Bismillahirrahmanirrahim...
AS-salam, di sini ; asyiq nak mengeluarkan segala kemusykilan yang ada berkenaan dengan persoalan; salahkah kita buat ibadat kerana mengharapkan syurga Allah s.w.t ?
AS-salam, di sini ; asyiq nak mengeluarkan segala kemusykilan yang ada berkenaan dengan persoalan; salahkah kita buat ibadat kerana mengharapkan syurga Allah s.w.t ?
Kita selalu berdoa dan selalu sebut tentang persoalan syurga, neraka, dan ada yang terkeliru berkaitan dengan persoalan ini..
Memetik akan doa seorang wali Allah; Rabiatul Adawiyah ;
" Ya Allah, jika aku menyembahMu kerana takut pada nerakaMu bakarlah aku dengan api nerakaMu. Dan jika aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, maka haramlah syurgaMu untukku. Tetapi jika aku menyembahMu demi mencintaiMu, maka limpahkanlah padaku ganjaran yang lebih baik. Berikan aku kesempatan melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Maha Mulia ".
Rabiah memperlihat betapa cintanya pada Ilahi.
Kekasihku tidak ada yang menandingiNya
Hatiku hanya tercurah padaNya
Kekasihku tidak nampak padaku
Namun dalam hatiku tidak pernah lenyap
Kekasihku tidak ada yang menandingiNya
Hatiku hanya tercurah padaNya
Kekasihku tidak nampak padaku
Namun dalam hatiku tidak pernah lenyap
orang2 yang mengharapkan ibadah itu untuk mendapatkan syurga Allah s.w.t bukanlah bererti orang itu tidak ikhlas, tetapi kesempurnaan itu tidak sama dgn orang2 yang beribadah hanya dengan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t........
sebabnya orang yang beribadah untuk mendaptkan syurga Allah s.w.t ; menunjukkan simbol dan bukti keimanannya kepada Allah s.w.t., perkara ghaib dan setiap yang disampaikan oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya (s.a.w.).
Kita dapat simpulkan bahawa, orang yang melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan syurga bererti, dia telahpun beriman kepada Allah s.w.t. dengan keimanan yang teguh, dia juga telah beriman dengan janji Allah s.w.t., beriman dengan Al-Qur'an dan Sunnah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan beriman dengan perkara ghaib yang menjadi intipati ajaran aqidah Islam.
Oleh itu, ia tetap termasuk dalam konsep ibadah yang betul dalam Islam, Cuma ianya kurang sempurna berbanding dengan, ibadah yang dikerjakan semata-mata untuk mendapat keredhaaan Allah s.w.t.
dalam melaksanakan ibadah ini, ada beberapa peringkat ikhlas DALAM ibadah menurut ulama' berdasarkan ijtihad mereka pada Al-qur'an dan as-sunnah :
PERINGKAT IKHLAS YG PALING TINGGI:
Melaksanakan ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t
(peringkat paling tinggi keikhlasannya)
Peringkat ikhlas kedua mengikut ulama',
Melaksanakan ibadah kerana mengharapkan syurga dan takut neraka
DAN KETIGA
Melaksanakan ibadah untuk mencapai rahmat dan kesejahteraan hidup di dunia dan
akhirat
Konsep beribadah kepada Allah s.w.t. kerana syurga juga termasuk dalam aqidah Islam dan konsep ibadah monotheisme, kerana apabila seseorang itu melakukan sesuatu, kerana sesuatu, bererti dia percaya terhadap perkara tersebut dengan sepenuh kepercayaan.
Memohon supaya dimasukkan ke dalam syurga adalah suatu perkara yang digalakkan dalam Islam, dan ianya merupakan suatu perkara yang terpuji.
Cuma, beribadah kepada Allah s.w.t. kerana syurga Allah s.w.t. semata-mata itulah yang merupakan peringkat ikhlas yang rendah, namun tidaklah tercela, bahkan ianya juga dibenarkan dalam Islam. Banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang nikmat syurga dan neraka, serta menceritakan tentang galakan supaya umat Islam mengharapkan syurga Allah s.w.t..
