Friday, January 28, 2011

THANK YOU ALLAH...

MAHER ZAIN
I was so far from you
yet to me we're always so close,
i wanted to last in the dark,
i closed my eyes to all the signs,
you put on my way,
i walked everyday,
further n furher away from you,
Allah you brought me home
i thank you with every breath i take

Alhamdulillah2x
ALL praises to Allah2x

i never thought about
All the things that you've given to me
i never thankned ur warns
i was too proud to see the truth,
and prostrate to you,
until i took the first steps
and that's why  You open d doors,
for me,
Now Allah i realize that what i was missing,
by beig far from you

Allah i wann thank you 
i wanna thank you 4 all the things 
that's you've done
you've done for me through all my years
i've been lost
you guided me from all the ways
taht were wrong
indeed you give me hope
Allah i wanna thank you
i wanna thank you for all the things
that's you have done
you have done for me through all my years
i've been lost
you guided e from all the ways
that were wrong
i wanna thank you for bringing me home

alhamdulillah2x
all praises to Allah2x

so, open our eyes, let's starts thingking about ourself, what we should do before we return home yet, thanks to Allah with everything that he was given, Allah offered us anything in diz world, only a little bit of us was so thankful to Allah..

Allah, i will coming to u...
accept me in harmony positions n peaceful,
don't blame at all my sins,
forgive me from the things that were wrong,
i'm only ur  humble,
thats always hoping ur forgiveness n blessings...
i know that,
i'm not deserve stayed n located at ur paradise,
however, 
i'm not willing to touch your hell..bcoz of thats places are very horrible ..
nauzubillah...
Ya ALLah, save me from hawiyah..

Monday, January 24, 2011

"Duhai hambaku, AQ ada bersamamu"

Ya Rabb,,,
ku merasakan jari jemariku lemah,
kaki untukku berjalan terasa tersekat,
mataku  merasa sayu,
ingin sekali air mata gugur mengenangkan ujianMu,

terkadang aq tersungkur,
lalu aku bangun semula,'
kemudian aq rebah kembali,
kemudian aq bangkit semula,
terkadang air mataku membashi ke muka,
terkadang air mataku kering mengelap duka,

pabila aq berpaling,
lalu aq bersendirian,
& aq menoleh, 
aq sering terdengarkan bisikan,
bisikan itu menenangkanku,
merawat dukaku, 

bisikan yg aku dengari sayup-sayup,,,  "Duhai hambaku,  AQ ada untukMu,"
" AQ ada untukmu selalu,
tika kau mengingatiku dlm keadaan senang,aq ada untukMu,
tika kau mengingatku dlm keadaan susah, aq jua ada untukMU,
mengapa kau bersedih duhai hambaku,
kau mengingatiku tanda kau kasihkan diriku,
& aq jua mngingti hambaku yg mengasishiku,

lalu aq bertanya;
" mengapa kau dtgkan ujian utkku?"
lalu Allah menjawab; "supaya Kau bertambah akrab dgnku,supaya Kau bertambah cinta akan diriku"

lalu aq menangis; " betapa hebat Engkau Ya Rabb, kerna Engkau mengasihiku??
sedang aq tdk menyedrinya,
aq menangis dan terus menangis,
lalu aq bertanya kembali,

'mengapa Engkau begitu menyayangiku?', 
lalu Allah menjawab; "kerna engkau hambaku", aq ingin menguji di antara ramai hambaku, siapakah yg benar2 beriman padaku apabila didtgkan ujian padanya..aq yg menciptakanmu ujian, agar kau kuat, teguh, mnjalani hidup2mu yang dihiasi dgn pesona dunia...Duhai hambaku, tetaplah bersujud padaku, memohon doa driapadaku, aq sukar untuk menolak permintaan hambaku, kerna aq malu...dikau ini ciptaanku,.....

