Saturday, August 27, 2011

moga bertemu kembali, Ramadhan........

ASsalammualaikum pembuka kalam...insyaAllah, sebelum masuknya syawal, ingin ana mencoretkan sebuah penulisan , "Moga bertemu kembali, Ramadhan"...........

Kalimah iktiraf aku bisikkan.. alunan taubat aku pertuturkan..menjadi sendi yang menggerak hatiku untuk mengingatiNYA....menjadi gelombang di kalbuku untuk menangisi rasa berdosa sebagai abidNYA..

subhanllah,, hari ini berjaya juga ana mengkhatamkan al-qur'anul karim berjumlah 30 juzuk...alhamdulillah, sebuah nikmat yang sangat besar yang diperolehi pada bulan Ramadhan ini kerna diberi keizinan, kekuatan, keupayaan, kemampuan untuk menamatkannya..subhanallah, walhamdulillah....

di akhir-akhirnya, tiba-tiba ana diundang dengan perasaan sebak..perasaan sebak kerana kesyukuran kepada Allah..pada hari ini, ana masih berdaya, masih mampu, masih buleh berdiri, berjalan, menuturkan kata, melihat kalam suci Al-Qur'an............ana khuatir , suatu hari yang tidak disangka-sangka; ana tidak mampu bergerak, tidak mampu melihat, tidak mampu mengungkap kata, tidak mampu mendengar kalam suci itu..

tambahn pula,  terasa sebak; kerna ana khuatir; andai ana tidak  berpeluang untuk menemui Ramadhan akan datang; bulan yang dicintai, bulan yang penuh dengan rasa mahabbah terhadap Tuhan sekalian alam..ana terasa sebak andai ana tidak dapat mengkhatamkan al-qur'an sebagaimana harini....ana khuatir , ana bimbang andai iman ana pada tika itu tidak sama seperti iman pada bulan Ramadhan tahun ini...

bagaimana tidak  ana akan merindui ramadhan.?? ramadhanlah bulan yang menguatkan jiwa ana untuk Al-Qur'an.....Ramadhanlah bulan yang mentarbiyah ana untuk senntiasa mengalunkan ayat-ayat al-qur'an kerna berkat yang terkandung di dalamnYA...Ramadhanlah yang menghamprikan ana denganNYA dengan solat terawikh 8/20 rakaat serta solat-solat sunat malam dan sebagainya........

dan kerana Ramadhan juga ada malam seribu malam yang tidak akan ana jumpai pada bulan-bulan lain......di mana dosa-dosa yang banyak ini diampunkan..........doa abid ini dimakbulkan..hati  khalifah ini disucikan, jiwa abidurrahman ini dibersihkan...

Ya Allah, jadikanlah cintakanlah aku dengan bulan-bulan selepas ini sebagaimana aku menyintai bulan Ramadhan, jadikanlah aku orang yang mendapat kemanisan dalam ibadah untuk dilaksana selepas bulan Ramadhan, jadikan aku orang yang sentiasa merindui Ramadhan dengan sentiasa menghubungkan diri pada malam-malammu untuk mendapatkan Ramadhan mendatang.......

Ya Tuhan, segarkan imanku sebagaimana segar imanku di bulan Ramadhan....izinkan aku mendekati al-qur'an dengan bersungguh-sungguh sebagaimana aku bersungguh pada bulan Ramadhan...izinkan aku menghabiskan bacaan 30 juzuk al-qur'an sebagaiman sebulan aku menghabiskannya di dalam bulan Ramadhan........

YA Allah, ku renungi, di akhir-akhir surah yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran ; banyak menceritakan tentang perihal kiamat, perihal kehancuran, perihal kematian................
aku merasa tidak berdaya mengharungi semua itu,,,, aku takut dengan rencana-rencanamu Tuhan, rencana yang pasti tiba...aku khuatir aku belum diiktiraf sebagai kekasih hatimu...aku khuatir dosa-dosaku masih ada di kepulanganku kelak..

ku renungi dan hatiku menjadi sebak kembali...adakah aku kan kembali menghadapmu dengan dosaku terampun sebagaimana ampunanmu di bulan Ramadhan, kerna Ya Allah, aku bukan terpelihara daripada kejahatan, bahkan aku manusia yang hina dan lemah.....aku khuatir bahwa sejurus itu, dosa-dosaku hinggap kembali selepas disucikan di bulan RAMADHAN........

