Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu? siapa tu..


erykah-badu1

Kontroversi penyanyi R&B, Erykah Badu yang mencacah tatu dengan nama Allah s.w.t di badan, akhirnya sampai ke penghujung apabila konsert yang sepatutnya di pentaskan hari ini telah dibatalkan.


Tahniah kita ucapkan kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  di atas ketegasan itu.
Secara jujurnya penulis sendiri tidak mengenali siapakah Erykah Badu hinggalah gambar kontroversi penyanyi tersebut disiarkan di akhbar The Star.
A government committee that includes police and Islamic policy officials decided to forbid Badu’s show because the body art was “an insult to Islam and a very serious offense,” Information Minister Rais Yatimsaid in a statement. (Sumber: NyDailyNews)
PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.
“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.


Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.


Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.
Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta. (Sumber: MStar Online)

Dari satu sudut, tindakan The Star yang tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila menyiarkan photo tersebut memang amat kurang ajar & melampaui batas. Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dibuat, namun bukan sedikit yang masih terguris gara-gara tindakan tersebut.


Tambahan pula, dalam banyak-banyak gambar Erykah Badu di internet, kenapalah gambar yang bertatu dengan nama Allah s.w.t tu jugalah yang dipilihnya bagi menghiasi artikel dalam akhbar The Star. Pelik & sengaja nak mencuit kah?
Apology for Erykah Badu photo
A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight.-The Star
Pun begitu jika diamati dari sisi lain, rasanya tak salah kalau penulis mengandaikan sekiranya photo kontroversi tersebut tidak tersiar di The Star, ada kemungkinan konsert Erykah Badu tetap berlangsung seperti dijadualkan & mungkin ramai (termasuk penulis) yang tidak tahu perihal dirinya yang bertatu dengan kalimah Allah s.w.t.
Setiap sesuatu kejadian ada baik dan buruknya, ada manfaat & mudarat, dan mungkin ada jua hikmah disebaliknya.


Sama macam kes khalwat la, sekarang kita baru tahu ada khidmat nasihat & kaunseling hingga pagi dinihari di hotel-hotel penginapan untuk isteri orang yang bermasalah dengan suami sendiri. Kalau tak berlaku tangkapan khalwat tu, mahunya kita fikir kaunseling rumahtangga hanya terhad di pejabat agama, tak gitu?


Yang penting sekarang, dengan segala desakan & bantahan khalayak umum terhadap The Star & penyanyi tersebut akhirnya mendapat perhatian kerajaan.


Kepada anggota mesyuarat Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang terdiri daripada wakil kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya, syabas diucapkan kerana prihatin mengusulkan pembatalan konsert tersebut.

Saturday, February 18, 2012

MERENUNG KEJUJURAN HUD-HUD DAN KETEGASAN NABI SULAIMAN A.S

 
 
Written by Akademi Tarbiyah 
 
Banyak kisah ditampilkan di dalam Al Quran memiliki pengajaran yang relevan sepanjang zaman dengan kehidupan sosial kita. Al Quran telah menampilkan sejumlah tokoh-tokoh tauladan dan tokoh-tokoh pengajaran agar dijadikan renungan tentang akibatnya kepada masyarakat. Ada kisah pembela kebenaran yang terdiri dari Para Nabi, Rasul dan orang-orang yang soleh, ada juga tokoh pelopor kezaliman seperti Firaun, Tsamud, 'Ad, dan Abrahah. Selain dari tokoh-tokoh dari bangsa manusia, ada juga kisah yang menampilkan pelajaran dari bangsa haiwan. Kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud-Hud merupakan salah satu contoh kisah pengajaran yang terkandung di dalam Al Quran. Kisah ini dirakamkan di dalam surah An Naml ayat 20 hingga 28 supaya ia menjadi pengajaran kepada manusia, kisah mengenai sebuah kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh seseorangpun setelah kewafatan Nabi Allah Sulaiman A.S.


"Wahai Tuhanku! Ampuni kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tiada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya" - Surah As Shad:35, Al Quranul Karim

Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman. Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab keterlewatannya di dalam majlis perhimpunan yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman. Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala.

Pengaduan Hud-Hud diterima oleh Nabi Sulaiman, lantas Baginda mengarahkan Hud-Hud untuk menyiasat perkara itu dan membawa surat perutusan dari Baginda. Diringkaskan di sini bahawa Hud-Hud adalah seekor makhluk kecil yang memiliki kepekaan dan prihatin terhadap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Keistimewaan yang dimiliki oleh Hud-Hud adalah taat kepada pemimpin dan dahagakan maklumat. Walaupun Hud-Hud menyedari kelewatannya bertemu Nabi Sulaiman, Hud-Hud tetap hadir dengan membawa amanah untuk dihadapkan kepada pemimpinnya.

Keterlewatan Hud-Hud bukan alasan untuknya tidak hadir bertemu Nabi Sulaiman. Ini menunjukkan Hud-Hud memiliki sifat berani biarpun kemungkinan yang bakal berlaku ialah Hud-Hud akan dihukum oleh Nabi Sulaiman.

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)" An Naml:21, Al Quranul Karim

Sekali imbas ancaman yang dituturkan oleh Nabi Sulaiman A.S kepada Hud-Hud tersebut adalah amat menggerunkan, apalagi jika ucapan tersebut ditujukan kepada manusia yang melalaikan perintahnya. Seolah-olahnya Nabi Sulaiman mengeluarkan ‘pekeliling surat berhenti kerja 24 jam’ kepada Hud-Hud, tetapi sambungan ayat selanjutnya menyerlahkan sisi lain yang walaupun disampaikan dalam keadaan murka, namun rasional masih menguasai diri Nabi Sulaiman, "...Kecuali jika dia datang kepadaku dengan alasan yang jelas".

Apa yang benar, Hud-Hud tidak terbang ke negeri Saba' untuk bersiar-siar, makan angin ataupun melanggar prinsip-prinsip umum seperti mengabaikan perintah pemimpin dan sebagainya, sebaliknya Hud-Hud terbang dan kembali ke perbarisan Nabi Allah Sulaiman. Kelewatan Hud-Hud adalah kerana ingin mendapatkan maklumat berkaitan keadaan politik di negeri Saba'. Misi yang dibawanya juga adalah misi yang besar, iaitu misi men-tauhidkan umat manusia, bukannya misi-misi berbentuk sekunder seperti masalah khilafiyyah, permusuhan peribadi dan tuduh-menuduh, tetapi misi menyelamatkan manusia dari menjadi 'parasit' kekufuran.