aq menangis lagi; lalu Allah bisikkan lagi padaku; " Air matamu sia-sia andai tangisanmu tidak bercampur dgn ingatnmu padaKu, dan air matamu begitu berharga buatku andai tangisanmu itu berbaur dgn harapan dan cintaMu padaKu, kau hambaku, ciptaanku, selagi kau memohon kpdku, selagi itu , aq tdk akan mensia2kanmu, mneingglkanmu, selagi mana kau tidak pernh meninggalkanku, selagi itulah akan aq berada di sisiMu, membrimu kekuatan, keteguhan, dan kasih syg, bangkitlah duhai hambaku, AQ ada bersamamu, AQ ada untukmu, selamanya.....kerna kau sygkan AQ, betapa AQ lagi menyayangimu, AQ tdk kan meninggalkanmu walau sedtik.....

aq beristighfar panjang; astaghfirullahal azim,,sekali lagi air mataku bergenang, "mengapa aq, mengapa aq kau uji, mengapa aq kau kasihi, kerna aq tdk layak kau kasihi, aq tdk layak kau dekati, betapa aq ini penuh dgn kehinaan, namun mengapa masih kau pimpin aq, berada d  sisiku.....mengapa, betapa kau kasihkan dirku, sdg aq................................................................?????????????'

Lalu Allah berkata; "AQ Maha Pengasih lgi Maha Penyaynag, akan ku jagai hambaku yang taat kepadaku, walau ujian yg aku limpahkannya melebihi di dunia, aq ttp akan menjagai mereka, xkan aq biarkan mereka dgn kesusahan itu...lalu aq turunkan ketenagan di dalam hatinya, aq turunkan kedamaian dalam hatinya, aq turunkan kasih sygku dlm hatinya...agar dia merasa redha dgn ketentuanku...akanku hadiahi mereka dgn kesushn yg aq beri di dunia dgn ksengan di akhirat....."

sYukurku ada diriMu, pabila aq mengigtimu, aq merasa aman, walau onak duri berada d blkgku, aq mnjdi aman,,akanku jagai diriku, akan aq perbaiki hubunganku dgnMU, agar kau tidak mengubah pandangMu terhadapku, agar kau tdk membenciku dgn kelakuanku..agar kau tempatkan aq di dlam hatiMU...



by: asyiq_azhad@banyaknya doosaku.com.my

Friday, January 7, 2011

bagaimana mudah bangun malam...

aq berserah hanya padaMU..
SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi,  sejuk dan penuh keheningan. Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. 

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud) Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang. Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain. Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah
  1. Jauh daripada segala penyakit
  2. Lahir kesan takwa pada wajahnya
  3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
  4. Percakapannya mengandungi hikmat
  5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
  1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  2. Dipermudahkan hisab
  3. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
  4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu. Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir. Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka.  Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.
Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-
“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -
1.Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu


p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


http://www.anuarmustaffa.com/amalan-solat-tahajud/







Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.Jika ingin ketahui lebih lanjut tentang kejahatan Yahudi ini anda boleh lawati laman ini http://www.darulnuman.com/semasa/aqsa.html
Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.

Terjemahan surat Dr. Marwan:
   Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
   Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai

Tuesday, January 4, 2011

surah mengubati kesedihan..



SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang… mari beramal… :)

subhanallah, dengan menghafal surah tabarak, mudah untuk bangun malam..ke..?

Fadhilat membaca surah Al-Mulk
SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu.

Saturday, January 1, 2011

MENGENANG KESYAHIDAN AS-SYAHID SYED QUTB
Tanggal 29 Ogos 2000 genaplah 34 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.

Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.

Sejarah Hidup Syed Qutb:-

(1)Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh AlQuran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan). Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi 'Nazir' sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.

Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana. Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri. Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

(2)Tahun 1945:- Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.

(3)Tahun 1954:- Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir. Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyiksaan yang 'teruk' terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang 'teruk' di dalam penjara.

(4)Tahun 1955:- Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan 'kerja berat' oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.

Kata Syed Qutb: "Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya"

(5)Tahun 1964:- Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq. Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.

(6)Tahun 1966:- Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir. Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!!! 





www.iluvislam.com
dihantar oleh: lavender biru
editor: azzahra_solehah

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..