Tetapi, kita mengharap syurga bukan dari ibadah kita, kerana kita kerjakan ibadah kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t, tetapi kita mengharapkan syurga kerana Allah s.w.t. menggalakkan kita mengharap syurga Allah s.w.t..
Jadi, kita mengharapkan syurga juga kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t..
Dalam Shoheh Ibnu Hibban ada tambahannya Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هُريرة ، عن رسولِ اللَّه قال : «إنَّ في الجَنَّةِ مِئَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّها اللَّهُ لِلمُجَاهِدِينَ في سَبِيلِه، بَيْنَ الدرجتينِ كما بَيْنَ السَّماءِ والأرْضِ، فإذا سَأَلْتُمُ اللَّهَ، فاسألوهُ الفِرْدَوْسَ ، فهوَ أَوْسَطُ الجنةِ، وهو أعلى الجَنَّة، وفوقَه العرشُ، ومنهُ تُفَجَّرُ أنهارُ الجَنَّةِ».
“Jika kamu minta kepada Allah, maka mintallah surga Firdaus, karena sesusungguhnya surga Firdaus itu berada di tengah-tengahnya surga dan surga Firdaus itu merupakan surga yang tertinggi, dan diatasnya adalah ‘Arasy, dan darinya mengalir sungai-sungai surga” (HR. Shoheh Ibnu Hibban
Hurmmmmm,
moga kita meletakkan redha Allah yang utama, kerna orang yang mengharapkan redha Allah s.w.t yang sudahpun memiliki kesemuanya dan tersedia pun oleh Allah.....
dan takdir kita juga boleh berubah dengan berdoa...orang-orang yang berdoa pastinya tidak sia-sia di sisi Allah s.w.t.......jadi, berdoalah dengan hati yang benar-benar ikhlas di sisi Allah s.w.t.....
hurm,
hamba sebagai seorang yang jahil, entahlah terkadang merasa mungkin darjat keikhlasan itu berada pada tangga kedua, ketiga......
untuk mencapai redha Allah s.w.t, selama ini bgi ana rasanya ...... mungkin, lebih banyak ikhlasnya di tangga kedua, ketiga...daifnya ana ini....Ya Tuhan, yer.........
tetapi alhamdulilah, ana terdorong untuk mendekati Tuhan Rabbul Jalil di atas intipati2 yang terkandung dalam akidah islam ini yakni dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib.... mengharapkan syurga bukan tempat pertama, tetapi bagi ana ibadah ana merupakan suatu kewajipan dan ana melakukan kerna nak menjadi hamba yang terbaik utk Allah dan untuk dihadapkan pada Allah....
dan ana tahu ramai yang berbondong2 mahukan syurga Allah, termasuk ana, tetapi pada hari ini ana tersadar bahwa biarlah ana sentiasa meletakkan keredhaan Allah sebagai yang utama di dalam hati... dan merebut keredhaan Allah itulah yang perlu diutamakan..
hakikat ana, akan sentiasa terhidu haruman itu dan terbayang keindahan syurga itu untuk dorongan ana melalukan amalan ibadah....
neraka pula membuatkan ana merasa terdorong untuk mencegah diri daripada seksaan Allah yang sangat keras dan pedih... dan dengan itu; ana akan cuba berhati2 dan sentiasa berwaspada terhadap tingkah laku ana....
terkadang; ayat itu mampu untuk membuatkan ana sentiasa berendam dengan air mata ; dekat dunia, terkena api sedikit dah melecur tangan, menangis sepanjang malam, belum lagi terkena bahangnya mahsyar dan api neraka........Bila ana memikirnya, sudah tentunya bagi ana, ianya sangat dekat pada ana...dan sebab itulah ana akan mudah mengalirkan manik2 jernih dari jiwa bila disebutkan tentangnya....
menangis sebab ana rasalah ana mungkin antara juga yang bakal mendiami tempat itu..
moga dijauhi, ana tidak minta, tetapi ana hanya merasa dan menganggar .......
sebab ana bukan manusia yang baik pun di sisi Allah.......
dosa berat dekat belakang ana, mujur Allah bagi kesempatan ana hidup lagi untuk menebus dosa-dosa, cuma terkadang tertimbun pula dosa yang lainnya...