Ya Tuhan.. tuntuni aku dengan maghfirahmu, matikanku dengan kemuliaanmu, kemuliaan al-qur'an yang pernah kudampingi, jadikannya sebagai penolongku, yang menerangi kuburku di saat kegelapan dan bersendirian, hadiahinya di akhirat sebagai cahaya di hari kiamat......bekalkan ia sebagai syafaat pabila aku memerlukan pertolongannya , pakaikan aku mahkota yang indah di akhirat dengan berkat al-qur'an.... jadikan ia sebagai temanku di akhirat sebagaimana aku menamaninya tika aku di atas dunia...berikan ku kesempatan untuk kekal istiqamah berdampingan denganNya..

segala pengharapan ku serahkan kepadanya...

salam penghujung Ramadhan dan salam lebaran minal eidil wal faizinn~~
wallahualam..

Monday, August 22, 2011



POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA


Firman Allah :

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)


Sabda Rasulullah S.A.W.


(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim


Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.



Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.




Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.



Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.



Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.



Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.



Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.



Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.


Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.


Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).



Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.


Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.



~Tuan guru Hj. Abd Hadi Awang

Thursday, August 18, 2011

jagailah ikhtilat ............

Assalamualaikum w.b.t

Dengan lafaz teramat mulia aku alirkan zikir dalam hatiku,seiring madah-madah ini terbit dari lubuk sanubariku.insyaALLAH.Moga setiap patahku menjadi tunjang buat para muslimah yang merupakan bidadari ALLAH untuk mengejar cinta yang teragung iaitu cinta ALLAH.

Wahai gadis penghulu syurga,

Untuk dilihat hebat dipandangkan ALLAH,halakan jihadmu yang satu,yang mampu sahaja mengoncangkan imanmu,iaitu,LELAKI.Sungguh aku kagum dengan lelaki bilamana ALLAH utuskan seorang insan yang menjadi suri teladan yang teramatlah baik buat ummah iaitu,baginda Rasullullah s.a.w dan seperti juga pejuang remaja yang begitu hebat pada zaman baginda s.a.w iaitu,Musaib bin Umair,yang mana sanggup korbankan apa sahaja demi ISLAM dan cintanya pada ALLAH.MasyaALLAH.

Namun,ingin sekali aku ajukan mengapa lelaki sekarang tidak semuanya yang mempunyai jiwa secerah batin dan setulus jiwa seperti lelaki-lelaki yang hebat itu?Mungkin sahaja,'selari dengan zaman',bak kata orang,"

"Kau open la sikit,janganlah nak cakap dengan lelaki pun susah"

Na'am.dalam ISLAM mengariskan tiada aurat suara bagi wanita dalam majlis ilmu.Namun,aku bimbang,jika akulah membuatkan iman dan hatinya tergoda,aku juga bimbang andaikala sifat maluku tercalar walaupun sedikit.ALLAH anugerahkan "maluku" ini,tak akan aku persiakan,kerana malu inilah aku benar-benar mahu jadi "bidadari syurga yang terpelihara"

Ya ALLAH,aku alunkan zikir padaMU,astagfirullah..

Sahabatku.

Ana tidak tahu,jika antunna mahu katakan yang ana jumuk terhadap ikhtilat,kerana walaupun perkara itu sebesar zarah.pasti!pasti!pasti!Menjadi persoalan kita di akhirat kelak.

"Enti,macam mana ini,ana harus reply mesej lelaki ini,atas urusan kerja"

Na'am.berurusan dengan lelaki memang boleh dalam islam,islam bukan datang untuk menyekat kamu berorganisasi,namun islam sendiri galakkan untuk kita berada dalam jemaah dan berdakwah,namun,alangkah pahitnya,jika kita bergerak dengan tidak mampu menjaga hati kita,atau erti kata yang sebenar ikhtilat.

