Thursday, January 24, 2013

Puisi untuk yang teristimewa



Dia teristimewa
lahir tanggal 12 Rabiul awal tahun Gajah
Dia insan teristimewa
awal remajanya menjadi seorang gembala
taat setia kepada bapa saudara
seorang pendeta melihat keluarbiasaan dari dirinya
dia utusan Allah bukn calang2 manusia

 
Hati suci tiada tara
lembut bicara penuh tawaduk pada wajahnya
siangnya tegar menyampaikan amanat dakwah
malamnya disisi Pencinta kekasih setia (Allah)


Dia teristimewa
menjadi teladan buat umat islam serata dunia
walau jasadnya sudah tiada
tetapi segala amalan sunnahnya terpapar sbg ikutan masyarakat dunia

Duhai Rasulullah tercinta
adakah kami tergolong dalam golongan yang engkau rindui ?
adakah kami tergolong dalam golongan yang engkau rindui ?
sayup namamu disebut , dialun alun.....
pengertian yang penuh besar bagi setiap umatmu
kami di sini menyambut hari keriangan
tanpa jasad yang begitu hebat ini di sisi
Walaubagaimanapun Ya Rasulullah
hati kami tetap merasakan bahawa
Engkau Ya Rasulullah senantiasa hidup di hati kami



 




Kau mengajar kami mengenal Pencipta
engkau mengajar kami tentang ad-deen
dengan penuh payah
engkau menderita dengan jihad yang tak pernah lelah
demi umat, Engkau tabahkan jua
kau disakiti,
kau dicaci,
kau dihina,
kau dipulau,
hampir terbunuh kekasih ini di medah Uhud
bangun dari kepungan
bangkit membina kekuatan semula
demi Islam Islam Islam tercinta


 

Akhlakmu yang aku kagumi
tidak akan dapat ku temui sehebat akhlakmu
mampu menitis air mata mendengarkan kesederhananmu
kau sedikitpun tidak memilih dunia
kau berlapar dan menahan dahaga
kau sembunyikan dari umatmu
kau ikat perutmu dengan batu
kau sembunyikan dari umatmu


 






tidurmu hanya dengan beralaskan tikar yang begitu nipis
solatmu menyebabkan kakimu bengkak kerana ibadat yang berterusan sehingga ke subuh
kerna siapa engkau berdoa untuk siapa engkau berdoa
tidak lain tidak untuk kesejahteraan umatmu



 




engkau muliakan kami
umatmu yang tidak sempat berada bersama pada zamanmu
engkau muliakan kami sedang engkau tidak pernah bersama kami
....................... :"(

 

Ya Rasulullah ......
pabila menyebut namamu .
hati kami menjadi terlalu hiba .....
kerana terpana dengan kemuliaan dirimu terhadap kami, umatmu.

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad...

wallahualam.






asyiqazhad.com



p/s: tidak dapat aku gambarkan, hanya dapat aku nukilkan dengan pena media yang begitu daif ini.

tiada hadiah untuk aku berikan, hanya ingatanku sbg umatmu yang masih berjuang di jalan juangmu.

Moga hati kami senantiasa cinta kepadamu
cinta untuk mengamal sunahmu
dan cinta untuk meneruskan perjuanganmu.

amin. 



1 comment:

  1. Very touching poetry.. terbaik.. i love it.. I shared it in my facebook group : https://www.facebook.com/groups/duniaislam1/

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..