Namun, tindakan Hud-Hud pula janganlah dijadikan alasan untuk bersikap tidak Wala' kepada pimpinan, iaitu wabak 'meroyan' dan 'hilang kawalan' dan 'emosional', atau watak mengutamakan pendapat sendiri berbanding keputusan pimpinan dalam melakukan gerak kerja jamaah sehingga tidak selari dengan dasar dan matlamat gerakan Islam. Kisah ini tidak seharusnya dijadikan sandaran dalil kepada aktivis gerakan Islam untuk buat 'kepala sendiri' atau ingin berperanan sebagai Hud-Hud sahaja, iaitu mahu meninjau 'kawasan' sahaja tanpa melakukan kerja lain. Ini kerana yang terbang ke sana sini barangkali bukannya Hud-Hud milik Nabi Sulaiman, tetapi mungkin seekor gagak hitam yang merayau-rayau meninjau timbunan sampah.

Hud-Hud tetap meletakkan ketaatan kepada Nabi Sulaiman kerana ketaatan kepada pemimpin adalah perkara dasar (thawabit) dalam berjamaah, bukan mengabaikannya. Sikap yang ditunjukkan Hud-Hud juga memperlihatkan bahawa seorang perajurit Islam mestilah memiliki kepekaan terhadap amanah, sikap mengkaji dan teliti, bersemangat untuk menyedarkan kaum walaupun dengan kemampuan dan peranan yang kecil. Begitulah juga dalam ilmu dakwah, kategori penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai dari setinggi-tinggi kaedah penyampaian sehingga serendah-rendah daya kemampuan, bermula dari kuasa dan arahan, kemudiannya percakapan, penulisan dan seterusnya akhlak yang baik. Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri sebelum dikenal sebagai pemidato di pentas dakwah dan politik, Baginda S.A.W pada awalnya dikenal melalui akhlak yang mulia sehingga digelar oleh sahabat dan musuh sebagai "Al Amin".

Manakala dari sisi pengajaran yang dapat kita amati dari sikap Nabi Allah Sulaiman pula, seorang pemimpin mestilah memiliki sifat tegas dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik, bukannya bertindak semberono dan menuduh tanpa pemeriksaan yang nyata. Ketelitian Nabi Sulaiman dapat dilihat melalui katanya di dalam surah An Naml ayat 27 :

"Nabi Sulaiman berkata; Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta"

Ketegasan ini menunjukkan kepada setiap pemimpin agar jangan segera percaya dengan setiap alasan yang diberikan tanpa penelitian. Dalam lapangan politik, seorang pemimpin memang wajar bersikap buruk sangka kepada barisan yang dipimpinnya, tetapi bukanlah dengan hanya bersikap buruk sangka sahaja tanpa mencari jalan penyelesaiannya. Periksa betul-betul setiap laporan yang dikemukakan, kerana khuatir maklumatnya ditokok-tambah, sedangkan realitinya 'jauh panggang dari api'. Ini kerana informasi yang tepat & boleh dipercayai sangat penting untuk meneruskan kelancaran organisasi agar visinya mampu bergerak laju tanpa 'tempang'.

Itulah yang ditekankan oleh Nabi Allah Sulaiman, Baginda tidak terus melulu menerima setiap patah kata-kata Hud-Hud, sebaliknya memeriksa intipati kebenarannya :

"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka" - An Naml:28, Al Quranul Karim

Imam Al Qurtubi di dalam tafsirnya mengatakan, "Ayat ini adalah dalil yang menunjukkan perlunya pengiriman surat-surat kepada orang-orang musyrik dan menyampaikan dakwah tauhid kepada mereka, dan mengajak mereka masuk Islam. Rasulullah S.A.W juga telah menulis surat kepada kerajaan Caesar Romawi dan Kisra Parsi dan kepada beberapa raja yang zalim" [ Rujuk Tafsir Qurtubi 13/189 ]

Di dalam Surah An Naml ayat 28, sikap yang ditunjukkan oleh Nabi Sulaiman juga mengajarkan bahawa seseorang pemimpin itu mestilah merasai kehilangan anggota pengikutnya sekiranya tidak hadir. Seorang pemimpin harus memerhatikan siapa yang tidak hadir dalam setiap pertemuan dan kegiatan kerana ia merupakan tanggungjawab yang mesti dilakukannya sebagaimana seorang imam memerhatikan kehadiran para makmum-nya. Kata Umar Al Khattab R.A, "Selidiklah sahabatmu di waktu solat. Jikalau mereka tidak hadir kerana sakit, engkau jenguklah. Dan sekiranya dalam keadaan sihat-sihat sahaja maka patutlah untuk dicela".

Nabi Sulaiman juga mengajarkan kepada bakal pemimpin negara supaya tidak meremehkan perkara kecil, kerana seringkali sesuatu yang besar bermula dari awalnya nampak kecil. Tugas yang dimainkan oleh Hud-Hud hanya kecil jika dibandingkan dengan jin Ifrit yang menanggung beban berat singgahsana Balqis, tetapi sumbangan jentera kecilnya bernama Hud-Hud tetap direkodkan di dalam Al Quran kerana "kejujuran"nya. Selain itu, sebagai manusia kita perlu merasa malu dengan Hud-Hud, spesis burung yang kecil tetapi hidupnya digunakan untuk misi besar iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah, bahkan dia melakukan tugasan mulia tersebut tanpa menunggu arahan khusus.

Jika kita telusuri dunia penciptaan yang berjaya mewujudkan peradaban di dunia, kita dapat melihat banyak karya-karya penciptaan dan hasil-hasil penemuan awalnya dirintis oleh individu tidak ternama seperti Ibnu Firnas (W.887) yang mencipta bingkai pesawat yang hanya boleh dikendalikan oleh seorang manusia sahaja. Kemudian hasil ujikaji tersebut didukung oleh Wright brothers iaitu Oliver Wright dan Wilbur Wright pada tahun 1903 sehingga berjaya menghasilkan pesawat secanggih kita saksikan pada hari ini. Demikan juga dalam medan dakwah, pada awalnya ia bermula daripada kekentalan seorang individu, kemudian akhirnya nanti ia menjadi garapan organisasi sebagaimana kejayaan dakwah Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dari era pembinaan umat di Madinah, tetapi impak mutakhirnya Baginda berjaya mencipta pelbagai versi tamadun kerajaan dan ketokohan manusia yang berkiblatkan dakwah Islam.

Hasil kejayaan itu semuanya terangkum kepada kata kunci "Misi & Visi". Jika haiwan sekecil Hud-Hudpun memiliki visi dan misi-nya iaitu "MENTAUHIDKAN ALLAH", maka apatah lagi manusia yang diberikan kudrat menundukkan seluruh makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Dengan visi dan misi inilah Salahuddin Al Ayyubi dapat menguasai kembali Baitul Maqdis, dengan visi dan misi ini Saifuddin Qutuz berjaya menewaskan tentera Tatar yang dianggap umat Islam waktu itu sebagai Ya'juj wa Ma'juj, dengan visi dan misi ini juga menyebabkan Khalid Al Walid tidak berkecil hati dengan perlucutan jawatannya sebagai panglima perang oleh Khalifah.

Penutup

Marilah kita tanamkan visi dan misi kehidupan kita semata-mata mentauhidkan Allah Taala. Elakkan cara berfikir "ia bukan kerja saya", sebaliknya bertindaklah seperti Hud-Hud yang walaupun dia hadir dengan 'lewat'nya, tetapi komitmen-nya, ke-ikhlasannya, kejujurannya dan gerak kerjanya dipertaruhkan semata-mata demi usaha mentauhidkan Allah Taala. Kita belajar ilmu untuk mentauhidkan Allah. Kita bekerja untuk mentauhidkan Allah Taala. Kita menceburkan diri dalam dunia politik dan kepartian untuk mentauhidkan Allah Taala, hatta dalam sekecil-kecil perkara sekalipun seperti menulis di "wall facebook" dan sebagainya juga demi mentauhidkan Allah Taala.

Ini kerana, jika anda benar-benar jujur, kesalahan bukanlah ukuran seseorang itu melakukan kederhakaan, tetapi adalah kejayaan yang akan menjadi renungan pada hari 'esok'. Kejujuran adalah sifat para pendokong kemenangan. Hal ini dapat kita pelajari dari kekalahan umat Islam di perang Mu'tah, iaitu ketika ketiga-tiga orang panglima perang yang dilantik Rasulullah S.A.W gugur syahid bernama Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib, dan Abdullah bin Rawahah; Khalid al-Walid mengambil alih tempat ketua tentera, atas permintaan beberapa individu di dalamnya. Khalid Al Walid melihat bilangan tentera Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan tentera Rom. Oleh itu, Khalid membuat keputusan membawa tentera pulang ke Madinah. Apabila mereka hampir dengan Madinah, mereka telah disambut taburan tanah daripada orang ramai sambil berkata, "Wahai orang-orang yang melarikan diri. Kamu telah lari daripada medan jihad di jalan Allah".

Lantas Rasulullah S.A.W membela Para Sahabatnya yang jujur, "Mereka bukanlah orang yang melarikan diri tetapi mereka adalah orang yang akan mengulangi peperangan, Insya Allah" [ Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 4/292 ]

Sumber Rujukan :
[1] Min Fiqhil Aulawiyyat, Dr. Majdi Hilali
[2] Feqh Nasr wa Tamkin, Dr. Mohamad Ali As Solabi

MUNAJAT : RINTIHAN KEMENANGAN .



Muqaddimah .

Perjuangan suci demi mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini kian terdesak dan ianya berasaskan tuntutan ummah masa kini , yang tidak lagi mampu bertahan menghadapi proses pemusnahan global ke atas fikrah , syakhsiyyah dan aqidah mereka .

Ummah kini secara sedar atau tidak , sangat memerlukan Islam sebagai benteng berlindung , dahan berpaut dan bumbung berteduh dari segala ancaman yang mampu membinasakan diri dan peradaban mereka.

Justeru itu , kemenangan Islam adalah detik yang dinanti oleh semua , guna membebaskan mereka dari bencana besar ekoran terhakisnya nilai aqidah , lunturnya nilai akhlak dan merosotnya nilai fikrah .

Munajat .

Selain daripada keperluan fizikal dan material dalam mengisi agenda perjuangan bagi memperolehi kemenangan , kita tidak boleh menafikan satu unsur terpenting yang mampu menepati kekuatan dalaman perjuangan kita , sementara kekuatan dalaman adalah paksi kepada segala kekuatan yang melayakkan kita beroleh kemenangan.

Unsur yang saya maksudkan itu ialah unsur spiritual sedang munajat adalah teras kejernihannya yang berasaskan keakraban hubungan antara kita sebagai pejuang dengan Allah Jalla wa A'la selaku pembekal kemenangan .

Meng"agenda"kan Munajat dalam Medium Perjuangan.

Sewajarnya kita melakukan apa sahaja untuk memenangkan perjuangan Islam ini , selama ianya tidak bercanggah dengan syara' . Malah kita sanggup mempertaruhkan jasad dan nyawa jika ia merupakan harga semasa yang perlu dibayar untuk mengukir sebuah kemenangan.

Bertolak pada masa yang sama , munajat mempunyai fungsi atau peranan yang sangat besar serta penting dalam menjana kemenangan dan ianya sekali – kali tidak boleh diabaikan.

Perjuangan Baginda Rasul saw. sejak hari pertama ia digerakkan hinggalah ke suatu saat dimana Islam telah lengkap dan sempurna , munajat senantiasa mengiringi usaha gigih baginda saw. bersama para sahabatnya rhm.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dengan sanad – sanadnya bahawa seorang Arab Badwi telah bertanya : Ya Rasulullah , Apakah tuhan kita hampir lantas kita bermunajat kepadanya atau tuhan kita jauh lantas kita menyerunya ? Nabi saw. diam lalu turunlah firman Allah swt. :
[1]

و إذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي و ليؤمنوا بي لعلهم يرشدون .

Dan apabila hamba – hambaKu bertanya kepada mu ( Muhammad ) tentangKu maka sesungguhnya Aku hampir . Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu . Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi petunjuk.

( Surah al Baqarah : 186 )

Perjuangan Rasul saw. adalah perjuangan Islam , sementara Islam pula adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Allah swt. Bahkan Allah swt. jua tuhan yang akan memberi kemenangan kepada mereka yang ikhlas memperjuangkan agamaNya.

يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا الله ينصركم و يثبت أقدامكم

Jika kamu memperjuangkan agama Allah swt. Nescaya Allah akan memberi kemenangan ( nusrah ) kepada kamu dan menetapkan pendirian kamu.

( Muhammad : 7 )

Manakala munajat adalah jambatan penghubung antara kita dengan Allah swt. . sedang melalui hubungan inilah , Allah swt. akan menyalurkan nusrahNya kepada para pejuang .

Demi tahqiqun nusrah ( memastikan kemenangan ) perjuangan ini, munajat mesti diagendakan semaksima mungkin tanpa juak dan culas .

Munajat Rasulullah saw. Melakar Kemenangan .

Mengharapkan sokongan dan penyertaan individu atau golongan tertentu guna memperkuat dan memperkasakan saff perjuangan , Nabi saw. telah bermunajat :

اللهم أعز الإسلام بأحد العمرين

Ya Allah , perkuatkan Islam dengan salah seorang dari dua omar . ( antara Omar al Khattab dan Amru ibnu Hisyam / Abu Jahal )

Menghadapi tekanan yang semakin hari semakin hebat oleh pihak musuh , berdepan pula dengan kemuncak kebiadaban musuh sehingga Baginda saw. dilumuri najis oleh Uqbah bin Abi Mu'it sedang Baginda saw. khusyuk sujud kepada Allah swt dihadapan Kaabah , sejurus selesai solat Baginda saw. bermunajat :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy. ( sebanyak 3 kali )

Orang - orang kafir yang sedang mentertawakan Nabi saw. terdiam kerana takutkan munajat Baginda . lalu Nabi saw. menyambung munajatnya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة بن ربيعة و الوليد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah , aku serahkan kepadaMu untuk membinasakan Abi Jahal ibnu Hisyam , Utbah bin Rabi'ah , Syaibah bin Rabi'ah , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku di dalam genggamannya, kesemua nama yang disebut oleh Rasulullah saw. didapati terbunuh dalam perang badar al Kubra yang kemudiannya bangkai bangkai mereka dicampak ke dalam perigi buta.

Saat menerima penghinaan dan dihalau oleh mereka yang jahil mengenai perjuangan yang diperjuangkan oleh Baginda saw. , Baginda telah bermunajat :

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي إلى من تكلني إلى بعيد
يتجهمني أم إلى عدو ملكته أمري إن لم يكن بك على غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة من أن تنزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك

Ya Allah , Ya Tuhanku , Aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatanku , sedikitnya helahku dan hinanya aku pada pandangan manusia . Ya Tuhan yang Maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi , Engkau adalah Tuhan orang orang yang lemah dan Engkau adalah TuhanKu . Kepada siapa engkau serahkan diriku ini ?

Kepada orang jauh yang memandangku dengan muka masam atau kepada musuh yang ingin menguasai diriku . Jika tiada murkaMu terhadap diriku , aku tidak peduli tetapi kemaafanMu lebih luas kepadaku .

Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang telah engkau pancarkan ke arah segala kegelapan , menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada turunnya ke atasku murkaMu atau berlakunya ke atasku murkaMu . KepadaMu pengaduan yang sungguh sungguh sehingga capai keredhaanMu . Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu .

Doa ini dianggap oleh para ulama' sebagai detik bermula kronologi peristiwa Isra' dan Mikraj yang menyaksikan bagaimana nabi saw. dilayan dan diundang ke langit mengadap hadhrat Ilahi , Tuhan yang telah mendengar rintihan pejuangNya.

Ketika melangkah untuk melepasi kepungan maut oleh pemuda pemuda tahan lasak Quraisy yang ingin membunuh Baginda saw. pada malam peristiwa hijrah , Baginda saw. telah bermunajat lalu membacakan ayat suci al Quran :

و جعلنا من بين أيديهم سدا و من خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون

Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding pula dan Kami tutupkan mata mereka sehingga tidak dapat melihat .

( Surah Yasin : 9 )

Munajat ini akhirnya menghadhirkan pertolongan Allah swt. dan Baginda berjaya melepasi kepungan tersebut dengan selamat tanpa disedari oleh musuh .

Jauh dari kampong halaman , tanah tumpah darah dan sanak saudara demi menyelesaikan urusan perjuangan ( mendaulatkan syariat Allah swt. ) , Baginda saw. dan para sahabat memendam rasa rindu yang cukup menekan jiwa , memaksa Baginda saw. bermunajat :

اللهم حبب إلينا المدينة كحبنا لمكة أو أشد

Ya Allah , Ya Tuhanku , jadikanlah kami kasihkan Madinah sebagaimana kami kasihkan Makkah atau lebih darinya .

( Riwayat Imam al Bukhari , Muslim dan Ahmad )

Membangunkan Negeri berasaskan prinsip tauhid disaat musuh menekan dari segenap arah merupakan satu cabaran besar . Baginda Rasul saw. dalam satu gerakkerja membangunkan Madinah agar ianya Membangun Bersama Islam , Baginda saw. telah membina sebuah Masjid sebagai komplek bangunan pertama wujud di negeri Islam itu . Sewaktu membina bangunan ( masjid ) inilah , kedengaran Baginda saw. bermunajat :

لا عيش الا عيش الآخرة . اللهم ارحم المهاجرين و الانصار

Tiada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat , Wahai Tuhan , kasihanilah Muhajirin dan Ansar .

Menyaksikan kehadhiran
[2] musuh dengan segala kekuatan material yang dimiliki oleh mereka , bermaksud untuk mengalahkan Islam dan ummatnya serta menghancurkan Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah saw. Baginda Rasul saw. telah bermunajat :

اللهم هذه قريش قد أقبلت بخيلائها و فخرها , تخادك و تحارب رسولك . اللهم فنصرك الذي وعدتني . اللهم احنهم الغداة .

Ya Allah , Ya Tuhanku , inilah Quraisy , mereka datang dengan segala kesombongan dan kemegahan . Mereka menentangMu dan membohongi RasulMu . Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan kemenangan yang telah Engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku , binasakanlah mereka pada pagi ini .

( Sirah Ibnu Hisyam )

Keadaan getir dan tidak seimbang berbanding kekuatan fizikal ummat Islam dengan kekuatan yang dimiliki oleh musuh di medan pertempuran Badar , Baginda telah bermunajat penuh harapan dan perasaan seraya mengangkat tangan sehingga terjatuh selindang Baginda , memohon pertolongan Allah swt. agar Islam dipelihara.

اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما و عدتني , اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد .

Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikan apa yang telah engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku , jika engkau binasakan pasukan yang kecil ini , Engkau tidak lagi disembah di bumi selepas ini .

Setelah menerima pukulan teruk dalam peperangan Uhud , Baginda saw. mengalami cedera parah ( gigi Baginda saw. patah dan pipinya luka ) lalu Rasul saw. bersabda : " Allah sangat murka hari ini kepada kaum yang melukakan muka RasulNya " setelah diam seketika , Rasulullah saw. bermunajat :

اللهم اهد قومي فإنهم لا يعلمون

Ya Allah Ya Tuhanku , berilah petunjuk kepada kaumku , sesungguhnya mereka melakukan demikian ( menentang dan mencederakanku ) kerana mereka tidak mengerti ( mengenai risalah perjuangan suci ini ).

( Riwayat at Tabrani )

Sejurus berjaya setelah melintas garis yang paling sukar , mengorbankan nyawa dan segala kepentingan hidup . Baginda saw. meminta para sahabatnya berdiri dalam satu saff sambil bersabda , " betulkan saff sehingga aku memuji Tuhanku " ( sedang musuh telah mengundurkan tenteranya dari medan Uhud ) lalu baginda saw. bermunajat :

اللهم لك الحمد كلّهُ , اللهم لا قابضَ لِمَا بَسَطَتَ و لا باسِطَ لما قبَضْتَ و لا هادِيَ لِمَنْ أضْلَلْتَ و لا مُضِلَّ لمن هديْتَ و لا مُعْطِيَ لما مَنَعْتَ و لا مانِعَ لما أعْطَيْتَ و لا مُقَرِّبَ لما باعَدْتَ و لا مُبْعِدَ لما قَرّبْتَ .

اللهم ابْسُطْ علينا مِن بركاتِك و رحْمتك و فضْلك و رِزْقِك . اللهم إني أسألك النّعيم الْمُقيمَ الذي لا يَحُوْلُ و لا يَزُوْلُ . اللهم إني أسألك العَوْنَ يومَ الْعَيْلَةِ و الأمْنَ يومَ الخَوْفِ . اللهم إني عائذٌ بِك مِن شَرّمَا أعْطَيْتَنَا و شَرّما مَنَعْتَنَا . اللهم حَبّبْ إلينا الإيمانَ و زيّنْهُ في قلوبنا و كَرّهْ إلينا الكفرَ و الفُسوقَ و العِصيانَ و اجعلنا من الراشدين . اللهم تَوَفّنا مسلمين و ألْحِقْنَا بالصالحين غيْرَ خَزَاياَ و لا مَفْتُوْنِيْنَ .

اللهم قاتِلَ الْكَفَرَةِ الّذين يُكَذّبُون رُسُلَكَ و يَصُدّونَ عن سبيلك واجْعلْ عليهم خِزْيَكَ و عذابَك . اللهم قاتِلَ الْكَفَرَةِ الّذين أوتو الكتاب . إلهَ الْحقّ .

Wahai Tuhanku , bagiMu pujian semuanya . Wahai Tuhanku , tiada siapa yang dapat menahan apa yang engkau berikan , tiada yang dapat memberi apa yang engkau tahankan . Tiada yang dapat beri petunjuk kepada siapa yang engkau hukumkan kesesatannya , tiada siapa yang dapat menyesatkan sesiapa yang engkau beri petunjuk kepadanya . tiada siapa yang dapat memberi kepada sesiapa yang engkau tegahkan pemberian kepadanya. Tiada yang dapat menghalang sesiapa yang engkau berikan kepadanya . Tiada siapa yang dapat menghampirkan sesiapa yang engkau jauhkan . Tiada siapa yang dapat menjauhkan sesiapa yang engkau hampirkan .

Ya Tuhan , hulurkan kepada kami daripada keberkatanMu , RahmatMu dan kurniaMu . Wahai Tuhanku , aku memohon kepadaMu nikmat yang tetap yang tidak terhalang dan tidak hilang. Wahai Tuhanku , Aku memohon kepadaMu pertolongan di hari kesempitan , keamanan dihari takut . Wahai Tuhanku , Aku berlindung dengan mu daripada kejahatan yang engkau jadikan berlaku kepada kami dan kejahatan yang engkau tegahkan kami .

Wahai Tuhanku , Jadikanlah kami ini kasih kepada iman dan hiaskanlah iman itu di dalam hati – hati kami . Jadikanlah kami benci kepada kufur fasiq dan maksiat dan jadikanlah kami termasuk dikalangan orang – orang yang mendapat petunjuk . Wahai Tuhan , matikanlah kami di dalam Islam , hidupkanlah kami di dalam Islam dan masukkanlah kami dikalangan orang – orang yang soleh bukan yang hina dan menimbulkan fitnah.

Wahai Tuhan , Perangilah orang orang kafir yang membohongi rasul – rasulMu dan menyekat jalan agamaMU . Jadikanlah ke atas mereka azab siksa Mu . Wahai Tuhan , Perangilah orang orang kafir ahli kitab . Wahai Tuhan yang Benar !

( Riwayat Imam Ahmad )

Semangat dendam yang sangat mendalam terhadap golongan Islam membuatkan kaum Musyrikin bergabung dalam satu pakatan besar dan barisan yang sangat ramai , merangkumi semua pihak yang memusuhi Islam. Menghadapi pakatan musuh ini , diriwayatkan daripada al Barra' bin 'Azib Rha bahawa Nabi saw. bermunajat dengan mengulangi syair Abdullah bin Rawahah Rha :

اللهم لو لا أنت ما اهتدينا *** و لا تصدقنا و لا صلينا
فأنزلن سكينة علينا *** و ثبت الاقدام إن لا قينا
إن الأولى رغبوا علينا *** و إن أرادوا فتنة أبينا .

Wahai Tuhan Kami , Kalau tidak keranaMu nescaya kami tidak mendapat petunjuk , tidak bersedekah dan tidak sembahyang .

Oleh itu , turunkanlah ketenangan kepada kami dan teguhkan pendirian kami jika bertemu dengan musuh .

Sesungguhnya musuh itu mahukan kami binasa dan tiadalah sebenarnya yang mereka kehendaki melainkan mendatangkan bencana terhadap pegangan kami kepada agama

(Rujuk al Bidayah wan Nihayah Jil. 4 M/s 96 .
Sirah an Nabawiyyah Ibni Kathir Jil. 3 m/s 185)

Demikian saya membawa sebahagian dari siri munajat Rasulullah saw. yang mewarnai perjuangan suci Baginda saw. demi memartabatkan Islam dan ummatnya sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini .

Jelasnya , Nabi sebagai kekasih Allah , tidak lekang dari bermunajat untuk memastikan perjuangannya mencapai kejayaan dan kemenangan , malah itulah rahsia terbesar disebalik kejayaan gemilang penuh keagongan yang akhirnya menyaksikan Islam pernah menguasai tiga per empat muka bumi ini.

Bermunajatlah demi sebuah Kemenangan .

Munajat adalah senjata bagi para pejuang untuk menghadapi kekuatan dan kedegilan musuh . Dari Abi Hurairah Rha . Sabda Rasulullah saw :

الدعاء سلاح المؤمن و عماد الدين و نور السماوات و الأرض .

Doa ( munajat ) adalah senjata orang yang beriman , tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi .

( Riwayat al Haakim dan sohih rangkaian sanadnya )

Munajat adalah antara pelengkap syarat kemenangan yang ingin dicapai dalam pertembungan sengit kita dengan pihak musuh musuh Allah swt. Telah meriwayatkan oleh Abu Ya'la dari Jabir Rha . dari Nabi saw. telah bersabda :

ألا أدلكم على ما ينجيكم من عدوكم و يدرّ لكم أرزقكم ؟ تدعون الله في ليلكم و نهاركم فإن الدعاء سلاح المؤمن .

Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang memenangkan kamu ke atas musuh kamu dan membekalkan bagi kamu rezeki kamu ? ( iaitu ) kamu bermunajat kepada Allah swt. pada waktu malam kamu dan juga siang kamu . Sesungguhnya doa ( munajat ) adalah senjata orang yang beriman .

Munajat adalah rintihan penuh syahdu , tunduk merendah diri dihadapan kebesaran dan keagongan Allah swt. sementara hati penuh yakin bahawa Allah pasti mendengar dan menerima rintihan para pejuang agamaNya.

Dari Abi Hurairah Rha. dari Nabi saw. :
[3]

ادعو الله و أنتم موقنون بالإجابة و اعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه .

Bermunajatlah olehmu kepada Allah sedang kamu yakin bahawa Allah swt. menerima ( doa kamu ) dan ketahuilah sesungguhnya Allah tidak suka doa / munajat dari hati yang lagha lagi lalai .

( Riwayat at Tarmizi dan al Haakim )

Firman Allah swt :

ادعوا ربكم تضرعا و خفية إنه لا يحب المعتدين .

Bermunajatlah kamu kepada Tuhan kamu secara merendah diri dan bernada lembut sesungguhnya Allah tidak suka orang orang yang melampau .

( Surah al A'raaf : 55 )

Kita tidak pernah menafikan kepentingan material yang mantap dan fizikal yang kuat bagi memacu perjuangan ini , tetapi menafikan kepentingan dan keperluan munajat atau meremehkannya , meletakkan kita jauh daripada Allah swt dan hubungan kita dengan Allah swt. menjadi bertambah sukar .

Berasaskan keinsafan ini , munajat kini mesti menjadi agenda utama perjuangan kita disamping gerak kerja gigih tanpa mengenal penat dan bosan.

[1] رواه ابن جرير و ابن مردويه و أبو الشيخ كما في تفسير ابن كثير
[2] Kisah ini berlaku di dalam perang Badar . Apabila Musuh berangkat dari tapak perkhemahan mereka di al Udwah al Quswa menuju ke tempat yang berhampiran dengan kedudukan tentera Islam.

[3] رواه الترمذي و الحاكم و قال : مستقيم الإسناد كما في ( ترغيب ) المنذري
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Monday, February 13, 2012

::Sifat-sifat orang yang solat tahajjud::



Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran diucapkan kepada Allah S.W.T, tuhan sekalian alam atas limpahan nikmat iman dan Islam.. bersyukur juga kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita untuk terus bernafas di muka bumi ini..

dan sama-samalah kita berselawat ke atas nabi junjungan kita, nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah, sekian lama Biaga Afzan menyepi, kini kami kembali.. tidak lain tidak bukan hanyalah untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian.

Rasulullah Saw bersabda: “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.



SIFAT-SIFAT ORANG YANG SOLAT TAHAJJUD

  • Takut akan azab Allah S.W.T dan mengharapkan rahmat Allah S.W.T.

(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhan-Nya? Katakanlah. "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.
(Az-Zumar: ayat 9)

  • BERTAKWA DAN MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air,
mereka mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; dan pada akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah)."
(Surah Adz-Zariyat : 15-18)

  • HAMBA YANG SOLEH DAN BERSEGERA DALAM KEBAJIKAN
“Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (sudah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, ketika mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah daripada orang yang soleh.” (Surah ali-Imran, ayat 113-114)

  • TIDAK SOMBONG DAN SUKA BERSEDEKAH
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka bersyukur dan sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri. Lambung atau perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Seseorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
(Surah as Sajadah ayat 15 - 17)



  • RENDAH HATI DAN PENYAYANG
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka(dengan kata-kata menghina), mereka mengucapkan "salam". Dan orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri.
" (Surah al Furqan ayat 63 - 64)


~dipetik daripada buku Rahsia & Keajaiban Solat sunat Tahajjud

Thursday, February 9, 2012

Tinta Muhasabah seorang pejuang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Degan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

ku nukilkan coretan ini khasnya dituju untuk diriku, lantaran muhasabah diri yang  harus aku lakukan untuk mengubat hati yang kian dipenuhi dengan karat-karat noda.........

Jam menunjukkan 1.48 pagi, seharusnya aku tidur jam seperti ini..
hajat untuk bangun awal bersama sahabiah kak nur farahin..
tapi aku terasa sangat sedih tetiba...
tidak dapat aku lelapkan mata ini..
selagi aku tidak memulakan ruangan muhasabah diri di sini sebelum menghadap Rabb-ku.......

aku terpana mendengar kata-kata seorang akhowat yang menceritakan kepadaku tentang akhlak "seseorang".....


membuatkan di hatiku terdetik, "akhlakku pula seperti apakah?"......................


