Monday, November 28, 2011

cahaya hatiku zikir dan selawat..

Bismillahirrahmanirrahim........

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani......

Seruan dakwahku kini mengalir nadinya bersama alunan zikir dan selawat ke hadrat Allah s.w.t dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...........

Ana menyeru kepada antum agar sentiasa memperdengarkan zikir-zikir malahan sentiasa melafazkan zikir serta  selawat s.a.w untuk diperdengarkan oleh telinga , lidah turun ke lubuk hati merawat ruh yang terkadang hidup, dan terkadang mati......

Ana menyakini dengan kelaziman zikrullah mampu menyegar dan menyucikan lubuk dan cahaya hati yang tersimpan di dalam jasad...Hati kita memerlukan hiburan, bukan sekadar muzik hiburan tetapi zikrullah sebagai penghibur bahkan sebagai pengubat dan perawat jiwa setiap anak adam di bumi Illahi...





 Zikrullah beerti mengingati Allah sentiasa. Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 45:

وَاذْكُرُوْا اللهَ كَثِيْرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
Sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).


Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Apabila satu kaum berkumpul sambil mengingati Allah, maka datanglah para Malaikat mengerumuninya, dan akan diselubungi dengan rahmat, dan dihujani dengan ketenangan serta di sebut dan diangkat kedudukannya di sisi Allah. (R. Muslim).


Ya sahabat-sahabatku, betapa agungnya kalimah Allah s.w.t..... kalimah dan alunannya membuatkan hati benar-benar tertaut.  Selalu kita mendengar muzik budaya; muzik jiwa membuatkan kita teringat akan kekasih hati dan sebagainya, tetapi pabila kita mendengar muzik jiwa kalamullah (zikrullah), hati kita pastikan teringat akan kekasih abadi, Allah Yang Maha dicintai.


Antum pernah menjiwai lagu-lagu jiwa , x kiralah lagu cinta mahupun sebagainya, dan kemudiannya, antum memperdengarkan pula kepada orang yang antum kasihi, betul? betapa jiwanya mendengarkan lagu-lagu jiwa, ya?  hihi

Hurm, pabila kita mengalunkan zikir, sahabat-sahabiah yang kurindui dan disayangi,
pastinya rindu kita kepada Allah s.w.t   kian terubat  ....
Allah Yang Maha Mendengar pastinya terubat kerinduanNya terhadap diri  kita yang masih tidak alpa menyebut-nyebut namaNYA...

Dalam kerendahan hati mengahadap Allah s.w.t,
zikir juga merupakan pelebur sakit  hati yang bertakhta di dalam jiwa.
Turut terbitlah suatu ketenangan  yang  beraja di dalam ruh dan  minda..
Alangkah indahnya ketenangan beradu di dalam Qalbu.....
Alangkah indahnya saat namaNYA diseru...
Allahu, Allahu, Allahu
betul, kan sahabat?


Subhanallahi Wabihamdihi,
Subhanallahil azim..

Hurm, ku ingin membawa antum mengingati  salah satu  alunan zikir;
"Allah Ya Allah"
cuba antum lafazkan berulang kali,
Perdengarkan dan ulang-ulang,
di saat antum bersendirian,
 dalam suasana malap,
       hanya disuluh dengan cahaya bulan Tuhan,
alunan demi alunan,
     pastinya kan tergugur jua benih2 tangisan,
           dan antum pastinya kan menghargai tangisan  kerinduan itu..
Tangisan yang tidak mampu anda bandingkan dengan mana-mana intan mahupun permata...




Lihat; andaikanlah hati ini hati antum, satu kalimah Allah yang disebut, akan melekatlah satu nama Allah di hati antum, semakin banyak antum menyebutNya, semakin banyak hati antum dipenuhi dengan nama Allah, lihatlah hasilnya; 
How beauty and wonderful !!!
Subhanallah, cantik dan indahkan?

andai nama Allah sudah bertakhta di hati, selembar demi selembar benih kekuatan, ketenangan terlahir dari lubuk hati..
Allah selayaknya memiliki hati ini....


Maaflah, analogi ini adalah analogi yang bukan dari sumber yang sahih, hanya sekadar yang terdetik dalam hati yang ingin digambarkan oleh ana asyiq kepada antum...


Zikrullah atau mengingati Allah adalah sentiasa menghadirkan kalbu bersama Allah dan melepaskan diri daripada kelalaian, kerana bila kita sentiasa mengingat Allah, maka Allah akan sentiasa mengingati kita.



“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21


Alangkah manisnya, zikirmu, zikirku andai diiringi saat perasaan mengingati detik pertemuan dengan Ya Hasib, Ya Jalil..
Terkenang pula dengan bayangan syurga, neraka, akhirat, alam mahsyar, barzakh, titian sirat dan dll.........


