Saturday, July 28, 2012

Cerpen “Ramadhan ini, Rindu ibu..”



26 April 2012

Salam rindu ibu buat adik yang ibu sayang ...
Pemergian ibu usah ditangisi..
Allah hanya mahu adik belajar erti hidup tanpa ibu..
Allah nak adik selalu dekat dengan Allah ..
Tak tinggalkan solat, tak tinggalkan tikar sejadah ...
Pesanan ibu, kalau rindu ibu ..
Jangan lupa doakan untuk ibu, dan jangan tinggal solat lagi ..
Salam sayang dari ibu..
Umizahra.


“ Ibu, kalau ibu masih hidup, sudah tentu Zahra akan jadi anak yang paling bahagia sekali, kenapa terlalu cepat ibu pergi dari hidup Zahra?”, rintih Zahra.

“Zahra sayang, jom ikut ibu solat terawikh”.

“Ibu, malaslah. Zahra nak sembanhyang di rumah saja...”.

“Jomlah, dah minggu terakhir dah ni Ramadhan, marilah kita pergi ke masjid....”.

Kata-kata itu diimbas kembali oleh Zahra, diamati bait-bait kata yang terlahir daripada bibir ibunda tercinta, berguguran manik-manik jernih mengaliri pipi.

“Tak sangka Ramadhan lepas merupakan Ramadhan terakhir bersama ibu.....”kata Zahra di dalam hati.

“Tak ada siapa nak ajak Zahra pi terawikh, mak cik sibuk berniaga.....pak cik keluar dari siang sampai ke malam, kadang-kadang wajah pun tak jumpa..”.

Barulah Zahra sedar bahawa pendidik yang baik, hanya ibu, pemujuk terbaik, pendengar setia, guru sejati dalam kehidupannya.

“ Zahra tak kan sia-siakan hidup Zahra untuk ibu. Walaupun ibu sudah tiada, Zahra takkan sia-siakan hidup Zahra kerna kesedihan yang begitu mendalam dari hati Zahra. Ibu, moga baik-baik saja di sana. Zahra akan jaga diri Zahra. Jangan khuatir ibu, Allah pasti akan jaga Zahra dan Allah pasti akan mengubat kerinduan Zahra pada ibu. Rindu ibu”, bisik Zahra dalam hati. Diamati dan direnung gambar arwah ibunya, ditatap dan dipeluk erat foto itu yang terlalu merindukan dakapan tubuh seorang ibu yang dikasihi.

“ Zahra, naqibah ana. Jom usrah harini,” pelawa Aisyah.

“Enti nak usrah topik apa?, fardhu muslim, baitul muslim, masyarakat muslim?”.

“Tak, ana nak kongsi tajuk sempena hari ibu”.

“Aiwah, boleh saja”.

“Antara seorang insan yang ana kasih dalam dunia ini adalah ibu ana. Dulu, ibu ana ada depan mata ana, ana sebagai anak, ana tak merasa betapa beruntungnya ana memiliki seorang ibu yang baik, yang penyayang sepertinya. Ana hidup tanpa ayah , sejak lahir lagi mengenal dunia. Ana membesar tanpa kasih seorang ayah. Tapi, ibu ana cukup memberikan kasih sayangnya pada ana. Ana dimanja, ana disayang, tapi kini, Allah uji ana kehilangan orang yang paling ana sayang dalam dunia ini. Andai ana dapat menyambut hari ibu bersamanya pada tahun ini, ana nak cium pipi ibu andai boleh. Ana nak peluk erat-erat dan .... kalau boleh, ana tak nak sia-siakan ibu ana ......... “.

“Maafkan ana, ya ukhti. Ana tak tahu yang enti sudah kehilangan ibu. Ukhti tak pernah beritahu sebelum ini?” . Terkejut Aisyah, setahun berkenalan dengan Zahra, tidak tahu tentang kesusahan yang dihadapi oleh saudaranya itu.

“Ana tak nak merasakan bahawa ana sudah kehilangannya, Sebab itu , ana tak khabarkan. Tetapi, usai di bulan Ramadhan ini, langkahan pula nak bertemu syawal membuatkan ana terasa teramat rindukan belaian seorang ibu. Tak dapat ana nak menahan rasa rindu ini sendiri ...... bergenang kembali air matanya, merembes jatuh ke hingga ke pipi, menekup wajahnya dengan telapak tangannya sambil berkata, “Untung enti masih punya ibu....hargailah jasa dan pengorbanannya, sebelum kamu akan kehilangannya”, bisik Zahra kepada sahabiahnya.