Ukhti,

Dalam bermesej atau berchatting di facebook,ym,menulis karya di blog atau sebagainya, dengan lelaki atau secara umum, jangan sesekali mengunakan atau menulis perkataan yang singkap,contohnya,"tk","sy",Mcm ne ye".ini adalah kerana,imaginasi lelaki sangatlah tulus,malah perempuan yang bertudung labuh membaluti badan mampu sahaja dibayangi macam-macam.Tapi,insyaALLAH,"siapa yang jaga hak ALLAH,ALLAH akan jaga haknya".

Ukhti juga,jangan akhirkan ayat dengan menulis banyak titik dibelakang contohnya,
"Mcm na ye........." atau perkataan yang comel contohnya puasa menjadi poce.Kerana pandangan lelaki atau nilainya lelaki,membayangkan perempuan itu bercakap manja dengannya,sesungguhnya lembutkanlah suaramu pada yang bberhak sahaja,iaitu suamimu.

Wahai bidadari ALLAH sekalian,

"wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang,tidak ditegur dan menegur dan tidak dikenali dan mengenali".Kerana apa sahaja yang dia fikir untuk mendapat redha ALLAH dan kasih tulus cinta dariNYA.Walaupun ana,bukan seorang yang sempurna dalam memegang prinsip ini,namun,setiap kali hamba yang berdosa ini,terlalai,teruskanlah berdiri kembali dan bermujahadah walaupun pahit agar kita para muslimat kelihatan hebat dalam pandangan ALLAH dan rasul.Resahlah bilamana antunna ditegur lelaki,dipandang lelaki dan dikenali lelaki kerana orang yang beriman itu sentiasa berada dalam situasi yang "keresahan".Dan,walaupun kamu benar-benar mennundukkan pandangan,iringkanlah sekali pandangan pada hatimu,janganlah kamu melihat dan memuji-muji dalam hati.Wa'iyazubillah.Ana faham sangat akan fitrah ini,namun,berusahalah sungguh-sungguh.

"sungguh wanita yang solehah itu,tidak akan menyebut nama lelaki melainkan zikir,dan tidak akan menyintai lelaki lain,melainkan cintanya pada ALLAH dan tidak melempiaskan kecantikkanya kecuali pada yang berhak iaitu suamimu".Kata-kata memang mudah namun,harap kata-kata yang mempunyai bait yang indah ini,mampu sahaja mengegarkan batin dan iman ana dan antunna.

wahai wanita solehah,iaitu kekasih ALLAH,
Ana juga seorang hamba yang tidak sempurna,dan sekeping hati ana ini boleh sahaja dibolak balikkan oleh ALLAH pada bila-bila masa sahaja.Wa'iyazubillah.Namun,untuk menjadi wanita solehah,usaha itulah yang merupakan mahar yang dinilai oleh ALLAH,bukannya hasilnya.Teruskan tekad,walaupun,dunia diambang jahiliah prinsipku dan peganganku dalam meneguhkan keimananku tetap aku pegang.Jadilah seorang wanita yang TEGAS!BERPRINSIP!KUAT! dan memperolehi redha ALLAH.insyaALLAH.Cinta yang mulia adalah apabila cinta itu disusuri hanya memberi tanpa menharapkan balasan.iaitu cinta ALLAH S.W.T pada makhluqNYA.Dan cubalah nilai balik akan kata-kata diatas tadi,apakah perbuatan yang memang menunjukkan cinta kita padaNYA."Sungguh jika benar dia menyintaiKU,sudah pasti dia bangun bermunajat padaku ,kerana tidakkah kekasih tidak mahu bertemu akan kekasihnya,Akulah datang sendiri pada kelopak mata hamba-hambaku,dan kepadanya Aku akan tunjukkan syurga yang penuh nikmat".

Jangan sesekali tinggalkan ALLAH,dalam menongkah arus dunia ini,kerana ALLAH lah kekasih yang amat menyintai kita.Lakukan sesuatu dengan mengharap petunjuk dan redhaNYA,dan pintalah "sifat malu"dari ALLAH,agar dapat kita malu dalam melakukan maksiat kepadaNYA.

