Thursday, August 18, 2011

jagailah ikhtilat ............

Assalamualaikum w.b.t

Dengan lafaz teramat mulia aku alirkan zikir dalam hatiku,seiring madah-madah ini terbit dari lubuk sanubariku.insyaALLAH.Moga setiap patahku menjadi tunjang buat para muslimah yang merupakan bidadari ALLAH untuk mengejar cinta yang teragung iaitu cinta ALLAH.

Wahai gadis penghulu syurga,

Untuk dilihat hebat dipandangkan ALLAH,halakan jihadmu yang satu,yang mampu sahaja mengoncangkan imanmu,iaitu,LELAKI.Sungguh aku kagum dengan lelaki bilamana ALLAH utuskan seorang insan yang menjadi suri teladan yang teramatlah baik buat ummah iaitu,baginda Rasullullah s.a.w dan seperti juga pejuang remaja yang begitu hebat pada zaman baginda s.a.w iaitu,Musaib bin Umair,yang mana sanggup korbankan apa sahaja demi ISLAM dan cintanya pada ALLAH.MasyaALLAH.

Namun,ingin sekali aku ajukan mengapa lelaki sekarang tidak semuanya yang mempunyai jiwa secerah batin dan setulus jiwa seperti lelaki-lelaki yang hebat itu?Mungkin sahaja,'selari dengan zaman',bak kata orang,"

"Kau open la sikit,janganlah nak cakap dengan lelaki pun susah"

Na'am.dalam ISLAM mengariskan tiada aurat suara bagi wanita dalam majlis ilmu.Namun,aku bimbang,jika akulah membuatkan iman dan hatinya tergoda,aku juga bimbang andaikala sifat maluku tercalar walaupun sedikit.ALLAH anugerahkan "maluku" ini,tak akan aku persiakan,kerana malu inilah aku benar-benar mahu jadi "bidadari syurga yang terpelihara"

Ya ALLAH,aku alunkan zikir padaMU,astagfirullah..

Sahabatku.

Ana tidak tahu,jika antunna mahu katakan yang ana jumuk terhadap ikhtilat,kerana walaupun perkara itu sebesar zarah.pasti!pasti!pasti!Menjadi persoalan kita di akhirat kelak.

"Enti,macam mana ini,ana harus reply mesej lelaki ini,atas urusan kerja"

Na'am.berurusan dengan lelaki memang boleh dalam islam,islam bukan datang untuk menyekat kamu berorganisasi,namun islam sendiri galakkan untuk kita berada dalam jemaah dan berdakwah,namun,alangkah pahitnya,jika kita bergerak dengan tidak mampu menjaga hati kita,atau erti kata yang sebenar ikhtilat.

Ukhti,

Dalam bermesej atau berchatting di facebook,ym,menulis karya di blog atau sebagainya, dengan lelaki atau secara umum, jangan sesekali mengunakan atau menulis perkataan yang singkap,contohnya,"tk","sy",Mcm ne ye".ini adalah kerana,imaginasi lelaki sangatlah tulus,malah perempuan yang bertudung labuh membaluti badan mampu sahaja dibayangi macam-macam.Tapi,insyaALLAH,"siapa yang jaga hak ALLAH,ALLAH akan jaga haknya".

Ukhti juga,jangan akhirkan ayat dengan menulis banyak titik dibelakang contohnya,
"Mcm na ye........." atau perkataan yang comel contohnya puasa menjadi poce.Kerana pandangan lelaki atau nilainya lelaki,membayangkan perempuan itu bercakap manja dengannya,sesungguhnya lembutkanlah suaramu pada yang bberhak sahaja,iaitu suamimu.

