Thursday, April 26, 2012

Cerpen 'Cinta Kampus Kota Bharu Muhammad Muaz"





Sejurus selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, Muhammad Muaz mengaminkan bacaan doa dengan penuh kekhusyukan dan dilontarkan pula dengan suara yang penuh merdu anugerah daripada Sang Pencipta.  Kelunakan suaranya menambat hati si gadis- gaids solehah Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu termasuklah gadis bernama Rabiatul Adawiyah. Muhammad Muaz merupakan pelajar daripada jurusan pengajian agama semester 6 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu manakala Rabiatul Adawiyah merupakan pelajar daripada jurusan Sains Semester 6 Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu.

Perkenalan antara mereka dipertemukan dalam sebuah organisasi persatuan islam , dan keberadaan mereka di situ bermula dengan niat untuk menggiatkan diri dan jiwa mereka dalam kegiatan dakwah.
Kebiasaannya, dalam memulakan gerak kerja dakwah, kepimpinan akan memulakan segala aktiviti dengan agenda bertaaruf sesama ahli.

Dalam unit Usrah dan Kepimpinan, Muhammad Umar meminta sahabat yang segak berjubah putih , imam tetap masjid As- Solihin Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu untuk memulakan sesi taaruf. Dengan penuh sopan dan adabnya, Muhammad Muaz memulakan salam perkenalannya kepada sahabat-sahabat yang lain.

“Assalammualaikum, nama ana Muhammad Muaz bin Abdullah. Ana daripada jurusan pengajian agama semester 5 , ana berasal dari negeri Kelantan Darul Naim”.......



Tiba-tiba seorang sahabatnya yang bernama Firdaus menyakatnya dengan bertanya; “ statut enta?”.

Soalan itu dijawab dengan penuh tenang oleh Muhammad Muaz,
 “ Alhamdulillah, ana sudah bertunang”.

Tergamam ahli-ahli unit Usrah dan Kepimpinan mendengarkan jawapan tersebut. Semua yang berada di situ membisu, apatlah lagi para wanita yang meminatinya secara diam-diam. Kecewa barangkali.

Sifatnya yang beradab dan pemalu apatahlagi di hadapan para wanita membuatkan lidahnya terkelu untuk memperkenalkan diri dengan lebih lanjut.  Namun,  sahabat-sahabat sangat mengenali dan mengerti sifat yang dimiliki oleh Muhammad Muaz, seorang lelaki yang pemalu dan sentiasa menundukkan pandangannya apabia bertemu dengan perempuan-perempuan yang bukan muhrimnya.

Sifatnya yang dipenuhi dengan akhlak yang sopan, pemalu, soleh, dan juga memiliki suara yang lemak merdu memikat ramai para wanita di Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu termasuklah wanita solehah bernama Rabiatul Adawiyah.  Namun, tidaklah Rabiatul meminatinya hingga sampai merosakkan hati dan imannya. Minatnya hanya sekadar meminati Muhammad Muaz  di atas rasa kagum melihat perwatakannya.

Tiba pula giliran wanita solehah bernama Rabiatul Adawiyah memperkenalkan diri, 

 “ Ismi Rabiatul Adawiyah, daripada jurusan Sains Semseter 6, ana berasal dari Kedah, dan status ana, seorang hamba Allah yang menanti saat pertemuan dengan Allah azza wajalla. InsyaAllah.


Hebat bicara si gadis menyebabkan ahli-ahli di situ juga turut tergamam mendengarkan salam perkenalan darinya, termasuklah Muhammad Muaz bin Abdullah. 

“ Daripada perkataannya, terasa malu pula aku mengaku sedemikian rupa”. Bisik di hati kecil Muhammad Muaz.

Rabiatul Adawiyah merupakan seorang gadis yang terpelihara daripada hasil didikan agama yang baik daripada keluarga yang soleh dan ibu bapa mereka  sentiasa mentarbiyah si gadis ini untuk menjadi wanita solehah. Dari zaman kanak-kanak, Rabiatul diajar untuk membaca Al-Quran dan menghafal ayat-ayat al-quran. Sedang rakan-rakannya banyak yang dibiarkan bermain, tetapi isyarat sang ibu selalu membuatkan Rabiatul mengerti isyarat yang mengharapkannya pulang dan mengaji Al-quran. 