Maafkan ana jika,tulisan ana,banyak terguriskan hati,dan doakan ana dalam bermujahadah menjadi wardah yang mekar disisi ALLAH.asif jiddan alla kulli hal.Anggaplah,semua yang baik datang dari ALLAH dan buruk juga datang dari ALLAH,berdasarkan silap pada diri ana sendiri.

Dengan lafaz yang mulia,bismilllahirohmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t.

"sandarkan cinta ALLAH dalam hatimu,nescaya walaupun pahit perjuanganmu dalam menuju cintaNYA,percayalah ALLAH tetap bersedia menunggu setianya kekasihNYA di pintu syurga.insyaALLAH"

cari titik keikhlasan; akanku temuinya??

Bismillahirahmanirahim.

Mencari keredhaanNYA dalam sedu-sedanku.Mencari dengan kelaziman usahaku,yang entah ada nilai ataupun tidak.Mencari dan terus mencari dan menanti.sampai bilakah ia?

Aku sungguh lemah tanpaNYA.

Kelemahan inilah yang banyak mendidik diriku agar senantiasa sedar yang aku hanya hamba yang lemah dan hina di depan Rabbi ku.

Tiada cinta yang paling teragung melainkanNYA.
Ramai orang yang mencari cinta,bermain dengan cinta merindui cinta,namun sedarkah kita,siapa Kekasih yang amat menanti,menunggu sampai bila-bila untuk kita luahkan cinta kita padaNYA.

Sungguh hati dan jemari ana memang sungguh berat untuk menaip lagi.Entah la.Ya ALLAH,saljukanlah hatiku nan rapuh ini.

Salahkah dalam menzahirkan erti cinta padaNYA?

Maafkan ana,ana terlalu bermonolog sendiri sehingga payah untuk sesiapa fahami.Inilah kesusahan dalam menanti kemanisan bersamaNYA.

Ya ALLAH aku mampu,mengalir air mata di depan orang namun,kenapa begitu payah untuk aku mengalir saat aku bercinta denganMU?

Lalu, aku ajukan persoalan itu pada hatiku,namun,payah untuk di beri jawapannya.Entah la.

Kesusahan yang amat payah adalah dalam menguruskan keimanan.

Sepanjang minggu ini,adalah minggu yang amat berat untuk ana pikul.Beratkah?Kembali mengimbas kata-kata pejuang Islam yang ana kagumi.

bagi seseorang mukmin tidak akan pernah kenal erti letih dan penat.

Selagi nafas dihela,selagi jantung masih berdenyut ingatlah,setiap denyutan dan helaan nafas itulah menjadi persoalan ALLAH kelak.

Moga kami tergolong hamba-hamba yang Engkau redhai YA ALLAH.Amin.

Walaupun sesibuk mana pun kita,bajailah hati itu untuk senantiasa menjadi hati yang rabbani.Tidak akan terlalai oleh kesibukan duniawi.

Ikhlaskanlah aku,dan luhurkanlah hatiku untuk mengenal erti ikhlas itu ya ALLAH.

Semakin besar semakin banyak perkara yang aku perlu hadapi.SubahanaALLAH.

Astagfirullah hal adzhim.

Indahnya andai saat ini aku hanya mengerti benar untuk bercinta denganMU,hanya diriMU,ya ALLAH.

Nukilan Haura Maqsurah
"Kekuatan cinta yang sejati adalah apabila hati mampu untuk terasa salju dalam menyintaiNYA"

Monday, August 15, 2011

asyiq an-nahdhoh @ asyiq azhad ???

