Saturday, July 30, 2011

lamaran syurga dari semarak ramadhan~

Salam Ramadhan...............

tirai sya'ban hampir berlabuh...hanya beberapa detik sahaja lagi Ramadhan bakal menjelma.. rindu rasa mahu pulang ke rumah; menyambut ramdhan bersama ~~...berterawikh bersama, rindunya............

sempena ramadhan yang bakal menjelma; pastinya diuji dgn assigment yang bakal menyesakkan nafas kita , :)  ...dengan itu; bersama-samalah kita berlumba-lumba untuk menyelaraskan dan menstabilkan ia.............

bulan yg penuh barakah; sangat diuji dengan keimanan dan kesabaran yang tinggi...setiap kesabaran yang kita ikhlaskan pastinya mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t......

mari sahabat; tingkatkan amalan di bulan Ramadhan;.....waktu berputar dan berputar; bukan setakat menghabiskan masa di hadapan kerja-kerja mahupun tugasan kerja semata; tetapi hiasilah dengan amalan ibadah yang penuh dengan ganjaran yang menanti tiba....

mari sama-sama tingkatkan bacaan Al-qur'an.....cari ruang dan waktu yang lapang dengan membaca Al-qur'an...dan menghafalnya...kemudian, luangkan masa untuk menunaikan solat terawikh.....................

banyakkanlah berzikir kepadanYA, walau apa jua keadaan pun tidak kira pabila berjalan, duduk, ingin beristirehat, tidur dan sebagainya...jadikan ianya sebgai ibadah dan sebagai suatu kelaziman...........

seterusnya, marilah sama-sama memanfaatkan malam-malam ramadhan ini dengan doa, tahajud , solat sunat dan sebgainya........Allah Maha Mendegar, Allah tidak pernah berhenti Mendengar dan tidak pernah tidur daripada memerhatikan hamba2Nya.....mudah-mudahan ; ada di antara malam-malam kita bersmaNya, dgn keizinanNya, Allah memperkenankan hajat kita.....................


hajat kita , matlamat kita di dalam bulan rAmadhan adalah untuk mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan seterusnya...

 cintai Ramadhan, sesungguhnya bulan Ramadhan paling disukai oleh para nabi-nabi; tidak sabar menunggu malam2nya untuk beramal ibadah, pemergiannya mendukakan hati yang merindukan suasananya....

hurmm... 'Ya Tuhan, jgn kau biarkan aku menyia2kan ramadhan yg kau kurniakan utkku pada tahun ini...agar aku dapat memanfaatkan bulan ini dengan penuh pengertian; jadilah aku orang yang soleh, kerna sesungguhnya aku sangat mengharapkan untuk menjadi hambaMu yang soleh.....bentuklah akhlakku, peribadiku, sebagaimana akhlak para kekasihMu..


agar aku dilamar dengan lamaran syurga dengan berkat Ramadhan yang aku tunaikan ~ matikanlah aku dalam kesediaanku; sekiranya ramadhan ini , ramdhan terakhirku; izinkan aku memanfaatkan ia seolah-olah ianya menjadi sebati dalam nadiku ~~


maafkan kekhilafan saya sahabat-sahabat; saya juga manusia biasa; yang terkadang alpa dalam mengwal diri dan emosi sendiri ~~


salam ramadhan al-mubarak; hiasilah ia dengan penuh makna ~~


by; asyiqazhad@sempat2laginakberBW.com

1 comment:

  1. wah,ini adalah nasihat,perlu disebar nie,mohon untuk penyebaran

    ReplyDelete

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..