sebab ana bukan manusia yang baik pun di sisi Allah.......
dosa berat dekat belakang ana, mujur Allah bagi kesempatan ana hidup lagi untuk menebus dosa-dosa, cuma terkadang tertimbun pula dosa yang lainnya...
tapi hamba sebagai orang yang dhaif berangan-angan pulak tue nak dapatkan tempat yang baik di sisi Tuhan, sedang dosa mungkin masih lagi berbaki-baki banyaknya....
disebabkan itu, ana suka dan mudah tersentuh dengan ayat-ayat azab....dan biarlah ana takut sekalipun , ana dapat merasa semakin dekat dengan Allah, dan menjadikan ana tidak lupa siapa yang menjadikan ana, takut untuk melakukan dosa, menjadikan ana, hamba yang sentiasa tidak melupakan kalimah taubat yang amat diharapi oleh Allah Ya Ghofur... sambil bertafakur akan keinsafan dan kerendahan diri di sisi Tuhan Ya Rabbi..
akan ana senantiasa memerahtikan akan amaran-amaran Allah s.w.t bagi mencapai tahap taqwa ....
saudara saudariku,
kalau disebutkan pasal neraka, ambillah masa untuk merenunginya dan memikirkan tentangnya selagi masih ada masa dan berkesempatan untuk mengubah penghidupan menjadi lebih baik......
akan ana senantiasa memerahtikan akan amaran-amaran Allah s.w.t bagi mencapai tahap taqwa ....
saudara saudariku,
kalau disebutkan pasal neraka, ambillah masa untuk merenunginya dan memikirkan tentangnya selagi masih ada masa dan berkesempatan untuk mengubah penghidupan menjadi lebih baik......
Tuhan telah melukiskan dalam Al-qur'an dan tidak ada pun kata2 Allah dan janji-janiNYA yang tidak benar........
di dalam Al-qur'an, Allah sebut berulang-ulang kali; bicara tentang azabNYA....berulang-ulang kali hamba menemui tentang perihal azabNYA....dan pada tika itu, sesalan mereka tidak ada gunanya...dan tidak akan ada penolong yang dapat menyelamatkannya dari azab yang pedih....
orang3 yang berada di dalam neraka Allah, mereka akan kekal selama2nya...seksaan mereka tidak akan berkurang sedikitpun...
hurm,
selalu kita doa, sesuailah; Ya Tuhan, aku mengharapkan syurga dan redhaMu, dan selamatkan aku dari seksa neraka..."......
jadinya, minta syurga dan redha Allah, bukan mengharapkan syurga semata-mata, yer....
ana menemui jawapan kepada persoalan, ada yang mengatakan sebagai umat nabi Muhamad, kita akan masuk syurga akhirnya, sebelum itu dilemparkan dalam neraka, jadi bagi mereka, akhirnya masuk syurga jugak.....
jadi disebabkan itu menyebabkan manusia berangan-angan nak masuk syurga Allah tanpa berbuat apa-apa dan sentiasa membuat kerosakan di muka bumi ini..........
hurm, ana kadang2 tersenyum tersendiri dengar persoalan itu...dan alhamduilillah jawapannya memang ada pun dalam al-qur'an, Allah sebut ulang-ulang kali.....
nak tahu jawapannya????? hihihi, mudah aje jawapannya, perhatikan kalimat2 Allah, insyaAllah tahulah jawapannya.....
rujuklah Al-qur'an kalau hendak tahu jawapan, sebelum berbicara tentang perkara yang seolah-olah merendahkan syariat Allah s.w.t.....
sebab itu, kita ni kena menjadi orang yang sentiasa beramal dgn al-qur'an dan sentiasa mentadabburi ayat2 al-qur'an...
didiklah generasi dengan menyintai al-qur'an dan mengamalkannya dalam kehidupan...
insyaAllah....
moga Allah menggolongkan kita dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mensucikan diri dan sentiasa bertaubat, dan moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang-orang mukhlisin dan orang2 yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t....
wassalam.
by; asyiqazhadtomato.com + http://prihadisetyo.wordpress.com/2009/06/12/berdoa-meminta-masuk-surga-bolehkah/ + blog alfaqir bicara syurga neraka ...
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment