"Kenapa aku, Ya Allah? ..... Kenapa ... kenapa aku diuji sebegini....." keluh Yusuf Hadi perlahan sambil menangis teresak - esak.
Dihamparnya tikar, lantas bersujud di hadapan Allah. Apabila mengangkat sahaja takbir, air matanya bercucuran membasahi janggutnya.
Tenang selepas sujud di hadapan Yang Maha Tinggi. Kemudian, terlena dia di situ.
"Yusuf! Bangun Yusuf! Bangun ! Mengapa engkau di sini...? " Soal seorang manusia yang tiba - tiba muncul di hadapannya."Aku dipenjara atas tuduhan berzina . Tapi aku tak bersalah. Aku difitnah!" jawab Yusuf dengan nada merintih.
"Yusuf .. kamu ini begitu tampan sekali Yusuf Hadi. Para wanita mesti begitu tergila - gilakan kamu. Masakan tidak untuk mereka jatuh cinta padamu, " balas manusia itu kembali.
" Tapi ... aku tak melakukan apa - apa pun kepada wanita itu. Wanita itu yang cuba menggoda aku. Aku tak bersalah. Aku tak bersalah. Tolong aku, bebaskan aku daripada penjara ini ....................." rintih Firdaus Hadi dengan begitu sayu sekali nadanya. Ucapannya lembut, sedikitpun tidak mengeraskan suaranya.
" Kau ingat tak Hadi, kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Ketika Nabi Yusuf dipenjarakan, Nabi Yusuf tidak sedikitpun mengeluh, bahkan nabi Yusuf berkata, "sekiranya penjara ini yang membuatkan aku lebih dekat denganMu, maka aku lebih rela berada di sini daripada aku berada dalam kalangan pendusta." Ucapannya menimbulkan rasa takjub beliau kepada utusan Allah itu.
Yusuf Hadi terdiam. Sesekali dia menelan air liurnya. Sepi tak terkata. Tergamam! Kata - kata manusia itu menyebabkan air matanya bergenang semula.
"Ya Allah. Ujianku tidaklah seberat ujiannya. Malah utusan Allah itu diuji lebih berat lagi daripada ujianku. Tambahan pula dirinya dianiaya dengan saudara-saudaranya yang begitu iri hati kepadanya.
Malahan... bukan Nabi Yusuf sahaja bahkan setiap nabi utusan Allah diuji dengan ujian - ujian yang berat. Nabi Ayub yang diuji dengan derita penyakit sopak berpanjangan, kehilangan harta dan keluarga.
Nabi Ayub berkata kepada isterinya, "kita diberi anak, kesihatan, harta berpanjangan selama 70 tahun, masakan kita diuji sebegini selama 17 tahun, kita hendak mengeluh?."
“ | Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44) | ” |
Nabi Ibrahim pula yang dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud. Nabi segala penghulu, Nabi Muhammad s.a.w , yang sering disakiti, dihina, dicaci, dipulau oleh kaum musyrikin Mekah tetapi baginda tidak pernah mengeluh di hadapan Allah malah mereka tidak putus berdoa kepada Allah ...................."
Kata- katanya terhenti di situ. Beliau menangis lalu rebah bersujud di hadapan Allah.
Manusia itu tadi kembali menyambung semula kata- katanya.
"Yusuf! Allah sangat pengasih dan peyayang. Allah tidak akan membebankan manusia dengan bebanan yang tidak sanggup dipikul hambaNya.
Ingatlah, bahawa kamu sedang diuji Allah. Allah kini sedang berbicara denganmu dan mungkin Allah hendak mengembalikan kamu kepadaNya, dan mungkin jua Allah begitu rindu hendak mendengar rintihanmu di sisiNya. Bersangka baiklah kamu, Yusuf Hadi ." Lembut tuturnya disusun. Wajahnya tenang bercahaya.
Selepas sahaja dia berkata demikian, manusia itu terus hilang dari pandangan Yusuf Hadi.
"Eh! di mana hilangnya manusia hebat ini? Aneh! "
bisik Yusuf Hadi sendirian. Dicapainya tasbih putih di tepinya,
diungkapkan semula kalam istighfar kepada PencintaNya.
"Astaghfirullah Robbal baroya ..Astaghfirullah minal khotoya ....Astaghfirullah Robbal baroya ..Astaghfirullah minal khotoya ...."
HARI berganti hari. Siang berganti malam. Siang malamnya dibasahi dengan bermunajat kepada Allah. Malahan, dia sentiasa melapangkan hatinya untuk senantiasa menghisab dirinya sebagai seorang hamba yang begitu kerdil di sisi Allah.
"Allah, Allah , Allah... aku kembali padaMu dengan penuh kerendahan hatiku, ampunkan aku, Ya Allah..." Rintih Yusuf Hadi.
UJIAN yang Allah hadirkan banyak hikmahnya. Semakin Allah uji, semakin Allah sayang hambaNya. Begitulah para nabi Allah yang sentiasa diuji dengan ujian yang berat.
