Saturday, July 30, 2011

lamaran syurga dari semarak ramadhan~

Salam Ramadhan...............

tirai sya'ban hampir berlabuh...hanya beberapa detik sahaja lagi Ramadhan bakal menjelma.. rindu rasa mahu pulang ke rumah; menyambut ramdhan bersama ~~...berterawikh bersama, rindunya............

sempena ramadhan yang bakal menjelma; pastinya diuji dgn assigment yang bakal menyesakkan nafas kita , :)  ...dengan itu; bersama-samalah kita berlumba-lumba untuk menyelaraskan dan menstabilkan ia.............

bulan yg penuh barakah; sangat diuji dengan keimanan dan kesabaran yang tinggi...setiap kesabaran yang kita ikhlaskan pastinya mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t......

mari sahabat; tingkatkan amalan di bulan Ramadhan;.....waktu berputar dan berputar; bukan setakat menghabiskan masa di hadapan kerja-kerja mahupun tugasan kerja semata; tetapi hiasilah dengan amalan ibadah yang penuh dengan ganjaran yang menanti tiba....

mari sama-sama tingkatkan bacaan Al-qur'an.....cari ruang dan waktu yang lapang dengan membaca Al-qur'an...dan menghafalnya...kemudian, luangkan masa untuk menunaikan solat terawikh.....................

banyakkanlah berzikir kepadanYA, walau apa jua keadaan pun tidak kira pabila berjalan, duduk, ingin beristirehat, tidur dan sebagainya...jadikan ianya sebgai ibadah dan sebagai suatu kelaziman...........

seterusnya, marilah sama-sama memanfaatkan malam-malam ramadhan ini dengan doa, tahajud , solat sunat dan sebgainya........Allah Maha Mendegar, Allah tidak pernah berhenti Mendengar dan tidak pernah tidur daripada memerhatikan hamba2Nya.....mudah-mudahan ; ada di antara malam-malam kita bersmaNya, dgn keizinanNya, Allah memperkenankan hajat kita.....................


hajat kita , matlamat kita di dalam bulan rAmadhan adalah untuk mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan seterusnya...

 cintai Ramadhan, sesungguhnya bulan Ramadhan paling disukai oleh para nabi-nabi; tidak sabar menunggu malam2nya untuk beramal ibadah, pemergiannya mendukakan hati yang merindukan suasananya....

hurmm... 'Ya Tuhan, jgn kau biarkan aku menyia2kan ramadhan yg kau kurniakan utkku pada tahun ini...agar aku dapat memanfaatkan bulan ini dengan penuh pengertian; jadilah aku orang yang soleh, kerna sesungguhnya aku sangat mengharapkan untuk menjadi hambaMu yang soleh.....bentuklah akhlakku, peribadiku, sebagaimana akhlak para kekasihMu..


agar aku dilamar dengan lamaran syurga dengan berkat Ramadhan yang aku tunaikan ~ matikanlah aku dalam kesediaanku; sekiranya ramadhan ini , ramdhan terakhirku; izinkan aku memanfaatkan ia seolah-olah ianya menjadi sebati dalam nadiku ~~


maafkan kekhilafan saya sahabat-sahabat; saya juga manusia biasa; yang terkadang alpa dalam mengwal diri dan emosi sendiri ~~


salam ramadhan al-mubarak; hiasilah ia dengan penuh makna ~~


by; asyiqazhad@sempat2laginakberBW.com

Wednesday, July 20, 2011

pabila cinta memanggil..


Basmalah.....

 Doa puji-pujian......ALhamdulillahi robbil alamin.............................
 Dengan namaMu Ya Allah; kami menadah kedua belah tangan ini; dengan penuh rasa gentar dan penuh pengharapan kami padaMu; sesungguhnya kami ini sering menganiaya diri kami sendiri; sekiranya engkau tidak mengampuni kami; maka termasuklah kami dalam golongan orang-orang yang rugi.

