Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, waala ali sayyidina Muhammad......
coretan kalam terhias dengan hati yang berbunga-bunga meniupkan keheningan cinta. Cinta yang tersemai di jendela hati dan kembang mekar dihiasi alunan indah merdu lunak dan gemersik.
Cinta, terkadang aku yang lemah meremehkan persoalan cinta yang kau beri, sedang kau senantiasa menanti penerimaan dan kehadiranku di sisimu.
Beautiful story, antara kau dan aku dipertemu dalam satu jiwa, dicantum erat dalam menguntum bahagia, diikat dengan pertalian berbeda namun unik dan menakjubkan.
Love story, antara aku dan kau tidak pernah memikirkan akan perpisahan, namun kehangatan dalam berkasih sayang yang diharapkan antara kedua cinta dan kasih.
saat duka, kau hadir menghapus air mata, saat suka, kau mengukir indah di sana hanya melihat dan mengharap aku mendatangimu dengan ucapan indah sebagai kekasih.
di sini aku tidak menemukan teman sehebatmu yang indah dalam memberikan erti bahagia dan cinta melainkan engkau yang satu. Mengiringiku setiap waktu tanpa merasa jemu.
Sad story; kehadiranmu aku sia-siakan. Menjadikan bumi indah dipenuhi dengan hiburan dan kesibukan menyebabkan aku tidak berpeluang untuk bersamamu. Bahagia dengan impian yang tidak pasti dan memandang enteng akan engkau yang selalu menantiku di penjuru waktu. Di saat aku meninggalkanmu, aku masih tidak sedar akan hal itu. Namun pabila aku dirudung ujian , baru kusedar betapa aku hanya perlu kamu. Hanya perlu kamu.Dan hanya perlu kamu.
Terkadang aku sebagai kekasih yang banyak meminta namun jarang memberi , hanya meminta , meminta dan meminta semata. Segala keperluanku kau penuhi, hinggakan pabila aku meminta, kau memberi dengan penuh rela. Namun, aku masih memandang sebelah mata akan kekasihku ini. Sedang aku kurang sedar betapa hebatnya cinta yang dia beri. Hebatnya cinta dan kasih yang dihulur kepada insan ini.
Sejak aku lahir hingga ke saat nafas ini, kekasihku tidak henti henti mengasihi dalam diam tanpa mengungkap kata cinta. Rasa cinta dan kasihnya dicurahkan dengan rahmat dan taufiq dan hidayahnya.
Di suatu ketika aku bermimpi betapa indahnya pertemuan antara kekasih dan kekasihnya, bertemu dalam bualan mesra, hingga para bidadari turut serta mengiringi dalam meriuhi suasana kerlipan cinta.
Aku yang kurang menghargai nikmat cinta tersadar akan betapa aku harus menghargai cintanya. Ini kerana aku perlu menghargainya sebelum aku menghembuskan nafas terakhir di atas muka dunia. Kerana aku khuatir cintaku pula ditolak di alam kedua.
Aku khuatir akan cintaku ditolak. Bahkan aku khuatir andainya dia memadamkan cintaku setelah bertemu di sana. Bertahun-tahun lamanya dia memberikan nikmat cinta, sedang aku melengah-lengahkan cinta yang begitu agung dan hebat di sisinya.
Aku insan kerdil sedang diperhatinya tika ini. Dan dia sedang melihat apa yang ku perlakukan. Duhai cinta, aku tidak layak untuk menerima cintamu kerana engkau terlalu baik dan paling mulia terhadapku. Sedang aku senantiasa mencari alasan untuk menyambut cintamu, mementingkan cinta lain berbanding cintamu yang tulus.
Duhai kasih yang sedang memerhatikanku, aku memang tidak layak bersatu dengan cintamu kerana aku ini hina dan penuh dosa. Kasih, mataku kabur sebak dengan bicara cinta ini yang tulus lahir dari lubuk sanubariku yang penuh dosa.