Allahuakbar!!!!
pastinya saat penghisaban dirimu di lembaran sejadah mampu mengundang air mata dari kedua anugerah pancaindera 'ainun"..



dan di kala itu hati menjadi tenang, kerananya Allah itu ada dan menjadi  sebaik-baik penolong dan pengampun di sisiMU...
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
 Bila kerinduan tiba, pastinya rasa cinta akan terbuah.
Sebagaimana dialunkan lagu cinta buat kekasih,
dukacitanya menyeru mengalun rimbunan zikir pada kekasih utama,
 dan pabila dirimu dan diriku berkasih sayang,
pastinya ku cemburui dirimu,
yang jua merebut rasa kasih dari Tuhan,
walaubagaimanapun,
kekasih hatiku dan hatimu adalah sama,
Tiada yang lain,
 dan hanya Allah yang berhak memilikinya.



Curahan rasa hati hamba, maafkan diri andai tersalah bicara, namun biarlah hati mengungkap cinta, seruan menyintaiNya jarang terjumpa, moga sebaran cinta akan terluas di hati manusia..
bukan mudah menandingi panorama dunia,
asyiq-asyiq diri jua terkena,
hakikat hamba turut terleka,
moga Allah menjadi penolongnya,



"Sesiapa yang meletakkka Allah, Rasul dan orang-orang beriman sebagai penolong, nescaya pengikut agama Allah pasti akan menang"....





"Hidupkanlah malam-malammu dengan alunan zikir (mengingati Allah)"





Wassalam.

by; asyiqazhadtersentuhakangolonganmukhlisinyangdiungkapkanolehPAKku.hurmm".my


Saturday, November 26, 2011

tarbiyah hati di tahun baru...

As-salam...

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, berkat dri nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani......

Alhamdulillah, wa syukurillah..... panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memanjangkan usia ana pada hari ini...

Hurm, hari ini merupakan hari yang sangat bermakna, iaitu hari ini merupakan detik 1 Muharram di mana bermulalah penggantian kepada Tahun baru dalam kalendar Islam ; Muharram 1433 Hijriah....

Hujan yang turun mengiringi pemergian tanggal 1432 Hijriah....dan hujan yang turun mengalu-alukan kehadiran tahun baru 1433 Hijriah........

Subhanallahil azim..

Dosa-dosaku dalam buku catatan tahun lalu  agar sudah dipadamkan oleh Allah s.w.t Yang Maha Pengampun akan setiap dosa hamba...

andainya masih berbaki , agar Allah memberiku peluang untuk menebusnya di tahun baru ini .. dengan keizinan Tuhan yang ku harapkan, agar Allah sentiasa  memberi kesempatan ke atasku untuk sentiasa mendambakan rimbunan kalimah taubat di hadapanNya, agar matiku kosong dari segala dosa, dosa-dosa besar , mahupun dosa-dosa kecil......

Astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim....................

Tuhan....
berikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupanku ini..........
berikan aku ketabahan dalam menempuhi rintangan yang bakal berkunjung di hadapanku,
berikan aku dorongan agar aku tetap tsabat dengan jalan yang aku pilih , 
jalan penuh erti, tiketku bertemu dan bersama dengan para syuhada'...insyaAllah, biiznillah....

hari ini ku langkahi kakiku ke masjid 'wallahualam' di Tanjung Api......seperti biasa, aku mencari seribu pengertian dan penyucian hati berikitikaf di rumah Allahu Rabbi..

ku lihat ke hadapan, barisan-barisan yang memenuhi saff-saff di bait Allah ini merupakan golongan-golongan yang doberi izin Allah dengan kekuatan berada di tempat yang murni ini.. mereka  bukan dalam lingkungan umurku, tetapi mereka dalam lingkungan umur 50-an , 60-an....

dalam hati ini terdetik , ke mana perginya rakan-rakan yang sebaya umurnya denganku..
ke mana masjid sekalipun ku langkahkan mahupun elum ku langkahi, lumrahnya seperti itu, hanya segolongan warga emas sahaja yang berada memenuhi saff-saff di rumah Allah s.w.t...

aku mengeri kemungkinannya ade masyaqqah dari mereka..dan tidak diwajibkan ke atas mereka terutama ukhti2 muslimah yang ingin beribadat kepada Allah s.w.t................

bagiku; rumah Allah tidak akan aku temui ketenangannya , penyucian hakikat insan yang mencari-cari keagungan dan kebesaranNya......