Yusuf HADI tidak merasa tertekan sedikitpun di dalam penjara. Malah, hatinya tenang. Hanya Allah menjadi tali untuk dia bergantung.
" Encik YusuF Hadi. Encik dibebaskan. Encik boleh keluar.
Keluarga encik sedang menanti di luar." kata En. Zaid, pengawal
di situ.
" Alhamdulillah .............." ucap Yusuf lantas melakukan sujud
syukur di situ.
" Kamu dibebaskan. Wanita itu telah pun menarik tuduhan kamu. Tahniah Encik Yusuf," sambung pengawal itu.
"Ya Allah....
Ya Allah ....
Ya Allah ..........
aku bersujud padaMu ..
terima kasih atas kurniaanmu, Ya Allah ..
terima kasih..
sesungguhnya tidak ada tali yang lain tempat aku
bergantung melainkan taliMu, Ya Allah..
sesungguhnya tidak ada tali yang lain tempat aku
bergantung melainkan taliMu, Ya Allah..
...... " lafaz Yusuf Hadi sambil menangis.
" ALHAMDULILLAH, kehidupan di penjara itu banyak memberi makna kepada saya.
Siang malam saya menangis dan berdoa kepada Allah supaya Allah membantu saya. Alhamdulillah dua tahun saya berada di sana, banyak yang saya belajar dalam memaknai pengertian seorang hamba kepada Tuhannya.
Ingatlah, bahawa segala yang datang dan pergi adalah dari Allah. Pertolongan Allah sahajalah yang paling dekat dengan kita. Tak kira kita pakai baju ketat, berjubah, berjambang ke dan sebagainya, kita hambaNya pasti akan diuji olehNya. Jangan lupakan DIA, masa kita senang mahupun susah. Dan jangan pula sombong kerana Allah tidak sukakan hambanya yang sombong."
Ucapan itu disampaikan kepada staff-staff beliau. Kata-katanya itu turut didengari oleh anak perempuannya, Zulaikha.
"Abi, cerita abi macam cerita Nabi Yusuf. kan abi? " soal Zulaikha.
"Anak abi sayang.. Siapa cerita pada kamu?" soal Yusuf Hadi semula sambil tersenyum. Hairan mendengarkan cerita anaknya itu. "Pandainya...." Bisik Yusuf Hadi perlahan.
"Umi ....Umi yang cerita waktu abi masih berada di penjara." jawab si kecil Zulaikha ini sambil tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipitnya. Anak rambut yang keluar dari anak tudungnya cepat - cepat dibetulkan oleh si ayah tercinta.
"Baguslah, anak Abi. Pandainya anak abi ni ...." usik Yusuf Hadi sambil mencubit pipi si kecil itu.
" Ika dah pandai solat. Umi ajar. Ika pandai baca doa....." kata Zulaikha dengan bersungguh - sungguh. Yusuf memandangnya dengan begitu kasih sekali. Mana tidaknya, lama tidak bertemu dengan anak kecil itu yang telah mencapai usia 4 tahun.
"Doa apa yang ika pandai baca?" tanya abinya kembali.
"Macam-macam doa. Doa makan, doa nak tidur, nak belajar .... Ada lagi satu doa yang umi selalu ajar ika, bunyinya, "La ilaha illa anta kuntu minaz zolimin ......"
Sebutir - butir ayat cuba dikeluarkan dari mulutnya. Biarpun bunyinya itu agak pelat sedikit, tetapi Zulaikha tetap bersemangat melafazkannya di hadapan abinya itu.
" Doa itu telah dibaca oleh nabi yunus yang kesusahan. Waktu itu , Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun selama 40 hari, betul tak.. " Saja Yusuf menguji anaknya itu .
"Betul, betul, betul!" jawab Zulaikha dengan manja. Nada bunyinya macam upin dan ipin. Digendong anaknya Zulaikha, dipeluk dengan penuh kasih sayang.
"Umi dan ika sayang dan rindu sangat pada abi. Moga Allah tak pisahkan kita lagi...." Ucap si kecil itu dengan begitu tulus sekali. Dipegang tangan abinya itu , dikucup jari jemarinya, ditatap mata abinya itu tanpa berkerdip.
"In sya Allah, sayang. Tapi jangan lupa jadi manusia yang bersyukur kepada Allah." jawab Yusuf sambil tersenyum. Dipeluknya erat anak kecil itu. "Rindunya aku pada mereka, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah pertemukan semula aku dengan mereka.....
Cukuplah Allah sebagai Tuhanku
Tak ada dalam hatiku melainkan AllahCahaya Muhammad selamat atasnyaBenarlah, tiada Tuhan melainkan Allah. "
Ujian yang bertandang sesekali mewarnai dan memaknai kehidupan kita sebagai seorang hamba. Maka bersyukurlah, dan ikhlaslah dalam menerima ujianNya. Ujian itu jadikanlah sebagai teguran, mahupun sebagai anugerah bagi merapatkan lagi seorang hamba dengan PenciptaNya. In sya Allah.
-tamat-
Nukilan: asyiqazhad.blogspot.com
-WALLAHUALAM-
No comments:
Post a Comment