Duhai cinta, aku ingin menjadi orang yang senantiasa menyambut cintamu, cuma terkadang, aku gagal setia, wahai cinta.
Pasti, pasti aku akan bersedih, andai engkau menolak permintaan untuk berkasih denganmu di medan sana. Melihat rakan dan teman lain bergembira dengan cintamu, sedang aku menangis, menangis dan menangis dan hanya mampu menangis.
Duhai cinta, aku ingin benar menjadi insan sempurna padamu, bantulah aku. Bantulah aku yang tidak mampu. Insan lain bahagia dengan cintamu dan engkau bahagia dengan cinta mereka padamu, sedang aku dengan kepalsuan mimpi yang tidak berhenti.
Duhai yang sedang memandangku dengan penuh kasih, cintai aku dan bawalah aku untuk terus dalam cintamu. Jangan, jangan biarkan aku sendirian dan hilang rasa cintamu.
Aku hanya perlukan cintamu yang membawa aku kekal selamanya di sisimu selama-lamanya. Izinkan aku? Izinkan aku? Izinkan aku?
Tolong jangan padamkan rasa cintamu padaku, tolong jangan murkai aku andai aku pernah bermain-main dengan cintamu.Tolong jangan marahi aku andai pernah aku menolak cintamu.
Burung berterbangan menyampaikan pesanannya betapa indahnya bumiNya, dan bebas berterbangan di sini sana dengan rahmatNya. Sungai yang mengalir tenang mendamaikan , hanya desiran kencang air dari pucaknya didengari dan diamati, menenangkan. Menenangkan. Menenangkan.
Kekasih itu ialah Allah. Dialah Allah yang satu, dan yang berhak disembah dan tiada Tuhan selain DIA. Dia yang menguasi segala pemerintahan dan berhak memuliakan atau menginakan sesiapa yang Dia kehendaki. Sifatnya Ar-Rahim yang tiada tandingannya meyakinkan aku untuk sentiasa bertaubat padaNYA.
Benar. Cinta hanya selayaknya untukNya. Dia yang mengajar aku erti cinta dan bahagia. Dia yang mengajar aku untuk bercinta sampai ke akhirnya. dan dia yang meminta aku merasakan nikmat cinta sehingga pengakhiran dan tidak pernah padam andai nikmat cinta terlahir.
Bila aku melihat dunia dan aku hampir kecewa dengan seisinya, aku yakin bahawa Tuhan tidak pernah mengajar aku untuk kecewa dan putus asa, lalu aku bangkit semula dengan merasakan kehadiranNya di sisi. Aku rempuh kehidupan berduri dan aku semat DIA dalam hatiku, dan aku berjuang untukNya. Aku berjalan dan aku berhenti dengan cintaku padaNya yang tidak pernah malap. Bahkan insan lain akan bertanya siapakah cintaku, dan aku hanya mampu mengungkap dalam hatiku, "Tiada selain DIA yang mampu menawan hatiku lagi, hanya DIA, DIA dan DIA sahaja". Cinta keduaku mungkin akan lahir pabila aku sudah yakin dengan cintanya dan aku yakin betapa cintaku tidak akan pernah berubah setelah aku bersamanya. Namun, di saat ini, hanya DIA yang menjadi pilihanku sehingga hari ini. dan ruang hatiku masih belum terbuka untuk insan, kerana cintaku sendiri padaNya masih lagi kurang. Plihanku padaNya selamanya dan insan yang akan hadir adalah sebagai teman yang membawa aku untuk terus cinta padaNya.
Maaf, maaf, maaf. Mungkin pernah aku bicara menyakiti hati. Namun, itulah 'love story' ku. Asyiq azhad yang penuh dosa dan memiliki banyak kelemahan diri.
Doakanku sidang pembaca untuk aku kekalkan rasa cinta. Kerna aku pendosa takut-takut kehilangan cintaNya. kalau aku kehilangan cintaNya, hidupku sudah tiada makna..
Wallahualam.
Asyiqazhad
No comments:
Post a Comment