Monday, December 3, 2012

Cerpen cinta: Adam dan Hawa


"Hawa, dah solat? Termenung nampak." ujar Hajar menghentikan lamunan si Hawa yang jauh termenung.


"Alhamdulillah, sudah ...". Jawab Hajar ringkas.


"Amboi Hawa, kita tanya sepatah, dia jawab sepatah. Fikirkan Adam ya. Kan nak bernikah sudah bulan depan. Apa lagi yang nak difikirkan?" soal Hajar.


" Kak Hajar, sebab kita ni nak bernikah bulan depan, kita jadi risau macam ini ...." jawab Hawa dengan nada yang lembut.


 " Hawa, kak Hajar yakin Adam calon yang sesuai untuk Hawa. Hawa kan dah bertaaruf dengan Adam dan keluarganya. Keluarga Adam pun baik. Adam pun baik. Apa lagi yang dirisaukan? ". Soal Kak Hajar lagi dengan nada yang kehairanan.


" Hawa takutlah Hawa tak dapat jadi isteri yang baik untuk insan yang baik macam Adam . Adam kan lelaki yang baik, beriman ........ "  ujar Hawa.


" Bukankah Allah taala telah berfirman, "Perempuan - perempuan yang baik untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. " Balas Hajar dengan beriringkan dalil Quran surah An-nur.


 " Hawa bukan perempuan yang baik. Hawa rasa tak layak nak dipasangkan dengan Adam .


" Hawa ..... Allah lebih mengetahui apa yang akan ditetapkan ke atas hambaNya. Boleh jadi nanti Hawa menjadi perempuan yang lebih baik daripada hari ini.  Bukankah Adam pasangannya Hawa. Tak nak jadi perempuan sehebat Hawa, kah? ..... Pujuk Hajar menenangkan Hawa yang kerisauan.


Hawa menunduk. Diam sambil menganggukkan kepalanya. Direnunginya bintang yang berkilauan di langit. Merasakan betapa hebatnya keagungan ciptaan Allah dan kebesarannya. 


Subhanallah ! Begitu hebatnya Kau Tuhanku mendirikan langit tanpa bertiang. Menegakkan gunung yang tinggi dengan kuasaMu. Bulan dan bintang tersergam indah , tiada siapa boleh menciptanya melainkan kau, Tuhanku. Hebat !


Bagaimanlah aku nanti. Aku akan bernikah dengan hambaMu, Adam. Benarkan dia yang kau catatkan di dalam catatan Luh mahfuzMu? Andai benar, satukanlah kami sampai syurgaMu.


12 Disember 2012

" Hawa, terima kasih kerana memilih abang menjadi suami. Abang akan berusaha menjadi Adam yang terbaik untuk Hawa....."  ucap Adam begitu tulus sekali di hadapan kekasih yang telah halal menjadi miliknya.


" Abang, indahnya bercinta selepas pernikahan. Hawa tak pernah merasa bahagia sebegini.  Hawa tak pernah jatuh cinta. Sebab Hawa takut, Hawa kecewa.  Alhamdulillah, Allah bagi Hawa cintakan hanya seorang lelaki, iaitu abang, 
suami Hawa ....."  ujar Hawa manja. Direnung wajah suaminya dengan penuh keikhlasan. Kuntuman senyuman dilemparkan buat si suami yang berada di sisi.


" Cintamu pada seorang yang bergelar suami tak akan sia- sia. Abang yakin, kesetiaan Hawa itu akan membawa kepada kesetiaan yang tulus dalam rumahtangga ini. Terima kasih zaujahku...."


Malam  telah pekat gelita, namun kelihatan Adam dan Hawa masih berjaga.


" Isteriku, Hawa. Mengapa tidak tidur lagi. Sudah malam ..." Soal Adam.

" Belum mengantuk ... " Jawab Hawa.

Tak lama kemudian, Adam berbisik kepada Hawa. 

" Hawa, izinkan abang untuk solat. " pinta Adam dengan penuh tatatertib.

" Abang tak nak ajak Hawa solat sekali ke? ....."  soal Hawa manja.

" Nak, tapi takut Hawa mengantuk . Abang ingat nak tunggu Hawa tidur, baru abang solat. Tapi, Hawa pun tak tidur-tidur...." usik Adam kepada isterinya.


"Abang, bukankah seorang isteri harus berada di sisi suami. Hatta, kalau nak solat pun, solat bersama ...."  Hawa berkata sambil melemparkan senyuman.


" Jom. Kita bercinta . Allah sedang menunggu kita memanggil - manggil namaNya. " ajak Adam kepada isterinya. 


Malam mereka dihiasi dengan munajat. Malaikat turut berada di sisi mereka. Sinaran malam yang pekat gelita bercahaya di singgahsana pandangan Allah Taala di sana. 

Suasana sunyi sepi tanpa bicara. Hanya kedengaran tangis - sendu daripada dua orang hamba yang bernama Adam dan Hawa.

Sejadah mereka dibasahi dengan air mata. Harapan mereka agar Allah menggugurkan dosa mereka sebagaimana gugur daun- daun daripada pohonnya. 

Adam menangis di sisi Hawa. Hawa turut menangis.


Indahnya, Ya Allah. Mempunyai suami yang berhati lembut dan sentiasa takut kepadaMu.  Benarlah, Adam diciptakan untuk Hawa lalu bertambah cinta mereka kepada Tuhannya.


Alhamdulillah, Ya Allah. Kau kurniai aku seorang isteri yang tidak menghalang aku untuk terus menyintaiMu, tidak menghalang aku untuk beribadat kepadaMu, tidak menghalang aku untuk menangis semasa berzikir kepadaMu .

Berbunga - bunga cinta pasangan bahagia ini.

 "Hawa, kak Hajar bahagia melihat Hawa bahagia. Seronok je tengok Adam dan Hawa.." kata Hajar kepada Hawa.


" Alhamdulillah, akak .. Rasa syukur sangat - sangat pada Allah . Sebelum ini, Hawa risau sangat. Tapi alhamdulillah. Adam banyak bimbing Hawa dan banyak menguatkan Hawa..."  balas Hawa dengan penuh bahagia.


" Untunglah, Hawa ..........." Usik Hajar.


Dari Hawa.
Buat suami.

Aku meminta pada Allah supaya aku tetap cintaNya walau selepas aku bernikah.
Aku sering berdoa sebelum bernikah supaya aku dapat suami yang tidak menghalang aku untuk terus mengabdikan diriku kepadaNya.
Aku khuatir aku gagal memelihara cintaku kepadaNya setelah aku bernikah.
Tetapi, dengan kehadiranmu, suamiku, aku tidak risau lagi. Aku yakin kau sudi membimbingku dan menguatkanku untuk terus menyintai Tuhan.
Sayang untuk suamiku.

Balas Adam.

Buat isteri tercinta. Aku juga begitu. Merasakan hal yang kamu rasakan itu. Tetapi dengan izinNya, aku telah dianugerahkan seorang isteri yang seolehah.
Kamulah guruku, cintaku, sahabat penemanku dan penguat untuk aku terus mengasihi Tuhanku. Kerana kau sudi dibimbing, maka aku bertambah sudi dibimbing dirimu juga. Jangan tinggalkan aku, isteriku. Teruslah menjadi sayap kiriku sampai syurga.
Sayang juga buat isteriku.


SATUKANLAH KAMI , PELIHARALAH HUBUNGAN KAMI INI SAMPAI JANNAHMU .


- AMIN-



-TAMAT-


Nukilah: asyiq azhad. blogspot.

wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..