Ya Rabbana;  izinkan kami mencintaiMu2x,
melalui amal kami yang singkat
dan sedekah kami yang sedikit.
izinkan kami mencintaiMU melalui solat yang kami lakukan dalam waktu
yang terbatas

Ya ALLAH...
masih ada keampunankah bagiku ..??  Kami  terlalu jauh dari Mu..
Kami ingin kembali ke pada Mu ALLAH..
Terlalu byk lautan dosa-dosa kami...Terlalu luas bumi dosa kami......sungguh;  kerasnya hati kami ini Ya Allah untuk mengaku kesilapan kami di hadapanMu.....

Ya Rabbul IZZATI;
Kau tetapkanlah hati kAMI agar terus dilandasan Mu ya ALLAH Ampunkanlah dosa hambamu ini...
kami tidak layak untuk memiliki syurga mu namun kami  tidak terdaya kami untuk berada di jurang nerakamu..Kami sedar akan dosa2 kami, Ya Allah...kami sedar..mampukah kami menebusnya..sempatkah kami menebusnya??

Ya ALLAH...
lindungilah kami...
Kami sentiasa ingin kembali kepada-Mu..
Berikanlah kami ketenangan..
Berikanlah kami kekuatan dlm mengharungi bahtera hidup ini...
Teguhkanlah iman kami..
Kuatkanlah pendirian kami agar terus di jalan mu..
Luaskanlah fikiran kami...
Ampunilah kami..

Ya Allah, hati kami sudah dipenuhi dengan noda, jiwa kami  kosong tanpa isi yang baik.
Hati kami telah kami cemari dengan dosa-dosa dan kemaksiatan kepadaMu

Ya Tuhan kami, kami malu padaMu...
Sesungguhnya engkau telah menganugerahkan nikmat yang banyak kepada kami,
namun kami tidak tahu untuk mensyukurinya.
Kau menegur kami dengan pelbagai bentuk ujian,
namun kami tetap lalai dari mengingatiMu.

Ya Allah, kami inginkan rahmat, kasih sayang dan perhatianMu.
Sungguh, kami yakin, hanya itu yang boleh membawa kebahagiaan hakiki.

Tetapi mengapa semua gerak laku kami, senantiasa menjauhi redhaMu?
Dunia masih mengaburi pandangan mata hati kami.
Sedang kematian berada di dhujung jari-jari kami,

Ya Ilahi, di manakah kebenaran amal kami?
Dimanakah kebenaran hakiki?
Kami telah taubat pada jalan ini.

Ya Allah, tetapkan hati kami di atas jalan yang Engkau redhai.
Tiadalah gunanya hidup kami kira amal kami semuanya hilang bagaikan debu yang berterbangan, sedang dosa-dosa kami menjadi lautan tempat berendam ria...

Kami mengharapkan mendapatkan kesudahan umur  yang baik...sesungguhnya kami takut untuk menghadapi saat-saat kematian kami; kami takut sekiranya kami tidak sempat memohon maghfirah daripadaMu...
Sambutlah nyawa kami dengan mengizinkan kami menyebut namaMu di akhir nafas kami.........izinkan kami beradu kemtian kami  PABILA bersamamu.........

Kami bermohon Ya Allah, kami bermohon Ya Allah, kami bermohon, Ya Allah.....Tiada upaya kami  melainkan dengan izinanMu semata.......

Wasollahu ‘ala’ saidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wassalim, walhamdulillahi robbil alamin’..

Thursday, July 7, 2011

warkah untuk sahabat seperjuangan..


WARKAH SAHABAT

 AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh...

Segala puji-pujian bagi Allah,Tuhan sekalian alam,Selawat dan salam untuk junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam,keluarganya,serta para sahabat sekaliannya...

   Maafkan diriku kiranya kedatangan warkah yang tidak diundang ini mengguris hatimu.Kuluangkan masa mencoretkan apa yang termampu setakat ini sebagai peringatan dan tazkirah buat diriku dan dirimu yang kukasihi.

Sahabatku seperjuangan,
   Keberadaan kita di bumi ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mencari sebanyak mungkin ilmu Allah sebagai panduan hidup dan sebagai persiapan kita untuk menjadi pemimpin kepada generasi yang akan datang serta untuk meneruskan dakwah Nabi kita untuk menegak dan mempertahankan Islam di bumi Allah ini.