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersua kembali dengan tulisan terbaru daripada asyiq...asyiq bermakna pencinta; perindu....moga2x nama ini benar2 mentarbiyah diri ini menjadi yang sedemikian....dengan keizinan Allah.....

ana ingin menceritakan kenangan manis ana di sebuah madrasah yang bernama madrasah an-nahdhoh......pabila ana menjejakkan kaki melangkah masuk di masjid an-nahdhoh....terasa getar hati ini dan membuatkan hati dan jiwa bertaut dalam mengingati kebesaran dan keagungan Allah kembali...........~~~~~~~~

ana merindukan suasana ini..ana merindukan suasana di mana sekelumit manusia berhimpun dalm satu majlis yang penuh dengan keberkatan dalam memuji-memuji dan mengagungkan kalimah-kalimah Allah s.w.t.........
suasana ini yang menyebabkan hati-hati muda ini terikat dengan kalam-kalam Allah s.w.t.........................
suasana ini pernah ana rasai di sekolah ana dahulu, walalupun ia bukan sekolah agama, tetapi didikan seorang ustaz selaku warden mampu dan berjaya mewujudkan biah solehah dalam kalangan pelajar-pelajar asrama.........................

zikir-zikir  yang dialunkan benar-benar menusuk ke dalam jiwa..................rasa tenang dan tersangat tenang mendengarkannya....ana diajar dan sering diperdengar dengar zikir-zikir taranum di sekolah.....................
disebabkan zikir itu sangat mampu mengubat jiwa, mampu menguatkan hati dan minda yang terkadang terasa kosong..jiwa ini tidak akan kosong dengan kehadiran zikir-zikir yang diperdengarkan...malah hati ini akan menjadi lebih sayu dan lebih dekat dengan Allah...


jika saudara - saudara muslim ingin merasakannya...carilah seberapa banyak alunan zikrullah....dan hafalkannya..serta amalkannya di kala bersendirian dalam tahjudmu mahupun dalam ibadah lailmu...
insyaAllah.......zikrullah mampu menyucikan hati anda..malah orang-orang yang sentiasa berzikir kelebihannya banyak di sisi Allah, antaranya akan kelihatan tenang dalam menghadapi pelbagai ujian, malah wajahnya bercahaya di dunia mahupun di akhirat....

berbalik kenangan di an-nahdhoh.. 
kata-kata pertama yang terungkai di dalam hati dan jiwa ini.....

1.  Ya Allah...betapa besarnya kemuliaanmu, di sini ramai yang mentaatimu...yang mengejar gerbang duniamu yang sebenar...jiwa mereka suci murni...belajar bukan untuk dunia...tetapi untuk sijil akhirat...sedangkan aku...adakah aku sedar selama ini bukan aku sahaja yang memburu keredhaanMu, tetapi ramai....dan terlalu ramai bersusun menanti jannahMu......


adakah aku ini antra golongan-golongan itu??  walhal aku tidak seperti mereka....daya ingatan mereka terhadap kalam-kalamMu lebih hebat dan bagus dripada diriku yang kerdil ini... sudah tentu engkau lebih memilih mereka...??

apalah sangat diriku ini..............apalah sangat...dan berganjak pun rangking terbawah, benar??

2.   ana terbangun jam 4.30 pagi....pada ketika itu; ana hadir ke masjid an-nahdhoh...ingatkan nak solat berjemaah sekali untuk tahajud dengan para jemaah..rupa-rupanya jam itu; para jemaah dah buat witir .... mereka witir 11 rakaat.........................

subhanallah, di keheningan malam,, ramai lagi yang bangun untuk mengharapkan belas kasih dan perhatianMu........bukan seorang bukan berdua, tetapi berjemaah.................mungkin bukan di an-nahdhoh sahaja...tetapi mungkin banyak lagi di negeri-negeri ciptaanMU.... nak katanya.,,, ramai yang berlumba-lumba dalam mengerjakan amal ibadah.......................bukan nak kata di Malaysia shaja yang terdiri daripada orang-orang alim..tetapi di tanah Arab, Mesir, China, India,,,,di sudut pelbagai pelosok mengharapkan cinta hanya Yang SATU.....

dan dengan itu, masihkah lagi dirimu sudah merasa puas dengan amalanmu hari ini...?? 

3.  sedang ana berehat di situ, banyak kali terlintas dalam hati ini......"Ya Allah, kalau buleh aku ingin mati dalam keadaan ini....aku ingin mati dalam keadaan yang cukup tenang ini...aku ingin mati dalam keadaan aku sedang berada di sampingMu...........