Wahai bidadari ALLAH sekalian,

"wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang,tidak ditegur dan menegur dan tidak dikenali dan mengenali".Kerana apa sahaja yang dia fikir untuk mendapat redha ALLAH dan kasih tulus cinta dariNYA.Walaupun ana,bukan seorang yang sempurna dalam memegang prinsip ini,namun,setiap kali hamba yang berdosa ini,terlalai,teruskanlah berdiri kembali dan bermujahadah walaupun pahit agar kita para muslimat kelihatan hebat dalam pandangan ALLAH dan rasul.Resahlah bilamana antunna ditegur lelaki,dipandang lelaki dan dikenali lelaki kerana orang yang beriman itu sentiasa berada dalam situasi yang "keresahan".Dan,walaupun kamu benar-benar mennundukkan pandangan,iringkanlah sekali pandangan pada hatimu,janganlah kamu melihat dan memuji-muji dalam hati.Wa'iyazubillah.Ana faham sangat akan fitrah ini,namun,berusahalah sungguh-sungguh.

"sungguh wanita yang solehah itu,tidak akan menyebut nama lelaki melainkan zikir,dan tidak akan menyintai lelaki lain,melainkan cintanya pada ALLAH dan tidak melempiaskan kecantikkanya kecuali pada yang berhak iaitu suamimu".Kata-kata memang mudah namun,harap kata-kata yang mempunyai bait yang indah ini,mampu sahaja mengegarkan batin dan iman ana dan antunna.

wahai wanita solehah,iaitu kekasih ALLAH,
Ana juga seorang hamba yang tidak sempurna,dan sekeping hati ana ini boleh sahaja dibolak balikkan oleh ALLAH pada bila-bila masa sahaja.Wa'iyazubillah.Namun,untuk menjadi wanita solehah,usaha itulah yang merupakan mahar yang dinilai oleh ALLAH,bukannya hasilnya.Teruskan tekad,walaupun,dunia diambang jahiliah prinsipku dan peganganku dalam meneguhkan keimananku tetap aku pegang.Jadilah seorang wanita yang TEGAS!BERPRINSIP!KUAT! dan memperolehi redha ALLAH.insyaALLAH.Cinta yang mulia adalah apabila cinta itu disusuri hanya memberi tanpa menharapkan balasan.iaitu cinta ALLAH S.W.T pada makhluqNYA.Dan cubalah nilai balik akan kata-kata diatas tadi,apakah perbuatan yang memang menunjukkan cinta kita padaNYA."Sungguh jika benar dia menyintaiKU,sudah pasti dia bangun bermunajat padaku ,kerana tidakkah kekasih tidak mahu bertemu akan kekasihnya,Akulah datang sendiri pada kelopak mata hamba-hambaku,dan kepadanya Aku akan tunjukkan syurga yang penuh nikmat".

Jangan sesekali tinggalkan ALLAH,dalam menongkah arus dunia ini,kerana ALLAH lah kekasih yang amat menyintai kita.Lakukan sesuatu dengan mengharap petunjuk dan redhaNYA,dan pintalah "sifat malu"dari ALLAH,agar dapat kita malu dalam melakukan maksiat kepadaNYA.

Maafkan ana jika,tulisan ana,banyak terguriskan hati,dan doakan ana dalam bermujahadah menjadi wardah yang mekar disisi ALLAH.asif jiddan alla kulli hal.Anggaplah,semua yang baik datang dari ALLAH dan buruk juga datang dari ALLAH,berdasarkan silap pada diri ana sendiri.

Dengan lafaz yang mulia,bismilllahirohmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t.

"sandarkan cinta ALLAH dalam hatimu,nescaya walaupun pahit perjuanganmu dalam menuju cintaNYA,percayalah ALLAH tetap bersedia menunggu setianya kekasihNYA di pintu syurga.insyaALLAH"

2 comments:

  1. Sy suka....
    lama tcari-cari entri psl ikhtilat.
    mgkn bnyk...tp hakikatnya, bila b'ada d dunia realiti, tlupa ttg wujudnya btsan antara lelaki & perempuan.
    Tima kasih kak ain ats pkongsian yg mbuka minda ini..

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..