Thursday, January 19, 2012

Ya Badrotim..



Ya badrotim, Ya Badrotim..
Mi haza kulli kamaali~

Maza Yu'ab, maza yuab, biru an ulaka maqoli~

mood; sedang berqasidah~
bahasa arab sunguh indah ~


sungguh indah bait-bait memuji kekasih baginda Rasulullah s.a.w .....
mekar harum namamu disanjung tinggi,
walau tidak dapat ku tatapi wajahmu,
ku yakini, di sana nanti aku akan menemukan dirimu,
pastinya dirimu lebih indah dari yang ku bayangkan~


Allah..
inilah hiburan~
hiburan yang mampu menyentuh hati-hati ummah,
dan membentuk peribadi seperti nabi~


insyaAllah, andai usiaku panjang, jodohku jua sampai,
inginku miliki anak-anak berpasukan qasidah,
akanku latih mereka dengan kalimah yang memuji kebesaranMu dan RasulMu..

didikan dan sentuhan perlu dipupuk dari awal,
agar terdidik jiwa dengan ruh islam,
mudah-mudahan pabila dewasa,
merekalah yang mekar menjadi rantaian seorang pejuang islam d akhir zaman..


Allah.
aku perlukan  waris
waris yang teguh berdiri dalam tarbiyahMu
waris yang kukuh meneruskan misi islam
waris yang hatinya mudah disentuh dengan nur islam..
waris yang mampu mendoakan kesejahteraanku..
waris yang mampu mendoakan kesejahteraan sesaudara islam..
waris sepeninggalan yang hebat dari sudut tarbiyah..
dan waris  sepeninggalan yang hebat dari sudut ruhaniyyah..
segalanya bermula dengan jiwa..
kekuatan jiwa akan membantu manusia menjadi manusia yang hebat dari sudut pentarbiyahannya...

kekuatan jiwa yang dimiliki Rasulullah ialah kekuatan Ruhaniyyah..
meskipun dilanda pelbagai tekanan,
namun Rasulullah tetap tsabat di jalan Allah,
dengan berbekalkan keikhlasan dan pergantungannya pada Allah azza wajalla..~



bermula melahirkan waris yang kental itu harus dimulakan dengan diriku..
jika aku tidak mengendahkan akan segala kriteria itu,
aku pasti tidak berjaya memebentuknya,
hanya sekadar angan ,
impian yang terbina,
hanya sandaran khayalan semata~


aku juga ingin menjadi seorang pejuang islam
pejuang islam yang kuat dari sudut penerimaan tarbiyah dari Tuhan,
kerna aku masih bertatih di jalan mencari erti keredhaan,
dan mencari selautan impian menemukan rasul tercinta dan barisan syuhada'..
jadikan aku pejuang yang berpegang teguh dengan ruh islam,
dan mengalir deru dakwahnya bersama kekuatan ruh tersebut.


aku pejuang islam mengharap ehsan dari Tuhan
kekuatan ruh sumber kekentalan
kekuatan jasad medan pertahanan
kekuatan akal bahtera penyelamat
kekuatan siyasah  menjana kemajuan ~


tiba-tiba rasa nak cakap pasai tarbiyah. wallahualam. ana sekadar memberi pandangan. jiwa rasa berkobar-kobar pula memasang impian . lain topik lain isi :)  hihi....wassalam



ya badrotim...merdu dalam keindahan, pesona dalam kerinduan...kekasih cinta bakal berkunjungan, di padang mahsyar sebagai medan~



asyiqazhad.tomato, com



No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..