aku mendambakan hadirnya seribu pancaran islam turun ke lubuk hati pabila melangkahkan kakiku ke sana.....aku ingin buang segala permasalahan dalam urusan dunia yang beradu di hatiku, dan aku ingin menyerahkan hatiku dan jiwaku buat seketika di hadapan Allah Tuhan pelindugku... 

tidak aku temui sebaik-baik perlindungan melainkan Allah s.w.t............
:"( 

cahaya dan cinta Allah terhadap diriku membuatkan aku tunduk sayu penuh kesyukuran...
mendamba seribu penghargaan yang tidak ternilai dari lubuk qalbu...
ujian demi ujian yang dikurnia padaku membuatkan aku menjadi akrab dengan kekasih hatiku......
memang itulah harapan Tuhanku...
memberiku butir-butir kesusahan, agar aku sentiasa merintih dan mengadu kepadaNya...
rintihanku, aduanku, ku yakini menjadi ubat kerinduan Allah terhadapku......

di saat hamba menghulurkan doa,
kau sambuti doa hamba dengan senang dan berlapang dada...
Tuhan yang Maha Lembut...
bukan sekadar Engkau ini Pengasih malah Engkau Tuhan yang Maha Tinggi dengan kemuliaan.........................

berbalik semula kepada rumah Allah.....
ku mencari-cari cahaya , 
gemerlapan pancaran hidayah Tuhan....
menusuri ruang iman yang kurang, 
teman setiaku sentiasa di sisi,

andai diizini,
hayat akhirku inginku hembuskan di sini ( mana-mana rumahMu)...
dengan iringan ucapan 'la ilaha illallah muhammadur rasululullah...'

seribu kenangan dunia,
hakikat kematian adalah jambatan untukku menuju hari akhirat...

aku percaya, aku percaya akan janji Allah s.w.t............

"orang-orang yang menyintai Allah sewaktu di dunia, pastinya akan menemuiNya dengan  kecintaan YANG Abadi buat selama-lamanya..."

Golongan yang bakal Allah selamatkan dan naungi dari panas teriknya matahari di padang mahsyarialah pemuda yang masa mudanya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah s.w.t....


hamba mahu menjadi golongan itu, walaupun imanku tidak lagi mampu mencapai taraf itu...akanku usaha dengan kudrat yang Engkau berikan kepadaku..

semakin aku dewasa,
semakin aku dapat melihat bayangan dunia..
semakin menerjahku untuk penghidupan alam akhirat..

Tuhan,
kebahaGiaanku ada di sisiMU,
ku pohon hakikat bahgia
bakal menantiku di mahligai firdausi sana,
aku bukan insan mulia,
malah serendah seorang hamba yang tiada apa,
bukan mudah menjadi mulia,
andai akhlak dan imanku masih belum terjaga...

Tahun baru,
hirup udara dan iman yang baru,
terbuka buku catatan baru,
terangkak-rangkak mencari sinar yang padu...

ku rindu baiti as-salam..
ku rindu musolla as-stepo,
rawatan hatiku ,
penawar lukaku,
penyegar ruhku,
segar bersemadi  dalam jiwaku..

doakanku tahun baru ini untuk menjadi manusia yang sentiasa melakukan hijrah ke atas diri..


wallahu taala a'lam..

asyiqtomatodahtiadaidea,com.my

Wednesday, November 9, 2011

kejatuhan seorang daie yang ingin bangkit semula.....


Salam perjuangan................

kalam ini kuukirkan kepada diriku seiring jua buat sahabat-sahabat yang digelar SEBAGAI SEORANG daie di atas muka bumi Allah s.s.wt sekalian.....

pabila ombak memukul pantai, terkdg tenggelam sisa-sisa apungan......pabila air mata jernih mengaliri pipi, aku yakin seyakin-yakinya bahwa air mata ini merupkan air mata yg datangnya daripada ujian serta kasih sayang Allah s.w.t kepadaku....

pabila aku menyebut kalimah "Yaaayhallazina amanu lima taquluuna ma la taf'a'lun....kaburo maqtan indaallahi an taqulu ma la taf'a'lun.....".............iaini wahai org2 beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yg tidak kamu kerjakan? Allah sangat membenci orang2 yang mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan.....".



aku terkesima sebentar , tiba-tiba mengalir air mata jernih dari kelopak mata...Dalam hati ini berkata, "beginilah kesusahan yang dihadapi oleh para pejuang terdahulu, beginilah yang dihadapi oleh kekasih Agung S.a.w., beginilah yang dihadapi oleh para nabi Allah s.w.t.......pada hari ini, aku disapa dengan sedikit sahaja kepayahan, aku merasa ingin tersungkur dan terus tersungkur.......

aku menangis lagi...." yA Allah, betap lemahnya aku ini, Ya Allah......Ya Allah, betapa lemahnya aku ini, ingin menggapai cita setinggi gunung tapi sudah tersadai dek rintangan yang menimpa.....