Ku ulang-ulang alunan iktiraf ini sesuai dengan gerakan tanganku mencoretkan kalam...............


Betapa lemahnya diriku yang tidak berdaya ini...
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Tuhan,
akhlakku pada pandanganmu seperti apakah?
akhlakku pada pandanganmu seperti apakah?

aku mampu untuk membaca al-quran setiap hari...
tapi aku tak mampu menjadikan akhlakku seperti akhlak kitabku,
aku merenung al-quran di malam hari,
tetapi sejauh manakah akhlakku terbentuk dengan tarbiyah qur'aniyah itu?


cara aku berinteraksi dengan manusia..
dengan sahabiah,
dengan jiran tetangga...
dengan kaum keluarga...
dengan sekalian makhlukmu...
bagaimanakah aku menjaganya?


tidak sabar rasanya untuk aku bercerita dengan teman biacaraku....
aku sedang berhadapan dengan masalah jiwa...
jiwa yang datang dari desakan pancaroba dunia....
aku terlelah, tersungkur menangis tidak berdaya...
Ya Tuhan..
aku tidak mampu berdiri sendiri...
Ya Tuhan..
aku tidak mampu berdiri sendiri....
mujur engkau menyedarkan aku...
aku manusia yang sentiasa memerlukanmu...
mujur Egkau sedarkan aku..
aku manusia yag tak dapat berjauhan sedikitpun daripadaMu...

Ya Tuhan....................................................................
terlalu banyak kecacatan yang harus aku perbaiki...
akhlakku denganMu...
akhlakku dengan makhluk-makhlukMu...


Tahukan sahabat..
saat ini ana terfikirkan apa?
ana terfikir dan terbayang suatu monolog..
" Layakkah aku menjadi penghuni syurga Illahi..
dengan akhlakku yang tidak seberapa..
dengan jalinan hubungan yang terbina antara aku dan DIA..
Antara aku dan manusia"...

keangkuhanku merasa sempurna menyebabkan aku terbuai dan termimpi lena mengejar bayang syurga yang tidak kan menjelma...
kelupaanku terhadap kecacatan diri menghijabkan pandanganku untuk sentiasa merendah diri di hadapan Tuhan Rabbul Jalil....

Allahuakbar!!!
penulisanku kabur...
manik-manik jernih terurai..
mengurangkan kejelasanku menulis kalam...


di saat aku mencari Tuhan...
aku terlupa bahawa...
aku seharusnya merasakan..
darjatku yang terlalu cetek di akhirat...
mungkin aku akan berada di syurga paling tercetek antara kalangan hambaNya..
mungkin aku juga tidak langsung akan berada di dalam syurganya..
lambung aku jauh dari syurga...
terkapai-kapai aku mengejar bayang syurga yang tidak kan ku gapai selamanya.....


orang sepertiku layakkah mencium haruman syurga?
Allah......
Allah......
Allah.....
Allah.....

aku tahu jawapan itu...
tidak perlu KAU jawab pertanyaan itu...
takut-takut Engkau benar menjawab sama seperti jawapanku...

" Tidak!  namamu tiada di syurga...
  Engkau tidak layak, asyiq...
  Engkau tidak layak, asyiq...
  Ramai lagi lebih layak darimu...
  Neraka itu tempatmu...
  Neraka itu tempatmu...
  Engkau hanya sesuai tiggal di situ....


bagi aku...
iman yang di tahap rendah..
terasa tercabar dengan adanya syurga dan neraka..
setulus kecintaan tidak seperti kecintaan Rabiatul yang tidak mengejar akan erti syurga...
cuma aku,
keimananku yakini akan harinya membuatkan aku sentiasa takut....
dan biarlah ketakutan itu membuatkan aku sentiasa dekat denganNYA...


wahai diri,
ingatlah akan diri,
merendah dirilah di penghadapan Yang Esa..
menangislah sepuas hatimu bila bertemu mesra denganNya..
ingatlah kamu..
Tuhan benci orang yang sombong,
orang yang sering merasa mulia, hebat dalam kepuraan dunia,
Tuhan benci orang yang sibuk,
sibuk akan dunia, hingga lupa mengaku kurang sempurna di penghadapanNya..
Tuhan benci orang yang merasa diri hebat,
merasa diri hebat dengan kelebihan yang ada,
sedang kehebatan itu datangnya dari Pencipta...


Jam menunjukkan jam 2.30 pagi..
sedang Engkau hebat menulis kalam...
jangan pula engkau terbuai-buai sendiri hingga lupa ibadat yang kedua terafdal..


hamba teringat suatu malam, malam qiamullail di mukhayyam tarbawi...
hamba menangis sepuas-puasnya...
kerna apa...
hamba tersentuh dengan bicara ustaz di sana, tapi di sini ana tambah sedikit nak basuh diri ni bagi insaf 'banyak'...a


"enti kata enti nak memperjuangkan islam, tetapi al-quran enti setara mana?
 ibadat enti setara mana, hubungan enti dengan Allah setara mana?
 enti kata enti hebat berjuang, tetapi kehebatan enti dengan Tuhan'     
 bagaimana? kesungguhan enti berjaga malam mengahadap Rabbul Jalil  
 bagaimana? enti hebat berjuang, tapi tarbiyah ruhiyah enti cemerlang mane, 
 hebat mana? enti nak menang macam mana, kalau hubungan dengan Allah  
 pun  enti dah 'fail'"...


sahabat, memang ade yang tidak ada dialog di situ dari ustaz, itu tambahan sahaja dri ana, tapi maksudnya yang hendak disampaikan sama sahaja...


ana rasa menggigil malam itu...
bicara ana hanya mampu dengan membisu dan menitiskan air mata sahaja...
nak kata tahap iman ana yang tidak cemerlang mana..............
mengaku seolah hebat dalam perjuangan, tapi tarbiyah ruhiyah yang menjadi teras dan kwajipan masih kecelaruan sifatnya.....




janganlah kita gagal dengan Allah,
biar kita gagal capai kemenangan di dunia,
asal jangan gagal capai martbat hubungan dengan Allah..


pegang baik-baik 'kata-kata ini asyiq...


"biar x sempat capai kemenangan di dunia,
 asal dapat capai kemenangan hasil dari hubungan  dengan Allah....


