Hasan AlBanna dilahirkan di Bandar AlMahmudiyah di daerah AlBahirah,
Mesir, pada bulan Oktober 1906. Pembunuhannya pula berlaku pada tahun
1949. Ketika itu beliau adalah AlMurshid Al'Am (Pemimpin Tertinggi)
jama'ah Ikhwan AlMuslimin, sebuah pertubuhan gerakan Islam yang ter-
besar di abad duapuluh.
Pembunuhan beliau telah dirancang oleh regim yang memerintah Mesir pada
ketika itu. Turut terlibat ialah Raja Mesir, alMalik Faruq, Menteri
Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri Mesir di bawah arahan penjajah
Salibi yang terdiri daripada Inggeris, Prancis dan Amerika. Malah
konspirasi ini dirancang dengan restu Zionis Antarabangsa.
Pembunuhan Imam AlBanna itu sendiri sebenarnya memperlihatkan sejauhmana
kedudukan AlBanna dan perjuangan beliau dalam arena politik sejak pem-
bentukan Jamaah AlIkhwan, iaitu pada bulan Dzul-Qa'dah 1347H (Mac 1928M)
hingga ke detik gugurnya beliau sebagai syahid pada tanggal 12 Februari
1949.
Musuh-musuh Islam yang terdiri dari golongan Salibi, Yahudi, Raja Mesir
dan kerajaannya bagaikan ditimpa ancaman yang membahayakan dan menggugat
kekuatan ketenteraan mereka malah boleh menggegar bumi dari bawah mereka.
Ini kerana beliau dan jama'ahnya mendapat tumpuan dan sambutan masyarakat
ramai.
Beliau dan AlIkhwan AlMuslimun muncul sebagai tokoh dan jama,ah
yang dipercayai; bahkan menjadi harapan seluruh bangsa Arab dan harapan
Umat Islam. Ini amat ketara sekali selepas jama'ahnya menyertai dengan
positif pertempuran di medan jihad di bumi Plastin dengan memperlihatkan
kepahlawanan golongan belia AlIkhwan melawan grombolan Zionis, yang diakui
oleh lawan sebelum kawan.
Sebenarnya Imam AlBanna, sebelum pembunuhannya, telah berjaya membuktikan
kemampuannya sebagai Islam yang mendapat sokongan massa. Sebagai pemimpin
gerakan Islam yang padu beliau benar-benar mewakili kumpulan peneroka rakyat
Mesir muslim yang menyahut seruan jihad dan kepimpinannya.
No comments:
Post a Comment