Kisah Surau FATIMAH AZ-zahra
" Akak. ada lagi tak agak-agak orang nak sembahyang berjemaah. kita tunggu sat lah ..." tanya Fatin di surah Fatimah Az-Zahra..
Ditunggu-tunggu jemaah yang datang, akhirnya adalah seorang sahabat dengan belari masuk ke pintu surau..
Gedegong! Bunyi pintu surau tertutup kuat. Takut-takut adik comel datang nak mengacau solat kami.
"Ha. Bagus. Sebab kamu datang lambat, kamu imam! lagipun kami dah lama x
dengar suara kamu yang merdu . jadi, kamu kena jadi imam..." usik Ana.
" Tak nak. Tak nak. Saya x boleh jadi imam! Nak jadi imam kena bagus bacaan.." jawab Lily. Sengaja tidak mahu ke depan.
"Ok, kita tunggu sorang lagi sampai. Siapa sampai lepas ni, kita mintak dia jadi imam".
Mizah terkedek-kedek datang ke surau. Tiba-tiba dia terdengar perbualan
itu. Lalu dia menyorok di luar pintu menanti orang lain tiba.
Tiba-tiba datang seorang hamba lagi bernama Farah. " Amboi menyorok eh
sebab tak nak jadi imam!!!". Tersenyum dan akhirnya masing-masing
ketawa.
Begitulah ukhuwah yang mengalir dalam jiwa sahabat-sahabat.
Aku kagumi beberapa orang sahabat yang begitu gigih menjadikan sebuah
bilik bacaan yang terbiar menjadi sebuah surau yang kini sedaplah mata
memandang.
Cantik, kemas dan terjaga. Itulah peninggalan mereka selepas keluar.
" Adik, mana ni jemaah. Takkan kita berdua saja". soal Syida.
" Kita tunggu lagi. Mungkin nanti adalah sampai jemaah-jemaahnya.." jawab Linda.
Puas menunggu. Akhirnya mereka solat berdua sahaja.
Ukhuwah bermula di situ. Rapat dan menjadi rapat serapat-rapatnya.
Akhlak! Ke mana saja insan yang berakhlak ini pergi, pasti disukai dan membawa pengaruh yang besar di sini.
"Saya suka tengok akak. Akak sibuk, kan. Tapi masih lagi dapat bersama
dalam satu saff. Akak kuat. Kental. " puji Lily kepada Ana.
Bila dipandang wajahnya, terasa bahawa terlalu letihnya sahabat ini.
Keluar meeting sebagai wakil pelajar, keluar menyahut tanggungjawab
dakwah dan sebagainya. Dengan amanah yang digalas. Bahkan sebagai
seorang kakak yang sudah banyak berkorban untuk adik-adiknya.
Cerpen yang diubahsuai.
Bila aku bertapak di sana, ku lihat hiasan-hiasan yang dibina bersama.
Dengan penuh semangat membawa mop , kertas warna, baldi, penyapu dan
seangkatan dengannyalah. Membersihkan habuk-habuk yang banyak menjadi
sebuah surau di dalamnya menjalin banyak ukhuwah sesama insan.
Kehadiran memang tidaklah ramai. Masing-masing menanti sahabat untuk
berjemaah. kadang-kadang satu saff penuh. kadang-kadang dua orang ^_^
Tapi, tidaklah mengecewakan. Sebab di situ ada ketenangan.
Saat boleh merenung ke arah diri. Saat boleh menangis di sisi Ilahi.
Saat boleh berbicara dengan Ilahi. Biarpun tak ramai tapi tetap tenang.
"Lily, kalau kamu bangun tahajud, kamu kejut ya?" kata Farah kepada Lily.
"Akak pun. Kalau bangun, kejut saya juga"....jawabnya sambil mengharap.
Kadang-kadang stay di sana sampai subuh. Menyiapkan assigment, buat persediaan periksa. di sana. Tidur pun di sana.
************************************************************
Memori. semuanya ukhuwah yang bermula di surau.
Kamu akan rindukan suasana itu. Tak kisahlah ada jemaah atau tak. Saat
kamu berjemaah sendirian di surau itu pun pengalaman berharga buat kamu.
Kenangan di surah az-zahra.
Rasa rindu dengan kakak-kakak yang baik-baik akhlaknya. kak suhana.
orang kuat . banyak berkorban ni untuk adik2x. kak farah pun adik kak
ana yang kental, rajin, mesra, Mudah didekati. kak rem yang sorok2x ...
^_^ tapi suara nasyid harmoni tu..Mudah diadukan segala masalah
dsbgnya. kak farahani ....hi... ketua saya dulu.
Lepas ni. sikit-sikit sahabat2x akan rindu kot lepas baca.
wallahualam.
Suhana Ana, Ramizah Bt Ramli Rem, Nur Farahin Nordin, Noorain Farahani Noor Hashim Nor Roshida Rosli,
sahabat-sahabat ,Adik-adik blok E yang saya kenali. bermula di sini.
hannan, najwa, ca, hasanah, hasanasiha, anisa, teha, nani, jah, ain farahanis , dan ramai lagilah..
watak cerpen hancur diubahsuai.
moga terubat rindu saya pada mereka. dan surau berkenaan.
Saya cuma nak kata ianya memori tarbiyah yang sangat manis.
mungkin tak tahulah bila lagi saya akan bersama-sama dengan sahabat-sahabat ini dalam keadaan seperti ini ^_^.
in sya allah.
wassalam.
Coretan.
hambekerdilyangmoody.
No comments:
Post a Comment