuntuman rinduku selalu yang ku bawa...
Allah................................
aku kehilangan air mata sejak beberapa detik merinduiMu,
izinkan aku meluahkan di dalam ibadah-ibadahMu,
menitis air mata syahdu,
hadiah simbolik sang Hamba pada kekasih yang aku tunggu,
sentuhanMu, belaianMu ..ku pinta,
aku insan lemah,
tidak seistimewa mereka dan sahabat,
sekali menyebut namaMu,
luntur hati mereka, gentar menyebut namaMu yang penuh syahdu,
sedang aku ~~~..............................................................
aku manusia lemah,
tidak punyai apa-apa,
sekali memandangku,
terlihat kekuranganku,
andai manusia dapat menilaiku sebgitu,
apatah lagi Engkau, Tuhanku...
sudah aku katakan,
aku manusia lemah,
ingin menyebut hina tapi aku malu,
hakikat akulah yang paling lemah (hina) di antara mereka,
mereka itulah kekuatanku berdiri,
mereka itu pemangkin jiwa membentuk peribadi...
siapa mereka?
mereka ialah sahabat yang merindu Allah di dalam segenap jiwa mereka.
mereka ialah sahabat yang menyemai kasih Allah dalam lubuk hati mereka,
ke mana langkahan kaki mereka,
tiada gentar dalam hati mereka,
hanya Allah cukup bermain di minda...
dan aku ingin mencuba..
mencuba untuk menjadi seperti mereka....
luhurkan aku Ya Tuhan..
luhurkan Ya Tuhan...
luhurkan...
Diari seorang abid , tidak punya nama, tidak punyai istimewa, tidak punya apa-apa, yang ada hanya 'sesuatu' di hati semata-mata..
wallahualamdahlamataktulisrasanaktulisdikesempatanwaktuyangade.wallahualam.
by; asyiqazhad@tomato.com
No comments:
Post a Comment