Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, Tuhan pencipta sekalian alam, yang menghidupkan dan memakmurkan bumi ini.
Salam kerinduan buat diriku..
Pada hari ini, hati berbaur kecewa juga dengan "paperwork' BIG yang agak kucar-kacir, teruk hamba dimarahi, menjadi peringatan buat ana sampai bila-bila..
Teguran baginya dengan cara itu mungkin berkesan buat hambe yang lemah ini, 'berkesan ke', hihihi, subhanallah, selalu berhadapan dengan orang besar yang lembut-lembut, bila salah, hanya senyuman dan nasihat, kali ini dengan orang yang tegas, taubat takut nak wat silap...
terkadang terlupa pula, 'mengapa harus kita takut dengan manusia, biarlah ketakutan itu untuk Allah semata, dengarlah dan terimalah dari manusia sebagai nasihat tetapi melaksana bukan sebab merasa takut, kerana takut itu hanya perlu untuk Allah sahaja..
'bersabarlah duhai hati, Allah itu ada untukmu selalu.................'
hambe merasa teramat tersentuh dengan 'zikrullah' ini; Hasbi Rabbi by syamil....
Hambe hayati molep lagu ni harini, hambe ulang-ulang, hamba jatuh cinta dengan alunannya...
muhasabah hamba untuk Allah hari ini.....
pernah suatu masa sebelum ini, ana selalu bersendirian dan mengulang-ulang alunan zikir munajat sampai ana merasa waktu ana bersama Allah tak cukup....ana merasa terlalu pantasnya masa berlalu bersama Allah, sedar-sedar sahaja sudah masuk azan subuh..
begitu ana nak bandingkan dengan diri ana pada tika ini, ulang alunan-alunan zikrullah di kala malam kurang, x mampu nak menghasilkan rasa yang benar-benar merindui Allah azza wajalla....x sama macam sebelumnya..
qiamullail berterusan tidak semuanya berkualiti dan bernilai di sisi Allah kalau tiada rasa luhur merindui Allah s.w.t........
petang ini, Mengalir lagi air mata hamba bercucur-cucuran mengenang akan hal ini...
hamba kata hamba rindu Allah, tapi berapa lama hamba berdua-duaan dengan Allah sambil ana mengulang-ulang namanya , sambil merintih dan menangis bersama-sama Allah....
dahulu ana sering menangis di sisi Allah, hambe merasa tenang dan dekat hati dengan kasih sayang Allah, kini hamba bersamanya tetapi kurang perasaan rindu itu, x sama....kualiti iman dan rindu ana semakin kehabisan...allahuakbar!
selepas solat tahajud , kemudian solat taubat, kemudian solat hajat dan witir, pahtu habis gitu...x merasai nikmat kelazatan bersendirian di sisi Allah dan menemukan kerinduan yang abadi di sisi Allahu Rabbi..adakah itu ibadah yang kurang kualiti? semstinya,,,sia-sia sahajakah..?
Ya Allah, amalan tanpa kelazatan itu bagiku seperti tidak bermakna..
memupuk istiqamah itu mampu, tetapi merasai sentuhannya terkadang belum mencapai..
zikir ini benar-benar menuntun rasa rindu dan hiba pada petang ini, selesai solat, hamba menutur kalam ini..hambe mengulang-ngulangnya, sambil menangis teresak-esak, sehingga ana pejamkan mata, terasa seperti ingin pitam dan pusing kepala......
hambe selalu kata 'rindu pada ibu, pada abah'...ternyata rasa rindu hambe lebih kepada manusia berbanding Pencipta..
Saat merasai kerinduan untuk Allah jauh bezanya panjang saat merasai rasa rindu pada manusia, subhanallah...
persoalan, fahamkah perkataan. 'rindu' itu?
rindu itu bukan diungkap dengan kata-kata, perkataan aku rindu pada Allah, x semestinya terkadang orang itu mampu merindui Allah, tapi rindu itu terluah dari lubuk jiwa yang dipimpin Allah Ya Rabbana sehingga dia merasa malu di hadapan Allah dan merasa terbuai dengan komunikasinya bersama Allah s.w.t..........
HURm, gapo pun selepas ni, biarlah ada sedikit kesedaran untuk ana..
dalam bisikan ana tertanya-tanya, "sibukkah aku dalam merindui Allah sebagaimana sibuk Rasulullah, namun Rasulullah yang sibuk itu selalu bersama-sama Allah dalam kerinduannya..."....
reda hati, zikir pengubat hati yang berduka, benar, penguat hati dan jiwa, penghubung antara si hamba dan Si Pencipta..
wallahualam. Ana tampilkan zikir ini. insyaAllah, agar bangun dari lena dan semailah rasa rindu bersama Ilahi , kerna Dia pasti turut merindui kita di sana...
moga dapat mengubat kerinduan antum kpada Allah yang layak dirindui.
asyiq azhad tak mahu antum jadi macam asyiq yang kerinduan bermusim tiga...
-CINTA ALLAH MELEBIHI CINTA SEGALANYA DARI CINTA MANUSIA-
-ANDAI CINTA PADA MANUSIA CINTAILAH DIA AGAR MEMABWA CINTAMU PADA YANG ESA..
ASYIQTOMATO.COM.MAMIE.
No comments:
Post a Comment