Friday, March 30, 2012

Hulurkan tanganmu, tabahkan hatimu duhai sahabat juangku..

As-salam...

Sahabatku yang dikasihi kerana Allah, kami sangat merinduimu dalam perjuangan dan dalam merentas  ukhuwah fillah ini. 


Kami memohon kemaaafan yang tidak terhingga sepanjang perbuatan kami yang banyak menyakitimu, duhai sahabat. Maafkanlah kami di atas keterlanjuran kami dan terimalah kami sebagai sahabat seperjuanganmu. Kami, sahabatmu yang sangat merinduimu di setiap saat, memikirkanmu tika kami sedang berada di atas jalan juang ini dan kami tidak mahu membiarkan sahabat kami ini tertinggal di belakang sedangkan kami terlupa membawa sahabat kami ini untuk terus berjuang. 


Kami bersalah, kekurangan kami dalam mengambil berat tentang dirimu menyebabkan kamu merasa jauh dengan kami. Sahabatku fillah, aku tidak akan membiarkan dirimu sendirian. Hulurkan tanganmu untuk kembali berjuang di atas landasan islam tercinta.
Teringat aku, zaman kita bersama dalam gerak kerja islam, dikau sangat kuat berbanding kami, dikau banyak berjasa dalam gerak kerja islami, sedang pabila engkau ditiup badai dan gelombang, kami membiarkan dikau berjalan sendirian. 


Sahabatku, tabahkan hatimu dalam rencana Ilahi.

Kami senantiasa menunggumu untuk bersama-sama kami dalam perjuangan ini. Kita telahpun ber’baiah dengan Allah s.w.t. Teringat kami akan suatu firman Allah s.w.t, “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Marilah sama-sama sahabatku,  buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. Jangan disebabkan perihal ukhuwah kita menyebabkan kita lari dari jalan Allah s.w.t.  Aku tahu dikau masih tabah, masih cekal, masih mahu bersama-sama kami dalam perjuangan ini. Kuatkan hatimu dalam menongkah cubaan yang datang dari Ilahi. 


Perjuangan islam itu pahit, tetapi untuk mendapatkan syurga Allah itu , Alah akan datangkan tempias hujan, rebut dan petir, dari sudut ukhuwah dan sebagainya untuk menguji siapa di antara kita yang kekal di atas jalan juang ini.
Allah menguji kita, serama-ramai kita, siapakah yang benar-benar akan kekal di atas jalan juang ini.


Aku juga tidak kuat tanpamu di sisi. Kemanisan ukhuwah suatu ketika dahulu yang terbit atas dasar aqidah ini sangat aku rindu-rindukan. Di saat itu, dikau sangat  bahagia dalam keletihan, dalam kepenatan, dan dikau yakin benar dengan janji dan pertolongan Tuhan. Kini, aku meyakini dikau sangat merindukan kami dan perjuangan suci ini. Tidak kami ingin membiarkanmu berjalan sendiri. 


Kami seramai -- orang kini sangat merindui sahabat yang satu ini. Tulus dari hati, maafkanlah kami duhai sahabat. 


Dalam doa kami, tidak putus menyebut namamu, mendoakan agar dikau kembali kuat dan teguh menyahut cabaran dalam jalan juang ini.


Kentalkan hatimu, kami menerima segala kelemahan-kelemahan kami dan juga smua shabat kami.  Begitu juga dengan dirimu.


Kehidupan kita seperti pelangi yang terkadang ade, terkadang tiada...
Tapi dikau seperti langit yang kekal dlam hati kami, walau di mana jua kami berada, kami tetap mengingatimu. Hampir skalian lamanya, kami terlupa untuk bertanyakan khabarmu, begitu daifnya kami terhadap sahabat kami.


Sahabatku yang disayangi...dirindui nabi...
Nabi sangat merindui kita yang sedang berjuang mneruskan risalah islam....
Kami mengharapkan kita semua akan berada di syurga bersama-sama  dan dapat bertemu dengan para anbiya’ dan barisan para syuhada’.

“ Ya Allah, kau istiqamahkanlah kami di atas jalan yang penuh berliku ini....
  Sesunggguhnya kami tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu..
 Satukanlah hati-hati kami ini , Ya Allah...
Agar berpadu dalam dakwahMu...
Pertemukan kami di syurga dan jangan kau cicirkan di antara kami dari syurgaMu...”


Kami sangat merinduimu dalam perjuangan suci ini. Maaf atas segala hak ukhuwah yang tak terunai. Kami hamba yang hina sangat kurang dari sudut adab dan akhlaknya. Maafkanlah kami dan terimalah kami sebaiknya.

                        Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita

                        dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah

                        mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,

yang memberi suntikan semangat perjuangan..
alirkan halawatul ukhwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..


Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…
Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…
Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana..


WALLAHUALAM.


(ditujukan kepada semua yang bergelar seorang pejuang)
realiti di mana-mana akan berlaku kepada insan yg bergelar pejuang..


created by. abid ar-rahman@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..