aku menangis dan terus menangis, sbg seorang daie,,,aku telah terhidu kepahitan dan ujian yang begitu menguji kesabaran  untuk terus berjuang demi islam tercinta..............

aku kembali sendirian, lalu aku tertanya semula di dalam hati ini; adakah kamu sudah meletakkan Allah sebagai yang utama dalam setiap gerak geri dan perlakuanmu...?? benar-benarkah kamu ikhlas di dalam perjuangan suci ini...?? aq terus menangis dan menangis....sambil mengatakan,, Allah sedang menguji keikhlasanmu, Allah sedang menguji keikhlasanmu, Allah sedang menguji keikhlasanmu,,,,...........benar, asyiq, Allah sedang menguji keikhlasanmu di dalam berjuang,

aq menangis dan terus menangis...baru dapat ku merasakan kepayahan, untuk mendapatkan syurga dan martabat di sisi Allah adalah begitu sukar sekali......sudah semestinya aku tidak akan dihidangkan dengan manik2 kemanisan untuk mendapatkan harta yang bernilai di sisi Tuhan..........

Ya Allah, kau tabahkanlah hati ini untuk terus berada di atas landasanMu, aku ingin menjadi sebahagian daripada pencinta agamaMu, biarpun aku dihampar dengan manik2 duri yang menikam tubuh ini, kuatkan langkahanku, kuatkan keimananku, kuatkanlah kesabaranku, iringkan daku dengan keikhlasan yang padu terhadapMu, kekalkan aku di atas landasanMu, lindungilah aku dan mudahkanlah segala urusan-urusanku dalam membantu agamMu...

jangan , jangan kau biarkan aku hanya berada di atas garisan permulaan , kemudian ditiup angin bayu menyebabkan aku terjatuh dan tidak bangun semula, jangan, jangan kau biarkan aku hanya berada di atas garisan pertengahan, pabila dilontarkan paku di atsnya, aku berehat dan selama2nya  berteduh,
jangan, jangan kau biarkan aku hanya berada di garisan penghujung, kemudian kerna lempahan-lempahan , tohmahan2 ,kata-kata manusia yang penuh menyakitkan serta bisikan2 syaitan menyebabkan aku terasa jauh hati terhadap perjuangan yang suci ini.............

Ya Allah, memang cermat sungguh engkau Ya Allah, menapis setiap hambaMu untuk dikategorikan sebagai seorang pejuang terbilang, menapis hambaMu untuk mendapatkan kecintaan yang padu daripadaMu, menapis setiap hambaMu untuk bertapak di dalam keindahan syurgaMu.....

jangan, Ya Allah,,,,,engkau matikan aku sebagai seorang pejuang yang lari dari medannya, jangan, kau biarkan aku tertatih jatuh tanpa bangkit semula mempertahankan agama...jangan, engkau tinggalkan aku dengan segenap ruang akibat kesilapan2ku yag telah aku lakukan...........jangan, kaubiarkan aku tergadai dalam pengorbanan jiwa yang tidak pernah lekang..jangan sesekali, Ya Allah,,jangan sesekali...........



bagaimana aku boleh merasakan bahawa aku ini kian mudahnya terhidu wangian syurga, sedangkan usiaku 21 tahun menjangkau penuh dengan tompok-tompok kekhilafan, lebih separuh daripada usiaku telah ku gadaikan kerna dunia, tinggal beberapa untaian sahaja.....


Ya Allah, tabahkanlah hatiku, sampai ke penghujungnya, sampai ke penghujung nafasku, jadikanlah aku insan yang benar-benar mencintai agamaMu sejurus meletakkanMu sebagai matlamat utama kehidupanku, agar aku mendapat keredhaan daripadaMu,,,,,,,,,jangan, biarkan aku lakukan perjuangan ini kerna manusia, tetapi Ya Allah, letakkanlah perjuangan ini benar2 kerna diriMu, yang Maha Besar....kerna, setiap perkara itu tidak akan kekal seandainya tidak ada keikhlasan berputik di dalam jiwa, melaksana kerna terpaksa, jadikanlah aku orang yang benar-benar ikhlas berjuang kernaMu dan kerna Rasulillahi s.a.w........


keletihan, yang aku rasai agar menjadi dana untukku bersenang-senang di kemudian hari,, aku ingin bertemu pejuang-pejuang yang telah syahid kerna agamaMu, aku ingin meratap wajah-wajah nabi-nabi yang kukuh menyebarkan amanatMu.....aku ingin berada dalam kalangan mereka, biarpun ini sekadar anganku di dunia....aku impikan agar kau menunjukkan aku jalan di dunia ini untuk mendapatkan apa yang aku idami....

