Sunday, July 21, 2013

CORETAN UNTUK PARA PEJUANG ISLAM

Salam juang buat pejuang yang sedang lemah ......



Sudah lama teratak ini tidak dimuatkan dengan kalam tarbiyah. Ya. Benar kesibukan menjadikan diri ini lemah . Untuk menaip jua merasa lemah. Namun, ku lihat pejuang pada harini dan jua Diri ini yang serba lemah,  bingkas membuatkan aku ingin membantu merawat diriku ini dan pejuang-pejuang Islam di luar sana untuk kembali bangkit.



Bismillahirrahmanirrahim...



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda nabi s.a.w , keluarga dan para sahabat .....



Assalammualaikum duhai pejuang - pejuang Islam ?

Apa khabar imanmu tika ini? Sihatkah? 
BEBERAPA persoalan ingin ku bisikkan padamu duhai pejuang..



Apa khabar dengan perjuanganmu tika ini duhai pejuang?

Kamu terasa sakitkah dengan mehnah perjuangan ini?
kamu terasa terbebankah duhai pejuang?
kamu terasa ingin berundurkah?
atau kamu terasa mengapa begini dan begini?



Duhai pejuang islam yang disayangi dan dirindui  oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...

adakah kamu terasa memikul bebanan yang berat? amanah yang berat? kamu teruji dengan itu dan ini dan kamu mengeluh membuatkan kamu hilang cita-cita kamu untuk raih redha Allah...




Duhai pejuang yang aku kasihi kerana Allah s.w.t...

Kamu rindukan Baginda nabi s.a.w? 
kamu rindu tak baginda nabi s.a.w?
andainya kamu rindu, kamu cuba ingat akan perjuangan yang dibawanya...............................
perjuangan yang Rasulullah bawa itu tak seperti kamu pada hari ini...
Hatta lebih besar pengorbanan Rasulullah dan para sahabat ...

Lebih teruji, lebih perit, lebih sakit....
Rasulullah dan para nabi dan sahabat menyerahkan jiwa dan raganya untuk Allah s.w.t....

Meletakkan pergantungan setiap saatnya dengan Allah s.w.t...
Ujian yang mereka terima, mereka sabar.
Mereka tak pernah lekang dari menyebut nama Allah, Allah, Allah ...
meletakkan pada Yang satu ..



Kekuatan yang mereka bina..

pada malam hari bermunajat di samping Allah s.w.t ....
air mata yang menangis membasahi pipi mereka,
tubuh yang tak kenal erti letih 
siangnya menjadi singa
malamnya sebagai rahib



Duhai pejuang yang dikasihi dan dirindui baginda nabi s.a.w...

letakkan segala perjuangan ini untuk memiliki redha Allah ...
letakkan segala mehnah dan ujian dalam perjuangan ini sebagai helah DAN cubaan dari Allah ..
ujian Allah untuk menilai siapa di antara kita yang lebih baik amalnya ...



Duhai pejuang yang sedang sarat dengan ujian ...

senyumlah dalam menerima ujian.. Redha, TAWAKKAL, IKHLAS, SABAR.
Kamu KENAL BENAR DENGAN TERMS INI benar?




Jadi, di manakah ia dalam hati kamu?

Redha, tawakkal, ikhlas, sabar ....
Benarkah kamu berhasil mempraktikkannya?
adakah hanya sebagai teori....
Bila ujian datang, kamu mengeluh............




Duhai pejuang tersayang...

kamu sebenarnya berada dalam dakapan kasih sayang Allah ..
kamu sedang berada dalam dakapan kasih dan cinta Rasulullah ...
senyumlah dalam ujian dan rintangan yang dikirimkan ...
sesungguhnya dalam ujian itu ada Allah di sebaliknya...
ADA ALLAH DI SEBALIKNYA....



Perhatikan setiap kejadian itu dari Allah ..

Hatta walau ujian sebiji zarah pun dari Allah ...
Allah, Allah, Allah, Allah, Allah ....................



Duhai pejuang ....

Terasa ingin menangis bila melihat/mengetahui Allah dsebalik ujian , benar ?...
dan ingatlah akan perkataan ini, " sesugguhnya allah mengasihi orang2 yang bersabar"
dan pegang kalam Allah ini
 "In tansurullahi Yansurukum" , "in tansurullahi yansurukum"..............................




Tidak semudah menghadapi ujian. Benar.

Tapi ujian-ujian yang dilemparkan kita sama.
Ia datang dari Yang Maha Esa. Allah tak pernah memberati kita dengan bebanan yang kita tak mampu pikul.


Allah tak kejam. Allah x zalim. Allah sifatnya adil. Masing-masing ada ujiannya. Allah itu adil... ADIL!!!!!!
Allah sifatnya pengasih. Allah sifatnya penyayang, Allah sifatnya lembut.



Kita ini hanya hamba. Sepatutnya kita menyerah pada Allah.

Pabila datangnya ujian, kita yakin itu dari Allah.
Kita yakin, Allah bersama-sama dengan kita. 


Kita sebagai hamba, perlu ada sifat tawadhu'. Rendah hati. Bila ujian hadir, sabar dan yakin itu dari Allah. Allah nak bersihkan hati kita supaya keimanan kita semakin bertambah dengan hadirnya ujian.




Indah benar duhai pejuang meletakkan Allah benar2 pada tempatnya.

Indah benar .... 
Allah, Allah, Allah ........................................

Padamu kami serahkan diri kami. Solat kami, ibadah kami, hidup dan mati kami hanya untukMu....




Wallahualam.

* ku tuju khas buat diri sendiri. yang  tak mustahil juga sedang teruji. atau akan teruji/ .... ^-^..
Diri ini milik Allah. Kepunyaan Allah. segalanya hamba sandarkan padaNya.

Latihlah diri untuk menjadi sebenar-benar hamba.
Sabar dengan ujian.
Pergantungan pada Allah pabila kita susah atau senang.
Itulah kekuatan dalaman yang perlu dibina.


BYZ:asiqtomatim.com

Nak semangat, dengar lagu ni. In sya Allah. Shotul Amal:



GELOMBANG KEADILAN



Kan melangkah kaki dengan pasti

Menerobos segala onak duri

Generasi baru yang telah dinanti

Tak takut dicaci tak gentar mati


Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan 
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga




Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..