...........................................
jiwa sentimental ana perlu dibasuh seperti ini..
jangan merasa pelik dengan bicara ana...
mungkin sahabat x mampu tegur ana..
biar ana mulakan kalam ruangan muhasabah mencari Nur ILAHi..
ana manusia selemah ini,
gagal dalam kehidupan yang pancaroba...
bisikan pada Tuhan menjadi tanda tanya.
kenapa?
kerna ana nak mencari hati...
hati yang lara ntuk mengubat kesembuhan yang agak kritikal...


untuk sahabat-sahabiah yang disayangi..
jangan jadi seperti ana..
hebatkanlah diri antum dalam mengejar cinta abadi dari Allahu Rabbi...
antum mampu..
antum mampu..
antum terpilih dalam perjuangan suci ini..
insyaAllah antum jua terpilih dalam kalangan penghuni syurgaNya...
segalanya dengan doa dan kesungguhan antum menuju ke arahNya..


wallahualam..
jam menunjukkan 3 pagi...
seharusnya kamu tahu apa yang hendak kamu laksanakan..

wallahualam..

asyiqtomato.lemahtiadadaya.com.my












 
















Saturday, February 4, 2012

coretan diari asyiq 2011-2012

bersama jemaah-jemaah muslimat di baiti as-salam...



ketenangan bersama Ilahi, masuk sahaja rumah ini, terasa damai dan bermulalah saat untuk menghitung diri yang lemah....
hanya Allah Maha Mengetahui hakikat insan yang ingin menyendiri , ada masa perlu berkelompok dan ada masanya perlukan 'uzlah'....




inilah saat dan duniaku untuk mentadabbur  dan meneliti  ayat-ayatNya, pabila mata sudah terpejam, mudah-mudahan 'sahabatku' ini akan terus  menjadi peneman bersamaku di  kubur..
ku utus bacaan quran untukmu jua; 'ibu ayah, adik, abang'....
moga dengan syafaatnya, kita bersatu..



inilah sahabat-sahabat yang dikurnia Allah kepadaku, aku insan yang lemah dan memerlukan mereka sebagai pelengkap dan pemangkin dalam kehidupan ini, beruntung dikurnia sahabat-sahabat ini, moga sahabat-sahabatku ini dapat membawaku mencapai merdhatillah serta menuntunku ke jannah Allah...
'aku bukan insan sempurna, 
malah aku mungkin kurang baik dari mereka,
mudah-mudahan mereka terus membawa tauladan yang baik padaku,
aku, hamba lemah tiada berupaya..



di stadium terbuka ...

ini sahabat ana n suke dengan pic..dapat mana kain merah ni tak tahu (smile)
Allah tuntun kami dan sahabat-sahabat menuju redhaMu. KeadilanMu pada kami sudah cukup. Perlindungan kami hanya sandarkan untukMu.
Ketakutan kami juga hanya ketakutan kami padaMu..
Teguhkan kami dan sahabat-sahabat kami dalam jalan dakwah..

kerinduan bersama sahabat-sahabat dalam pasukan unit dakwah dan tarbiyah;
adik teha, tiha, asma', rubi, fizah, hasanah, nurul, idayu, ayu, hanan , dayah, nani, amira, hidayah, syuhada'...

kerinduan juga buat rumate2 yang ku tinggali; zaira dan afifah...moga tetap dalam peliharaan Allah , para malaikat dan sahabat..


teruskan dengan perjuangan masing-masing, agar islam terus cerah dan bergemerlapan walau di mana jua diletakkan... 
berjuang bukan kerana kepimpinan,
tetapi berjuang kerana islam,
jangan berjuang  kerna manusia,
tetapi berjuanglah kerna Allah semata...


 


sejadah putih..
tibe-tibe pulak... apelah..
nak oyak, kalau kita suka benda putih ni, baguslah sebab putih ni warna sama dah dengan kain kafan pun sama dah, batu nisan pun putih dah...Allahuakbar!
selimut pun putih hop nak tutup sekujur mayat kita, nanti...
segala-galanya pabila mengingati kematian, warna yang paling hampir dan mengingatkan kita dengan saat itu adalah warna putih...


tetiba sebut pasal kematian, 
teringat ana sewaktu menyampaikan 'kata-kata' sempena di bengkel pengurusan jenazah'..

sedikit bait-bait kata yang ana pernah ucapkan;
berapa baki usia kita yang tinggal?
ana suh tulis juga di lembaran kertas, ana tahu dah jawapan tidak tahu bila, tapi kadang-kadang sebab kita rasa tak tahu, hati kita jadi lagha dan melupakan hakikat kematian,
ana nak bawa kesedaran bahawa kematian itu berada di hujung jari sahaja...


salam muhasabah hamba,
harini kita melihat jenazah orang lain melintasi kita,
harini kite mendengar khabar tentang pemergian sauadara kita ke rahmatullah,
hari ini kita mengiringi sahabat kita ke perumahan perkuburan,
esok lusa kita pule yang diiringi ke sana...
esok luse kite pule y dikebumikan di tanah perkuburan bersama penghuninya,
esok pule kita pula yang meninggalkan mereka, insan yang sering membahagiakan kita di dunia ...
hakikat itulah lumrah dan aturan Tuhan

setelah kepulangan, 
tidak ada pengembalian,
dan hanyalah ucapan;
'selamat tinggal dunia'....
selamat tinggal....






pastinya nabi bersama dengan kita.
walau tidak secara zahirnya...
Rasulullah walau tidak dapat bertemumu..
harapan untuk menemuimu di sana menggunung tinggi,
kerinduan kami padamu terkadang seperti musim bunga,
sedang kerinduan dan kasih sayangmu pada kami selamanya,
cinta kami padamu tidak seteguh cintamu pada kami,
lemah diri kami dalam keasyikan fantasi dunia,
Tangisanmu kerna kami menghadap Tuhan azza wajalla penuh dengan doamu untuk ummat..
sedang tangisan kami penuh dengan hajat kami..bukan kerana ummat..

aku katakan;
aku ingin bertemu nabi,,
tapi aku belum istiqamah membantu perjuangan nabi,
aku katakan,
aku ingin bersama nabi di sana,
sedang aku sering berlengah dari membantu dakwah nabi..
aku katakan, 
aku ingin minum air telaga dari tangan nabi,
sedang imanku tidak seperti iman yang diharapkan nabi ,

subhanallah..........

Allahumma solli ala muhammad...waala alihi sayyidina muhammad..





Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..