Kedua-duanya turut mengalirkan air mata, Tiba-tiba, suasana yang ceria tadi menjadi sunyi sepi seketika, gelak tawa hilang entah ke mana, mendengarkan kicauan burung berterbangan di udara seperti mahu menceriakan semula suasana sepi itu.

“Zahra, enti tak keluar hari ini”.

“Tak, ana mahu habiskan bacaan al-quran ni dahulu.

“Dah baca juzu’ enti baca?”.

“28 juzuk. 2 juzuk lagi habislah”.

“ok”. Terkesima Humairah mendapati sahabatnya yang sudah jauh meninggalkan dia dalam pembacaan al-quran.

Kesunyian bangunan saiditina Fatimah Az-Zahra dipecahkan apabila sekeliling mengalun – alun bacaan ayat suci Al-quran. Kedengaran sayup-sayup suara sekelompok hadirat yang sedang bertadarus al-quran. Aktiviti – aktiviti keruhanian dihidupkan dan diimarahkan dengan diketuai oleh Zahra, Humairah dan Aisyah.

“ Zahra, Humairah .... kamu sahabat baik ana. Jangan tinggalkan ana ... Ana suka bersahabat dengan kamu berdua”, jelas Aisyah.
“InsyaAllah, selagi mana Allah mengkehendakkan, pastinya akan bersama. Tidak di dunia, mungkin di syurga”... Tersenyum lebar Aisyah mendengarkan bicara Humairah. Persahabatan terukir dalam satu ikatan yang terbina dalam bulatan gembira. Ditambah, dengan ikatan-ikatan lain dalam solat berjemaah dan binaan dakwah yang didirikan bersama.

“Zahra, Humairah. Petang ni berbuka di rumah ana, ya. Umi ana masak banyak dan insyaAllah gerenti halal dan sedap untuk dijamu..hihihihi”. Tergelak manja Aisyah.

“Jom, jom. Jumpa umi”, tiba-tiba Humairah mengenyit mata tanda isyarat berjaga-jaga menuju kepada Aisyah, dikhuatiri Zahra sebak terasa rindu akan arwah ibunya.

Selesai solat terawikh, Zahra pulang ke rumah, dan menyambung rakaatnya, dan diakhiri terawikhnya dengan witir 3 rakaat.

“ Bismillahirrahmanirrahim. Allah... Ana rindukan ibu....Ana rindukan ibu.... Ana rindukan ibu..... sampaikan salam kerinduan ana pada ibu, Ya Allah. Ana nak bertemu ibu. Ana sudah terasa rindu yang teramat padaNya.... Andai engkau boleh membawa ibu ke sisiku semula ...................................................... rahmatilah ibuku di sana, peliharalah dia, Ya Allah. Hanya padamu aku mengadu rasa rinduku padanya”.

Doa itu didengari oleh Aisyah dan Humaira. Sebak terasa sahabat yang tersayang yang mengalir manik jernih kerana terlalu rindu akan seorang ibu.

“Humaira, macam mana nak bantu Zahra. Dia pasti sedih”.
“Jangan tinggalkan dia. Kita harus selalu di sisinya”.
“Betul, Humaira. Aisyah setuju.”.

“Andai kamu bersedih, jangan kamu merasa lemah sedang Allah ada bersama kamu. Tidak lupa Zahra, bahawa kamu memiliki teman yang sangat mengasihi kamu. Kami sayang padamu...... Kami yakin, enti orang hebat ditarbiyah Allah, enti pasti kuat dan tidak akan rebah dengan ujian. Apa yang kami ingin daripadamu duhai sahabat, andai berduka, berkongsilah kedukaanmu, mudah-mudahan terubat rasa pilumu itu. Bila pohon bertiup, daun-daun akan gugur, sama ibarat, air matamu yang jatuh ke bumi. Hulurkan tanganmu, ya ukhti Zahra. Kami akan ada untuk menjadi sahabatmu, berkongsi rasa pilu, berkongsi keriangan bersama.

“Syukran. Pabila Allah meghilangkan insan yang begitu ana kasihi, Allah hadirkan pengganti. Ana yakin segala ketentuan Ilahi, ibu ana pasti menanti di sisi. Walaubagaimanapun, kehadiran antum berdua harus ana hargai. Salam sayang buat sahabat tercinta, Humaira dan Aisyah.

-TAMAT-
Wallahualam.

Nukilan al-faqir asyiqazhad.blogspot.com


2 comments:

  1. subhanAllah~indahnya karya!!!semoga setiap pengajaran yg hasanah dpt dpd cerpen ni diinfakkan kepada sang penulis yg mengingatkan diri~

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..