Tuesday, April 24, 2012

Kenali nusaibah binti Kaab..

 Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, waala alihi sayyidina Muhammad..
Roditu billahi wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyaw warosula..

InsyaAllah, sedikit perkongsian dari ana berkenaan dengan seorang wanita yang ana kagumi..insyaAllah wanita ini juga penghuni syurga ...

Sesungguhnya Nusaibah Binti Ka’ab Al-Ansariyyah atau lebih dikenali dengan nama Ummu Umarah adalah merupakan salah satu contoh seorang muslimah yang mempunyai keberanian yang kukuh pada setiap saat dan ketika. Dia merupakan pahlawan wanita yang tidak pernah alpa dalam melaksanakan kewajipannya. Semua perkara yang dilakukan itu adalah untuk memperoleh kemuliaan di sisi Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Dia juga merupakan seorang sahabat wanita yang agung. 


Nusaibah adalah salah seorang wanita yang telah turut serta bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang ingin berbai’at kepada Rasulullah S.A.W. Dalam bai’at Aqabah yang kedua itu, dia bersama dengan suaminya Zaid Bin Ahsim dan dua orang puteranya Hubaib (yang telah dibunuh oleh Musailamah setelah itu) dan Abdullah (perawi hadith wuduk) telah membuat janji setia kepada Rasulullah S.A.W. 



Sedangkan wanita yang seorang lagi adalah saudaranya. Ummu Umarah merupakan seorang wanita yang berani, pandai menjaga harga diri, jujur dan rajin. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah sendiri ketika dia membuat bai’at. Baginda bersabda maksudnya : ” Janganlah mengalirkan darah dengan sia-sia.”


Ummu Umarah Pahlawan Wanita Ansar

Ibnu Sa’ad telah memberikan gambaran indah mengenai Ummu Umarah di dalam kitabnya Thabaqat yang berbunyi seperti berikut : ” Ummu Umarah telah masuk Islam, dia telah menghadiri malam perjanjian Aqabah dan berbai’at kepada Rasulullah S.A.W. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyah, Umrah Qadha’, Perang Hunain, Perang Yamamah di mana tangannya terpotong, serta pendengar hadith Rasulullah S.A.W “.



Nusaibah atau Ummu Umarah menceritakan sendiri pengalamannya ketika perang Uhud. Sebagaimana diungkapkan oleh Ibnu Sa’ad katanya : ” Pada permulaan siang, saya pergi ke Uhud dan saya melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat yang berisi air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah S.A.W. yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah S.A.W, kemudian ikut serta ke medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah S.A.W. dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka.”


Ketika Said bin Ibnu Rabi menanyakan kepadanya luka yang dilihat dibelakangnya, bagaimana kisahnya sehingga terjadi demikian. Ummu Umarah lalu menjawab, ” Ibnu Qumaiah datang ingin menyerang baginda, ketika para sahabat sudah meninggalkan Rasulullah S.A.W. Lalu ia berkata, ” Tunjukkan aku di mana Muhammad, aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup,” lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk saya menghadapinya. Kemudian Ibnu Qumaiah memukulku.


Imam Az-Azahabi berkata, ” Dia adalah wanita yang utama dan pejuang dari kalangan Ansar, Khazraj, Najjar, Mazin dan sebagai orang Madinah. Saudaranya Abdullah bin Ka’ab termasuk kelompok para sahabat yang ikut dalam perang Badar. Begitu juga saudaranya Abdul Rahman termasuk orang yang suka menangis.”


Al-Waqidi berkata : ” Ummu Umarah ikut serta dalam perang Uhud bersama-sama dua orang anaknya dari suaminya yang pertama. Ia keluar untuk memberi minum dengan membawa qirbah atau tempat air yang buruk. Ia juga ikut berperang dan mendapat cubaan yang baik sehingga mendapat dua belas kesan luka ditubuhnya “.


Imam Az-Azahabi meriwayatkan darinya bahawa dia berkata : ” Saya mendengar Rasulullah berkata : Sesungguhnya kedudukan Nusaibah pada hari ini lebih baik dari kedudukan fulan dan fulan.”


Rasulullah S.A.W. Mendoakan Ummu Umarah dan Anaknya
Imam Az-Azahabi dari Abdullah bin Zaid bin Ahsim ia berkata : ” Saya mengikuti perang Uhud, maka ketika para sahabat meninggalkan Rasulullah S.A.W., saya dan ibu saya mendekati baginda untuk melindunginya : ” Mana Ummu Umarah?” Saya menjawab, ” Ya, wahai Rasulullah, ” Baginda bersabda : ” Lemparkanlah. ” 


Saya pun melemparkan sebiji batu kepada yang sedang menunggang kuda di hadapan mereka. Akhirnya batu itu mengenai mata kuda. Kemudian saya tindih orang itu dengan batu dan Rasulullah melihatnya sambil tersenyum.
Baginda juga telah melihat luka ibuku di belakangnya, baginda bersabda, ” Ibumu, ibumu…balutlah lukanya. Ya Allah, jadikanlah mereka sahabat saya di syurga “. Mendengar itu ibuku berkata : ” Aku tidak hirau lagi apa yang menimpaku dari urusan dunia ini “.



Demikianlah keberanian yang terlihat dalam diri Ummu Umarah yang telah mengibarkan panji-panji Islam. Dia berusaha sekuat dayanya untuk melindungi dan membela Rasulullah S.A.W. Ummu Umarah telah berjuang dan terluka dalam perang Uhud sebanyak 12 tempat di tubuhnya dan kemudiannya kembali ke Madinah dengan luka-luka perjuangan tersebut.


Kemudian dia turut serta bersama Rasulullah S.A.W. untuk menunaikan Bai’atur Ridhwan, satu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah S.W.T.


Mudah-mudahan Allah S.W.T. mengurniakan limpah rahmat kepada Ummu Umarah dengan rahmat yang luas dan menyambutnya dengan keredhaanNya yang agung. Wallahu A'lam..



No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..