wahai daie,,,,,,,dunia ini hanyalah tempat senda gurau, dan akhirat adalah kampung akhirat selamanya.....
sehari di dunia ibarat seribu tahun di alam sana.....adakah kau hanya ingin melihat sahaja  manusia itu (pejuang2 agama Allah) berada di dalam kasih sayang Allah s.w.t..?? adakah kau ingin perhatikan sahaja?? membiar diri terasa asing di dalam bumi pengadilanNya....??

aku selalu menguatkan diri yang selalu sahaja ingin rebah....letakkanlah Allah di dalam hati kita, kerana walau kita disakiti oleh sesiapapun, walauapaepun, kita tetap merasa aman dalam dakapan kasih sayang Allah s.w.t.....tempatkanlah Allah di tempat yang teratas,


pabila terkadang , kita disakiti,kita dilukai, kita dipersenda,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,kita kita akan tetap tenang kerna selagi Allah ada di dalam hati kita, Allah xkan biarkan kita selama2nya begitu dan begini, kerna Allah Maha Kaya,pada mulanya, Allah perhatikan sahaja kita diperlekeh, disakiti....kerna Allah ingin melihat kekuatan,  kesabaran kita, lalu kemudiannya, Allah menjadikan kita antara hamba2nya yang dikasihi dan disayangi......pada tika itu, pedritaan kita terhenti pabila kembali kepada Rabbul Izzati..




..................:"(   :"(   

La tahzan, selagi kita menempatkan Allah di dalam hati kita,,,, walau kita disakiti, kita akan tetap tenang dalam memperteguh agamaNya.............sabarlah wahai daie, sudah jelas, Allah memperdagangkan seusatu yang sangat besar kepada kita , namun bersabarlah terhadap ujian-ujian yang menimpa.....bukan mudah, untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...syurga hanya untuk sesuatu yang suci, murni, ikhlas dan syurga x boleh dikotori oleh kaki-kaki yang kotor, xbuleh dilangkahi yang tidak istiqamah, yang tidak tekun, dan tidak sabar.......




;"(   :"(  ..................


"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaKu, Dan Muhammad itu nabi dan pesuruhMu"



wallahualam......



tulus ikhlas dari sanubari;
asyiqazhad@cinta bersemi.yummy.com

Saturday, November 5, 2011

Muhasabah asyiq di hari Arafah...

Bismillahirrahmirrahim....
"Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, sampai jua hamba bernafas sehingga ke detik ini, di mana hari ini hari yang sangat bermakna bagi hamba sebagai seorang khalifah dan juga seorang abid 
                                            yang hina lagi dina...ini...

Jatuhnya tanggal 9 Zulhijjah di mana pada tika ini para  tetamu Allah sedang berwukuf  di luar kota Mekah, Arab Saudi.

Sahabat yang dirahmati Allah; moga Allah menyampaikan kita di sana dengan hati kita hanya mendapatkan cinta dan redha Allah s.w.t...

Agar kita diberi peluang sampai nafsanya untuk berpijak di bumi Arafah di mana tempat ini harus diyakini akan pengampunan dosa-dosa oleh allah s.w.t...

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t,  dari usiamu yang muda, berazamlah untuk menunaikan kewajipan haji di rumah Allah yang penuh kemuliaan, bait Al-Haram.. 


Pasanglah niat di hati. aku ingin menjejakkan kakiku di tanah suci Allah dengan usaha untuk mendapatkan haji yang mabrur.....tambahan dengan iu, mintalah sahabat-sahabat agar Allah memurnikan hati kita dengan niat dan keikhlasan sepenuhnya menghadap Allah s.w.t tanpa mengharapkan sebarang pembalasan daripada Allah s.w.t, Tuhan yang teramat dimuliakan dan dicintai....

Cara berwukuf adalah dengan cara berdiam diri (dan berdoa) di padang luas, dan pada tika itu terdapat lebih dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia menunaikan ibadah ini.......

tersentak hatiku, pabila mengenangkan bahawa di sini, kita hanya berpakaian serba putih, di mana yang lelakinya hanya memaikai kain ihram putih yang tidak berjahit dan wanita memakai pakaian putih yang menutup dan menepati syariat islam...

bayangkan , semuanya adalah sama sahaja di sisi Allah s.w.t.....
tidak ada perbezaan darjat, pangkat , keturunan, harta, kekayaan......


orang yang kaya raya hanya ditutupi dengan pakaian serba putih yang tidak dialasi dan dihias langsung dengan perhiasan dan kemewahan duniawi....

begitu jelas sebagai seorang abid Allah yang hina lagi dina, bahwa Allah tidak memandang darjat seseorang, Allah sedikitpun tidak memandang kekayaan seseorang, Allah sedikitpun tidak memandang kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang, bahkan sama pandangannya semua di sisi Tuhan.....