“ Ibu mahu anak ibu fasih membaca Al-Quran. Ibu mahu anak ibu jadi anak yang selalu mendekati diri dengan Al-Quran, dan ibu mahu anak ibu selalu membacakan ayat al-quran untuk ibu dan ayah sama ada ibu masih bersama Rabiatul ataupun sudah pergi”.


“Ibu, Rabiatul sayangkan ibu dan ayah.  Rabiatul akan membaca Al-quran setiap hari dan Rabiatul akan pastikan bacaan ini sampai untuk ibu dan ayah kelak”.

Memeluk erat Rabiatul tubuh ibunya dengan penuh kasih dan cinta. Setitis demi setitis air mata kedua beranak ini jatuh ke pipi.

Seusai jam 4.30 pagi, Rabiatul dengan sendirinya bangun dan mengerjakan solat tahajud dan seringkali mengadu kasih dan mesra bersama kekasih agungNya, Allah s.w.t.


Antara bait-bait doa yang selalu keluar dari bibirnya..

“Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah, ampunilah segala dosa hamba, dosa ibu bapa hamba, guru-guru hamba, rakan-rakan seperjuangan hamba dan muslimin  muslimat yang masih hidup mahupun yang sudah kembali di sisiMu..
Allah, tiada kemanisan selain daripada kemanisan bersua denganMu. Tiada yang lebih indah selain daripada keindahan untuk berinteraksi denganMu. Tiada yang lebih terubat melainkan dengan penawar menyebut kalimahMu.
Aku sang hamba yang tersangat lemah , yang penuh dengan lumur-lumur dosa, tatkala dosa itu hinggap, datanglah aku padamu dengan keadaan dosa, Aku meminta agar pertemuanku denganMu kelak, dosa-dosaku gugur dan telahpun diampuni olehMu”....


Tangisan demi tangisan jatuh ke pipi wanita ini pada malam-malam hari, mengaku fakir di hadapan Allah, menunduk rasa malu dan sesalan di penghadapan Sang Pencinta.
Hebat! Itulah wanitah solehah bernama Rabiatul Adawiyah. Doa yang diulang-ulang dan tidak pernah jemu dipertuturkan dalam malam-malam tahajudnya.

Muhammad Muaz juga merupakan seorang anak hasil daripada didikan tarbiyah yang baik daripada keluarganya. Namun, ujian yang hebat didatangkan kepada Muhammad Muaz dengan pemergian ibu dan ayah tercinta ke rahmatullah

Pesanan orang tuanya sebelum pergi menghadap Ilahi,

 “Muaz, ayah bermimpi anak ayah akan menjadi seorang Imam Masjid besar yang baik, istiqamah , warak  dan ayah bermimpi Muaz bersalaman dengan ayah sambil menyemat Al-quran yang terhafal olehmu, duhai anakku. Peliharalah Al-quran, temanmu tika senang mahupun susah, temanmu tika di dunia mahupun di akhirat nanti”.

Kehilangan Muhammad Muaz tika dia berada di semester 5 itu menyebabkan Muhammad Muaz sering berjaga mata pada malam harinya untuk menghafaz Al-Quran. Sehari selembar al-quran dihafalnya dan bacaanya akan dirujuk dan disemak oleh Murobbinya, Ustaz Salahudin.

Kekuatan tarbiyah yang dimiliki oleh kedua dua hamba ini akhirnya menyatukan mereka berdua.

Pada semester akhir, Muhammad Muaz ingin mencari calon isteri yang bakal menemaninya di sisi hingga ke syurga. Lalu Muhammad Muaz mencari akal untuk menemukan bakal bidadari pilihannya. 

Dia meminta ilham daripada Allah s.w.t, dan dia sering meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan seorang gadis yang akan melengkapkan dirinya atas dasar islam dan akan menjadi pendampingnya untuk kerja dakwah dan berkhidmat sebagai seorang khalifah yang taat kepada perintah Allah s.w.t.

Dijualnya kitab suci Al-quran yang telah dihafal keseluruhan ayat-ayatNYA di Pustaka Ehsan dengan penuh doa dan tawakkal agar bertemu jodoh dengan pembeli Al-quran tersebut.  

Selang seminggu, Muhammad Muaz merasa hampa kerana Al-quran yang dijualnya belum lagi belum terjual. Namun, selang beberapa bulan kemudian, Muaz datang kembali ke Pustaka Ehsan dan bertanyakan tentang kitabnya. Lalu, Muaz telah menyelidiki perihal wanita tersebut melalui pemilik Pustaka Ehsan itu, Osman.

“Muaz, akhirnya enta akan bertemu jodoh. Ana melihat perempuan itu sesuai benar dengan enta. Orangnya kelihatan sopan, warak, dan berlatar belakangkah keluarga yang soleh. Wanita ini sering hadir ke kedai hambe dengan ibu dan bapanya. Kalau enta mahu kenal, ana akan bawa enta untuk bertaaruf dengan jodoh enta barangkali dan keluarganya”..

Pergilah Muaz dan keluarganya serta Osman ke rumah wanita pilihan Allah untuknya. Tergamam Muaz mendapati perempuan tersebut adalah Rabiatul Adawiyah dan begitu juga dengan Rabiatul Adawiyah yang selama ini juga pernah tersentuh dengan sifat, perawakan dan akhlak Muhammad Muaz. Akhirnya, kedua-duanya disatukan dengan berkat restu kelurga dan istikharah yang telah diperbuat. Mereka membuat keputusan untuk bertunang sebulan kemudian melangsungkan perkahwinan pada bulan akhir semester 8.  

Sewaktu selesai diijabkabulkan, si isteri bertanyakan,

 “ Bukankah awak pernah beritahu bahawa awak sudah bertunang dahulu”.

Jawab Muhammad Muaz, insan yang sudah bergelar suaminya,

 “Ya, ana sudah bertunang, bertunang ini maksud ana seperti mengikat. Mengikat kasih dengan Allah sebelum bertemu denganNya, dan akan disatukan denganNya pabila tiba masanya  nanti, insyaAllah”.

Tersenyum si isteri mendegar huraian suami. 


 Bisik suami, Muhammad Muaz kepada si isteri, 

“Terima kasih menerima saya dalam kehidupan kamu, insyaAllah, dengan izinNya, saya akan menjagamu dan menyangimu sebagaimana saya menjaga dan menyayangi diri saya ini malah lebih daripada itu. Anugerah Allah tidak terhingga kepada saya, Muhammad Muaz, memiliki seorang zaujah yang cantik, bukan sekadar rupa tetapi agamanya, yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Rabiatul Adawiyah, bawalah cinta saya ini untuk disatukan di sana nanti.”......


Indahnya cinta itu bersulamkan rasa cinta dan taqwa kepada Allah s.w.t.
Benarlah  Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Perempuan yang menutup aurat akan bertemu dengan lelaki yang menjaga auratnya, perempuan yang menjaga solatnya akan mendapatkan laki-laki yang juga menjaga solatnya, perempuan yang menjaga tahajudnya akan mendapatkan lak-laki yang juga menjaga tahajudnya, dan laki-laki yang beriman dan beramal dengan al-quran pastinya mendapatkan perempuan yang turut beriman dan beramal dengan Al-quran. InsyaAllah.

-TAMAT-


karangan oleh: al-faqirwallahualam.

mengapa tersetusnya idea ini.

1. Sebab realiti berlaku dalam kalangan mahasiswa
2. supaya orang yang berada dalam gerak kerja dakwah faham bahawa cinta itu harus bersulamkan iman dan taqwa kepada Allah.
3. supaya kita faham bahawa 'matlamat tidak menghalalkan cara". ada sahaja ahli dakwah yang tergelincir dengan cinta yang bersulamkan nafsu.
4. supaya memperbaiki akhlak sebagai seorang yang bakal pemimpin, pemimpin keluarga, msyarakat , dan agama. 
5. supaya orang dakwah sentiasa melazimi jiwa dan diri dengan perkara-perkara yang menghampirkan diri kita kepada Allah s.w.t.

al-faqir tidak ada niat lain menggunakan nama-nama tersebut, cuma al-faqir hanya ingin mengetengahkan suasana institut selain daripada mahasiswa2 dan penunutut universiti. Segala kekurangan daripada ana, dan kebaikan itu datangan dari pertolongan Allah s.w.t ,  namun segalanya datang dari Allah swt, insyaAllah.

wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..