Sahabatku yang dikasihi,
   Sama ada engkau sedar atau tidak masyarakat kita hari ini semakin hari semakin jauh menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.Maksiat bermaharaja lela dimana-mana.Orang yang berbuat maksiat pula tidak segan silu mendedahkan perbuatannya.Apa yang kita tahu dan sedar ianya semakin hari semakin parah melanda masyarakat kita.Apakah engkau hendak berdian diri saja melihat kemungkaran berlaku di depan matamu.Apakah kau mahu masyarakat yang jahil dalam agama ini memimpin anak cucumu kelak?Apakah kau mahu musuh-musuh Islam itu terus menerus menghancurkan Islam?Dimanakah dirimu ketika itu?

Duhai sahabatku,
    Tidak terdetikkah di hatimu tentang kemurungan umat Islam hari ini?Mengertilah engkau bahawa mereka terkapai-kapai mencarimu,meminta pertolonganmu di dalam kelemasan gelombang lautan kejahilan dan kemungkaran.Tangan siapakah yang dapat dihulurkan untuk menyelamatkan mereka dari terus hanyut dalam gelombang ini?


Sahabatku seagama,
    Tiada tangan lain yang dapat dihulurkan kepada mereka.Kitalah yang akan menyelamatkan mereka.Oleh itu bersiap sedialah kita dengan ilmu agar kita akan terus menyelamatkan mereka ini dan moga-moga kita tidak hanyut bersama-sama mereka kerana gelombang itu semakin hari semakin ganas dan buas.

Sahabatku,
    Dalam mengharungi liku-liku kehidupan di alam buana ini,sedarlah dan jadikanlah dirimu itu sebagai seorang pejuang yang akan sama-sama menyinarkan kembali Nur Islam,meneruskan perjuangan Nabi kita serta mencari keredhaan Allah.Janganlah engkau leka dan cuai walau sesaat pun kerana musuh Islam tidak pernah berdiam diri mencari jalan untuk menghancurkan Islam.Mahukah kau melihat mereka tersenyum puas melihat kejayaan mereka menghapuskan agama kita?Sedangkan engkau leka dibuai keasyikan duniawi,langsung kau tidak sedari yang agama kau akan terus dimusnahkan.

Sahabatku dunia dan akhirat,
    Mulakanlah langkahmu dari sekarang,bangunlah engkau dari lena yang mengasyikkan itu.Tajamkanlah semula pedang Islam dan hunuslah ia di depan musuhmu dan belakangmu pertolongan Allah.Berdoalah sahabatku,insyaAllah kita mampu menggoyahkan kekuatan musuh dengan keyakinan kita kepada Allah.Di sini juga ingin ku utarakan sejarah silam kemenangan tentera Islam di zaman kegemilangan Islam suatu ketika dulu.
Rahsia kemenangan mereka ialah mempunyai kekuatan rohaniah yang tinggi darjatnya di samping kekuatan fizikal.Bagaimana memperoleh kekuatan rohaniah ini,wahai sahabatku?Sesungguhnya ia datang apabila kita sentiasa mentaqarrubkan diri kita dengan Allah.Tentera-tentera Islam itu umpama singa yang kelaparan di siang hari dan seorang 'abid yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah mengharapkan pertolongan daripadaNya ketika insan lain nyenyak dibuai mimpi.

Begitulah wahai sahabatku sikap dan sifat seorang pejuang Islam.Ayuhlah amalkanlah dalam kehidupanmu.Moga-moga kau beroleh kemenangan dalam perjuanganmu.

Sahabatku,

   Hanya sekadar ini coretan dariku buat tatapanmu sebagai tanda persahabatan kita.Semoga segala yang tercoret di warkah sepi ini mendapat keredhaan Allah.Wassalam.

Family

Family
cousin, ibu saudara, adik dan abang.

Mum n Dad ..

Mum n Dad ..
Hanya Dia yang Tahu betapa sayangnya saya pada mereka ^_^

Usrati Jannati.

Usrati Jannati.
Pemangkin kekuatan diri..