Terkenag , peristiwa ini berlakunya peristiwa di mana Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. 

Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (Al-Maa’idah:3)


Sahabat yang dirahmati dan dirindui sebagai tetamu Allah s.w.t.....

Arafah merupakan gambaran kepada padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka. 

Kehadiran di Arafah memberi gambaran tentang hari akhirat dengan Mahsyarnya, sekaligus meminta kita  merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu. 

 saudaraku tercinta, betapa hebatnya kekuasaan yang dimiliki oeh Allah rabbul jalil, sedangkan kita hanyalah pengembara yang hanya menumpang sementara di muka bumi Allah s.w.t dengan pula diberi pinjaman akan segalan nikmatNYA...

Ttepi yang menyedihkan, kita ,meggunakan nikmat Tuhan bukan untuk Tuhan, tetapi untuk melanggari syariat dan perintah Tuhan...subhanalaahil azim........

 Ya Tuhan, mendengar sayup-sayup takbir dialunkan, membuatkan hati ini berasa teramat sedih, berbaur perasaan takut, berbaur perasaan sayu pabila mengenangkan tentang janjiMu, yakni hari akhirat...

Ya Tuhan..betapa dahsyatnya suasana kiamat...betapa dahsyatnya suasana di padang mahsyar, pada tika itu semuanya berada dalam keadaan papa dan miskin semiskinnya...semuanya berada dalam keadaan tidak berpakaian, dan semuanya takut sehingga terbeliak biji mata mereka dengan merenungi kedahsyatan kiamat tersebut....

Ya Tuhan,. di manakah akan aku berada kelak..??  dalam keadaan apakah aku di padang mahsyar, Ya Tuhan....?????????????????????????????????????????? 

aku menghadapMU , menanti perbicaraanMU dan kau meNGHITUNGku dan menghisab segala dosaku satu persatu.......................air mata yang aku alirkan sehingga air mata darah sekalipun itu tidak membantu aku mengurangkan seksaanMU padaku...

"Ya Tuhan, betapa zailmnya aku sepanjang berada di bumiMu..............................
aku terlupa akan hari akhirat yang menantiku,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
aku terlupa akan hari akhirat yang menentukan nasib pengakhiranku.............
aku terlupa hari akhirat sehingga aku sering-seing -sering tertawa dengan hiburan dunia,
dan sedikit menangis mengenangkan kedahsyatan yang akan berlaku di akhirat kelak..

Ya Muhaimin,
Ya Aziz,
Ya Jabbar, 
Ya mutakabbir,
Ya Jalil, 
Ya sami',
Ya Basir;

keterlupaanku akan hari pertemuanku denganMu mengundang kebinasaan setiap hari-hariku...
peringatanku akan hari pertemuanku denganMu mengundang rasa kehibaan dalam hati dengan penuh kesyahduan meratap keagunganMU....

aLLAH, Allah, Allah, Allah...........

layak kau menghinaku dengan kelalaianku mengingatiMu, mengingati akan pertemuan denganMu...
tidak layak aku menjadi tetamu yang dialu-alukan olehMU....
Jika aku sering lalai meyebut-nyebut namaMU SEtiap hari-hariku...
tidak layak aku mengunjungiMu dengan ratapan dunia yang menjadi sanjunganku, 
tidak layak aku menghadapMU dengan sering membicarakan hal dunia sebagai matlamat hidupku,

layakkah dirimu wahai asyiq?? sedarlah akan dirimu yang hina ini....
berapa kalikah kau menangis pabila mengenang akan Allah s.w.t?
berapa kalikah kau menangis semata-mata untuk Allah s,w.t?
berapa kalikah kau menghitung dirimU sebelum kau dihadapkan   ke hadapan Allah s.w.t?
berapa kalikah kau menangis sebagai tanda syukur sebagaimaNA Rasulullah junjunganMu menangis siang malamNya untuk Sang PENCINTANYA..?

Jauh perbedaanmu dengan Rasul, ikuutanmu...
kasih sayangnya pada Tuhan sebesar nyawanya....
pengorbanan dan keikhlasan hatinya untuk Tuhan tidak terperi hebatnya,
kecintaannya yang agung pada Allah membatasi jiwa dan raganya...

Ya ASYIQ, cintaMu pada Allah s.w.t , adakah membatasi jiwa dan ragaMu..????
...................................................................................................

air matamu yang mengalir itu adalah jawapan segala jawapan...
jawapan kepada segala kekuranganmu,
jawapang kepada ketidak sempurnaan cintamu..
jawapan kepada ketidak setiaan HATImu mengingatiNYA....