TERDETIK PULA, PERKATAAN INI; "LAYAKKAH DIKAU , ASYIQ??  LAYAKKAH DIKAU, ASYIQ..??? Layakkah engkau mati dalam keadaan terpuji, mati dalam keadaan mulia...?? sedang di dunia, sejauh manakah kemuliaanmu pada pentadbir dunia jua akhirat...???


4. sedang ana merasakan keagunganNya...ana terasa bagai dihimpit suatu perasaan yang sebak di dalam hati...di mana;  ana merasakan suatu kesyukuran kepada Allah s.w.t...


kalau ingin diimbas kembali zaman muda; Allah sering beri ana ilmuNYA...ilmu yang berkaitan dengan agamaNYA, ISLAM..dari kecil lagi, ana seorang yang kata ibu ana; terang hatinya untuk menerima ilmu AGAMa Allah s.w.t.......kerana ana lebih cepat dapat menerima pelajaran agama berbanding yang lain.............
ZAMAN muda sudah ana merasa terlalu menyintai pelajaran agama...walhal pelajaran ini tidak semua kanak-kanak meminatinya...namun , ana bersyukur ; Allah pimpin ana dengan ilmuNYA seHINGga kini...

ana dilatih untuk menghafal Al-qur'an untuk menyertai pertandingan hafazan...ana dilatih untuk menjadi qari untuk mewakili sekolah..ana dilatih menjadi pembaca berzanji...
walhal;ana tidak tahu apa-apapun basic dari rumah......namun, ana bersyukur; walaubgaimanapun , ibu dan ayah meintikberatkan pendidikan agama...dan alhamdulillah ; di negeri kelahiran ini; diwajibkan sekolah agama untuk kelas sebelah petang...dari situ, ana ditarbiyah oleh Allah dengan ilmuNYA...


NAK KATANYA; hidayah Allah s.w.t....tidak kenal sesiapa....................mahupun daripada latar belakang apa, ceruk mana, rupa apa,, kedudukan yang mana.....


tetapi hidayah Allah, Allah hadiahkan di hati - hati insan yang dikehendakiNYA...Kalau bukan hadiah daripada Allah, mungkin ana tidak dapat mengenal Allah seperti ana kenal harini..kalau bukan kerana kasih syang Allah, sudah tentu,, ana tidak diberi hati untuk merasai kemanisannYa berada di dalam agamaNA...kalau bukan kerana cinta Allah kepada ana, sudah tentu ana dibiarkan dengan kelalaian pada akhir zaman ini...


21 tahun sudah usia ana.....  Allah sampaikan ana hingga ke umur ini, dan masih lagi diberi peluang untuk hati ini menyelami ilmu agamaNYA.........Alhamdulillah............


Allah....
Rinduku kadangkala berbunga...
kadangkala hambar,
kadankala terbit dari kelopakna,
kadang-kadang menguncup sedemikian rupa..


Allah,
terima kasih di atas hadiah yang kau temukan padaku...
aku ini insan hina...
yang tiada apa-apa,,,
hanya yang aku pinta..
keredhaanMu.....
kasih dariMu...
taufiq dan hidayah yang tidak putus dariMu...


sudilah engkau membimbingku,
jangan engkau biarkan aku berpaling dari cintaMU...
LAMARAN UKHRAWIMU aku terima ...
lamaran dunia aku cuba dari diperdaya..
moga ebgkau sentiasa memimpin hati ini..
jua memimpin hati insan yang kukasihi...
kerana hana Engkau pemilik pintu ukhrawi..
dan aku hanyalah sebagai penanti....


wallahualamm.....madrasah an-nahdoh membuatkan hati ini ingin berada di sana...mungkin bukan diri ini, tetapi keturunan dan pewaris-pewaris bumi yang akhir zaman ini...


:)  :) 


sebab itu, asyiq azhad berubah menjadi asyiq an-nahdhoh....:)  :)

moga hatiku disucikan dengan menulis kalam ini..



syukran...


BY; ASYIQAZHADBERTUKARASYIQAN-NAHDHOH.WALLAHULAM.COM.







Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..