 KAU hamparkan aku sekeping hati yang suci, tetapi dengan kebodohanku, kadangkala aku mengotori hatiku dengan debu-debu kemaksiatan...


tertunduk aku malu....malu....
NAMUN , maluku di dunia,  tidak sama pabaila maluku di akhirat kelak...di mana malu tersebut lebih besar menghadap seluruh khalayak hambaMU...

beruntunglah orang yang sering mensucikan hati mereka, beruntunglah orang yang sentiasa membersihkan jiwa mereka dari sebarang kefasikan...


 Nukilan untuk diri dan sahabat,

Bentangkan dosa-dosamu di sisi Tuhan, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah kita lakukan, ingatlah betapa waktu kita selama ini habis terbuang sia-sia karena lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan dunia. Pengakuan yang jujur dan ikhlas , tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak segala amalan. Itulah Arafah, wukuf adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan manusia dihadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua.

Bagi yang tidak dapat berada di bumi Arafah, disunatkan berpuasa untuk mendapatkan pahala sebagaimana orang yang wukuf mendapat pahala...

agar kau sentiasa mengampuni segala dosa-dosa kami...

sahabat, marilah sama-sama menunaikan solat tasbih , solat untuk menghapuskan dosa-dosa kita...dan membersihkan hati nurani kita daripada maksiat yang telah kita perbuat...

 Beringatlah, sebelum nasi menjadi bubur, kembalilah ke pangkal jalan, pulanglah menghadap Tuhan Tercinta....

moga namamu tergolong dalam golongan orang yang begitu dirahmati dan dikasihi Illahi...


kalam ini kalam yang penuh dengan sifat kekurangannya, namun ayat-ayat Allah dan firman-firmANNYA, adalah suci dan tidak meragukan, 

segala kekuatan itu hanyalah milik Allah, dan segala kelemahan itu dari diri saya yang hina lagi dina....apa yang baik, sama-sama ambil iktibar dan pengajaran, yang mana yang buruk, ditinggalkan dan sedia dengan pemberian teguran...kerana hamba hanyalah seorang hamba yang bukan bijaksana , cerdik pun tidak, namun hanyalah tinta dari seorang hamba yang mengharapkan penyucian jiwa dari Ilahi....


renung-renungkan terutamanya dituju kepada seorang abid sementara dunia, asyiq azhad...ingatllah bahwa seketika nanti, sesaat dua lagi, akan tertutup matamu untuk dunia.....

 mudah-mudahan masa yang ana ambil ini walaupun berada dalam ambang katakutan , kegelisahan ini untuk menghadapi peperiksaan di minggu ini dengan '5' paper...

mudah-mudahan ana dapat merenungi dan memuhasabah diri ana supaya tidak kosong dari sentiasa meningkatkan kecintaan abadi pd yang Esa...

 peperiksaan jua adalah bentuk ujian dunia...kadangkala tersalah memanfaatkan masa semata-mata kerana peperiksaan bukan untukNYA.....

ingat Allah d waktu senang mahupun susah, supaya AllAH MEngingatiMu dalam keadaan senang dan susah..


by;indahnya cinta itu kan tuhan,cintamu satu tiadalebih indah melainkan hanya kamu dalam sanubariku

asyiqanahdoh@azhad@tomato.com

Wednesday, November 2, 2011

Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah

Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah

Orang yang memberi sumbangan harta benda pada jalan Allah SWT diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda di mana kebiasaannya amal yang baik itu digandakan dengan 10 kali ganda tetapi pengorbanan harta benda kerana meninggikan agama Allah diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda.



Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)



Makna mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam nanti, kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.



Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah SWT, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.



Pernah diriwayatkan ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Konstantinople (Istanbul, Turki) tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai.




Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani. Dia terus masuk ke dalam tentera Rom yang ramai secara bersendirian sehingga dia dibunuh oleh tentera Rom, lalu orang ramai mengatakan, kenapa dia sanggup membinasakan dirinya? Tidakkah Allah mengatakan dalam al-Quran:" Jangan kam mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)




Kebetulan di dalam peperangan itu ada seorang sahabat yang bernama Abu Ayub al-Ansari r.a iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah di mana baginda s.a.w bermalam di rumah sahabat itu sebelum baginda memiliki rumahnya sendiri di kota Madinah. Semasa Abu Ayub meniti usia tua, beliau juga hadir sama dalam peperangan dengan tentera Rom.




Apabila beliau mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata: "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa. Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya maka berkatalah sesetengah kami terhadap sesetengah yang lain.



"Kami berbisik sesama kami dengan tidak diketahui oleh baginda Rasulullah s.a.w bahawasanya harta manusia sudah banyak. Kita ketinggalan dalam masalah harta benda kerana mementingkan jihad, tidak menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik.




"Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam juga sudah ramai maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang seperti biasa. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, kita dapat mengatasinya semula."




"Justeru, Allah SWT menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan:"Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."



Abu Ayub r.a adalah serorang sahabat yang berani di mana ketika dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (kota musuh), jangan dibawa pulang mayatnya ke Madinah. Ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.




Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Konstantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.



Akhirnya Allah SWT memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad al-Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.



Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia yang besar itu telah ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ia ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini.



Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid Al-Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.



Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga keperingkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.



Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah SWT dengannya, yang dia nampak ialah balasan baik daripada Allah dan janjinya, apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.


Inilah yang pernah dinyatakan oleh ulamak sebagaimana yang disebut oleh as-Syahid Saiyid Qutb di dalam buku-buku tulisannya. Apabila bumi berhubung dengan langit, apabila hati itu bulat kepada Allah SWT, maka dia tidak mengira mati lagi dalam menegakkan diri dalam kebinasaan.

Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah. FirmanNya yang bermaksud :"Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah ayat 195)



Diantara berbuat baik itu ialah membelanjakan harta benda kepada menegakkan agama Allah SWT dan sesungguhnya Allah amat suka dan kasih kepada orang-orang yang suka berbuat baik.

-----------


Dipetik daripada buku "Kuliah Tafsir, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah", 
by; Tok Guru Hj. Hadi Awang

Tuesday, November 1, 2011

uhibbuki fillah ..

Bismillahirrahmirrahim..

Dengan lafaz bismillah, membuka tirai untuk k.ain membalas semula komen dari seorang ukhti/adik yang  sangat k.ain kasihi...

Teha..
Setiap kata-kata teha sebenarnya memberikan kak ain banyak tamparan dalam kehidupan...
dan banyak yang kak ain dapat sebagai pengislahan diri dalam pengenalan ini , adik2 dan sahabat-sahabat sekalian..

untuk adikku yang benar-benar dikasihi...
itulah tugsaku..
membantu hati yang hilang,
dalam masa yang sama membantu hatiku menuju ke arah cintaNYA...
Itulah jiwaku..yang penuh dengan rentetan kedhaifan..
namun diberi jalan, untuk menemui cintaNYA..
teha..
ikatan ukhuwah ni akan kak ain pegang, insyaAllah..
kak ain x kan biarkan ianya melebur..adik..
kerana perasaan cinta dan sayang itu sudah berpaut..
dan betul2 hadir untukmu, adik..
pabila berada bersama adik, hati ini semakin gagah dalam menggerakkan dakwah di muka IPG...
BAnyak renungan yang kak ain pelajari sepanjang berkenalan dengan teha ..untuk meningkatkan diri kak ain..
moga berukhuwah atas dasar iman dan taqwa..
benar, adik..
sayang dalam pertemuan..
kamu seorang adik.
harapan akak KEPADA adik  untuk memartabatkan pejuangan dakwah di IPGKKB,
insyaAllah (dengan keizinan Allah), kamu mampu untuk menjadi orang yang kuat dalam menyinari gerakan dakwah suci ini,
kak ain yakin, kamu mampu dengan ilmu, kefahaman dan amalan yang kamu isikan di dada dan jiwamu,,,kamu mampu melaksana dengan sbaiknya...dan menjadi kekuatan untuk sahabat-sahabatmu yang jua di dalam medan dakwah..


Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
sahabat yang membawa hati kita menuju Allah s.w.t
setiap detik dan ketika..
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaul dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati namanya tangisi
Dan kalau hidup mereka sering dirindui

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

namun, insyaAllah kak ain selalu bertemu dengan anda di luar waktu kak ain. Kak ain akan cuba usahakan. Bersahabat dengan sahabat yang baik akan membawa ke arah yang baik, jua bagi mengisi kekosongan hati, hanya dengan melihat sahabat, hati sudah terisi dengan untaian iman dan kasih kepada Allah s.w.t.......

jangan risau, ukhti kur kur...kak ain sayang kamu...jika diberi izin Allah, akan kita jumpa di luar waktu...insyaAllah...kamu kan sahabat ana...anugerah Allah pada akak.. xkan kak ain biarkan anugerah ini terbiar seperti itu...:)

lagi satu, teha tolong kak ain, semalam...kak ain sangat terharu dengan ukhuwah enti...hanya mampu kak ain katakan, moga Allah merahmatimu...ana uhibbuki fillah...:)
fillah, fillah....

ok, :) kak ain nak bersiap ke kelas. jumpa nnti, insyaAllah. wassalam.



Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..